Followers

Monday, August 31, 2009

52 tahun merdeka



Hasil lukisan pelajar Sem 1 (KRG1)
Sijil Kemahiran Khas Politeknik
Rekabentuk Grafik
Sesi Julai 2009






Tanggal 31....bulan 8, 57....
Merdeka! merdeka! Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah....

Sejarah 52 tahun lalu berulang hari ini
Ketika itu Tunku Abdul Rahman melaungkan ungkapan keramat tersebut
Hari ini kita mewarisinya dan kita bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan itu.
Mampukah kita?

Merdekakah kita dari aspek pemikiran?
Terbebaskah kita dari sudut tingkah laku dan perbuatan?
Masih terbelenggukah kita dari sudut kemajuan?
Atau terantaikah kita dengan pembangunan tanpa haluan?
Kita yang harus menjawab segala persoalan...

Jangan ditanya apa yang negara telah lakukan buat kita tetapi, tanyalah diri kita, apakah yang telah kita lakukan untuk negara?

Sunday, August 30, 2009

Beratur panjang

Sesekali bila hendak memulakan pemanduan, cubalah ambil kira perkara-perkara berikut:
1. Bila tukar gear, gunakan gear yang sesuai.Jangan tarik gear atau pandu guna gear rendah dalam tempoh lama. Kalau boleh , tukar ke gear tinggi secepat mungkin.


2. Pastikan tekanan udara pada tayar betul.Periksa tekanan udara tiap-tiap minggu. Kalau tayar kurang angin atau tak cukup tekanan, peningkatan kadar penggunaan minyak akan berlaku.


3. Elak bawa barang yang tak berkenaan. Sila buka but dan buangkan barang-barang yang tak berkaitan. Makin berat kereta, makin banyaklah minyak nak guna.


4. Matikan enjin kalau kadar menunggu lebih daripada lima minit.


5. Pastikan enjin dalan keadaan baik .Kalau enjin ok, kereta berupaya memberikan perkhidmatan maksimum dan sebaliknya.


6. Tukar minyak selalu. Minyak enjin yang baik memberikan perlindungan yang optimum dan mengurangkan pembaziran tenaga.

7. Rancang perjalanan anda. Janganlah tunggu signal minyak dah merah baru nak pergi isi....


Maklumat di atas sekadar intro buat semua........cite sebenar di sini.............


Minggu ini kami sekeluarga telah bersiap-siap hendak menghabiskan hujung minggu di kampung. Maklumlah, cuti tiga hari sempena kemerdekaan...Minggu lepas sewaktu awal puasa tak balik sebab memang dah plan nak balik minggu ini. Seperti biasa, sebelum memulakan perjalanan, anak sulungku ditugaskan untuk membaca doa menaiki kenderaan. Apa yang bestnya.....sebelum baca doa tersebut, pasti dia akan membaca doa untuk kesejahteraan ibu bapa. Ikut turutan.......Sebiji seperti yang lazimnya diamalkan di tadika. Alhamdulillah, meskipun mungkin dia masih belum memahami maksud doa tersebut, sekurang-kurang dia tahu doa untuk kesejahteraan kedua orang tuanya......


Hari ini perjalanan nak ke highway agak lambat. Mengambil masa hampir 45 minit baru nak sampai ke simpang highway. Mana tidaknya, dokumen Haziq tertinggallah, singgah membeli pasir untuk bekas kucinglah, dari Kota Masai ke Air Birulah....


Tiba di highwah Skudai, kononnya seperti selalu akan mendapat keistimewaan bila berada di laluan Touch & Go, tapi hari ini?????? tak ada maknanya. Punyalah banyak kenderaan bertali arus menghala ke utara. Apa yang menjengkelkan, perjalanan semakin lambat apabila lane yang sepatutnya 3, boleh menjadi 8! Cubalah kalian bayangkan. Yang kanan hendak ke kiri, yang kiri hendak ke kanan. Bunyi hon kenderaan tak perlu ceritalah. Kita ni biasanya berbudi bahasa di rumah tapi, di jalan raya........hilang semua etika.


Kenderaan Malaysia dan kenderaan berplat "S", saling himpit menghimpit untuk masuk ke laluan yang betul. Kadang-kadang geram juga, semua orang nak cepat..................tapi ikutlah lane yang betul. Taklah jadi huru hara dan membuang masa.





Pandangan dari luar cermin keretaku....





Semua nak cepat....




Melepasi tol Skudai, hati rasa senang. Perjalanan diteruskan. Singgah sebentar di Ayer Hitam untuk mengisi gas. Eh????






Beratur lagi? takpe.......sabar.....sempat melayan kerenah anak-anak...






Senyum si Sofiyah bila permintaannya untuk dibelikan gula-gula ditunaikan. Anak daraku ini memang lain sikit sifatnya. Nak ikut kata dia aje...hish....


Usai mengisi gas, perjalanan diteruskan ke destinasi. Tak sabar rasanya nak sampai ke Ledang. Dulunya panggil tangkak, sekarang tukar ke Ledang, nampaklah sikit bunyi komersialnya. Kikikiki....


Keluar je highway nak masuk tol Tangkak, hubby aku tepuk dahi. Apa hal? La......sangkut jugak.......
Beratur panjang menguji kesabaran......
Akhirnya, lebih kurang pukul 6 petang, kami sekeluarga selamat sampai di destinasi dituju. Alhamdulillah.....logo raso hati den ni ha...................................

Thursday, August 27, 2009

Anakku mula belajar berpuasa


Kasihan anakku...sudah dua hari rupanya dia cuba menahan lapar sehingga tengahari. Aku tahu pun bila ibunya memberitahu sewaktu mengambilnya dari rumah pengasuhnya. Hari pertama, mampu bertahan hingga pukul 12.00 tengahari. Bila dah lapar, kuih yang dibuat ibunya dicuit-cuit...dah tak tahan sangatlah tu... Hari kedua, berjaya tahan hingga pukul 1. Dapat makan je tengahari tu, senyum lebar sampai ke telinga!! Apa yang membuatkan aku cukup terharu ialah dia tak beritahu pun dia nak puasa, jadi..tidaklah dia bersahur!!!!

Aku pun terus teringat kata seorang ustaz yang aku lupa namanya. Itupun waktu menonton tv Singapura. Ustaz tersebut ada mengatakan, tak salah kalau kita sebagai ibu bapa memberikan ganjaran kepada anak-anak sebagai galakan untuk mereka berpuasa. Jadi, sebagai memotivasikan anak sulungku yang baru berusai 5 tahun itu....aku pun menabur janji padanya. Kalau puasa dapat bertahan hingga ke waktu berbuka, dia akan menerima RM1 sehari. Dah dua hari berpuasa setengah hari, jadi aku berhutang RM1 dengannya. Punyalah bersemangat dia mendengarnya!!. Sanggup pula mengoyakkan bahagian tepi surat khabar, lepas tu ditulisnya berapa hari dia telah berpuasa dan di letakkannya dalam beg tanganku, supaya aku tak terlupa katanya. Jadi, setiap hari dia akan update kejayaannya berpuasa.

Entri terdahulu aku menyatakan sahurku hanya dengan 2-3 biji buah kurma. Hari ini, budaya makan kurma yang diamalkan telah berubah, makan juga tapi demi anak....seawal 4 pagi aku dah bangun menyiapkan juadah untuk bersahur. Bila buka peti ais, ternampak telur yang menjadi kegemaran anak sulungku itu. Nampaknya sayur minggu lepas masih ada yang belum dimasak. Telur masak kicap, sayur campur, cukuplah sebagai alas perut. Tak apalah, demi anak........


Bila mengejutkan anakku itu, agak liat pula dia nak bangun pagi tadi. Puas kupujuk, menawarkan ganjaran...akhirnya dia ku dukung sahaja ke meja jepun yang menjadi tempat makan kami sekeluarga. Terpisat-pisat juga dia. Kusuruh dia membasuh muka dan makan bersama. Banyak juga dia makan. Mudah-mudahan dia boleh bertahan. Aku tak memaksa dia berpuasa, dia sendiri yang ingin mencuba. Alhamdulillah. Lepas makan, aku ajarkan dia membaca niat berpuasa. Ingatkan dia nak tidur semula, rupanya galak pula bermain tanah liat. Apa-apalah.....


Mudah-mudahan amalan yang dipelajari sejak kecil ini akan terus konsisten. Kalau hendak melentur buluh, memang wajar dari rebungnya. Mudah-mudahan hatinya terus terbuka dan mudah menerima segala apa yang diajarkan kepadanya sebagai seorang pemimpin masa depan.Amin....

Tuesday, August 25, 2009

Kurma oh kurma...............






Mungkin ramai yang tak percaya bila aku kata, sahur aku hanyalah dengan 2-3 biji buah kurma dan air suam. Kenapa, tak percaya ke??? Sesetengah orang mesti nak makan berat bila sahur tapi tahun ni, aku dan suami memang dah sepakat tak nak makan heavy waktu sahur. InsyaAllah, perut mampu menahan rasa lapar dan badan pun jadi cergas. Memang tak dinafikan, kalau kenyang sangat makan, urat perut jadi kejang dan urat mata akan mengendur, maka kita akan jadi mengantuk dan malas.

Sejak berpuasa, itulah juadah sahur kami. Very simple. Nak diet pun iye jugak. Bagilah perut rileks bulan-bulan puasa ni…. Dah rasa macam kaki dah tak larat nak bawak badan yang kian membesar, so kenalah cari alternatif untuk melakukan sesuatu. Nak sihat….Bagi aku dan suami, cukup…..khasiat kurma tu dah mencukupi sebagai bekalan berpuasa sepanjang hari.




Nak tahu fakta berkenaan kurma? Meh baca……





Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis.
Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari.

Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Apa yang kita tahu tentang Kurma Ajwah?

· Jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

· Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’
dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
  • Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.
  • Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.
  • Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang.
  • Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air kerana air itu sifatnya pembersih.

Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.


Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.


Jadi kawan-kawan….marilah kita makan buah kurma beramai-ramai…….. alhamdulillah.....

AKSI ANAK-ANAKKU….

Macam-macam aksinya..............

Sengih pulak dia……











menangis konon…… hilang macho!!!














Apo kau buek tu nak……




Nak join…………..





Pakar computer…siapa tahu?










Alahai anak mama…

Monday, August 24, 2009

Sibuk di bulan puasa.

Anak sulungku auta lebih betul. Konon nak belajar puasa. Aku pun ingat nak bagi reward sebagai galakan, satu hari RM1 ringgit kalau berjaya puasa. Umur si bujang tu baru 5 tahun tapi nak belajar puasa katanya. Bila suruh sahur, oklah jugak, nampak taklah liat mana nak bangun. Tapi sayang...kul 9 pagi dah 'ter' makanlah konon, walhal lapar.....aku pun malas nak paksa-paksa. Hari ni katanya dapat jugaklah dia bertahan sampai kul 10 pagi. Oklah tu....

Bila malam, masuk je bilik belakang, asyiklah dia bertanya..."mama, berapa baju sofiyah mama buat?. Ish...bunyi cemburu tu... Anak dara seorang, mestilah ada lebih sikit kan.....Aku pun masih dalam usaha nak buat baju melayu untuk hubby, si bujang sulung dan baju gaun sofiyah?? Dah siap tiga pasang. Bukanlah hebat sangat menjahit tapi sikit-sikit untuk anak-anak tu kira lepaslah jugak. Kalaulah diberikan aku dua pilihan iaitu memasak dan menjahit, confirm aku pilih menjahit. Bukan tak pandai masak....ish...see the leglah kata orang jawa, boleh masak tapi....taklah minat sangat.






Inilah tiga pasang gaun sofiyah. Ini tak boleh bagi Burn tengok ni, kalau tak, dibeleknya dari luar ke dalam, satu....satu...mesti dia nampak kesilapannya....hehehehe....
Budak-budak, bila raya mesti seronok pakai baju baru, nak melaramlah katakan. Si kecik pulak rasanya aku tak buatkan baju melayu. Badannya comel bebenar, hmmm...nanti carikan je baju warna tema tahun ni, oklah kot.....Tahun ni serba purple. Aku pun tak tahu lately aku suka dengan warna purple.
Anak dara aku nan sorang tu cukup suka bila dah 2 malam aku asyik buatkan gaun dia aje. Manja betul!!! Ada lagi projek tak siap. Ingatkan ada dalam dua pasang lagi nak siapkan, pastu nak buatkan gaun untuk anak long pulak, si aina sofiah yang gebu tu.......Baju-baju kurung, semua dah aku subkan pada ngah. Malas nak jahit baju yang banyak sangat compartmentnya. Ada kain-kain lebih yang ngah boleh guna untuk anak-anak dia, aku tak kisah kalau dia nak ambik pun. Budak-budak...lagilah dia seronok bila ada geng pakai baju yang sama.


Lepas ni bilik belakang tu mesti serabut gila. Nak buatkan langsir ibu diorang. Kesian pulak bila ibu diorang dah kata nak mintak tolong buatkan. Aku ni belajar menjahit pun asasnya daripada mak, pastu bila kerja, kawan2 yang paling banyak tolong. So kenalah bagi kredit. Terima kasihlah Burn, Azlan, Khalida, Enab, Kak Shida, Anne dan yang lainnya yang mana pernah memberi tunjuk ajar kepada hamba pacal yang hina ini.kuang3....

Friday, August 21, 2009

HIKMAH PUASA MENURUT SAINS...

Ibadah puasa khususnya pada Ramadan jika ditinjau daripada perspektif ilmu kesihatan dan perubatan juga mengandungi hikmah yang tersendiri. Malah, pakar-pakar perubatan bukan Islam turut mengakui puasa adalah satu kaedah perubatan yang mujarab kepada sistem tubuh manusia.
Antaranya Dr Mac Fadon dari Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan, puasa seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut. Boleh dikatakan semua ahli perubatan di dunia ini menyatakan berpuasa menyihatkan tubuh badan manusia, malah kesihatan mental dan kekuatan rohani akan turut berganda dengan berpuasa.
Di India terdapat satu institut rawatan kesihatan yang melakukan promosi besar-besaran agar rakyat di negara itu mengamalkan puasa sebagai satu langkah pencegahan penyakit dan mengekalkan tahap kesihatan.
Kajian sains perubatan mendapati berpuasa memainkan dua fungsi sekali gus iaitu sebagai kaedah perawatan ke atas penyakit dan sebagai langkah pencegahan. Hebat sungguh puasa ini dan kita sebagai umat Islam seharusnya menggunakan ruang dan peluang seluas-luasnya pada Ramadan untuk melaksanakan dengan penuh takwa kepada Allah.
Satu kajian yang telah dilakukan oleh seorang pakar perubatan dari AS, Dr Alan Cott menyatakan puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Beliau juga melakukan satu uji kaji ke atas sekumpulan orang yang berpuasa dan satu kumpulan yang tidak berpuasa. Hasilnya menakjubkan kerana mereka yang rajin berpuasa itu memperoleh markah jauh lebih tinggi berbanding yang tidak berpuasa. Inilah bukti konkrit daripada segi sains moden bahawa puasa itu mengandungi seribu satu keajaiban.
Ingatlah kita mengenai pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya yang katanya: “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah daripada menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadat. Makan yang kenyang itu menegangkan urat perut dan mengendurkan urat mata.”Maksud Lukman al-Hakim di sini ialah jika kita sentiasa kenyang, kesannya kita mudah mengantuk dan malas. Jadi, ibadah puasa bertepatan dengan amalan baik dari segi kesihatan manusia.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat.” (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nu’aim daripada Abu Hurairah) . Apa yang penting sewaktu berpuasa ini kita hendaklah menjaga etika puasa itu. Jangan hanya setakat menahan lapar dan dahaga saja. Rasulullah bersabda; “Sesiapa berpuasa pada Ramadan dan mengetahui batas-batasnya (ketentuannya) serta memelihara perkara-perkara yang perlu dijaga, maka dihapus dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Al-Baihaqi ). Apa perkara yang perlu dijaga semasa berpuasa? Seluruh anggota badan kita seharusnya turut berpuasa. Demikian juga dengan hati kita. Contohnya menjaga lidah agar jangan sewenang-wenangnya menuturkan kata-kata keji atau mengumpat sedangkan pada waktu itu kita sedang berpuasa. Jadi, apa maknanya kita berpuasa tetapi lidah kita laju mengeluarkan kata-kata keji atau mengumpat. Jawabnya, sia-sia ibadah puasa kita itu. Yang kita dapat hanyalah lapar dan dahaga tetapi kosong pahalanya.
Ingatlah amaran Rasulullah melalui sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga yang didapatinya.” (Hadis riwayat Bukhari). Oleh demikian berhati-hatilah kita semua dengan etika berpuasa itu agar kita tidak tercicir ganjaran besar pahala sebagaimana yang dijanjikan Allah.
Allah mengarahkan kita supaya sentiasa bertutur kata yang baik dan sopan apatah lagi semasa kita sedang berpuasa Ramadan. Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 53 yang bermaksud: “Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sungguh syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka.”Sebaliknya dalam bulan Ramadan ini basahilah lidah dengan zikir dan bacaan al-Quran.
Pada Ramadan yang penuh berkat ini, latihlah diri dan pimpinlah hati kita dengan jalur kehidupan yang dituntut oleh agama. Jika kita berpuasa dengan kaedah sebagaimana diperintahkan Allah, puasa itu adalah ibarat perisai daripada godaan syaitan, malah ibadah kita akan menjadi gerbang menuju ketakwaan. Oleh itu, jadikanlah Ramadan ini sebagai bulan memantapkan iman untuk meraih kecemerlangan dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Marhabban Ya Ramadan.
Sumber: Harian Metro, 21 Ogos 2009

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan datang lagi......alhamdulillah.....

InsyaAllah, esok atau lusa umat Islam akan mula berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah. Bulan yang penuh kemuliaan dan tinggi di sisi Allah. Namun, adakah kita tahu adab-adab berpuasa? MAri kita renungkan sejenak adab-adab dan fadhilat ramadhan.
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Sementara itu.............
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.
SEMOGA RAMADHAN KALI INI ADALAH RAMADHAN YANG PALING INDAH DALAM HIDUP KITA SEBAGAI BEKALAN BERTEMU-NYA...........

Monday, August 17, 2009

Kenapa stres??

Sewaktu kursus CPCM minggu lepas, kami as peserta kena anjurkan seminar pengurusan stres selama sejam dengan kerjasama IMTEQ Solution Sdn.Bhd. Dalam masa sejam tu, sempat jugaklah aku take note atas apa yang disampaikan oleh penceramah. Hidup ini tiap-tiap hari berhadapan dengan stres. Anak menangis kita stres, isteri membebel kita stres, suami balik terus baca surat khabar kita stres, boleh kata ada saja perkara yang membuatkan kita stres.
Teruskan pembacaan anda supaya sedikit sebanyak kita dapat tahu apa punca-punca stres dan bagaimana cara untuk membendungnya. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat bersama.
Apa dia stres tu??
Keadaan resah, cemas dan tegang yang berlaku akibat tekanan fizikal dan mental.Ianya berlaku secara dalaman tetapi bukanlah sejenis penyakit namun, ia boleh menyebabkan penyakit.
Punca utama stres:
1. Keluarga (macam saya nyatakan tadi...)
2. Kewangan ( asyik rasa tak cukup duitlah, nak bayar itulah, hutang inilah)
3. Pekerjaan (kena kerja outstation, overtime, masuk lambat, semua bikin stres).
4. Kesihatan ( demam pun stres, sakit gigi...lagilah stres!).
Gejala stres (cuba perhatikan...mana tau anda ada tanda-tanda ini....stres tu...)
1. Tegang otot ( betis dan leher)
2. Tekak rasa kering/ulser pada mulut
3. Pernafasan kurang lancar, tekanan darah meningkat
4. Kandungan gula dalam darah yang tinggi (kencing manislah senang cerita). Ini kerana genetik.
5. Serangan jantung (yang ni pembunuh senyap...kena hati-hati..)
Bila stres, apa kesan pada emosi dan mental?
1. Lemah daya tumpuan (tak boleh nak fokus)
2. Lemah ingatan (tak dapat ingat dalam jangka masa pendek pun..)
3. Sukar nak buat keputusan (masuk satu kedai...punyalah lama dan payah nak decide nak beli apa...stres jugak).
4. Mudah tersentuh dan kecil hati (sikit-sikit kecik ati...hush...)
5. Cepat marah
6. Kemurungan (ini dah tahap kena gi spital dan makan ubat anti depression..).
Macam mana pulak nak bendung stres?
Senang je, kalau rasa-rasa stres...buatlah begini:
1. Gunakan teknik pernafasan yang betul dipanggil teknik pernafasan dalam. Teknik ini diperkenalkan oleh Dr. David Kettleman yang sangat bagus. Cubalah kalau tak percaya....
- Gunakan kiraan 444 (3 kali pusingan)
- Gunakan teknik 848 (yang ini biasa digunakan dalam teknik meditasi yoga) (3 kali pusingan
jugak).
Note: Kalau nak tahu lebih lanjut, kena panggil penceramah buat demo. Hubungi http://www.imteqsolution.com/ untuk keterangan lanjut.hehehe...promosi............
2. Buat regangan otot sama ada otot besar atau kecil (mengeliat atau genggam barang-barang)
3. Ekspresi wajah (kena pandai-pandailah, nak nganga ke, ketap bibir ke...tapi buatlah bersendirian, jangan buat depan orang...malu...)
4. Ketawa (paling efektif untuk mengalihkan stres)
5. Menjerit ( yang ni boleh disarankan di tepi highway. Stopkan kereta, keluar sekejap, jerit puas-puas. Tapi jangan buat kat R & R, maunya kena hantar dua tempat...naya...)
6. Menangis (tengok hindustan nangis, geram nangis....boleh jugak tapi agak-agaklah beb....)
7. Luahkan perasaan ( pada suami ke, kawan-kawan ke, saudara ke, atas lukisan atau lakaran ke...semua yang difikirkan sesuai...)
8. Cari BUTANG HIJAU ( kalau kat opis, meja kena bersih, letakkan gambar-gambar lama ke, kenang peristiwa dulu-dulu ke...atau letak bacaan- bacaan ringan ke...atau telefon your loved one...)
9. Rehatkan pancaindera. (Rehatkan mata...tengok pemandangan, air mengalir, persekitaran hijau. telinga...dengar muzik ke...jangan dengar orang mengumpat pulak!!).
10.Dapatkan waktu rehat / tidur yang sempurna (at least 4 jam). baru best....
11. Kehidupan organik (sesekali pergilah camping ke, berehat tepi pantai ke...)
12. Menangani perbezaan (jangan harap nak sama je semua benda dalam dunia ni. Kalau pasangan ada pro dan kontra kan terasa nikmatnya hidup....) Terima perbezaan di sekeliling kita seadanya.
13. Dekatkan diri pada Tuhan (sepatutnya ni jadi no.1 kan...ni tidak..susah je baru nak ingat Allah)...ada ke patut.....manusia.............biasalah, sering terlupa. Maka salinglah kita berpesan-pesan pada kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Sekadar ini dahulu. Semoga kita mendapat manfaat bersama.

Saturday, August 15, 2009

Kejayaan bersama



Stres??? Tidak lagi..........................

Tamat berkursus, apa yang ada di kepala ialah nak sampai ke rumah secepat yang boleh. Kalau boleh, pejam mata, nak sampai terus. Hishhh...melampau kan..... Seronok bila berbual ngan naneng, ustaz dan Farah sepanjang perjalanan. Walaupun ada gak tidur-tidur, biasalah......

Apa yang paling aku puas ialah bila program seminar yang kami anjurkan berjaya. Aku anggap ianya berjaya kerana bukan mudah, preparation, gilerr...promosi, giler.....setengah hari punya kerja tapi outputnya....tak percaya ke???? Aku ni pun bukan pandai sangat handle majlis tak formal. Kalauformal senang, ikut jelah skrip yang ada. Bila majlis tak formal, masa tulah nak fikir, panik jugak mula2. Tapi nasib baik aku dah standy outline, selebihnya pandai2 sendirilah. Itupun latihan juga untuk public skipping...eh speaking......

Yang bestnya, trainer ingat group kitorang ni nampak slow je...Dia tak tau.....slow and steady sebenarnya!! Kali ni kena akui, don't judge the book by its cover. Kena tengok sampai ke kulit belakang buku. Mana taknya, group grafik dah ada, group handle management ada, promoter ada, complete tu.......Di samping dapat pengalaman, promote IMTEQ, KK Jempol pun untunglah. KPI untuk mereka. Free2 dah ada satu kursus. Kami pun tak kata peserta yang anjur, guna nama KK Jempol. Untung tu.....peserta 59/70 daripada sasaran. bolehlah beat team Putrajaya...........hihihihi. Siapa kata kami tak competence? Kata orang Melayu, See the leg lah beb.....

Aku anggap kehadiran peserta yang hampir mencapai sasaran adalah kejayaan bersama. Kerja di saat-saat akhir kadangkala membuatkan kita lebih cepat berfikir dan bertindak. Ada baik dan buruknya namun sekurang-kurangnya kita belajar mengawal tekanan yang datang. Aku harap trainer puas hati dengan prestasi kami. AKu tahu banyak lagi yang aku kena belajar. Aku nak belajar bercakap. Jadi trainer pulak. Jadi, kenalah ambil kursus train the trainer...pastu join IMTEQ buat freelance....HAHAHAHAHA............mat jenin betul!!!!!. Eh sape tau? Rezeki kita ni Allah yang atur kan... Selagi ada usaha dan kemahuan, apa pun boleh jadi. Buatlah apa yang kita nak buat selagi kita ada kemahuan dan kita boleh dapat kepuasan daripada apa yang kita lakukan. takkan kita nak statik je......Tepu beb.....

Hari ni kononnya nak balik Ledang sekejap. Tapi petang sedikitlah kot. Ada urusan keluarga. Nanti senang2 aku masukkan entri terbaru. Nak layan anak-anak sekejap...

Friday, August 14, 2009

Seminar Pengurusan Stres





Sila perhatikan dan teliti, macam sama pulak backdrop ni dengan entri terdahulu kan....





Semalam penuh kenangan....

Kami masih lagi dalam kursus di Glory Beach Resort. Sungguh menarik apa yang kami pelajari hari ini. Bagaimana bekerja di bawah tekanan, bagaimana memaksa minda untuk ligat bekerja, pembentukan kerja berpasukan, teknik-teknik pemasaran dan sebagainya. Bagi individu yang pernah bekerja dengan pihak swasta aku rasa tak ad amasalah, tapi bagi yang memang duduknya di bawah lindungan kerajaan ni memang tergezutlah jugak. Macam aku.....Namun begitu, akhirnya kkepuasan juga yang dicapai.






Naneng dengan presentationnya...........




Bayangkan, pagi tu naneng buat presentation kul 10 pagi lebih kurang, then kami diberi masa lebih kurang 2 jam untuk discuss pemilihan tajuk seminar, buat flyers, all the legitations, bentuk kumpulan-kumpulan promosi dan perkara-perkara berkaitan. Kena pulak naneg ni rajin nak provok orang.....hangin2....Aku ni pulak tak boleh panik. Ntah apa-apa jadinya nanti. Tapi...sejak dah ada anak OKU ni, aku rasa tahap kesabaran aku dah naik sikit kot....takpe ko naneng.....ko provok2...you're fired!!!!!!!!


Aku masuk group event management. Tu yang payahnya bila ada geng2 sendiri kat kursus yang sama. Dia dah tau dah mana kelebihan kita. So...macam biasa, tukang tulis2, tukang jadik MC tu pi serah kat akulah. Lama tak tunjuk skill ni . Gabra beb......
Then, kumpulan promosi hanya ada 4 jam untuk promote agensi kerajaan, swasta dan orang awam untuk datang ke seminar ini. FREE.....bukan kena bayar pun, sejam pulak tu. Kalau taknak rugi. Sijil dapat, consultan kat luar ribu2...hish3......So far 18 agensi menyatakan minat untuk hadir. Aku rasa itu kejayaan bagi kumpulan itu. Tak sampai setengah hari merancang, hanya tunggu pelaksanaannya pada pagi Ini. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan.
Macam tak percayalah...Ibarat kitorang ni buat kerja gila. Tapi...seperti review En Zul malam tadi (hanya insan2 terpilih..hehehehe), jangan kata TIDAK pada idea-idea gila. Akhirnya????......lu pikirlah sendiri....(kata Nabil).................

Thursday, August 13, 2009

Di sinilah kita...merancang dan bertindak....memerah fikiran....dan melerai masalah.....





Sekarang aku berada di sini.....






Apa yang ada di fikiran, usai sesi malam tadi, terus hendak memasukkan entri terbaru. Sayang dua kali sayang, broadband ada masaelah sikit. Mesti En Zul tertunggu-tunggu..."mano muko aku tok seh tubek dale blog nih'... ; hihihihihi... tu kecek kelate kononnya. Dulu pernah jugak duduk selama 3 bulan di Kelantan, waktu tu buat praktikal semasa ngaji di UKM, sikit-sikit tu 'pehe' lah jugok...Kalau orang luar cakap loghat Kelantan nampak huduh, tapi kalau orang Kelantan kecek 'di luar', demo kato 'agah!'. Tak gitu En Zul?.Ups......



En Azmi Awang
(senyumlah...senyumlah ahai cek mek molek.......)






En.Zukernaen Wook




Ini dia dua orang kuat IMTEQ Solution. Hensem, Berkaliber, bersemangat sampai kitorang tak rasa boring tapi aku pun pelik, mengantuk tu ada jugak sikit-sikit. Biasalah...ular sawa lepas makan.... Memang enjoy. Kita ni kalau nak grab ilmu pun kena tengok jugak penyampainya. Kalau penampilan tak ok, kalau penyampaian hampeh, macam mana mesej nak disampaikan. Kenalah elakkan halangan komunikasi, barulah komunikasi jadi efektif. Eh...dah masuk bab interpersonal skill pulak. Mentang-mentang aku ngajo subjek tu.....


Ini pulak group promosi 'tut'........................hehehe. Biarlah rehesia.....
Aku taknak sentuh soal bilik. Aku taknak sentuh soal makanan. Permintaan kita ni macam-macam. Kepuasan kita takkan terpenuhi dalam keadaan begini. Walaupun tahu hak, aku rasa keperluan yang disediakan lebih daripada mencukupi. Bersyukur dengan apa yang ada. Itu lebih membuatkan aku tenang. Asyik nak complain pun penat jugak. Sebab tu masa sesi ice breaking aku ada kata, kalau perkara yang kita tak suka tu terlalu banyak. Setiap hari dalam kehidupan kita. So, bukan ke kalau yang tak baik tu wajar disenyap-senyapkan? Keluarkan, hebahkan perkara-perkara yang baik saja. Tu teknik promosi tu.....
Jadi, fokus hari ini dan semalam adalah lebih menjurus kepada Perkhidmatan Awam dan Pemasaran. Bagaimana dalam keadaan sekarang, peranan kita hendak mengubah persepsi masyarakat yang , mind setting mereka yang menyatakan Politeknik dan Kolej Komuniti itu second class. Apa barang masuk Politeknik dan Kolej Komuniti....Itu cabaran besar yang aku rasa sukar untuk diubah tapi itulah cabarannya...........
3 perkara yang perlu di ingat dalam pemasaran ialah:
1. Market segmentation.
- Perlu tepat siapa sasaran kita. Apakah kumpulan atau golongan yang akan menjadi ahli kita.
- Siapa pesaing kita (IPTA lain/ IPTS/Pusat Kemahiran ), semua perlu dipertimbangkan.
- Apa faktor-faktor lain, threats kita.
Aku taklah asing sangat dengan benda-benda ni aku rasa. Pernah jugak ajar subjek perniagaan. Pernah jugak belajar waktu ambil master Tourism Planning dulu, so benda-benda ni penting kalau niat kita nak promote our produk. Kalau syarikat swasta, strategi promosi mereka...DO or DIE.
2. Positioning
- Hak ini pun penting juga. Kenalah tahu di mana kedudukan kita, apa kekuatan kita, apa peluang yang boleh ditawarkan.
3. Jualan produk kena betul
Tengoklah pulak kesesuaian produk yang ditawarkan dengan segmentasi pasaran. Salah produk, habislah. Ada produk tak ada target market pun susah, ada target market tapi produk salah pun payah. Maksudnya, penawaran tak dapat memenuhi permintaan dan sebaliknya.
Ada banyak lagi input tapi kalau nak tulis semua, panjang sangat. Bosan pulak membacanya. Perlahan-lahan......nanti senang-senang akan dimasukkan entri yang baru. Happy viewing...

Wednesday, August 12, 2009

Sekadar renungan

Bila kita belajar sesuatu yang baru, semua itu adalah ilmu. Ilmu yang kadang-kadang kita boleh dapat dalam keadaan yang kita tak sangka. Namun, aku ingat beberapa kata-kata yang boleh kita renungkan bersama:


1. Apabila kita mencurahkan atau menyampaikan ilmu, sebenarnya kita telah menempah pencen di alam barzakh.


2. Seandainya kita insan biasa, jadikanlah diri kita luar biasa. Sekiranya kita merasakan diri kita kecil ,mengapa tidak kita menjadikannya 'besar'......


3. Kalau kita ingin melihat kebijaksanaan atau kepandaian seseorang, suruhlah orang yang kurang pandai untuk melakukan sesuatu yang dia tahu. Dan sekiranya kita ingin melihat kebodohan seseorang, suruhlah seorang yang bijak melakukan sesuatu yang mereka tidak tahu.


4. Jangan jadikan halangan sebagai pelemah tekad. Sebagai pemimpin, usahlah kita 'mengurung' burung yang ingin terbang bebas sehingga dia dia tidak tahu bagaimana untuk kembali terbang.


5. Dalam setiap tindakan yang kita lakukan, kita hendaklah ingat bahawa tindakan itu lebih besar daripada perkataan.


6. Kita sebenarnya menghadapi masalah yang besar apabila kita merasakan kita tidak mempunyai masalah, iaitu berada di zon selesa.

7. Kalau melakukan sesuatu, biarlah " do less, get more rather than do more but get less".
8. Laksanakan blue ocean strategies daripada red ocean yang telah menjadi kebiasaan dalam hidup.
Renungkanlah bersama. Moga ada sedikit ilmu yang boleh kita kongsikan bersama...

Suasana tepi pantai........

Petang ini aku belajar sesuatu. Bagaimana memulakan perkenalan. Aku dan Mid berjalan di tepi pantai. Saja, nak lihat keindahan pantai kononnya tetapi sayang....ada bibit kecewa dengan keadaan pantai yang kotor. Konon nak dapat pengalaman manis sebelum pulang tetapi.....tak apalah. Seronok melihat nelayan menebar jala di pesisiran pantai sementara menunggu air pasang. Seronok melihat chalet yang menghadap laut. Seronok melihat pengunjung bermain bola tampar di pasir pantai. Seronok melihat dua anak gadis duduk di atas tebing, leka berbual. Angin sepoi-sepoi bahasa. Mendamaikan.







Menjala mencari rezeki...........



Sebelum air pasang







Air dah mula pasang



Sedang berjalan, aku ditegur oleh seorang hamba Allah ni. Lupa pulak nak bertanyakan namanya. Yang aku tahu, rasanya dia pegawai tinggi juga, dari RISDA. Asal RISDA aje, sinonimlah dengan penoreh getah, kata dia.... Datang ke sini untuk mesyuarat perancangan program RMK10. Bila tau je kami ni tenaga pengajar, dapatlah soalan cepumas. Apa masalah pelajar-pelajar kita sekarang? Boleh kalian jawab? Aku jawab dengan selamba dan wujud perbincangan di situ. Aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku tapi kami boleh terus membincangkan topik yang ditimbulkan. Bagi aku, untuk membina jaringan, kita kena buang rasa malu tu jauh-jauh. Barulah kita rasa confident untuk berkomunikasi. Aku ni kadang-kadang penakut jugak. Tapi aku lihat hamba Allah ni selamba je. Mungkin juga sebab dia dah berusia. tapi tak kisahlah......






Mendengar soalan cepumas.....




Tiba-tiba lalulah 2 orang gadis tadi. Penat agaknya borak di tebing, nak balik agaknya. Elok je dia melalui tempat kami, hamba Allah ini terus menyapa. Oh...dari Kementerian Kesihatan rupanya. Ada kursus asas katanya. Dapat juga satu soalan cepumas. Kenapa UiTM cutikan semua pelajar akibat H1N1? Yang sorang tu menjawab confident je tapi aku tengok yang sorang lagi tu macam nak tak nak je. Senyum pun nak tak nak je kelihatannya. Akhirnya , borak-borak kejap, mereka beredar. Aku pun ambil peluang beredar tatkala hamba Allah ni terima panggilan telefon. Bukan malas nak layan, tapi tengok air dah mula pasang.






Budak-budak polis....



Melalui 1 group sedang bermain bola tampar. Aku pun ambillah gambar mereka sedang elok je duduk di sepanjang tebing. Oh, ini kumpulan PDRM pula. Kursus induksi. Aku buat muka cun je pergi tanya salah seorang anak dara di situ. Ada Aku kisah? Hampir 200 orang yang hadir bagi group PDRM. Muda-muda.....Betullah, bila kita rasa orang lain semua nampak muda...maksudnya kita dah masuk 1 tahap lain, tahap golongan tua agaknya.Tua ker.........hihihihihihi...






Bestnya diorang ni lepak....




Meriah sungguh. Hendak tunggu matahari terbenam lama sangat pula rasanya. Manjalara dah memanggil ni. Aku pun menyusun langkah balik ke bilik gara-gara nak menonton Manjalara. Tapi tak jugak, siapkan entri ini , barulah Manjalara menerima tatapan aku....

Perjalanan yang panjang!!!


Hari ini perjalanan ke Glory Beach Resort bermula jam 11 pagi. Ustaz Senusi drive, naik Kia Spectra. Besar bonet kereta tu. Penumpangnya? Aku, Farhana dan Kak Azyati. Tapi, Kak Zia tunggu di highway sebab dia dari Pontian. Sampai flyover nak turun highway Pasir Gudang, alamak!!!!............jalan jammed!!! Punyalah panjang kami rasa, so Ustaz buat drastic decision, patah balik ke jalan lama ikut Masai. Tup…tup….tiba simpang kipmart, sangkut jugak!!!! Sudah!, mana lagi jalan nak ikut. Kalau terus ikut jalan yang sama, sure berjam-jam tersangkut kat atas jalan. Apa lagi, kepala terus ligat mencari jalan lain. Akhirnya, ambil keputusan ikut jalan Sungai Tiram dan keluar di Senai.

Tiba simpang Tiram…satu lagi masalah!! Jalan tutuplah pulak…..Terpaksa u-turn 4 kilometer. Hush…cabaran betul. Kena anggap semua ni perjalanan untuk bercuti, baru hati rasa lega. Ikut jalan ke Senai tu cam rasa pelik je sebab aku rasa macam pernah lalu situ, tapi tak ingat bila. Rasa macam familiar je jalan tu. Ikut Felda Ulu Tebrau, rumah cantik-cantik. Kagum aku. Lepas ambil Kak Zia, perjalanan diteruskan. Dalam kereta macam-macam hal jadi topik perbualan. Aku perasan Ustaz banyak kali dapat panggilan telefon. Begitulah bila jadi orang penting. Ah…itu hal dia….


Sesuatu yang menarik diperbincangkan ialah berkenaan pengurusan. Maksud aku, pengurusan manusia. Bukan senang nak menguruskan manusia. Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan individu yang telah banyak pengalaman dalam perkhidmatan. Terlalu banyak perkara yang menjadi isu untuk dibangkitkan. Itu tak kena, ini silaplah, penganjur tak ada pengalamanlah. Peninglah kalau nak berhadapan dengan orang sebegini. Pegangan customer is always right pun kadang-kadang mendatangkan masalah jugak. Sepatutnya antara pihak pengurusan dan individu yang diurus perlu ada toleransi atau tolak ansur. Bukan ke kalau tak ada tolak ansur, kita akan ditolak beransur-ansur?
Ada baiknya kalau kita menguruskan individu yang tidak punya pengalaman kerana akan lebih banyak mengikut kata, tak banyak membantah. Tetapi kuranglah pulak cabaran dalam kerjaya? Tak gitu? Semakin banyak cabaran, semakin bermakna kerjaya yang kita lakukan kerana itulah pengalaman yang tak dapat kita beli walau di mana-mana sekali pun. Aku setuju dengan kata-kata Kak Zia, bila berhadapan dengan pelbagai jenis manusia dan tahap kedudukan mereka, lebih banyak yang kita akan belajar berkenaan kaedah pengurusan manusia dari aspek komunikasi. Dari situ, kita akan jadi lebih cekal. Alah bisa tegal biasa…………..

Selepas dua jam cabaran berlangsung, perut mula mengalunkan irama jazz. Rock and roll pun ada. Irama Malaysia dan hip hop tak payah ceritalah. Singgah makan di Machap. Lepas makan dan solat, perjalanan diteruskan. Ya Allah, mengantuknya mata. Biasalah, lepas makan, perut kenyang, hati pun senanglah jugak. Dah macam ular sawa pulak. Lepas makan je nak melingkar. Tak tahan, dapatlah juga aku lelapkan mata dalam 40 minit. Sedar-sedar dah nak masuk exit Port Dickson. Pergh….boleh tahan jugak ustaz ni bawak kereta. Aku cuba membayangkan macam manalah agaknya Port Dickson. Failed!!. 28 km to Port Dickson………

Bila lalu Pekan Port Dickson, alahai….macam aku balik kampung di Segamat pulak. Ala-ala pekan koboi aje. Kalaulah aku datang sendirian..hish menakutkanlah jugak. Tapi Segamat taklah sampai macam tu….Macam mana dengan keselamatan? Macam tak yakin saja nak datang ke sini sendiri. Bersyukur aku sebab Farah offer naik kereta dengan ustaz. Kalau tidak…tak tau apo den nak kato!!!!

Aku dah nampak sign board Glory Beach Resort sebelah kanan jalan. Eh….eh…ustaz dah terlajak ni!!!. Hmm….patutlah pun, syok borak kat telefon. Busy berbincang macam mana nak uruskan perjalanan ke PUO pula katanya minggu depan. Nasib baik kat depan ada u-turn, tapi taklah sampai 4 kilometer macam tadi…. Alhamdulillah, akhirnya aku sampai di Glory Beach Resort. Setelah 5 jam perjalanan. Kalau ikut kebiasaan, 5 jam ni aku dah boleh sampai KL ni…..Hihihihi..cabaran…cabaran…


Receptionistnya cantik, berambut ikal, memakai subang. Tapi sayang………..keluar je suara, suara jantan!!!! Mak tak kuasa dik!!!!!!......Bukanlah aku nak merendah-rendahkan dia tapi….korang fikirlah sendiri. Aku buat macam biasa je. Tak ada reaksi menyampah ke, geli ke, apa ke. Dia pun manusia biasa. Siapa kita nak hina-hina orang. Cuma kita yang ada akal fikiran dan budi ini kenalah berfikir dengan waras dan rasional segala perkara yang berlaku di sekeliling kita. Jelasnya……kiamat sudah dekat…..


Kak Zia duduk sebilik dengan Farah. Aku selesa seorang buat masa ini sementara tunggu rakan sebilik sampai. Aku tak kisah pun siapa partner aku. Ok jerr…Bilik pun bersebelahan saja dengan diorang berdua. Sudahnya aku masuk dulu, aku boleh pilih bilik mana yang aku suka. Bilik katil besarlah….Hotel apartment, besar, duduk pula dua orang, best giler beb…………




Besar dan selesa....


Cantik tak kipas ni?
Pergh....macam berada di rumah sendiri pulak...

Monday, August 10, 2009

Kursus CPCM

Esok aku akan mula berkursus di Glory Beach Resort, Port Dickson. Seingat aku, aku pernah ke PD tapi kira-kira 25 tahun yang lalu. Lepas tu aku memang tak pernah ke sana. Dulu masa abah bawak teksi, ada jugak abah kata dia bawak aku ke sana, tapi time tu aku masih kecil, manalah ada kenangan yang dapat diingat....Dulu abah pernah jugak bawak aku ke makam kucing bertanduk masa umur aku 7 tahun. Masa tu pergi dengan Bibik Yah, Arwah Siwo Cunong, Arwah abang Embi...tu je yang aku ingat. Selepas 17 tahun, aku pergi lagi ke sana. Waktu tu aku tengah ambik master tourism planning. Barulah aku tau makam tu sebenarnya kat Kota Tinggi. Nampak sangat aku ni jarang berjalan kan.
Bila nak pergi ke tempat baru, rasanya lain macam. Satu perangai aku yang memang payah nak ubah ialah ...bila nak ke mana-mana, malam sebelum tu aku mesti payah nak tidur. Mesti mata aku terkebil-kebil, mengantuk tapi susahnya nak paksa tidur. Aku tak taulah aku boleh tidur ke tidak malam ni. Baju pun tak kemas apa lagi. Takpe, esok pagi masih ada. Lepas hantar anak-anak, barulah aku kemas-kemas. Ustaz pun kata nak gerak pukul 11. Sempat lagi......
Ini first time aku pergi kursus CPCM. Sebenarnya aku minat giler nak pergi kursus protokol. Yelah, sebab aku biasanya terlibat dengan acara rasmi konvo. Last year aku dapat offer 3 kali pergi kursus protokol tapi semuanya aku tak dapat nak pergi sebab anak aku acute that time. Mana aku nak pilih? Kursus atau anak? Mestilah aku pilih anak. Lagi pula, time kursus aje, aku kena buat review kat HKL. Biarlah aku lepaskan kursus, asalkan aku dapat tunaikan amanah aku sebagai ibu. Kursus-kursus tu semuanya duniawi. Aku selalu mengingatkan diri aku macam tu supaya aku terus bersemangat. Banyak lagi kursus yang aku boleh join lain kali.
Ni pun, nak tinggalkan anak-anak, hati tu macam tak best aje. Mujurlah Aiman Haziq dah senang sikit nak jaga. Taklah hati aku risau sangat. Kadang-kadang tu ada jugalah kawan-kawan dan bos kata aku ni tabah bila tengok aku masih lagi boleh senyum walaupun anak aku begitu. Apa lagi yang aku nak buat? Menangis meraung2? That's not me..... Aku akan lakukan apa yang terdaya. Memang semua orang boleh menyatakan simpati tetapi empati? Belum tentu........ Hanya mak bapak yang ada anak macam aku je akan faham apa yang aku lalui dan apa yang aku rasai. Aku tak minta pengertian cuma aku pohon pemahaman....
Apa pun kursus yang aku jalani, aku harap ianya akan memberikan manfaat dan kebaikan dari arah yang aku tak jangka. Biar apa pun langkah dan keputusan yang aku lakukan, aku tak pernah menyesal dan akan terus berdiri sebagai diri aku sendiri. Selagi aku hidup tidak menyusahkan orang lain, itu dah cukup bagi aku. Biarlah aku menjalani hidup aku dengan cara aku sendiri. Aku bahagia.....

coklat oh coklat..........

Pukul 11 pagi ni aku tergesa-gesa ke sekolah tadika anak sulung aku untuk jemput dia. Hubby aku pergi hantar Ina ke Senai untuk join konvoi AVON ke Surabaya. Best ni, siap tempah telekung. Kat sana kan cantik-cantik dan murah....Hujan masih renyai. Aku suruh anak aku pakai sweater dia lengkap dengan sarung kepala. Dia bukannya boleh sejuk-sejuk, lelah nanti...aku yang pening dibuatnya.
Pagi tadi masa hantar dia ke sekolah, dalam kereta anak aku tanya soalan cepumas."Mama, coklat dalam peti ais tu siapa punya?'. "Alamak....dia nampak ke?". Habis aku. Aku mintak hubby aku tolong belikan malam tadi tapi aku lupa nak makan. Walaupun aku ni penggemar coklat, tapi dua2 anak aku ni pantang jugak kalau nampak. Nampak gaya tak ada canlah mama dia nak makan.
"Mama punyalah, kenapa?. Selamba je aku jawab. "Tak adalah, Mimi (panggilan manja dia) nak sikit boleh?". Hmmm...ingat apalah tadi. "Boleh, tapi petang nantilah bila balik rumah", jawab aku. Dia senyum aje. Aku pun taklah syak apa-apa. Tiba-tiba aku perasan dia tak pakai lagi stokin. Mamat sorang ni, habit dia memang suka letak stokin dalam beg. Aku suruh dia cari. Cari punya cari punya cari...jumpa!! tapi lain sebelah! Nak patah balik, jauh....aku suruh je dia pakai dengan harapan orang lain tak perasan. Bagus punya mama kan....
Nak jadikan cerita.....mula2 tu dia taknak jugak pakai. Dia suruh aku cari tempat lain. Dia saja je suruh aku cari dekat kocek depan beg dia. Aku pun bukaklah dengan tangan kiri. Tangan kanan pegang stereng kete. Bila terbuka.............hah amik kau....................coklat aku!!!!!! Menjerit aku. Hampeh betul anak aku!! Dia dah siap-siap ambil coklat tu rupa-rupanya! Aku pun startlah membebel. tau apa dia kata? Alah.....kalau Mimi bagitau mama, nanti mama marah...mimi takut!!!!!. Boleh cenggitu????
Aku cakaplah kat dia, apa salahnya bagitau mama dulu. Takkanlah mama nak marah. Aku tak suka anak aku ambil barang-barang tanpa izin terlebih dahulu. Kena ajar daripada kecil. nak melentur buluh biar dari rebungnya. Setuju? Kalau dah jadi buluh, dah tak ada maknanya...........
Coklat...coklat.....jadi santapan anak aku akhirnya. Ada aku kisah? Apa susah-susah....aku angkat telefon, mintak tolong hubby aku belikan lagi. Payah ke? senang je tu.........coklat...coklat.....

Hujan....

Pagi yang indah ini terasa begitu dingin. Titis-titis hujan yang membasahi bumi menyuburkan tanam-tanaman dan meredakan bahang yang mencengkam. Meski sejuk hingga ke sumsum tulang, syukur dipanjatkan kerana nikmat Allah yang satu ini begitu besar manfaatnya. Mega mendung di luar sana terus menyejukkan bumi yang kehangatan.


Telitilah bait-bait puisi yang telah lama kutuliskan tapi entah bila berpeluang untuk dipublishkan. Sekadar tatapan dan buat renungan

HUJAN

Guruh di luar menandakan hari nak hujan,
Kepulan awan mendung tak tertahan menanggung beban,
Titis-titis halus mula menyimbah tanah nan gersang,
Kejadian alam nikmat Tuhan berikan,
Insan kerdil meluah keluhan,
Tak bersyukur dengan kurniaan,
Acap terlupa itu bukanlah bencana disembahkan,
Sekadar ujian bagi insan beriman


Dua tangan menadah mohon keredhaan,
Nikmat dan hikmah hati menyatakan,
Suburlah bumi menghijau pepohonan,
Hasil bumi jadi sumber pencarian,
Mengapa masih mengeluh wahai insan,
Masih tak cukupkah segala pemberian?


Titis-titis hujan terus mencurah,
Di sini rahmah di sana barakah,
Wajar hamba mengambil iktibar,
Kejadian alam suatu panorama indah,
Namun tanganmu jua pengundang padah,
Titisan hujan menjadi bala,
Bagimu insan yang alpa terleka,
Mengejar dunia terlupa di sana,
Teruslah merintih kerana hujan belum reda.


Hujan mula menyimbah renyai,
Sejuk mencengkam tubuh yang longlai,
Di mana harta di mana saudara,
Sekelip mata hilang semua,
Masih tak putuskan ujian menimpa?
Keluhan insan terus berjela


Hujan di hati langsung tak reda,
Hujan di luar mula bersisa,
Di lapik sejadah sujud insaf dan redha,
Bukan sebarang ingatan diterima,
Andai masih tidak terjaga,
Hujan itu akan datang jua,
Dalam bentuk yang tidak tersangka,
Mampukah kita menghadapinya semula?
Kuatkah kita menanggung sengsara?
Hujan itu bukanlah punca,
Sekadar picisan tegurannya Dia,
Kita masih punya masa.

Syaza Raihana
19 April 2009