Minggu sudah menghadiri kursus doc map dan LR di Bangi. Mengimbas semula kenangan meninggalkan UKM 11 tahun dulu. Bila datang 11 tahun kemudiannya, banyak yang dah berubah especially di lingkungan kedua. Bangunan fakulti bahasa dah cantik, sebelum sampai ke Fakulti Pendidikan dah ada tadika permata, khabarnya ada satu kolej baru didirikan di lingkungan kedua...di 'kejut'....Kalau dulu bila kami sebut 'kejut'..semua dah tahu itu adalah short form bagi kejuruteraan. Ala....dia budak 'kejut'......hehe. Malah tempat berkursus hari tu pun antara bangunan baru yang dibina selepas menamatkan pengajian.
Nak cerita, kursus kali ini sebenarnya kali kedua dihadiri. Kali pertama bila baru-baru..semuanya rasa macam terlalu laju......tak sempat nak catch up....udahnya saya ni jenis perlu diajar step by step..kalau tak memang senang lupa. Kali ni datang dengan target:
i. Sambil dengar, sambil buat..sambil taip manual doc map. BERJAYA!!!!
ii. Nak tahu macam mana nak apply MENDELEY ke doc map. GAGAL!!! Kenapa???? Rupa-rupanya tak
install pun lagi Mendeley desktop. Pulak tu, internet punyalah siput sampai tak boleh nak akses. Jadi sempat
salin nota je...Balik rumah kena belajar daripada Mendeley website.Mujur ada banyak tutorial. Akhirnya
BERJAYA!!!!
iii. Kalau berkesempatan nak bertemu teman lama yang masih mengaji di UKM. Alhamdulillah, berkesempatan
bertemu dan minum-minum....
Rasanya nama Dr Othman Talib dah tak perlu diperkenalkan lagi. Kredit untuk Dr. melalui blognya: http://www.drotspss.blogspot.com yang banyak membantu budak-budak yang baru nak belajar merangkak dan bertatih. Banyak sangat new post sampai rasa tak terkejar-kejar...hehehe....Terima kasih tak terhingga buat Dr Othman yang sempoi...tak lokek ilmu....cuma confirm tak sempat kenal semua peserta sebab yang datang tu jejak 100 orang....Semuanya mengejar ilmu yang Dr nak sampaikan. Saya pun teringin nak share lepas ni apa yang saya tau. Kalau ada yang mahulah.........Kalau tak share nanti lupa pulak...........
Apa-apa pun...kursus ni memang TERBAIK!!! 5 star rating i beri.....
No comments:
Post a Comment