Followers

Sunday, April 28, 2013

Suratan atau kebetulan?

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Inikah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan?

Assalamualaikum,salam sejahtera buat semua..........

Ada yang cam tak empat baris lagu tu? Saya suka sangat bait-bait katanya.....sesuai digunakan dalam keadaan-keadaan tertentu dalam perjalanan hidup kita. Sesuai jugaklah dengan saya untuk tempoh 3-4 hari ni............Apa yang penting, saya selalu percaya bahawa setiap yang berlaku itu mesti ada hikmahnya...............

Ceritanya macam ni:

Khamis lepas saya memulakan misi sebelum menghadiri satu bengkel di Kuala Lumpur pada hari Sabtu. Punyalah hebat misi kan, target hari sabtu, perjalanan mula hari Khamis. Phew........sambil kesat peluh yang keluar malu-malu kucing je kat dahi......Saya memulakan perjalanan dari rumahku syurgaku menuju ke kampung halaman. Bukan terus balik kampung pun, pergi ke satu lokasi dulu dipanggil Dataran Segamat. Tau lah kat mana kampung saya kan? kan? Kan? Cuba minum air apa-apalah ikut suka hati dan katakan.."Segar Amat......" tapi jangan amek tagline tu sebab itu tagline daerah kampung halamanku!!!....Tukar!Tukar! Hikhik....

Sampai di Dataran Segamat lebih kurang pukul 11 pagi. Masa tu tengah ada program memperkasa surirumah dan Karnival Azam Kerja 1Malaysia. Masa tu jugaklah masa paling syesuai saya nak edar soal selidik. Al-maklumlah student tua, ada je keje yang nak kena buat kan....Mujurlah dapat RA (Research Assistant) segera.....Kukerahkan adik lelaki tunggal yang cuti untuk melunaskan misiku!!! Dengan syarat lepas tu kena belanja KFC, Dinner Plate plak tu!! haip!!! Saja je nak ngetuk kakak dia kan. Redah ajelah, udah nak mintak tolong dia kan...Lepas dengar taklimat ringkas kakak dia, dia pun memulakan misi yang menyimpang sikit daripada arahan. Perut dah mula rock and roll, orang dah kata lepas edar kita beredar nanti datang balik. Dia punya bijak, lepas edar, dia pusing lagi satu round kutip balik!!!Aduh....makin berselirat urat perut tapi bagus jugak, walaupun menunggu lebih 60 minit, selesai!!!!!

Sebelum balik, sempat pulak pi kejar ikon tersohor negara yang kebetulan jadi panel masa program tu. Walawei.....jangan sesekali cemburu eh....kebetulan jumpa je nie....

sape kenal sila angkat tangan sendiri!!!

Ok lepas selesai urusan, terus balik kampung. Mak kata ada calon parti politik nak singgah rumah. Biasalah musim-musim  sibuk nak mengundi ni kan...hmmmmm takmo nak campur urusan politik, sesak!senak!. Ghopernya calon tu Cikgu lama saya, Cikgu BI masa SPM! Walaupun beliau garang, tapi dapat gak saya C3 BI masa tu...kira dah oklah bagi student yang dok ceruk kampung ni tapi sampai sekarang rasa BI tak pandai-pandai. Suruh cakap je, mesti rasa nak terkencing. Macam JOZAN tulah, iwak peyek...iwak peyek....senak!! entah apa-apa kan? Panjang ceritanya. Datuk cikgu saya tu, adalah pengasas kampung saya dan baik dengan aruah atuk sebab aruah atuk dulu ketua kampung, sama-sama bukak kampung. Sejak habis sekolah, dah hampir 18 tahun kami tak jumpa, cikgu pun dah bersara dan menceburi politik sama macam aruah datuknya. Saya hormat dia sebagai cikgu dan ahli keluarga pengasas kampung yang memang baik dengan keluarga saya. Maka diizinkan Allah dapatlah kami bertemu walaupun tak sampai 10 minit, sebab beliau padat dengan urusan. So, takde gambar sebab takmo jadi isu kontrobersi......Gambar memang ada , saja takmo upload....Apa pun niat kita, macam-macam konotasi dan persepsi orang boleh bagi kan......

So selesai hari pertama. Esoknya pagi-pagi saya dah start enjin kereta menghala ke Bangi pulak. Travel lone ranger ni senang, nak ke sana ke mari mudah tapi rupanya bukanlah semudah yang disangka...Kenapa? Sila teruskan pembacaan anda........................

Sampai di Bangi, bertemulah saya dengan seorang pensyarah di UKM untuk tujuan urusan pengajian. Ingat nak sembang lama tapi tak dan sebab beliau punya urusan lain. Lepas di UKM saya pun jalan-jalan ke Warta. Wajib ke sana sebab nak cari tudung. Kat sana banyak pilihan tudung besar-besar dan puas hati kalau dapat sambar!!Yeah!!!Berjaya sambar dua! Hati senanglah kononnya apa yang dicita dapat kan... Nak check in hotel belum masanya. Sempat telefon seorang kawan mana tau boleh ngeteh ke, sayangnya tak ada rezeki sebab kawan tu nak siap-siap berkemas nak balik kampung....Ok fine, try telefon hotel kotlah boleh masuk awal. Boleh!!!!! Tak ada tunggu lagi, kupecut kereta kebal menuju ke hotel. Elok je masuk simpang hotel, kereta tak boleh masuk gear.Ah sudah!!. Tekan clutch, ringan aje dan dengan penuh bersahaja kereta terberhenti tiba-tiba dengan mem'block' sebiji kereta yang ado kat parking kete. Peluh jantan pun keluar, hilang dah malu-malu kucing tu. Call balik member dan dalam 15 minit member sampai sebagai penyelamat, sebagai super hero dan sebagai super man pada waktu itu sahaja, harap maklum ye. See? Allah takdirkan juga kami bertemu dalam keadaan tak dirancang, dan dapatlah sohabat itu makan kerepek pisang favouritenya tapi hasil tangan bundaku.........hikhik

Pung pang pung pang..kereta pun dipandu oleh mekanik ke bengkel dan petang baru siap. Time petang nak ambik tu lerr saya terserempak dengan "World"......sape biasa dengar perkataan tu? Tak biasa? Kalau Mawi World? Hek eleh....yang ni biasa le pulak...saja je ngada kan.....Kebetulan lagi, sempatlah bertukar senyum waktu selisih, aduhai senyumnya dengan tahi lalatnya itu....konon pakai   head apa tulah nama dia......konon tak nak bagi orang cam tapi sekilas ikan di air ku sudah tahu siapakah dia! Yang penting Mawi senyum hokey!! Suami tanya kenapa tak amek gambar? Saya kata mana sempat,dia jalan laju je....lepas tu teringat kata mekanik kat kedai tu yang depa kata dah jemu tengok muka Mawi, dalam hati dok kata.."Naseb baik aku tak amek gamabq!!" hehehe......Rupa-rupanya, Mawi dan Ekin ada butik kecantikan sebaris dengan hotel saya stay tu tapi hawat dah dua-tiga kali stay kat sini tak pernah nampak??? See?See? Betapa tidak prihatinnya saya dengan persekitaran sebab tau dah sampai, masuk bilik, keluar untuk cari makan, pastu masuk bilik lagi sampai esok pagi. Tulah dia........

Esok pagi-paginya dah gerak ke KL. Rasanya pertama kali sejak dapat lesen kereta saya kena saman. Harap-harap tidak ler....Boleh pulak terlupa sungguh ada area kamera AES dipasang area Kajang. Dok perasan hawat semua kete depa pandu perlahan beno? Dengan penuh keyakinan yang tinggi menjulang, saya pun pecut 120 kat lane paling kanan.Tup-tup lalu tempat tu kamera pun pap pap!!! Sah sudah!!Habihlah kena snap ngan AES! Tak dan pulak nak buat peace no war...huhuhuhuhu.....Memang ada member pernah cakap tapi nak cepat sampai KL punya pasai.....huhuhuhu lagi. Hubby kata anggap jelah orang lain yang kena walaupun mungkin AKU YANG KENA!!!!!!!AES betulllah!!!!

Teruskan perjalanan dengan hati yang tak tenang pasal dok mikir confirm ke tak confirm kena saman. Hubby kata, kalau dah kena, bayar jelah......huwa!!!!!!!!!!!! Akhirnya sampai jugak ke KL, salah masuk jalan tapi hubby pesan, kalau masuk KL jangan risau, takkan sesat sebab banyak signage.Betullah tu. Rupanya bangunan yang nak dituju tu tak jauh dari Institut Pediatrik HKL, rumah kedua Haziq dulu. Senanglah.....

Disinilah saya Sabtu lepas.....


Facilitator: 
 Mr Peter Tan, a very inspiring person, Senior Trainer of DET

Kami semua......

Bengkel ini wajar disertai oleh banyak pihak. Sepatutnya ada wakil pembuat dasar, ada wakil NGO, ada wakil pelaksana dasar, ada wakil dari Kementerian Pendidikan/Pengajian Tinggi, ibu bapa malah pasukan klinikal wajar ada bersama-sama. Walaupun tak ramai tetapi pengisiannya sangat memberi kesan kepada saya. Mungkin saya dah ada sikit background pasal DET dan IL (Independent living) sebab tengah buat kajian mengenai OKU jugak tetapi sangat membuka ruang fikiran dalam perspektif yang berbeza. Oh...dulu kita fikir macam ni....bila masuk bengkel ni oh...macam ni rupanya...rugi pada yang tak pergi. Yelah mungkin masing-masing ada kekangan sendiri tapi tak apalah.....nanti sama-sama kita kongsikan apa yang diperolehi di dalam group Malaysian Advocates for Cerebral Palsy (MyCP) yek......

Habis bengkel 5.30, konon nak terus ke lokasi kedua terakhir iaitu Batu Pahat sebab ada kelas pada Ahad tetapi badan sudah menunjukkan tanda supaya berehat. Agaknya kalau dia boleh menjerit,dah lama dia jerit..."Tak reti penat ke ha? Bila nak berhenti? " Bawak kereta baru sampai Seremban dah mengantuk. Singgah di Pedas, tidur sekejap. Terus lagi sampai Ayer Keroh, isi gas dan pekena nescafe secawan. Terserempak konvoi Harley Davidson, segar kejap je mata... Teruskan perjalanan. Sampai Pagoh memang dah tahap tak boleh nak pelan-pelan kayuh pun! Konon nak lelap sekejap, sejam setengah kroh..kroh!! Memang penat tahap gaban dah ni! time tu dah pukul 10.30. Bayangkan betapa lambatnya perjalanan seorang yang bukan long distance driver!!! Suami kata dahlah baliklah, dah penat sangat, rehatlah betul-betul kat rumah. So....tak jadilah nak ke Batu Pahat...slow slow drive, berhenti lagi di Kulai, tido lagi lepas tu jam 1.30 pagi sampai rumah!!!! Kiralah sendiri berapa jam perjalanan tu. Sampai-sampai rumah mujur suami dah bukak pintu.Siap-siap angkat barang, tak tunggu lama, FENGSYAN!!!!!!

Moral of the story, suami kata:

1. Kalau event/program habis petang, jangan berangan nak drive balik. Cari tempat bermalam. Esok baru balik supaya tenaga baru dapat disimpan....
2. Belajarlah sikit-sikit pasal kereta ye....

Betullah kan....Perasan macam kuat, rupa-rupanya perempuan ni taklah sepower mana pun...cuma buat-buat power!! Alhamdulillah, selamat sampai dengan macam-macam peristiwa dan pengalaman yang memang tak akan boleh diperolehi atau dibeli di mana-mana. Lihatlah betapa cantik aturan Allah untuk saya.

Perlukah saya pilih antara suratan atau kebetulan? Ianya satu ketentuan yang telah ditentukan olehNya untuk menguji saya dalam suka mahupun duka yang ditempuhi. Banyak mengajar erti sabar dan erti tenang. Kepada insan-insan yang telah membantu dan memberi pengalaman yang tidak ternilai dalam tempoh ini, semoga Yang Maha Kuasa sentiasa merahmati kalian...........

Tiada sesuatu itu atas nama kebetulan.........betul tak? betul tak? Kalau tak betul, silalah hantarkan komen anda........ok jumpa lagi......

2 comments:

  1. Aslkm. Boleh saya cadangkan cuba cari buku "Kembara Atiq Wazif - SATU ANUGERAH". Moga ada manafaat.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam......Meskipun saya tak tahu siapa anda, lelaki ke, perempuan ke, cik ke, encik ke, puan ke....terima kasih atas cadangan. Untuk makluman, buku tersebut sudah saya miliki sejak hampir dua tahun lepas kerana penulisnya dan saya juga sama-sama memiliki anak istimewa daripada kategori yang sama, Cerebral Palsy.Walau apa pun, terima kasih kerana sudi singgah.......

    ReplyDelete