Followers

Saturday, June 16, 2012

Nak kena tinggal???

Assalamualaikum......
Lama dah rasanya tak menjenguk laman ni. Nyaris tak bersawang..Sekadar nak sembang-sembang berkenaan tajuk entri kali ini. Semalam saya ke UTM setelah hampir dua bulan 'TIDUR'. Dengan anak-anak yang kurang sihat berganti-ganti, diri sendiri pun baru saja buat minor operation, bak kata encik suami jauh dari jantung. Baik operation suara pulak hilang dua minggu. Masih ada baki-baki suara rock Ella ni....

Al-kisahnya bila jumpa 'cikgu atau sifu' semalam, biasalah.....sifu saya sangat baik dan sangat memahami TETAPI perkhabaran yang dibawanya membuatkan saya dah mula resah gelisah. Saya perlu cari semula momentum yang dah lari. Tapi tulah, sifu saya ni setiap kali kalau saya pergi jumpa dia, mesti dia suntik kembali motivasi untuk terus bergerak. Beliau 'push' saya untuk bergerak laju sebab saya bakal ditinggalkan oleh beliau yang bakal ada urusan di luar negara..Lama pula tu......Saya dah tepuk dahi, alamat TIDUR nyenyaklah saya tapi JANGAN HARAP!!! Beliau tak mahu serahkan saya pada sifu lain. Maka, beliau dan saya berbincang apakah strategi yang perlu dilakukan sebelum saya ditinggalkan. NGERI!!!! Tapi saya dah kena bangun...dah tak boleh nak tidur-tidur..dah tak boleh nak malas-malas. Saya pun tak mahulah hampakan harapannya yang besar terhadap saya. InsyaAllah saya akan cuba walaupun beliau hanya akan bertindak sebagai CCTV saya dari jauh....

Bila balik sembang dengan encik suami, terkejutlah dia mendengar saya bakal ditinggalkan. Namun saya mula mengatur strategi yang membolehkan sifu saya bakal berasa lega biarpun perlu meninggalkan saya agak lama. Saya doakan beliau berjaya dalam perancangan beliau dan saya berjaya mencapai target yang ditetapkan. Tinggal pun tinggallah asalkan saya masih berada di bawah bimbingan beliau.....Beliau sangat sporting.....jadi sebagai anak murid, saya berusaha untuk tidak mensia-siakan kepercayaan yang diberikan.Semoga saya terus menjadi insan yang berada dalam keadaan Positive Head Development (PhD) yang konsisten. Tak mahu Permenant Head Damaged atau kesal Pilih Hidup Derita bak kata-kata yang selalu didengar. Hidup sentiasa penuh dengan pilihan. Tugas kita perlu memilih apa yang baik dan terbaik. Pastikan kita "mumayyiz" dalam mencapai kecemerlangan hidup......

No comments:

Post a Comment