Followers

Wednesday, September 7, 2011

Marhaban ya Marhaban...

Seminggu berhari raya dengan keadaan anak yang demam agak suram rasanya. Pejabat pula dah memanggil-manggil supaya datang bekerja seperti biasa. Almaklumlah, student dah habis bercuti...kenalah mengajar macam biasa. Di kawasan perumahan pulak akan bermula program marhaban yang saban tahun menjadi rutin semasa musim raya. Di jabatan-jabatan juga telah bermula sejak semalam. Sayangnya semalam tak dapat bersama-sama  kerana berpuasa. Tetapi hari ini alhamdulillah, dapatlah bersama-sama di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

Marhaban memuji Rasulullah, puji-pujian mengagungkan Rasul junjungan tanda kasih kita kepadanya. Selain dapat mengeratkan ukhwah antara ahli yang hadir. Cuma apa yang saya perasan, sesuatu yang kurang sesuai dilakukan oleh kita yang dewasa ni. Saya cukup suka dapat berjumpa kawan-kawan lama...dapat berbual..dapat sama-sama melagukan marhaban. Cuma yang kurang seronoknya apabila tiba acara dihidangkan makanan yang sememangnya tersedia di atas meja. Rasa malu pun ada, nak marah???tidak secubit ada di hati cuma kesal dengan sikap rakan-rakan yang sepertinya bertahun-tahun tak nampak makanan. Semuanya menyerbu macam tak cukup makan. Jahat kan kenyataan ni???? Cubalah kita bayangkan rakyat Somalia yang dilanda kebuluran. Tatkala kita berebutkan makanan yang melambak-lambak, mereka di sana berebutkan makanan yang sedikit sekadar untuk mengisi perut yang kosong entah berapa lama.

Bila dilihat dan dihitung-hitung situasi yang berlaku di depan mata, menggeleng saya dibuatnya. Kadang-kadang mereka ni lupa agaknya bahawa setiap rezeki yang dihidangkan kepada kita, ada hak untuk orang lain juga. Kasihan melihat kawan-kawan yang tidak agresif, cukuplah apa yang tinggal...alhamdulillah, inilah rezeki pada hari ini. Jauh sekali hendak mengeluh cuma kesal dengan sikap rakus insan-insan yang memiliki akal tinggi yang dikurniakan Allah. Nikmat marhaban seakan hilang manisnya dengan keadaan yang berlaku. Nampak tak manis, nampak tak sopan hingga rasa malu pula hendak berada dalam majlis sebegini. 

Ya Allah, kau jauhilah aku daripada sikap rakus dan terburu-buru. Kau hindarkanlah aku daripada syak wasangka, Kau izinkanlah aku terus berbaik sangka, Kau bukakanlah hati-hati hambaMu untuk tetap di jalanMu dan kau berkatilah setiap rezeki yang telah Kau kurniakan kepada kami serta Kau jauhilah kami daripada azab nerakaMu ya Allah...

No comments:

Post a Comment