Hari ni saya nak kongsikan tentang buku yang baru saja saya 'sauk' di kedai buku. Sebenarnya melayankan anak-anak....Bila keluar dengan ayah...dah di'paw'nya ayah...keluar dengan mama...depa tau mama kalah dengan muka pussy cat dalam cerita shrek tu...mulalah depa minta dikasihani...nyampah....mama pun bila jejak je kaki di kedai buku, hmmm....tewas jugak...lagi pula anak-anak memang sukakan buku...lebih-lebih lagi sang puteri...mujur suka buku...kalau suka yang entah apa-apa...lagi haru....kesian kat adik-adik ipar yang menunggu...serik join kakak ipar dan anak-anak saudara kalau ke kedai buku....itu baru kedai buku kecik....Dapat kedai buku besar...mama tak larat poket jelah....
Berbalik cerita tentang buku yang menjadi 'saukan' saya. Biasa kan kita dengar..."don't judge the book by its cover"...biasa kan? Tapi hakikatnya...bila nak membeli memang tengok cover dulu pun. Bila tengok 'macam cantik jerr...macam comel jerr...macam menarik jerr'...barulah lihat muka belakang buku...kemudian barulah selak-selak isi kandungannya. Puas ke hulu ke hilir...ke depan ke belakang...mundar mandir...akhirnya sepasang mata saya ni terpaku pada sebuah buku....
Ha ini buku yang mencuri perhatian sang mata. Covernya pun dah kelihatan menarik kan? Bila lihat isinya....lagi teruja untuk menjadikan buku ini sebagai salah satu koleksi buku di rak buku di rumah.
Buku yang mengandungi petua pemakanan Rasulullah serta resepi-resepi berasaskan pemakanan Baginda. Sangat berbaloi-baloi!!!
Mungkin Tuan Puan bakal teruja juga mendapatkan buku ini nanti. Sedikit yang mahu saya kongsikan berkenaan "CARA MAKAN RASULULLAH"....
1. Cara duduk Rasulullah ketika makan
Baginda duduk dalam posisi 'mutawarikan" iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit, atau duduk seperti tahiyyat awal.
Apabila dihidangkan makanan....
Baginda membaca "Alhamdulillahi hamdan kathiran thoyyiban mubarokan fihi, ghaira muwadda'iw wa la mustaghnan 'anhu Robbana" (Segala puji bagi Allah, puji yang baik lagi berkat padanya, puji yang tidak pernah berhenti dan puji tidak akan mampu lisan menuturkannya, Ya Allah Rabbal 'Alamin). Sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kanan dan apa yang ada di hadapanmu (HR Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
2. Makan makanan yang terdekat.
3. Mulakan makan dari tepian, bukan tengah kerana keberkatan turun daripada puncaknya (ke bawah)
4. Sebelum makan, Baginda mengambil sedikit garam menggunakan jari kelingking lalu Baginda menghisap garam itu. Kemudian baru Rasulullah makan makanan itu.
- garam ialah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan
- Dua cecah garam bersamaan satu liter air mineral
- Garam sebagai penawar paling mujarab untuk merawat keracunan
- Garam berfungsi menghalang sihir dan gangguan makhluk halus
5. Elakkan makan dan minum sambil berdiri
6. Baginda tidak pernah mencela atau mengaibkan makanan. "Apabila suapan seseorang kamu terjatuh, maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudaratan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah ia meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir).
7. Menghindari isrof iaitu membazir ketika makan. Cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Sabda Rasulullah "Cukuplah bagi manusia itu beberapa suapan makanan, walaupun harus makan, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk nafasnya (HR Muslim)
8.Gemar makan dalam dulang bagi mewujudkan kemesraan dan tingkakatkan kasih sayang.
9. Berbual-bual ketika makan iaitu membicarakan hal baik-baik.
10. Baginda tidak makan makanan yang panas.
11. Menjilat tiga jari selepas makan (jari tengah, jari telunjuk dan ibu jari). :Apabila seseorang sudah makan hendaklah ia menjilat jari-jarinya kerana sesungguhnya diatidak tahu mana satu makanannya yang berkat. Mengunyah 40 kali untuk memastikan makanan benar-benar hancur supaya mudah diproses sistem pencernaan.
InsyaAllah entri akan datang saya kongsikan cara minum Rasulullah ye.Allahu Akbar!!
No comments:
Post a Comment