Apa khabar you all?? Dah seminggu masing-masing balik bekerja kan...Anak-anak pun dah naik sekolah tapi baru hari nilah saya berkesempatan untuk mengemaskini blog.Aduhai...macam-macam hal yang berlaku sepanjang raya tahun ini.....
Kami balik ke Segamat dua hari sebelum raya. Dapatlah sehari berpuasa di kampung sendiri. Hari terakhir puasa, kami berkumpul pula di rumah adik ipar di Tangkak Jaya. Cerita pagi raya tak ada apa yang menarik....sama je macam korang.....Lepas solat sunat hari raya, saling bermaafaan, menziarahi saudara mara di Tangkak dan Muar....seperti 9 tahun lalu....Petang raya pertama dah bertolak semula ke Segamat. Sampai pun dah malam. Ha...............di sinilah semuanya bermula.....
pagi raya di Tangkak.....
"Ayah, mana beg baju raya?, puteri saya bertanya. Sebut je baju raya, saya pula yang tepuk dahi! Allahuakbar!!! Beg baju raya tertinggal di Tangkak! Ini kecuaian saya. Ralit menggosok baju hingga terlupa nak bawa beg baju raya dalam kereta. Konon-konon asingkan baju raya dengan baju basahan...padan muka saya!!Tidur malam terus tak nyenyak memikirkan semua baju raya dalam beg yang satu itu. Mujurlah dah tengah malam tetap dapat melelapkan mata sebab sejuknya malam di Segamat ibarat pasang penghawa dingin!!.Kesian encik suami, seawal pagi terpaksa patah balik ke Tangkak..................semata-mata kerana beg baju raya!!
Hari kedua pula saya rasa lain macam....perut bergelodak...berpusing-pusing rasa macam naik roller coster walaupun tak pernah naik....kejap-kejap masuk bilik air. Paling lama dekat 20 minit sampai dah rasa lembik dah...Kena sebotol besar 100 plus barulah perut mula membaik. Misi untuk beraya terpaksa ditangguhkan....Raya ketiga barulah dapat berjalan-jalan ke rumah mak saudara. Itupun selepas menunggu yang ditunggu tak kunjung tiba. Tak dapat juga bertemu keluarga yang selalu bertemu setiap kali raya. Takdok rezeki......Malamnya pula sempat juga bertandang ke rumah teman sekasut di Kg.Berata sebab nak ambil alat terapi Aiman Haziq.....
Raya keempat kami balik sehari ke Tangkak dan keesokannya terus balik ke Pasir Gudang. Ha...bermulanya di sini.....cerita Aiman Haziq pula bermula. Bolehlah singgah di www.ceritahaziq.wordpress.com kalau nak tahu tentang apa. Senang cerita....Haziq mula demam....elok sikit, batuk dan berkahak pula. Alhamdulillah, mulai semalam saya rasa kondisi anak syurga itu sudah 95% membaik...syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.........Inilah kali pertama dalam sejarah lima tahun Aiman Haziq, dia demam dalam tempoh yang panjang. Kalau nak dikira, hampir 9 hari juga melayan kerenahnya yang merengek, tak mahu diletak, tak mahu makan, kurang minum susu, lupa cara nak hisap puting botol susu....Dugaan........alhamdulillah semalam dah boleh makan sebiji blueberry muffin, dah boleh hisap puting botol susu walaupun ada kalanya lupa....banyak jugalah perkembangannya.....
Dalam pada masa yang sama...banyak kerja tertangguh kerana line internet yang sangat tidak bagus.Terpaksa mengambil langkah terakhir setelah kepala ni dah begitu serabut memikirkan jalan penyelesaiannya.....Kalau tak kerana terpaksa...entah bilalah semua masalah nak selesai kan....
selamat datang dan tolong berikan khidmat terbaik ye!!!
Mudah-mudahan semua urusan selepas ini akan dipermudahkan dan lancar. Hilang sedikit tekanan yang melanda. Itu belum lagi cerita saya sendiri yang sakit....Tak mahulah cerita panjang-panjang, nanti bosan. Lagipun, masih ada cerita yang mahu dikongsikan tapi kena tunggu entri akan datang. Sehingga itu, selamat meneruskan Puasa Sunat 6 Syawal bagi yang berpuasa dan semoga dipermudahkan segala urusan kalian yang singgah di laman saya. Terima kasih....
No comments:
Post a Comment