Hujung minggu lepas dapat panggilan dari kampung menyatakan nenek tak sihat. Terus rancang nak balik walaupun tak ada plan nak balik kampung sebab seminggu sebelum tu baru je balik kampung. Dengar nenek tak sihat, rasa tak senang duduk dibuatnya sebab seminggu sebelum tu nenek tiba-tiba jatuh dan kepalanya terhentak pada kabinet. Terus tak sihat....Sampai-sampai terus ke rumah nenek. Ramai juga yang balik. Dapatlah jenguk nenek, nampak dah boleh duduk dan makan...alhamdulillah..
Keesokannya...pagi-pagi dah menghadap kolah ikan abah. Ini aktiviti kami anak beranak dan abah. Ayah jaga Haziq di dalam rumah.
Payah nak dapat abah menjala di kolah ikannya...
Tolong keluarkan ikan..
Peace no war...
Nak pegang ikan pun takut-takut...kata anak kampung....
Hasil tangkapan abah
Masak asam rebus..hasil tangan adik yang kidal....Meletop!!!!!
Konon-konon nak jadik anak kampung...
Hantu pokok pisang....
Selesai urusan di kolah, terus ke rumah nenek. Mengemas bahagian belakang rumah yang baru ditambah.Nenek nak sangat duduk di bilik barunya..kenalah anak cucunya mengemas....sambil-sambil tu buatlah apa-apa yang patut....
Sesi menumbangkan pokok kelapa di rumah nenek
'Mangsa' kami hari itu.....
Dah lama tak makan umbut kelapa.....bersama adik bongsu(kiri) dan adik sepupu (tengah)
Rahimi bersama Tok Cik dan Tok Usunya..
Makan kelapa muda....
Uh...beratnya.....misi mengemas bahagian dapur rumah nenek yang baru ditambah
Selesai mengemas-ngemas, kami pun siap-siap mengemas nak balik ke Pasir Gudang.Bawa bersama adik sepupu yang nak pulang ke UTM. Arahannya, duduk depan dan jangan tidur!!! Sebab saya nak tidur!!! hehehe....
No comments:
Post a Comment