Followers

Monday, September 5, 2011

Sofiyah dan kawan barunya......

Rasanya dah beberapa bulan rumah ni disinggahi oleh seekor kucing yang tak faham bahasa. Dah namanya pun kucing kan..mana faham bahasa manusia. Dimarah ke, dibuang ke luar ke...semuanya dia buat tak reti aje. Makin dihalau makin dia menggesel-gesel di kaki. Rimas betul!!! Bukanlah anti kucing, cuma kurang selesa sebab Rahimi kan ada asthma...karang tak pasal-pasal kena cari ubat untuk alahan baru pulak. Lama kelamaan, dah lali dah..ikut suka kaulah kucing..nak datang ke...nak apa ke..janji bahagia. Suami pulak rajinlah pulak belikan makanan kucing. Sofiyah??? Ui...punyalah sukanya bila ada kucing tu....

Akhir-akhir ni datang lagi seekor, yang ni kategori masih anak-anak. Lagilah Sofiyah tak tentu hala dibuatnya dek geramkan kucing tu. Semalam suami bawalah Rahimi dan Sofiyah ke Kipmart beli barang, nak masak sikit sebab mak dan Long nak datang hantar Athirah. Suami kesian pada kucing tu, dok diam bawah tayar lori, nanti karang tak pasal-pasal pulak kitorang kena gali lubang kebumikan kucing. Ei..tak sanggup mak!!!. Suami telefon menyatakan hasrat nak belikan Sofiyah sangkar kucing. Punyalah tolak tak mahu ada kucing di rumah, akhirnya mengalah jugak. Tapi syaratnya mudah, dah ada kucing, tak boleh malas buat kerja sekolah, tak boleh malas pergi sekolah, kena dengar cakap mama dan ayah, kalau tidak....jeng-jeng...'selamatlah' kucing itu bakal disingkirkan. Nampaknya, umpan berjaya setakat hari ini. Fuh.....dah ada bahan untuk mama dan ayah ugut Sofiyah ni.kikikikikikiki....

Yang ni yang dah lama dok bertandang di rumah. Ada orang belai, huh lagi manja menggesel-gesel..tak tahan mak......
Selamat datang kepada tetamu baru siap dengan sangkarnya berharga RM200. Terkorbanlah duit raya Sofiyah..itupun dengan bantuan mama...kalau tak takde can dapat beli sangkar besar ni ha....
Baru-baru datang nak tunjuk garang...Cabut gigi tu karang....

Siap belikan mainan. Sepanjang hari dok melayan kucing ni ha turun naik sangkar yang bertingkat-tingkat. Kononnya....

Sofiyah ni sebijik mamanya. Dulu mama dia pun suka kucing jugak masa zaman budak-budak. Dah besar panjang je malas nak membela dan menjaga. Ayah Sofiyah siap tolong Sofiyah mandikan kucing ni, siap wangi-wangi lagi......Ikutlah korang..janji bahagia....

No comments:

Post a Comment