Followers

Wednesday, August 13, 2014

Naik darah i tau!!!

Assalamualaikum dan salam aidilfitri....

Eh, masih dalam bulan Syawal kita rupanya kan....Begitu pantas masa berlalu. Sedar tak sedar sebenarnya dah nak masuk minggu ketiga beraya. Kalau di Johor ni, rayanya hingga ke penghujung bulan! Memang raya sakan katanya.....tapi tulah, kita ni kan manusia yang selalu terlupa....beraya sampai lupa diri!! Tengok punya jenguk...rupanya tak ada sebarang entri yang saya masukkan untuk bulan Julai ye. Hmmmmm....nak kata banyak kerja banyaklah jugak, nak kata tak banyak kerja pun taklah jugak....ha pening kan...kan....Masa bulan puasa rasanya lebih produktif sebab tak banyak sangat makanan yang masuk dalam usus besar. Makan pun jaga kononnya....tapi bila masuk je satu Syawal...mulalah rambang mata dan jiwa raga bila tengok lemang, ketupat dan rendang....kena pulak ada sambal sotong special, perghhhhhhhh....memang sedara mara lalu celah kiri dan kanan pun bayang tak nampak.....Punyalah nikmat makanan tu berlimpah ruah sampai kesian kat usus perut dan proses segala macam makanan yang masuk. Tambah lagi waktu raya ni musim buah-buahan....lagilah tak bertapis filter yang nak berehat puas-puas masa bulan puasa. Sekali kena henyak..........

Badan kita ni diibaratkan macam enjin kereta. Ada masa kena tukar minyak hitam, ada masa nak kena overhaul tapi kita hentam semacam ajerr. Lupa yang badan pun ada haknya sendiri. Akibatnya...nak ambik!!!! Dan dan jugak Allah hantarkan peringatan. "Wahaiiiiiiiiiiiii empunya badan yang dipinjamkan, berehatlah kerana badan tu dah tak larat.., badan tu dah tak mampu menampung punyalah banyak bahan makanan yang disumbat-sumbat......" . Memang betul-betul punya rehat. 

Pada suatu hari, apabila mahu membuka mata selepas 'dimatikan seketika', terus terasa mata berat, tak boleh dibuka. Dunia rasa berpusing-pusing, nak bangun sahaja terasa semuanya serba tak kena. Tekanan darah rendahkah? Mungkin juga.....badan direbahkan semula. Oh tidak....mengapa rasa itu tak mahu hilang? farmasi dituju untuk mencari jawapan dan penyelesaian kepada ke'terkejutan' yang melanda akibat kepeningan itu. Dengan wajah ala-ala terkejut dan memandang dari atas ke bawah, ahli farmasi dengan yakinnya menyatakan bahawa "tekanan darah Puan ni tinggi sangat ni. Puan cukup tidur tak?. Jawapannya cukup....Puan stress ke? jawapannya tidak? Puan penat ke? Sambil menggeleng jawapan saya berikan. Fahamlah tu agaknya......

Hmmmm....belajarlah menerima hakikat bahawa sakit yang nak bertandang tu tak mengira sesiapa pun. Jaga makan ke, usia muda ke, kalau dia nak datang...dia datang jugak. Janganlah ingat kalau yang muda-muda tu rasa sihat...penyakit tak datang...no no no no....kadang-kadang yang lanjut usia tu lebih sihat daripada kita yang perasan sihat. Bila dua hari tekanan tak mahu turun, doktor suggest makan ubat. Mula-mula sengih, lepas tu adegan muka redha pun bermula. Mulalah misi jaga makan bagai...elak apa yang tak boleh...mulalah jamah oat semula. Eleh...dulu dah elok-elok makan oat berhenti....sekarang kena makan semula. Redha.....tapi kena akur dengan kesihatan diri dan dapat merasakan kesihatan semakin membaik. Selalu asyik nak bergaduh je dengan anak-anak tapi alhamdulillah dalam keadaan begini, rasa itu dapat dikawal. Banyak hikmah di sebalik kejadian! Semoga misi yang dimulakan ini dapat diteruskan dan istiqomah. Memang bukan senang. Memang terasa payah bila kena kurangkan makanan berlemak, goreng-goreng....boleh belajarlah lupakan jajan-jajan...lupakanlah fast food, lupakanlah makanan yang boleh mengundang penyakit datang memberi salam....erk.......

Semoga apa yang dilalui ini menjadi pengajaran yang tidak ternilai. Bukan untuk sang pencerita sahaja tetapi sebagai iktibar untuk anda di luar sana yang lupa tentang pentingnya menjaga pemakanan. Semua penyakit datangnya dari Allah jua dan asbab penyakit itu bermula di perut. Moral of the story? Jagalah elok-elok apa yang masuk dalam saluran usus besar kita ye. Janganlah sampai tahap kita tak sedar penyakit kita sudah membarah baru kita nak ambil langkah pencegahan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat dan tak apa...kita mulala sikit demi sedikit supaya kita tak cepat bosan. Kalau mulakan secara ekstrem, takut nanti mula-mula punyalah bersemangat tapi di pertengahan jalan dah longlai...takmo...takmo....

Jadi apa nak buat? Doktor cakap senang je.....jaga makan, kurangkan berat badan dan latihan fizikal. Mmmmmmmm dah lama tahu tapi buat-buat tak tahu kan.....kekdahnya, sekarang kena paksa diri untuk buat semua tu demi sebuah nikmat yang dipanggil SIHAT!!!!!!!!! I takmo naik-naik darah lagi...naik darah i tau!!!!!! Daaaaaaaaaaaaa.............