Rasa lega dapat datang bekerja. Sepatutnya masih lagi dalam travelling day sebab malam tadi, hampir pukul satu sampai ke rumah. Anak pula tiba-tiba macam hendak demam. Jadinya, seolah tidur-tidur ayamlah sepanjang pagi. Namun aku gagahkan juga ke kelas kerana tak larat hendak mengganti kelas. Minggu depan kena out station lagi.
Habis sahaja kelas...aku diarah ke dewan besar kerana ada saringan H1N1. Ada pula 2 orang pelajar pekak yang mempunyai simptom selain 80 orang yang lainnya. Jadi perantaralah macam biasa. Tengahari duduk menghadap komputer riba. Hari ini aku buka folder-folder yang melambak dalam komputer riba. Terperasan pula satu fail yang aku rasa ingin aku kongsikan bersama. Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada kita.
PETUA IMAM SYAFIE
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
No comments:
Post a Comment