Followers

Wednesday, February 17, 2010

PENGURUSAN MASA

Hidup ini terasa begitu kelam kabut kalau tidak diuruskan dengan sebaiknya. Apa sahaja aktiviti yang kita lakukan perlulah dirancang dan dilaksanakan mengikut keutamaan. Mengapa? Supaya kita tidak berasa tertekan atau terbeban dengan kerja-kerja yang tertangguh. Kesannya kita akan dapat menyelesaikan segala tugasan dan perancangan secara teratur dan sistematik.Pengurusan masa adalah satu proses yang kita jalani sehari-hari dan kebijaksanaan dalam merancang masa menjadikan kita manusia yang berjaya.

Apa dia pengurusan masa?


Pengenalan

Masa adalah penting dalam kehidupan manusia. Ini kerana, masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Manusia yang tidak menguruskan masa dengan baik adalah manusia yang rugi. Manusia yang cemerlang adalah manusia yang bijak menguruskan masa dengan teratur.


Definisi masa

Masa ialah waktu, zaman, saat , ketika dan detik. Manusia juga bermakna waktu atau zaman yang dilalui oleh makhluk dalam menjalankan kehidupannya. Masa juga adalah jarak atau tempoh antara suatu waktu dengan waktu yang lain.

Cara menguruskan masa dengan berkesan

a. Rancang program yang hendak dilakukan
bagi memudahkan program dapat dijalankan dengan lancar, tidak kelam
kabut dan tersusun.

b. Mesti tahu matlamat hidup
Matlamat hidup dapat membantu dalam menguruskan masa dengan
berkesan supaya setiap aktiviti harian dapat dijalankan dengan baik.

c. Tidak menangguh kerja
Kerja yang diberikan perlu dijalankan dengan segera
Kerja yang ditangguh akan menambah lagi beban kerja yang sedia ada

d. Adakan perubahan pada jadual waktu
Jadual yang disediakan perlu diubah mengikut kesesuaian supaya tidak jemu
Dapat memberi semangat untuk melakukan sesuatu aktiviti.

e. Mesti mempunyai waktu rehat yang secukupnya
Rehat merupakan aktiviti paling penting dalam kehidupan seseorang supaya
badan boleh berehat setela penat melakukan aktiviti lain.

f. Membuat jadual harian,mingguan dan bulanan
Dengan adanya jadual ini, perancangan dapat diikuti dan dilakukan mengikut keutamaan tugasan yang ada.

g. Memberi tumpuan ketika melakukan sesuatu kerja
Tumpukan sepenuh perhatian dan cuba memahami setiap kerja yang dilakukan
supaya kerja tidak berulang.
Ini dapat menjimatkan masa dan masa yang lebih boleh diperuntukkan untuk kerja-kerja yang lain

Alatan yang dapat membantu bagi merancang masa:

a. Jam bagi menentukan waktu
b. Kalendar bagi merujuk tarikh, hari dan bulan
c. Buku catatan harian atau diari
d. Carta, rajah, serta jadual dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Peruntukan masa mengikut pandangan islam

Bagi orang Islam, masa bukan sahaja penting untuk mencapai kebahagiaan dunia, ia juga penting dalam usaha untuk mencapai kebahagiaan akhirat. Islam sangat menitikberatkan tentang masa. Umat Islam yang pandai mengurus masa dengan baik merupakan seorang umat yang tahu menghargai masa.

a. Masa beribadat
- masa beribadat kepada Allah dengan mengerjakan sembahyang, puasa, zakat,
menunaikan haji, berzikir dan sebagainya.

b. Masa menambahkan ilmu pengetahuan
- Sama ada melalui pembelajaran formal atau tidak, pembacaan,pendengaran
serta menghadiri majlis-majlis ilmu.

c. Masa berkeluarga
- Setiap individu perlu kepada kebahagiaan keluarga, dan ia bergantung kepada
kebijaksanaan menguruskan masa tersebut.

d. Masa bekerja
- Mengikut bidang pekerjaan masing-masing selagi tidak melanggar hukum-hukum
atau syariat Islam.

e. Masa bermasyarakat
- Setiap individu memerlukan kepada bantuan orang lain. Oleh itu, kerja-kerja
bermasyarakat perlu diperuntukkan supaya hubungan diantara satu sama lain
bertambah erat dan mesra.

f. Masa berehat
- Setiap manusia memerlukan kepada masa rehat yang cukup setelah penat
memerah otak dan tenaga semasa melakukan pekerjaab. Masa rehat yang cukup
adalah penting bagi setiap orang bagi memulihkan tenaga dan fikiran bagi
meneruskan kehidupan.

Kepentingan pengurusan masa

1. Membantu membuat sesuatu mengikut keutamaan
- Kita harus bijak memilih kerja yang perlu diselesaikan dahulu sekiranya
kita mempunyai pelbagai kerja yang harus dibuat.
- Siapkan kerja yang perlu dihantar dahulu, dengan ini masa tidak terbuang
atau disia-siakan dan dapat membantu kita untuk membuat kerja dengan lebih
teratur.

2. Bersedia menghadapi hari depan
- Melalui pengurusan masa yng cekap hari ini, kita akan dapat menghadapi
segala masalah yang mungkin dihadapi pada masa hadapan.

3. Membentuk tabiat
- Sikap yang baik membawa disiplin kerja yang sempurna. Sekiranya kita
bersikap sambil lewa apabila bekerja, sikap ini akan menjadi kebiasaan.
Sekiranya kita mula menguruskan masa dengan baik dalam melakukan kerja,
sikap ini akan juga menjadi kebiasaan dan seterusnya membantu meningkatkan
mutu kerja.

4. Menjadi bangsa yang maju
- Kita perlu menetapkan masa untuk kita melakukan sesuatu kerja dengan
mengikut keutamaan atau kepentingan kerja tersebut.

5. Membentuk disiplin diri yang tinggi
- Kita akan menjadi seorang yang berdisiplin apabila kita sentiasa mematuhi
dan mengikut masa yang telah ditetapkan untuk melakukan sesuatu tugas atau
kerja.

6. Aktiviti dapat dilakukan dengan lebih sistematik
- Sekiranya kita sentiasa melaksanakan segala aktiviti mengikut masa yang
telah ditetapkan, ia akan menjadikan segala aktiviti kita lebih sempurna.
Misalnya, dalam kehidupan kita, aktiviti asas seperti mandi, mengemas bilik
tidur dan sembahyang sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Oleh
itu, kita harus mengikut masa yang betul supaya aktiviti lain yang akan
kita lakukan dapat berjalan dengan lebih lancar.

7. Mengurangkan tekanan kerja
- kita tidak akan mengalami tekanan kerja jika bijak menguruskan masa.
- Masa bekerja haruslah diuruskan dengan baik dan diselitkan dengan masa
berehat.

8. Menjadikan manusia lebih matang
- Masa akan menjadikan seseorang lebih matang sekiranya seseorang itu dapat
menguruskan masa dengan melakukan sesuatu yang berfaedah.
- Contohnya, mengisi masa lapang dengan membaca, bersukan dan sebagainya.

Akibat tidak menguruskan masa dengan baik:

a. kelam kabut
b. kerja yang dilakukan tidak sempurna
c. Tekanan
d. Menambah bebanan kerja
e. Masa tidak dapat digunakan dengan baik
f. Masa terbuang begitu sahaja

NOTA-NOTA PEMBELAJARAN

Kepada semua pelajar, anda boleh membaca nota melalui blog ini untuk masa-masa akan datang. Anda hanya perlu memilih tajuk posting dan dibenarkan untuk copy paste semua nota yang telah saya muat naikkan. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian secara maya ini.

PERLETAKAN HARGA



Pengenalan

Perletakan harga barangan yang dikeluarkan oleh sesuatu syarikat bergantung kepada faktor dalaman syarikat seperti objektif pemasaran, kos syarikat serta faktor luaran seperti keadaan pasaran, permintaan, persaingan dan faktor persekitaran yang lain.

Objektif perletakan harga:

1.                  Memaksimumkan keuntungan
2.                  Syer pasaran dipanjangkan
3.                  Objektif lain

Memaksimumkan keuntungan
v  Membuat anggaran terahdap permintaan dan kos bagi harga yang berbeza
v  Mendapat pulangan atas pelaburan untuk jangka panjang

Syer pasaran dipanjangkan
v  Menguasai syer pasaran dalam strategi perletakan harga
v  Harga rendah dapat menggalakkan pengguna membeli dan dapat meningkatkan syer pasaran dalam jangka masa panjang.

Objektif lain
v  Untuk terus hidup
v  Meletakkan harga yang rendah disebabkan persaingan
v  Harga yang tinggi diletakkan untuk barangan yang bermutu untuk menampung kos pengeluaran produk.

STRATEGI MELETAKKAN HARGA

1.                  Market skimming
2.                  Market penetration
3.                  Prici Lining / Lini Harga
4.                  Harga Produk Optimum
5.                  Harga Produk ‘Captive’
6.                  Harga Produk sampingan
7.                  Harga Produk Kombinasi
Bagi produk- produk yang dikeluarkan oleh syarikat, terdapat dua kaedah perletakan harga yang biasa dilakukan iaitu:

i) Market Skimming
-          Meletakkan harga yang tinggi
-          Apabila jualan menurun, syarikat mula menurunkan harga produk.

ii) Market Penetration
-          Syarikat meletakkan harga yang rendah untuk menembusi pasaran dan menarik perhatian pengguna.

Bagi barangan/ produk yang telah berada di pasaran,  terdapat 5 strategi perletakan harga yang biasa ditemui iaitu:

i)                   Lini Harga / Price Lining
-          Harga diletakkan berbeza berdasarkan saiz, bentuk atau jenis yang berbeza.

ii)                 Harga Produk Optimum
-          Produk pilihan atau aksesori ditawarkan sama dengan produk utama pada satu harga.
-          Contoh: RM 50,000 harga kereta termasuk aksesori seperti radio dan penyaman udara.

iii)              Harga Produk “Captive’
-          Harga 2 peringkat dengan merujuk kepada pengeluaran produk yang harus digunakan bersama 1 produk utama.
-          Contoh: Filem dengan kamera.
-          Filem dianggap produk captive kerana harga yang diletakkan adalah tinggi kerana sentiasa dibeli berulang kali untuk kegunaan bersama produk utama.

iv)               Harga Produk Sampingan
-          Merujuk kepada pengeluaran produk sampingan yang kurang nilainya.
-          Syarikat harus meletakkan harga bagi produk sampingan tersebut kerana sekiranya dibuang, harga produk akan memberi kesan terhadap harga produk utama.
-          Contoh produk sampingan: minyak diesel, tar.
-          Hasil pengeluaran utama------minyak.

v)                 Harga Produk Kombinasi
-          Merujuk kepada gabungan beberapa produk pada satu harga yang lebih rendah seperti pakej hotel
Contoh: Harga pakej RM300.00 bagi penginapan, makan malams erta sarapan untuk tiga hari di sebuah hotel.