Followers

Tuesday, March 11, 2014

Broga Hill....akhirnya aku datang !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Apa khabar? Pastinya semua masih dalam mode berharap kerana insiden MH370 yang menjadi fenomena dunia kala ini. Saya pun tidak terkecuali berharap akan muncul suatu keajaiban....hmmm....tapi kali ini saya nak cerita tentang pengalaman saya berjaya mendaki Bukit Broga atau Broga Hill atau juga famous dengan gelaran Bukit Lalang. Tertanya-tanya jugak kenapa dipanggil Bukit Lalang tapi di akhir perjalanan, saya bertemu dengan jawapannya....Sebenarnya hasrat nak naik Bukit Broga ni tercetus kalau tak silap tahun lepas bila tengok rancangan "Sarapan" kat tv3...ala siapa tu dia punya pengacara.....mamat handsome tegap-tegap tapi tak ada rambut tu...maaf bang tak ingat awak punya nama...huhuhuhu....start dari tulah dok asyik berangan bilalah dapat naik Bukit Broga ni. Masa tu tak tahu pun ada nama pangilan yang lain. Samalah keadaannya bila menyimpan hasrat nak naik Gunung Kinabalu. Dapatnya bila? entahlah......simpan hasrat aje memandangkan faktor usia makin menjejak series kedua BMW dah ni....jadinya....you all teruskanlah membaca kisah yang panjang ni ye.....

Pucuk dicita ulam mendatang.  Kebetulan terlihat iklan ada conference berkaitan bidang kajian saya, so saya pun mendaftarkan diri. Kebetulan.......kebetulan RA penyelia saya pun mula berjinak-jinak dengan dunia pendidikan khas, makanya kami pun berjanjilah nak pergi sama. Dipendekkan cerita, RA yang cantik manis ni rupanya dah siapkan itenary yang saangat mengujakan saya sebab salah satunya ialah memanjat Bukit Broga. Kalau nak ikutkan conference tu sehari je tapi sebelum balik ke Johor keesokannya, beberapa rancangan besar diatur sebagai mengambil peluang dah sampai katanya.........Dek kerana malam sebelum nak memanjat Bukit Broga tu saya diserang sakit kepala yang tak tahan dibuatnya...berdenyut-denyut....rancangan malam tu untuk ke program malam Syria-Palestin di Putrajaya pun terbatal. Satu program tak dapat dipenuhi tapi kami dapat peluang melelap mata lebih awal supaya dapat sismpan tenaga keesokannya.

Punyalah bersemangat, pukul 5 kami dah bangun, siap-siap dan terus ke 7E sebab nak beli lampu suluh hinggakan counter's lady kat situ dapat agak yang kami nak ke Broga. Cantik katanya kalau dapat ke peak ke-3, pada kami dapat capai 1st peak pun dah alhamdulillah! Malam tu RA a.k.a adik manis bernama Rina yang jadi teman seperjalanan saya ni sempatlah meng"google" apa barang yang perlu dibawa dan lampu suluh merupakan item wajib sebab kami akan mendaki pagi, tatkala masih gelap. Berpandukan bantuan Pakcik GPS yang selalu pening tu....kami menghala ke Broga dan kebetulan terperasan dua biji kereta di depan kami seakan berkonvoi ke arah yang sama. "Sah, mesti diorang pun nakke Broga", agakan saya.  Maka kami menurut di belakang. Sekali pandang macam satu Malaysia, sebiji berplat "K" dan satu lagi berplat "P' sedang kami berplat "C". Tepat telahan saya bahawa mereka juga nak ke destinasi yang sama.

Stretching sikit....kami pun followlah group anak-anak muda di depan kami sebab kami memang "buta jalan". Di awal perjalanan, agak terkejut sebab bertemu gerai dalam ladang kelapa sawit!! Ada pendaki yang singgah mendapatkan sarapan pagi sebelum memulakan pendakian. Kami? Dah set nak berpiknik di puncak, katanya.....tapi memang dah plan tak mahu makan berat. Kami bawa bekal buah anggur, buah limau, sedikit roti dan biskut dengan sasaran bila turun semula ke bawah, semua makanan dah berjaya dihabiskan di atas. Ghoper-ghopernya....berat bahu memikul beban!!Tersemput-semput mak!!!Al-maklumlah dah lama tak mendaki.....angan tinggi tapi tak ada yang sudi nak bawak mendaki....ahaks....lagipun susah orang nak percaya saya boleh sampai ke puncak kalau tengok pada fizikal tubuh badan yang gebus ini....

Beberapa kali juga berhenti kelelahan. Kasihan si cantik manis Rina yang terpaksa mengalah. Saya pun kasihan kat dia, takut hasrat nak tengok matahari terbit tak kesampaian. Kami pun berjalan perlahan-lahan. Tiba di suatu tahap, saya rasa saya dah tak mampu, dada rasa ketat dan berdegup laju. Saya hampir-hampir dah nak angkat bendera putih dan minta ditinggalkan sebab taknak susahkan kawan yang nak naik ke puncak. "Akak....takkan saya nak tinggalkan akak dan siapa nak habiskan makanan kita ni?", antara kata-kata Rina yang hampir buatkan saya tergelak. Kemudian saya dapat lihat ada ibu bapa yang bawa anak-anak kecil, saya melihat ada makcik-makcik lingkungan usia 40an dan mungkin 50an yang mendaki meskipun perlahan...ada warga tua yang membawa tongkat mendaki dengan sabar, terasa insaf bahawa saya yang masih muda, ada kudrat...takkan tak mampu kot? Saya kuatkan semangat...dapat naik peak pertama pun jadilah.....katanya..............dan ALHAMDULILLAH, SUBHANALLAH!!! Saya berjaya!!!!

Kami naik 6.30 pagi dan sampai di puncak pertama lebih kurang 7.30. Tepat pada detik matahari mahu memunculkan diri dari ufuk timur. Subhanallah sangat cantik dan indahnya pengalaman yang Allah berikan kepada saya sebagai nikmat yang tak terhingga. Melihat matahari terbit pada ketinggian 1312m dari aras laut, apa lagi yang mampu saya ungkapkan? Maha suci Allah yang mentakdirkan saya sampai tepat pada waktunya....Bila dah sampai....sempatlah feeling-feeling piknik. Sempatlah tawarkan buah-buahan yang kami ada dengan pendaki-pendaki lain dan dalam tak sengaja, sempat menawarkan buah anggur kepada pelakon MASKARA di Astro, Nazrief Nazri yang betul-betul duduk depan kami bila dia turun dari puncak tertinggi. Hmmmm....berbudi bahasa orangnya, segak macam dalam cerita tu jugak dan tak lepas dengan senyuman. "Alamak, ada orang perasanlah," katanya sambil tergelak dan digelakkan kawan-kawannya.....Ha....ini dia gambar di puncak pertama dan menikmati kejadian alam yang sangat indah....

di peak pertama, selepas matahari terbit

ahaks....feeling picnic sangattt....

ngeh3....

Lepas rehat sekejap di peak pertama, terasa cemburu pulak bila tengok ramai pendaki di peak kedua. Ada yang bergambar sakan siap kibar bendera negeri, lupa pulak mau kibar bendera Johor. Apa yang ada cuma stokin merah biru yang dipakai. Tak agak-agaklah kalau nak kibar kan....tapi baju merah kasut biru pun dah kira LUASKAN KUASAMU jugak....hehehe. Di sini kami bertemu seorang lagi rakan seperjalanan yang sangat sweet dan jadi photographer kami.....Dan di sini juga saya dapat ajwapan kenapa Bukit Broga juga dipanggil Bukit Lalang. Sepanjang laluan untuk ke peak kedua dan ketiga, di kiri dan kanan laluan hanya lalang meninggi.....dari situlah agaknya nama diberi.  Kami akhirnya mencabar diri untuk teruskan pendakian ke peak kedua dan hasilnya......

kami di peak kedua!!!Alhamdulillah!!!!!

Bersama teman seperjalanan baru, kami mencabar diri ke puncak tertinggi. Mula-mula tu bincang juga...nak ke tak nak sebab agak tinggi dan curam bila nak turun nanti. Tapi bincang punya bincang...dah alang-alang....sekali lagi kami mencabar diri...penat tolak ke tepi dan akhirnya!!!!!!!!!!!!!

Kami berjaya!!!!!Syukur Ya Allah, kami sasar satu tapi kami dapat tiga! Di luar jangkaan.....

Selepas ambil angin, menikmati pagi yang indah....kami pun bertolak turun berhati-hati memandangkan laluan agak kering dan licin juga. Pastinya sebelum berpisah, kami ambil kesempatan merakam kenangan dengan teman seperjalanan, Preet dari Kajang. Till we meet again ya Preet!!! Kami sampai di bawah lebih kurang jam 10.30 pagi. Alhamdulillah sempat balik ke bilik, mandi-mandi dan berehat sebelum meneruskan agenda pada sebelah petangnya...ke Kotaraya Kuala Lumpur,bersama Dapur Jalanan untuk memberi khidmat dan makanan kepada gelandangan di Kuala Lumpur. Kisahnya?? Tunggu......


Sedikit tip untuk sesiapa yang nak ke Broga....

1. Mulakan pendakian awal, kalau beginner eloknya selepas subuh supaya boleh sampai tepat pada 
waktu untuk lihat matahari terbit
2. Parking RM2 dalam ladang kelapa sawit, kereta taklah panas.
3 Pastikan bawa air yang cukup
4.Jangan makan makanan berat, tapi eloknya bawa buah-buahan dan energi bar supaya perut tak penuh sangat dan tak berat nak bawak badan. Jangan risau, turun nanti gerai nasi lemak setia menunggu pelanggan...
5.Lampu suluh item wajib

Tu jelah kot.....semoga dapat membantu kot ada yang nak ke sana.....cerita tentang Jalan Panggung? Terus tunggu tau...................

No comments:

Post a Comment