Alhamdulillah, hari ini memulakan hari dengan bunga-bunga mekar di taman hati kerana dapat menunaikan hajat sendiri. Hajat apalah tu yek.....hahaha aje giler, tiba-tiba aje terpikir nak meroti. Apa benda pulak meroti tu? Aik...meroti pun tak tau? Kalau orang terer masak dengar ni, mau kena hukum pancung kat papan pemotong kalau tak tau meroti tu apa kebendanya.......itu kalau orang terer masak....kalau kita-kita yang baru nak belajar mengasapkan dapur ni biasa ler kalau tak tau meroti tu apa....apa ke halnya.....buat roti....................................itulah meroti...hehehe
Mana pernah le akal fikiran yang cerdas ni pernah terfikir nak buat roti. Selalu memang beli roti kat kedai aje. Sama ada bun, roti gardenia, atau beli je roti yang mix vege tu kat King's. Kali ni hajatnya nak belajar buat roti sendiri. Roti sosej pulak tu,sebab anak bujang suka sosej. Apa yang dimintanya, sosej dan telur. Hari-hari telur, tak jemu-jemu! Dek kerana boring dah asyik kena goreng telur tiap-tiap hari, mama dia pun pandailah janji nak buat sesuatu yang menarik dengan sosej tu, tapi tanpa telur. Konon kalau budak2 dah tidur nanti baru nak sibuk buat sebab tak ada gangguan. Rupa-rupanya??????? Mama dia 'syahid' dulu........................boleh harap!!!!!
Allah tu Maha Mendengar isi hati hambaNya. Jam 3.45 pagi tersedar sebab Haziq menyanyi minta susu. Lepas suakan susu, saya pun start congak-congak masa, eh cukup sesuai untuk mula meroti. Bahan-bahan memang dah siap-siap beli. Yang paling kelakar, yelah..orang tak biasa masak yang pelik-pelik, yeast pun tak tau apa bentuknya, bread softenerlah, bread improverlah.....masa nilah "BAKE WELL" kat belakang KIPMART lama tu jadi sahabat baik. Nak cari bahan-bahan buat kek ke, biskut ke, kuih muih ke, roti ke, inshaAllah semua akan ditemui di situ tanpa ragu.Kalau tak jumpa jugak...pandai-pandailah kau Jah oi.................
Udahnya, pagi-pagi celik kat dapur dah berbunyi ketang ketung, mesti jiran-jiran pun pelik. Apa bendalah dibuatnya pagi-pagi amat camni kan? Tak kesah, yang penting pagi ni sarapan roti sosej hasil tangan sendiri. Tengah teruja nak buat tu, lupa nak ambil gambar. Terima kasihlah kat Mat Gebu, owner blog Dapur Tanpa Sempadan atau http://www.tiffinbiru.blogspot.com yang menjadi rujukan utama kerja-kerja meroti pagi ni. Pukul 7 pagi semuanya selesai dan yang paling penting encik suami kata LULUS! LEMBUT!SEDAP! Bila tanya anak-anak.....sedap, roti kat kedai tu tak sedap....Wah...terus ada bunga ros berkembang mekar, penuh taman astakona mak!!!
Terus bersemangat bila anak-anak puji. Bukan apa, bila anak-anak membesar, depa dah mula nak makan. Balik sekolah je tanya, mama masak apa? Walaupun kadang-kadang tu tak sempat nak masak, sesekali hidangkan diorang dengan makanan kesukaan diorang seperti spagheti dan nasi ayam hasil tangan sendiri, puasnya lain macam.....Bagus jugak, mama dia kena kreatiflah lepas ni. Bukan aje kreatif, kena aktif juga di dapur. Semuanya demi anak-anak.....
Inilah gambar roti sosej yang berjaya dihasilkan. Mungkin ada yang akan komen tak berapa jadi, hangus, tak cantik, tak naik gebu.....tak apa, percubaan pertama mana ada yang sempurna, dan tak akan sempurna sebab kita pun tak sempurna. Cuma akan ada penambahbaikan, inshaAllah.......
Tara.......saja tak letak mix-vege sebab nanti anak-anak kosek-kosek, buang......sosej aje.....
Hasil keras tangan seorang mama di dapur...............
No comments:
Post a Comment