Followers

Friday, August 26, 2011

Berbaloi-baloi.....

Akhir-akhir ni perkataan "berbaloi-baloi' selalu keluar dari mulut Encik Suami. Mana tidaknya, tidur tak tentu hala, kadang-kadang tak tidur, kadang-kadang terlebih tidur. Sudahnya dek kerana badan penat, rasanya minggu ni dah tiga hari tak memasak untuk juadah berbuka. Untunglah makcik pakcik kat bazar ramadhan sebab  bajet kami tumpahnya ke sana. Rezeki dioranglah tu...Konon-konon raya ni saja-sajalah nak ambik tempahan menjahit manik banyak sikit. Tup-tup Haziq demamlah, pengasuh masuk hospitallah...sudahnya sampai sekarang ni tak tentu hala rasanya, tapi masih sempat jugak masukkan entri dalam blog ni. Bukanlah desperate sangat nak cari duit lebih, sekadar suka-suka. Lagipun, bila dah ada kawan-kawan yang mintak tolong dan dah biasa, kesian pulak kan....Suami kata, berbaloi sangatlah jahit manik sampai tak tidur malam ye....Saya jawab le, eh memang le berbaloi-baloi.......hihihihi....


Menjahit manik ni seronok, tapi memang penat. Mata pun dah nak rabun dekat jadinya dek tekun ngadap manik. Udahnya tak pendai menjahit baju, kalau ambik tempahan kompom rosak baju orang...Setakat baju sendiri lepas le. Yang retinya menjahit manik, jadi apa salahnya gunakan kemahiran yang ada kan. Ada sesiapa nak hantar lagi baju????Tidak!!!!!!!!!!! Sedikit kemahiran yang Allah kurniakan nilah perlu digunakan sebaiknya. Ha...ada sesiapa nak belajar jahit manik? Tak pun sulam reben? Tak pun sulam benang? InsyaAllah bisa dong...Ilmu yang sedikit kalau disebarkan insyaAllah jadi bekal untuk kita jugak. Kalau ada sesiapa minat nak belajar, jangan malu-malu hubungi saya ye..Bayar murah-murah je....kikikikiki...Kalau kengkawan, tutup mata jelah, korang beli barang sendiri, i kasi ilmu free. Mau? Tak mau? Mau tapi malu??? Nanti kalau dah pandai...dah boleh ambil tempahan sendiri, baru tau berbaloi ke tak berbaloi....berbaloi-baloi........ke ada mana-mana butik ke, kedai jahit ke nak upah i buat sulam benang dan sulam reben? Boleh jugak tu......kat hantaran ke.....macamlah kudrat i ni kuat bebeno..semua nak buat....tapi, apa salahnya kan...hihihihihi...

Kebetulan semalam gaji dah masuk, kami pun ambillah kesempatan untuk jeling-jeling di kedai perabot. Tunggakan gaji pun dapat bulan ni, alhamdulillah adalah lebihan sikit...En Suami dah lama nak cari meja console, nak letak bawah akuarium hasil tangannya tulah...Pergilah buat research di beberapa kedai. Sejak dua menjak kahwin ni, rasanya saya lebih tebal muka bab tawar menawar ni. Buat muka kesian tu taklah tapi buat muka tak malu tu ye. Nak dapat harga murah kan.....Ada warna oak, hmmm tak 'chantek'....pusing-punya pusing sampailah satu kedai dekat je dengan rumah. Eh saya pun terberkenanlah jugak dengan meja console tu. Warna hitam...akhirnya 'terbeli' jugak. Kononnya guna duit jahit maniklah tu. Tu yang berbaloi-baloi, daripada duit menjadi barang....Encik Suami pun bukak senyum dapat meja cantik.....Akhirnya bila sampai rumah, suami kata suruh simpan duit hasil jahitan manik tu, manalah tahu kalau-kalau sesak. Macam tak percaya je...i baru nak sponsor tapi bos kata suh simpan...Fuhhhh....selamat duit i...hihihihihihihihi.......bolehlah berjimba-jimba.....

Target sebenar nak pergi kedai perabot nak cari almari kasut, tapi tak mo yang kayu atau belakang dia plywood, lama-lama rosak jugak. Al-maklumlah, almari kasut yang ada tu seusia dengan umur kami duduk di rumah yang ada sekarang. Dah uzur, pintunya pun dah 'tercongeh', tolong...gantilah aku katanya.....Akhirnya...almari kasut plastik yang kami beli. Biar tahan lama sikit.....Terlepas hajat nak beli almari kasut..kasut pun pakai almari eh.....berbaloi-baloi, harga pun oklah...tawar punya tawar daripada 200, dapatlah 150. oklah tu, mungkin pada orang lain masih mahal tapi bila dah penat pusing-pusing, rayau-rayau, itu le yang paling menepati kriteria, warnanya sama macam yang kitorang nak....kaki pun dah letih, urat betis pun dah stress, sebat aje lerr....jangan banyak songeh....

Ni pun tak boleh berlama-lama depan laptop. Cukup sekadar nak hilangkan mengantuk. Ada baju yang masih menunggu untuk disiapkan....Berbaloi-baloi.....

No comments:

Post a Comment