Followers

Wednesday, September 24, 2014

Lamanya........................akhirnya!!

Assalamualaikum dan salam bersiaran kembali!!!

Apa khabar semua pengunjung tinta jemariku? Ya Allah...punyalah lama laman sesawang yang satu ini saya biarkan kosong tanpa sebarang catatan. Rasanya inilah kali pertama selepas entri terakhir yang mengambil masa lebih sebulan untuk laman ini saya kemas kini. Nampak sangatlah macam empunya tapak ni dah lupa...tak pun buat-buat lupa kan.....Al-maklum selepas ada masalah dengan tekanan darah yang kurang stabil seminggu selepas aidilfitri lepas...memang daya ingatan nampaknya ada sedikit merosot. Mudah lupa. Kena kekalkan buku catatan atau reminder pula. Biasalah...dah nak masuk 4 series ni dah mulalah kan....terkehel sana terpeleot sini. Alhamdulillah secara generalnya saya masih sihat walafiat....Tulah kan, kengkadang ni kita bab-bab sihat ni selalu je buat endah tak endah. Macam badan ni dah confirm aje boleh pakai lama. Tak apa....katanya, walhal kalau nafas tu nak terhenti bila-bila masa aje kan. Bukan nak menakutkan, udahya hakikat kejadian....itu yang saya ni bab-bab sihat sekarang ni memang jadi keutamaan......

Sajalah nak cerita pada entri kali ni betapalah bahagianya di lubuk hati yang paling dalam selepas apa yang saya tunggu-tunggu sejak 14 tahun lepas menjadi kenyataan!! Mula-mula tu macam tak percaya tapi kenalah jugak percaya sebab dah tanya dua tiga kali pada Pak Dokter betul ke idok....iya ke tidak....bila Pak Dokternya kata ya saja...fuhhhhhh....masa tu rasa nak peluk je doktor tu sebab punyalah suka! Nasib baik masih ingat halal haram...masih ingat bukan mahram...Nak peluk encik suami duduknya jauh....hikhikhik. 

Punyalah happy.......kenapa selepas 14 tahun? Ini yang nak share kehepian saya tu. Kalau nak suruh korang teka mesti macam-macam result yang keluar kan. Dah...toksah pening-pening...korang baca jelah cerita saya ni. Best ke tidak, ada hamba mengiranya? Apa yang penting bondo baik mesti kongsi....Selepas proses menjaga pemakanan oleh pakar diet di rumah, almaklum makan goreng-goreng tak boleh, makan lemak-lemak memang tak jumpalah di rumah, makan nasik pun bertukar herba ponni, ada masa kena check darah, minum pulak suplement alfalfa.....hasilnya? Pertama, berat adalah turun sikit...tapi selalu dok ngutuk timbang kat bilik doktor tu salah....ahhahahaha. Selepas hampir 3 bulan jaga makan, timbang doktor lain pulak menunjukkan penurunan berat badan 8kg daripada berat asal! Lagi menipu timbang tu....kikikiki sebab tuan punya badan takdelah rasa ringan sangat ke......rasa cam biasa-biasa jugak. Tapi kalau betul alhamdulilllah!!!!!!!!!!!!!!!! Kedua....ini yang betulnya nak kongsi. HB darah NAIK!!!!!! Lepas buat full medical check up..HB darah yang payah nak lepas 12 boleh naik 13.1!!!! Tu yang rasa nak peluk doktor time tu jugak!! Sempatlah doktor tu geleng kepala bila saya bagitau kenapa saya hepi sangat bila dapat tau HB naik.

Kebetulan......, beberapa hari lepas ada program jabatan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Ada sahabat muat naik gambar mereka beronok-ronok menderma darah. Ei......kaki den dah mengelitik aje nak pergi 'join the corum'. Dah lepas makan tengahari, pergilah berbondong-bondong berbaris nak cuba nasib kononnya. Paling hepi bila HB darah naik lagi! Memang rezeki nak dermalah hari tu walaupun buku merah tak bawak. Bukan buku merah yang Zizan dengan Kaka suruh bawak tu tau...nehi...nehi...Buku merah derma darah real punya.....Yelah, udahnya dah 14 tahun tak boleh derma, simpan jelah buku tu kat rumah. Tup-tup boleh derma,dapat buku putih....dek kerana over excited katanya...buku tu pun entah ke mana perginya. Tak sampai sehari dah tak nampak bayang. Tu saja bagi derma takde buktilah tu. Takpe....lepas ni kita maksimakan penggunaan buku merah tu ye!

Balik rumah dengan senyum sampai ke telinga! Hati ada munge-munge....suka lettew!!! Sorrylah yek. Entri kali ini memang santai bahasanya. Taknaklah terikat dengan gaya formal setiap kali keluar entri baru....lepas ni ada rezeki nak menderma lagi. Semoga ada manfaat apa yang kita lakukan waima apa pun dia selagi tak bertentangan dengan syarak. Semoga Allah pandang dengan pandangan rahmatNya dan kita beroleh ganjaran kebaikan menerusi setitik darah yang dikongsikan. Banyak lagi nak cerita sebenarnya tetapi jam menghampiri 2 pagi. Esok pagi-pagi dah nak ke gedung ilmu. InsyaAllah ada kesempatan saya sambung dengan entri baru ye!

Assalamualaikum....