Followers

Monday, August 26, 2013

Cerita raya 2013

Assalamualaikum dan salam lebaran buat semua pengunjung blog tintajemari hamba......

Apa khabar you all?? Dah seminggu masing-masing balik bekerja kan...Anak-anak pun dah naik sekolah tapi baru hari nilah saya berkesempatan untuk mengemaskini blog.Aduhai...macam-macam hal yang berlaku sepanjang raya tahun ini.....

Kami balik ke Segamat dua hari sebelum raya. Dapatlah sehari berpuasa di kampung sendiri. Hari terakhir puasa, kami berkumpul pula di rumah adik ipar di Tangkak Jaya. Cerita pagi raya tak ada apa yang menarik....sama je macam korang.....Lepas solat sunat hari raya, saling bermaafaan, menziarahi saudara mara di Tangkak dan Muar....seperti 9 tahun lalu....Petang raya pertama dah bertolak semula ke Segamat. Sampai pun dah malam. Ha...............di sinilah semuanya bermula.....

pagi raya di Tangkak.....

"Ayah, mana beg baju raya?, puteri saya bertanya. Sebut je baju raya, saya pula yang tepuk dahi! Allahuakbar!!! Beg baju raya tertinggal di Tangkak! Ini kecuaian saya. Ralit menggosok baju hingga terlupa nak bawa beg baju raya dalam kereta. Konon-konon asingkan baju raya dengan baju basahan...padan muka saya!!Tidur malam terus tak nyenyak memikirkan semua baju raya dalam beg yang satu itu. Mujurlah dah tengah malam tetap dapat melelapkan mata sebab sejuknya malam di Segamat ibarat pasang penghawa dingin!!.Kesian encik suami, seawal pagi terpaksa patah balik ke Tangkak..................semata-mata kerana beg baju raya!!

Hari kedua pula saya rasa lain macam....perut bergelodak...berpusing-pusing rasa macam naik roller coster walaupun tak pernah naik....kejap-kejap masuk bilik air. Paling lama dekat 20 minit sampai dah rasa lembik dah...Kena sebotol besar 100 plus barulah perut mula membaik. Misi untuk beraya terpaksa ditangguhkan....Raya ketiga barulah dapat berjalan-jalan ke rumah mak saudara. Itupun selepas menunggu yang ditunggu tak kunjung tiba. Tak dapat juga bertemu keluarga yang selalu bertemu setiap kali raya. Takdok rezeki......Malamnya pula sempat juga bertandang ke rumah teman sekasut di Kg.Berata sebab nak ambil alat terapi Aiman Haziq.....

Raya keempat kami balik sehari ke Tangkak dan keesokannya terus balik ke Pasir Gudang. Ha...bermulanya di sini.....cerita Aiman Haziq pula bermula. Bolehlah singgah di www.ceritahaziq.wordpress.com kalau nak tahu tentang apa. Senang cerita....Haziq mula demam....elok sikit, batuk dan berkahak pula. Alhamdulillah, mulai semalam saya rasa kondisi anak syurga itu sudah 95% membaik...syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.........Inilah kali pertama dalam sejarah lima tahun Aiman Haziq, dia demam dalam tempoh yang panjang. Kalau nak dikira, hampir 9 hari juga melayan kerenahnya yang merengek, tak mahu diletak, tak mahu makan, kurang minum susu, lupa cara nak hisap puting botol susu....Dugaan........alhamdulillah semalam dah boleh makan sebiji blueberry muffin, dah boleh hisap puting botol susu walaupun ada kalanya lupa....banyak jugalah perkembangannya.....

Dalam pada masa yang sama...banyak kerja tertangguh kerana line internet yang sangat tidak bagus.Terpaksa mengambil langkah terakhir setelah kepala ni dah begitu serabut memikirkan jalan penyelesaiannya.....Kalau tak kerana terpaksa...entah bilalah semua masalah nak selesai kan....

selamat datang dan tolong berikan khidmat terbaik ye!!!

Mudah-mudahan semua urusan selepas ini akan dipermudahkan dan lancar. Hilang sedikit tekanan yang melanda. Itu belum lagi cerita saya sendiri yang sakit....Tak mahulah cerita panjang-panjang, nanti bosan. Lagipun, masih ada cerita yang mahu dikongsikan tapi kena tunggu entri akan datang. Sehingga itu, selamat meneruskan Puasa Sunat 6 Syawal bagi yang berpuasa dan semoga dipermudahkan segala urusan kalian yang singgah di laman saya. Terima kasih....

Sunday, August 4, 2013

Projek kuih raya versi tak percaya.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari raya tingal beberapa hari saja lagi kan. Mesti sibuk mak-mak di dapur menguli doh dan meningkatkan bil elektrik bulan ni sebab banyak sangat pakai oven..kan? kan? mesti punyalah....baik mengaku.....hehehe . Saya pun dalam kondisi yang sama dengan korang pun tapi inilah kali kedua sepanjang 10 tahun saya berkahwin, saya cuba buat kuih sendiri. Tahun lepas saya buat cornflakes  dan kuih siput. Nampaknya tahun ni bertambah jenisnya. Bukan sebab berkobar-kobar nak sambut raya, tapi sebab asyik kena 'push' dengan anak-anak. Ayat depa...."mama kan pandai masak, kenapa mama tak jual kuih macam ibu (pengasuh diorang) buat? Arrrr....masa tulah dia nak puji......lepas tu asyik menagih nak buat biskut raya, kejap-kejap ingatkan mama dia. Haish....tak boleh jadi ni. Sudahlah mama dia ni memang kejung kalau di dapur....kena pulak buat kuih sendiri? Memanglah resepi di internet tu melambak-lambak tapi...........tunjuk je kan senang, jimat masa....ekekekeke (mood nak senang aje kerjanya).........................

Nak dijadikan cerita, haaa....inilah oven yang banyak memberi bakti pada saya kebelakangan ini. Bila saya kata nak buat biskut sendiri, adik beradik tunjukkan reaksi berbeza. Kak Long kata baguslah...cuba! Kak Ngah pulak bertanya, "betul ke ko buat sendiri? Jangan lupa tunjuk bukti.....Adik pulak bagi semangat "chaiyok-chaiyok" katanya....Wahai adik beradikku sekelian yang disayangi lagi dikasihi, percayalah bahawa adinda/kekanda korang yang ganas dan brutal ini berjaya menunjukkan kesantunan seperti mana wanita lain ye....hihiihihi.

oven yang sedang bekerja....

Mula-mula, projek pertama buat biskut badam. Yang seorang merajuk sebab nak suruh buat biskut coklat. Mama pilih buat badam dulu sebab semua boleh makan. Si adik buat muncung bebek. Malas mama nak layan, cuma pujuk kata akan buat biskut coklat hari berikutnya. Beginilah keadaan dapur yang kecil bila operasi bermula. Ya Allah punyalah serabut. Boleh muat untuk seorang saja. Kalau berdua boleh berlaga punggung...al-maklum rumah insan biasa..kekekeke....

                                    
serabut versi dapur kecik....

Maka terhasillah biskut pertama saya:

                                 
versi biskut pertama..

Lepas tu cuba buat biskut famos amos sebab saya ni suka makan coklat. Sebab tu saya chubby....hihihihi. Mula-mula buat, ui gedabak besarnya. Kak Long kata terlebih soda bikarbonat. Lepas ni takyah letak pun tak apa. Rangup memanglah rangup tapi jadi macam chipsmore pulak...hadoi...Lepas dah buat penambahbaikan, maka barulah jadi gebussss....., tapi mula-mula terkecik...jadi versi makan-makanlah gamaknya....

                                      
versi tak jadik....

versi makan-makan sebab very the cenonet......

versi cubaan lagi....

versi tengah bakar
baru jadik............versi lengkap...

Dah siap dua jenis, kami buat pulak biskut kacang mazola. Resepi by Chef Norman Musa yang ada restoran di New York, Ning's. Memang sedap!!! Tapi anak murid derhaka, chef buat bulat-bulat, anak murid main terap aje. Tak apa chef, untuk yang berikutnya saya ikut bentuk bulat-bulat ye, mahu bawa pulang ke kampung!!!

 versi tergoda....

versi cukuplah sebalang.....

Siap biskut kacang, saya buat cornflakes pulak. "Semua ni untuk raya ke?, untuk makan-makan tak ada?" Hamboi sedapnya soalan anak dara dan anak bujang hamba....Sudahnya, buat dua adunan, separuh adunan dah selamat dikerjakan lepas waktu berbuka malam tadi. Anak-anak ni memang berhantu sikit kalau dengan cornflakes. Pelik betul....hantu dah kena ikat tapi tetap 'berhantu'. Hantu apakah itu? hahahaha.....Wajib ada setiap tahun, sejak tahun lepas sebab cepat sangat habis. Kali ni buat sikit je dulu, ibarat buat untuk versi pra-aidilfitri, versi makan-makan....

cornflakes madu dan bijan...

Puas bila dapat hasilkan biskut dengan tangan sendiri. Rupanya lebih syok daripada main-main manik.....hehehehe cuma itulah...bila anak-anak dah besar baru pandai nak ke dapur. Al-maklum masa jaman kecik-kecik dulu, masak-memasak, kemas mengemas jangan serah padaku!!! Bila dah tua vangka ni, bila kata pandai masak itu ini, adik beradik ada yang angkat kening Ziana Zain sebab tak percaya....hey......see the handlah.....hihihihi. Bukan nak show off, just nak kongsi betapa seronoknya menggembirakan hati anak-anak. Projek kuih raya korang dah siap ke? Kalau belum....moh kita ke dapur!!!! Jumpa lagi pada entri akan datang ye.....