Followers

Saturday, September 22, 2012

Seminggu 2-3 kali???

Mulai minggu lepas, kami anak beranak memulakan rutin baru. Berulang alik ke Batu Pahat dua hingga tiga kali seminggu. Ceritanya begini......................

Sepatutnya sekarang saya dan anak syurga saya ada di KL, menjalani rawatan intensif akupuntur dengan seorang doktor dari hospital Erkang, Beijing yang dalam siri rawatan seorang anak syurga di Malaysia. Rancangannya nak pergi dua keluarga, bersama-sama seorang lagi kawan yang berada dalam kasut yang sama. Mungkin dah tak ada jodoh kami untuk ke KL sebab anak sahabat saya tu dimasukkan ke hospital akibat pneumonia. Baru sahaja lebih kurang dua minggu di'discharged' dari wad HSA. Jadi kami membatalkan hasrat ke sana sebab mempertimbangkan risiko kesihatan sang puteri. Kebetulan kami dapat tahu ada satu pusat rawatan accuterapy di Batu Pahat dan kami pun berbincang-bincanglah untuk pergi ke sana.

Selepas mengambil keputusan bersama, tarikh sepatutnya kami ke KL, kenderaan kami dilencongkan ke Batu Pahat. Rupa-rupanya pusat rawatan ini dah lama beroperasi, kami je yang baru tahu. Perawatnya adalah MA yang bertugas di Hospital Putra Batu Pahat dan beroperasi di rumah. Waktu rawatan hanya enam jam setiap hari. Kali pertama datang, terkejut juga melihat kenderaan yang penuh di parkir rumah beliau. Menunggu mujurlah tak lama sangat sebab dah setkan awal kedatangan kami. Pesakit yang ramai datang membuat rawatan adalah pesakit strok, tulang belakang dan juga bell palsy. Pesakit kanak-kanak nampaknya macam tidak begitu ramai.

Dari JB, kami datang 3 keluarga, satu dari Pasir Gudang (saya), satu dari JB dan satu dari Bandar Dato' Onn. Pusat rawatan ini menawarkan rawatan terapi elektrik, terapi oksigen, accupressure dan terapi warna. Banyak pakej dalam satu lokasi rawatan. Pemilik pusat rawatan ini, Dr Ismail dibantu oleh tiga orang staf yang sangat komited dengan tugas mereka, kredit to Tok Ajib, Shahrul dan Bang Ngah yang kalau sekali pandang,diorang ni macam tak reti penat. Lepas bekerja, terus je ke pusat rawatan melainkan Ajib yang sepenuh masa menabur bakti di pusat rawatan tu. Samalah dengan Dr Ismail. Saya kadang-kadang fikir, badan diorang ni dibuat daripada apa agaknya? Tulang besi berurat dawaikah mereka? salute dengan komitmen mereka berbakti kepada masyarakat. Tak hairanlah kalau Dr Ismail merupakan penerima P.B.M (Melaka)-Pingat Bakti Masyarakat di atas khidmat bakti yang dicurahkan kepada masyarakat.

Rawatan setiap hari akan bermula pada jam 6 petang-12.00 tengah malam. Khamis dan Ahad adalah hari cuti. Hari Sabtu pula rawatan bermula jam 1 petang hingga 6 petang. Bayangkan dalam tempoh enam jam mereka perlu berhadapan dengan berpuluh-puluh pesakit! Seorang pesakit paling cepat pun sejam, bayangkan sendirilah......

Sambung cerita, rawatan kali pertama adalah sesi pengenalan. Haziq diberikan rawatan terapi elektrik. Nampak tenang. Hari kedua pun sama cuma kadar tenaga elektrik yang dibekalkan ditambah. Hari ketiga dah mula dengan terapi warna....Terapi-terapi yang diberikan bertujuan untuk menguatkan otot, memberi mesej kepada otak, menguatkan organ dalaman dan juga meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan. (Dr Ismail, kalau salah sila betulkan pemahaman saya ye.....hehe). Saya kongsikan sedikit video dan tengoklah gambar-gambar di bawah. Sebagai menghormati permintaan pemilik pusat rawatan, saya tak dapat nak postkan ke FB, cukuplah sekadar saya kongsikan di blog ye, itupun sikit je cukuplah..


Dr Ismail sedang melakukan rawatan

Picit jangan tak picit

Tok Ajib......

Abang Shahrul picit ye......

tepuk jangan tak tepuk bang.....


Ini pulak terapi warna...boleh tidur dia....


video semasa terapi elektrik dilakukan....

Rawatan alternatif ni baru saja kami mulakan sejak minggu sudah. Kata Dr Ismail, kalau nak nampak perubahan cepat,datanglah seminggu 3 kali, kalau nak lambat sikit, datanglah 6 tahun sekali.....Nampak sangat ayat daripada orang yang suka bergurau kan!!! Mujurlah kami ni jenis "Ada aku 'K'?"..hehe..tak kuasanya nak ambik hati ke, kecik hati ke....nak complain apa pun tak ada sebab dah tahu kes anak sendiri yang perlukan masa untuk nampak perubahan. Kami pun rancang-rancang nak pergi seminggu 2-3 kali cuma tak dapatlah nak join dengan ahli team sebab depa anak-anak masih belum sekolah. Kami kena tunggu anak-anak balik sekolah baru bergerak ke Batu Pahat.

Jadi rutin kami, selepas anak-anak balik sekolah jam 6.30 petang, bagi depa makan, mandi then lepas maghrib bergerak ke Batu Pahat. sampai lebih kurang jam 9.30, tunggu giliran, buat rawatan dan balik semula ke Pasir Gudang. Kalau bernasib baik dapat awal, sampai di Pasir Gudang hampir jam 1 pagi. Kalau tidak, confirm jam 2 pagi baru sampai. Anak-anak tipikal tidur dalam kereta. Esok paginya anak-anak ke sekolah dan rutin akan berulang lagi 2-3 kali seminggu. Mujurlah anak-anak faham yang kita ni sedang berusaha memberikan yang terbaik untuk si adik. Mereka tak banyak ragam pun. Masuk-masuk kereta, ada bantal sorang sebiji, ada selimut, kejap je dah belayar ke alam mimpi...

Dua beradik yang setia tidur dalam kereta setiap kali ke Batu Pahat....mama sayang korang!!!!!

Ini usaha kecil yang kami lakukan untuk sang anak syurga. Mudah-mudahan Allah beri kami kekuatan, kukuhkan ikatan kasih sayang keluarga kami dan jadikan kami insan yang sentiasa redha dan berlapang dada dengan ujian yang tiba. Berat mata memandang ujian yang datang, berat juga pahala yang Allah nak hadiahkan pada kita. InsyaAllah, dengan berlapang dada kita takkan rasa terbeban dengan apa yang dilalui sekarang dan pada masa akan datang. Usaha dan terus berdoa...selebihnya bertawakkal.....

Biarpun seminggu 2-3 kali perlu berulang alik, insyaAllah kami mampu melakukannya. Mudah-mudahan kami juga diberikan kesihatan untuk terus menggagahkan diri. Mudah-mudahan perawat-perawat juga tak jemulah tengok asyik muka budak ni je yang muncul kan...kan...hihihi....Terima kasih banyak-banyak kepada you all yang sudi memberikan rawatan untuk Aiman Haziq. You all pun berusaha, selebihnya kita kena percaya semuanya terletak pada Dia yang Maha Kuasa......Kalau nak dilihat ujian orang lain, mungkin ada yang lebih besar daripada apa yang kami lalui. Cuma bagaimana cara menanganinya itu yang penting. Semoga ujian ini menjadi penghapus dosa dan menambah pahala kepada insan-insan yang ikhlas membantu....aamiinn.......

3 comments:

  1. insyaALLAH mudah2an akan dipermudahkan olehNya..
    yg penting kita berusaha kan kak..

    lenanya anak2 tido =)

    ReplyDelete
  2. Aaminn....budak-budak tu penat balik sekolah, maunya tak lena..hehe. Itulah, usaha yang kecil secara konsisten, mudah-mudahan....Terima kasih ye sudi singgah blog akak.....

    ReplyDelete
  3. salam puan boleh bagi saya alamat tempat berubat ni

    ReplyDelete