Followers

Tuesday, January 29, 2013

Diam tak diam..............

Assalamualaikum...salam sejahtera

Diam tak diam, dah setahun saya tak bekerja. Dah setahun saya bergelumang dengan dunia baru sebagai pelajar tua. Dah setahun saya dapat memberikan fokus yang lebih untuk anak syurga saya, Aiman Haziq. Dah setahun jugalah kadang-kadang rasa hidup tak terurus, yelah sangat kan........Tulah, siapa suruh pandai-pandai isi borang sambung belajar, kan dah dapat.....Bila dah dapat, takkan nak lepaskan peluang ye tak? Ui...rejeki jangan ditolak, musyuh jangan dicari....ambil ajelah peluang yang datang depan mata. Kalau tak ambil, belum tentu peluang tu akan datang lagi ye tak?

Diam tak diam, dah hampir empat bulan berulang alik ke Batu Pahat untuk terapi Haziq.Alhamdulillah, nampak ada perubahan yang boleh dilihat. Diam  tak diam jugak, bukan Haziq je yang makin bam bam, mama dia pun 2 x 5!! Hamek kau....diam tak diam, setahun naik 5kg!!!! Patut ler tumit ni dah lebih dua bulan sakit, bisa mencucuk-cucuk. Buat sauna, kena karan, kena picit......masih lagi sakit gara-gara berat badan yang dah maksima....Pipi dah makin membolat.....baju dah payah nak carik, nak jahit sendiri hmmmm......dah lama mesin tu tak berusik. Bukan apa, kalau dah start usik karang, harus tak retilah nak berenti pulak....lagi lerr haru biru lebam biji mata hitamku.......

So, moral of the story....kena carik cara lain untuk turunkan berat badan yang naik perlahan-lahan dalam diam. Asal balik kampung je mesti ada yang tegur figura badan sudah berubah, haiya......terasa mak....abis nak buat acane, hati senang. Biarpun kadang-kadang hati tu ibaratnya hancur berkeping-keping sampai tak tahu macam mana nak cantumkan semula, pakai gam uhu pun tak jalan.....badan tetap segar bugar. Muka mesti selalu senyum sebab senyum tu sedekah.....senyum je bukan payah pun.......jap-jap....bila masa pulak hati hamba ni hancur berkeping-keping pulak yek? Eh takde....salah tu..........sebab hati senang selalu yang jadi badan pun senang naik....itu yang benonya.......

Diam tak diam, selama setahun ni sebenarnya tempoh yang sangat menguji. Ujian tubuh yang sakit, perjalanan jauh setiap minggu, mana nak belajar lagi, urusan terapi anak lagi.....sedar tak sedar, akhirnya sedar bahawa tahap kesihatan yang kian merosot. Umur dah makin pendek, mana tidaknya, badan dah dipakai lama, dah lebih 3 dekad dah, mesti tak boleh nak maintain macam masa mula-mula berkembang, masa jaman muda-muda dulu..........Masa nilah baru nak jaga kesihatan, tulah..kadang-kadang tak sedar diri, kufur nikmat. Allah bagi sihat lupa nak buat kebaikan, lupa tanggungjawab. Bila diuji sakit baru nak insaf.......Itupun insaf chipsmore....kejap ada, kejap tak ada sedangkan dah tau masa yang berlalu tak akan berulang semula. Manusia ni memang mudah lupa.....sebab tu suruh makan kismis untuk kuatkan ingatan, itupun liat jugak nak dibuatnya.........Bukanlah langsung tak insaf tapi mahukan insaf yang istiqomah, bukan cari kitab istiqomah cam dalam cite SAHARA kat ASTRO tu.....Istiqomah dalam melakukan sesuatu. tekun, berterusan...........

Semoga apa yang berlaku setiap hari adalah peringatan kepada diri untuk menjadi insan yang lebih baik. Diam tak diam, banyak yang berlaku dalam setahun ini..............................Mudah-mudahan ianya adalah pemangkin kepada sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.....

Friday, January 11, 2013

Dato' Dale M Lokman....sporting banget!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Dek kerana kegembiraan semalam masih dibawa hingga ke hari ini, maka baru ketika dan detik ini saya dapat merakamkan detik-detik yang tak terjangkau dek akal itu ke dalam bentuk penulisan. Barulah nak dapat didokumentasikan perasaan saya itu. Gembira, terharu, bangga, suka, bahagia, semuanya ada dalam taman hati. Mana tidaknya, kawan-kawan sudi nak merealisasikan permintaan saya tu!!!!! Apalah yang gembira sangat dengan Dato' Dale tu kan? sekali pandang nama tu macam kenal, macam tak kenal....ha....Dato' Mahadzir Lokman yang fasih enam bahasa tu.......tu belum bahasa yang jadi bahasa sampingan bak kata Dato' lah........

Al-kisahnya begini, adalah kawan-kawan yang mintak tolong saya buatkan draf skrip majlis untuk satu event....siasat punya belek punya selidik, tup-tup dia punya Master of Ceremony ialah Dato' Dale!!! Saya rasa seolah diberi penghormatan yang amat besar dapat menyediakan draf skrip untuk ikon pengacaraan yang hebat ini!!! Cuma iyalah, bila melibatkan bahasa istana, adalah lompang di sana-sini.....Mujurlah Dato' memang dah pakar nak handle situasi, pandai aje dia tokok tambah sesuai dengan kehebatan beliau berbahasa. Sah-sahlah kami yang mentah ni tak setanding Dato' yang sama umur dengan kemerdekaan negara kita ni ha....Jauh panggang dari api, tapi bila berpeluang duduk di sebelah Dato' semalam, macam-macam perasaan yang ada.

Majlis Anugerah Raja Zarith Sofiah yang telah disempurnakan pelancarannya oleh DYMM Tuanku sendiri.

Mula-mula tu tak terfikir dapat duduk dengan Dato' sebab ramai tetamu yang memenuhi meja.Dapatlah duduk di meja paling belakang. Tak apalah, lepas habis event nanti bolehlah gamit dia. Rezeki.....dapat panggilan mengatakan saya diberi penghormatan duduk sebelah Dato' kalaulah ada apa-apa yang Dato' nak tanya tentang skrip, saya ada......AllahuAkbar!!! Masa tu rasa macam dah tak berpijak di bumi tapi sampai-sampai sebelah Dato' dia jeling sebelah mata aje....Aduh....hati mak sudah goyang.....Cakap pun sepatah-sepatah....sepatah Dato' tanya, sepatah lebih sikit saya jawab. Kaki tangan dah sejuk semacam. Lama-lama eh....dia boleh main siku pulak.....siap rampas-rampas napkin...hahahaha...gara-gara nak lap smartphone dia....layankan ajelah....

Biasalah tu, komen mesti ada tapi pengukuhan juga ada. Semakin lama berbual, semakin serasi dan semakin mesra. Boleh pulak jadi jurufoto Dato'....tak alih-alih......siap kena sound.."Ko pastikan gambar tu cantik eh dik....nak masuk instagram'...boleh gitu? Layan jugak.....sangat seronok dan gembira. Yalah, mana pernah pun terfikir sebelum ni nak jumpa Dato', apatah lagi dapat duduk sebelah, berbual, bergambar dan berkongsi sifat beliau yang kelakar. Tak pernah terlintas dalam kotak fikiran. Alhamdulillah, kadang-kadang kita dapat sesuatu yang tidak kita jangkakan.....

Kebetulan sewaktu duduk sebelah Dato', semeja juga dengan mantan pengarah PJB, En Sulong bin Yahya.....Pengarah terbaik yang pernah saya temui...Susah nak cari pengarah seperti beliau...sentiasa mesra dan paling saya tabik......beliau tak pernah lupakan saya sebagai anak buah beliau. Saya salute beliau....kadang-kadang beliau yang lebih dulu beri ucapan tahniah, selamat hari raya......malu jugak saya dibuatnya...hehehe....

Encik Sulong yang tak perasan gambar dia saya snap..hehehe

Adalah dapat ambil gambar dengan Dato'....ce tengok ye aksi-aksi gembira kami.........tapi tak sempat ambil gambar dengan Encik Sulong, saya pun tak perasan bila beliau beredar sebab dah sibuk melayan Dato'....

sambil duduk mengacara, rileks aje....

dua orang debab.....Dato' kata orang debab je boleh kata orang lain debab....yang tak debab jangan cuba-cuba yek......

sekali lagi.......

senyum lebar kakak ni....

seorang ke hulu, seorang ke hilir....

Melayan kerenah dua orang ni memang tak tahan.....

Tetap nak tunjuk limau.....mentang-mentang kakak tu bagi sepinggan......yang penting, terima kasih, I love you....hihihihi...

gaya Dato' yang mencuri tumpuan lensa kamera 

Inilah yang paling mahal......Coretan kata-kata semangat Dato'...harus ku framekan lepas ni......selepas memaksa Dato' ambil salinan yang lain, salinan asal ini saya yang punya................

Perasaan gembira itu membangkitkan aura positif sehingga ke hari ini dan semoga terus kekal untuk hari-hari mendatang............

Sunday, January 6, 2013

Rindulah.......

Assalamalaikum dan salam sejahtera

Pagi ini masih lagi dalam proses menuntut ilmu. Entah kenapa ada rasa rindu yang membara. Pagi tadi saya hubungi anak syurga saya. Saya minta suami dekatkan telefon kepadanya. Walaupun dia masih tidak mampu berkata-kata, saya tetap mahu mendengar suaranya biarpun seketika. Dapatlah saya bersembang dengannya sekejap. Terdengar tawanya yang membuatkan bunga di taman hati berkembang mekar. Mengekek-ngekek anak saya ketawa....Ya Allah, rasa hati ini sungguh bahagia......

Tak sabar hendak menunggu petang menjelang. Yang penting dapat bertemu wajah kesayangan hamba....Sabarlah duhai hati........


Thursday, January 3, 2013

Hikmah kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entri pertama untuk tahun 2013. Tidak banyak yang ingin diperkatakan...hanya sekadar ingatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang mengenali. Semoga mendapat manfaat dan hari-hari kita akan berlangsung dengan baik seterusnya....






Selamat Datang 2013....