Followers

Saturday, March 31, 2012

Pizza ala jepang (Jepun)

Pagi ni lepas gorengkan jemput-jemput special untuk anak-anak, tiba-tiba teringat sejenis masakan yang saya teringin nak buat. Mesti siapa yang baca entri ni akan ketawa nanti. Resipi ni saya dapat sewaktu berkunjung ke negara jiran bulan lepas. Rehat-rehat tengok tv, tertengok rancangan memasak "Fun Cooking" nama program masakan tersebut. Masakan yang disediakan adalah masakan ala Jepun. Di sana kan mereka panggil Jepang...tengok punya tengok, saya dan Kakak (adik sepupu) ketawa tak hengat!!! senang sangat nak buat sebab dah biasa sangat dengan kita....

Bahan-bahan:
1. Tepung terigu (tu yang masih mencari tepung apa kalau kat Malaysia ni)
2. Air
3. Garam secukup rasa
4. Sosej di potong serong (potong le macam mana nak pun)...
5. Sotong sikit
6. Udang sikit
7. Kobis yang dipotong halus
8. Lada merah dihiris
9. Bawang besar dihiris 
10. Ikan bilis (goreng dan hancurkan)..untuk tabur atas pizza nanti. Kalau nak campur sikit dalam pizza tu pun 
     sedap jugak...
11.Sos cili (untuk topping)
12. Mayonis (untuk topping)

p/s: Lagi banyak bahan lagi sedap....

Cara masak:
1. Campurkan semua bahan kecuali bahan no 9, 10 dan 11 sebab gunanya bila dah siap nanti...
2. Panaskan kuali leper
3. Letakkan minyak sikit ajerr, jangan banyak-banyak....
4. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang digaul tadi ikut besar kuali. Besar kuali, besarlah 
   pizzanya...jangan tebal sangat nanti tak sedap
5. Balikkan hingga kekuningan
6. Agak-agak dah puas hati kuningnya..dah boleh angkat. Letak atas pinggan leper.
7. Potong siap-siap macam potong pizza
8. Letakkan topping ikut suka hati banyak mana
9. Dah ......sedia dimakan!!!!

Rasa-rasa macam biasa buat tak?Muahahahahahahahaha.....


Tada.......JEMPUT-JEMPUT saiz BESAR PUNYA!!!!!!!!!!! hehehehehe ahaks.....

Inilah hasil Pizza Ala Jepang guna bahan yang mana ada ajer kat rumah. Sos pun campur sos keropok lekor. Boleh gitu???? Hikhikhikhik....

Sesiapa yang minat masak tu, bolehlah buat inovasi lagi...........hikhikhik....tetap nak ketawa......Kreatif kan orang Jepun punya pizza......


Friday, March 30, 2012

Projek bandana bip

Bila cerita pasal bandana bip..teringat bandana bip untuk Yusof, anak seorang sahabat yang masih tak terhantarkan lagi. Bila tengok semula bandana bip tu, pegang-pegang, materialnya agak keras, almaklumlah cotton biasa saja. Puas fikirkan kalau nak cuba buat yang baru, material apa yang paling sesuai. Dok bersembang dengan encik suami, mata terpandang pada tuala yang biasa digunakan buat lap muntah/air liur Haziq....terus je nampak mentol depan mata.Toing-toing!!! Idea dikemukakan pada encik suami dan encik suami pun proceedlah untuk cuba buat lagi bandana bip, tapi gunakan tuala sebagai material.

Jadi projek hari ini ialah pi SAKAN dulu, cari tuala yang sederhana besarnya, harganya RM7.90. Dapatlah dua warna, merah kecoklatan dan biru. Lepas tu ke kedai kain MEWAH di Masai. Sasarannya dah tentulah kain cotton. Antara yang sempat saya sambar ni dia.....ikutkan hati tu memang banyak yang menjadi perhatian, bajet...bajet........sorrylah gambar guna digital kamera cap ayam je ni..so tak jelas sangat..


beserta tuala biru yang bakal menjadi mangsa guntingan....tuala merah dah selamat dah....

Pattern bandana bip tu saya ambil saja dari internet tapi entah di mana letaknya, cari-cari tak jumpa. Maka terpaksa gunakan bandana yang dah siap sebagai asas ukuran..letak je atas tuala dan kain...potong.....sebenarnya kalau pandai menjahit tak jadi masalah, senang saja tapi sebab dah lama tak menjahit..mesin pun mulalah merajuk. Tekan-tekan suis tak mahu hidup....Nasib baiklah ada bantuan encik suami..jimat sikit tak payah hantar ke kedai......

Bila dah siap, pikir pulak nak test kat siapa. Apa lagi....anak-anaklah jadi modelnya....

design yang terhasil.....tiga design je sebenarnya..cuba tengok betul-betul....

Haziq ni asyik gerak je..payah nak suruh jadik model..huhuhu

yang ni guna tuala (depan)

yang ni guna cotton depan belakang

yang ni pun sama, cotton depan belakang

ha yang ni...tuala tadi tu  tapi bahagian belakang...boleh guna dua-dua bahagian...

Kredit kepada anak sulung, Amirul Rahimi yang sukarela jadik model sambilan malam ni. Terima kasih ye sayang mama...Kepada sesiapa yang minat bolehlah menjahit bandana bip ni untuk anak-anak, senang bila time anak-anak makan, dah takyah bawak tuala lagi. pasangkan aje kat leher..tapi kalau Haziq....mau belengas..mau menjerit dia panas....hukhukhuk....Jimat pun jimat....

Thursday, March 29, 2012

Benci ke cinta? ke Becinta?

Ada pepatah mengatakan, kalau benci orang, jangan benci sebenci-bencinya sebab mana tahu Allah balikkan hati kita, yang benci jadi rindu, yang benci jadi sayang, dan benci tu jugaklah yang mencambahkan cinta. Ha kan payah...Jadi, kalau kita tak suka ke, benci ke pada seseorang yang ada di sekeliling kita, agak-agaklah..jangan sampai langsung tak boleh bertegur sapa, langsung tak boleh memandang rupa, kalau berkerjasama ibarat memasukkan diri dalam mulut buaya! Ingatan untuk diri sendiri jugak. Rasanya tak adalah rasa benci pada sesiapa, kurang selesa mungkin ya. Maklumlah, kita kan manusia biasa yang selalu saja jadi perhatian syaitan untuk digoda dan disesatkan...tapi sejauh mana kita tak suka pun, kena jugak ingat..satu hari nanti mesti orang yang kita tak suka tulah yang akan bantu kita. Mana tahu orang tu jugaklah yang akan jadi orang yang kita percaya dan tak tahu jugak kalau satu hari nanti orang itu akan berubah dan mengubah persepsi kita pada dia. Jadi, pusing-pusing mana pun..orang tu tetap kita akan jumpa jugak..........uhuk-uhuk.....terkena pada batang hidung sendiri ni...muahahahaha...ahakssss...tersenyum sendiri dibuatnya...

Kalau sayang dan cintakan seseorang pun sama, kena simpan sikit untuk diri kita. Percaya boleh tapi jangan 100 peratus. Kenapa? Sebab sama je macam kita ada best friend. Kalau satu hari tiba-tiba best friend kita tu khianati kita, apa gaknya rasanya? Mesti pedih, perit,semua ada kan? Samalah kalau kita dengan orang yang kita sayang.Sayang biar berpada....mujurlah saya ni takdok best friend...semuanya kawan..sama rata, jadik tak ada yangakan rasa kecik hati ke, makan hati berulam jantung pisang ke....sakit hati ke....anda dilayan sama rata....kalau ada yang rasa kecik hati dan yang seumpama dengannya terhadap saya, saya minta ampun dan maaf ye..saya manusia biasa......saya tidak Maksum sebagaimana junjungan mulia kita......

Kesimpulannya:
1. Kalau tak suka pada seseorang,cubalah belajar menerima seadanya mereka..itulah dia...buatlah macam mana pun, mereka begitu jugak.....bersangka baik je lerr....mudah-mudahan hati kita rasa tenang dan mengurangkan hasutan syaitan dalam hati kita yang tak puas-puas nak hancurkan cucu cicit Adam....

2. Kalau sayang pun...biar sayang berpada-pada ye....semoga kita tak kecewa dengan kasih sayang yang kita berikan dan kasih sayang yang kita terima. Apa-apa yang kta hadapi, La Tahzan..Allah sentiasa bersama kita......


Monday, March 26, 2012

Kopi kapal api dan biskut kering Munchy's

Beberapa hari kebelakangan ni hujan sebelah petang di Pasir Gudang hinggakan rumah pun trip dibuatnya pada petang Sabtu. Waktu itu kami di kampung. Sudahnya awal kami pulang ke Pasir Gudang dari kampung bila memikirkan peti ais dan ikan kesayangan encik suami. Petang semalam pun hujan. Apa kaitan hujan dengan tajuk entri saya kali ni yek?

Biasalah..time-time hujan macam ni, mesti sedap kalau pekena kopi panas kan? Nak kongsi satu rahsia....(ceh macam iklan oreo pulak)..kat rumah ni mana ada serbuk kopi...sebab kami sekeluarga memang minat teh o je. Susu pun tak ada..hihihihi....Bila pergi rumah adik sepupu di Subang beberapa minggu lepas, saya dihidangkan dengan kopi panas cecah biskut kering Munchy's. Sedaplah pulak!!!!

Kebetulan semalam hujan dan saya pi econsave, tiba-tiba teringat nak minum kopi. Mujur dapat biskut tapi pusing-pusing tak jumpa kopi kapal api. Nasib baik jumpa di mini market. Kalau tidak, meleleh air liur mak.....hehehe. Balik rumah, terus jerang air ...........tapi tak terus buat. Tunggu pukul 9..sambil-sambil layan mentor, sambil makan biskut cecah kopi panas.Heaven sangat!!!!! Lepas ni nampaknya bakal jadi penggemar kopilah pulak....time hujan jer....

blur sikit.... Ni gambar masa kat rumah adik sepupu....

Cubalah buat...nikmati aromanya.....pasti mau lagi....tak percaya? Kejap lagi saya nak buat lagi sebab hujan kat luar tu....JOM NGOPI!!!!!



Sunday, March 18, 2012

Trip to Bandung (Bahagian Akhir)

14 Mac 2012

Hari untuk meninggalkan bumi Bandung. Malam sebelumnya ada gala dinner untuk semua peserta conference tapi saya tidak ikut serta kerana tak mahu meninggalkan kakak keseorangan di bilik. Lagipun persembahan tarian masyarakat Bandung tu boleh kami lihat dari tingkap bilik. Menu makan malam kami hanyalah Maggi cup yang dibawa sambil menonton Opera Van Java yang lebih menyeronokkan.Tak kering gusi kami dibuatnya.

Oleh kerana kami ada setengah hari untuk shopping, kami habiskan di Pasar Baru. Dapatlah sedikit buah tangan untuk anak-anak dan adik beradik. Untuk diri sendiri? Hanya dua helai blaus yang akhirnya jadi buah tangan untuk orang lain juga sebab tak muat. Perasan macam muat...huhuhu tapi paling tidak, saya dapat juga pelekat peti ais yang menjadi hobi terbaru saya.Cukuplah....yang penting anak-anak. Kalau belikan saudara mara tak boleh seorang dua..nanti yang lain kecil hati, jadi saya tak belikan semua...cuma untuk adik beradik ajer....

yang lelaki t-shirt jelah

Sempat balik semula ke hotel ambil beg yang disimpan...kemas-kemas sementara tunggu teksi

Di Bandung, kalau nak naik teksi, better teksi argo (meter) dan Blue Bird Taxi. Harganya murah sikit. Kalau ke airport dari hotel tempat saya menginap tu, hanya Rp27,000, lebih kurang RM7. Sebenarnya Rp26,100...bagi 27k takde baki ye..keep the change......kalau tak kisah biarkan saja, tapi kalau sayang duit..mintak!!!! sebab diorang kat sana semua duit. Tak pakai seatbelt, polisnya caj 400k...kalau dia tahu kita orang malaysia lagi banyak kena. Parking kereta sekejap pun kita yang kena bayar....tas(beg duit) kena jaga-jaga.Better pakai beg galas ye...

Sempat juga kami singgah beli jajan sikit di Jajanan Kebonjukut atau terkenal dengan nama Kartika Sari. Sale pisangnya memang sedap........



Jam 4.30 kami dah sampai di bandara. Biar cepat asal selamat......Tapi nak keluar dari Bandung, ada bayaran yang perlu kita lunaskan. Bayaran pelayanan jasa namanya. Baik je bunyi ayatnya kan. Printed...passenger service charge..Rp75,000 atau RM35.Huh...duit lagi....


Selamat sampai di LCCT jam 10.30 malam....terus ke Subang,bermalam di rumah Kakak sebelum bertolak balik ke Pasir Gudang keesokannya. Dapatlah bawa balik sedikit wang rupiah dalam RM15....


Kesimpulannya:
1. Seronok
2. Pengalaman baru
3. Selalu berhati-hati supaya tidak ditipu
4. Tak sesuai sangat bawa budak kalau nak bershopping

5. Tempat  menarik  untuk dilawati:
i. Tangkuban Perahu
ii.Sari Ater Hot Spring (tak sempat)
iii.Kawah Putih (tak sempat)
iv.Kampung daun (tak sempat)

Tempat shopping:
i. Toko Tiga
ii. Jalan dago
iii.Cihampelas
iv. Pasar Baru
v.Rumah Mode

Kena kumpul duit dulu...rancang ke mana nak tuju...barulah kepuasan dapat dirasakan!!!!!!!

Trip to Bandung (Bahagian 3)

13 Mac 2012

berdebar-debar nak present....

Hari yang dinantikan. Pagi-pagi dah breakfast. Pembentangan akan bermula jam 1.30 petang, di bilik Pheony. Sepanjang pagi dok bersedia untuk pembentangan. Boleh ke cakap BI ni? Macam-macam yang bermain di fikiran. Jam 1 petang dah terpacak dalam bilik tu. Savekan power point...Bertemu dengan beberapa pembentang lain. Seorang dari UPM, seorang dari UTM juga, sepatutnya seorang dari Indonesia tapi tak hadir, seorang dari India dan seorang dari USA.

Biarpun berdebar..kena buat juga. Satu pengalaman yang bukannya boleh dibeli di mana-mana. Pengalaman tu kan guru terbaik dalam hidup kita. Masa inilah kita nak tahu kemampuan kita. Ketakutan adalah perasaan biasa tatkala kita nak memulakan sesuatu tetapi apabila kita berjaya mengharunginya, maka kepuasan yang akan jadi milik kita.

Kakak jadi tukang perakam periwtiwa. Daripada video yang dirakam, saya belajar memperbaiki kesilapan yang ada. Boleh pulak tersebut perkataan "alamak' dalam presentation tu. Presenter dari India dan USA tu Associate Professor..semuanya congratulate dan kata yang saya did a good job sebab firts time participation. Seronok bila ada discussion dengan mereka. Jadi memang pengalaman yang baru walaupun topik saya tak ada soalan atau perbincangan. Daripada 3 ratus lebih tajuk, tajuk saya je berkaitan pelajar pekak. So mereka tak tahu pun. Tapi tajuk-tajuk mereka juga mengujakan, pasal employability, entrepreneur....seronok...Terasa macam nak pergi je lagi conference yang lain sebab mereka buat dalam keadaan santai...tak pressure langsung pun....Jom kawan-kawan.......


gaya-gaya masa present paper...nasib baik duduk ajerr

Di akhir sesi bila selesai present, saya dapat ni:

dapat sijil....

Tak kisahlah, yang penting dah ada sijil, dah dapat pengalaman yang berharga. Lepas ni.....Pasar Baru kita!!!!!....Habis present terus naik ke bilik, tukar baju dan berjalan kaki ke Pasar Baru....ala-ala Pasar Khadijah di Kelantan tetapi lebih besar. Hari ni cuma window shopping saja...tengok apa yang boleh dibeli esok sebab esok seharian lapang sebelum pulang ke Malaysia jam 7 malam. Tengok-tengok pun dapat juga sambar sikit-sikit..hehehe 





Di sini semua toko ditutup pukul 5.Tapi kami merayau juga hingga pukul 6, masih ada yang buka. Cuci mata.....Esok kami datang lagi ye.....

Trip to Bandung (Bahagian 2)

Isnin 12 Mac 2012.

Jam 7.00 kami dah bersarapan. Makanannya tak banyak beza dengan makanan Malaysia.




semuanya sedap. Bekal untuk perjalanan jauh.....

Hari ini kami merancang untuk ke Gunung Tangkuban Perahu. Balik nanti ingat hendak singgah di Rumah Mode, Factory Outlet di Jalan Riau, Toko Tiga..kalau sempat. Semuanya tempat shopping... Hati risau juga sebab belum dapat menghubungi suami dan anak-anak. Wifi sangat susah. 1 bar, putus-putus...Terpaksa beli simkad baru boleh dapat hubungi keluarga di Malaysia. Suami pun risau, apalah cerita si isteri di negara orang....Dalam perjalanan ke Tangkuban Perahu, sempatlah berhenti beli simkad, tapi tak tahu pula macam mana nak contact. Kena tunggu balik ke hotel pula...lewatlah nampaknya. Yang penting simkad dah ada...

beli simkad dulu....

Di sini memang padat penduduknya. Kenderaan ikut suka hati...hon kereta dah macam muzik. Tapi yang bagusnya walaupun kereta bersimpang siur, motor selit menyelit, tak ada kami lihat muka tak puas hati ke, nak marah ke...semuanya lancar sahaja walaupun ada jugaklah kami kecut perut. Bagi diorang biasa aje. Cuma di sini, sikit-sikit duit....bahasa memang lemah lembut, tetapi akhirnya mesti ada bau-bau mintak duit....
Kami sampai di Tangkuban Perahu dalam pukul 10, lebih kurang sejam perjalanan. Pak Herman dah nasihat jangan beli apa-apa kerana sangat mahal. Kami pun menurut perintahlah. Sampai di atas...Subhanallah!!!!Pemandangan yang sangat indah. Saya pun terdiam seketika. Sejuk macam di Cameron Highland. Sejuk angin. Orang memang ramai. Kalaulah dekat...memang saya akan datang selalu. Terserempak bekas pelajar yang datang bercuti bersama keluarganya juga di sini.









Dari ketinggian inilah, kami mula jalan-jalan cari pasal. Naik guna kereta..turun ikut trek. Dua jam perjalanan termasuk ambil gambar dan ke Kawah Domas. Hasilnya....Rp850,000 habis di situ termasuk 'diketuk' untuk beli souvenir...




boleh masuk rupanya dalam pokok ni..."JAMBU ALAS' kalau tak silap namanya..




Sempat makan telur rebus yang direbus dalam bekas tu ha.....Air menggelegak tu...

Keluar dari Kawah Domas, kami terus cari Rumah Makan sebab kelaparan. Di sini bukan boleh sebarang beli di tepi jalan. Selamat cari rumah makan. Habis juga Rp200,000 untuk makan tengahari. Ala-ala melantak.....hahahaha. Tapi sampai sekarang teringat-ingat Es Kelapa Sundana....


Es kelapa sundana

Menu tengahari kami yang kelaparan


Lepas makan, kami singgah solat di Rumah Mode, salah sebuah mall yang terkenal di Bandung. Terserempak sekali lagi dengan pelajar ini, Affizat.


Bagi saya dan Kakak yang bukanlah shopper tegar, bagi kami Rumah Mode macam Jusco je di sini. Tak sampai setengah jam, kami beredar pula ke Toko Tiga, gedung jeans. Harganya agak ok tapi sebab tak ada fokus nak beli barang, dapat sambar dua helai t-shirt untuk anak-anak saja. Hmm..suka diingatkan kalau ke sini juga, mesti siap-siap bawa plug 2 pin...di sini tak ada plug 3 pin ye. Menjajau juga kami mencari, mujur dapat tak jauh dari Toko 3.

Usai di Toko Tiga....kami terus pulang ke hotel. Sempat kami makan malam. Lepas tu naik ke bilik dan berehat. Kalau nak cerita detil betul-betul..saya rasa sesuai buat novel.....hehehe....Kalau memang kaki shopping...memang seronoklah jawapannya.....Saya tak boleh balik lewat kerana nak prepare untuk pembentangan keesokan hari.....tidur kena cukup........