Assalamualaikum. Setelah beberapa hari pulang dari Bandung, baru hari ini berkesempatan untuk berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang berada di negara jiran. Pertamanya, kredit kepada supervisor yang memaksa dan menggalakkan saya menulis dan bentang paper di peringkat antarabangsa. Sebagai pendedahan katanya. Berdebar-debar jugaklah sebab kali pertama...Sepanjang 34 tahun diberi peluang bernafas di bumi Allah ini, inilah kali pertama saya ingin melihat dunia luar. Kasihan kan? huhuhuhu......Kena pulak bentang dalam Bahasa Inggeris, lagilah ketaq lutut!!!! Biasanya saya guna bahasa isyarat je dalam kelas, tup-tup kena guna BI...puas jugak le memikir guano nak buat??? Hmmm....buat selamba je lah....MALAYSIA BOLEH!!!!!
Bermula ceritanya pada 11 Mac lalu, pagi-pagi saya dah naik bas ke Shah Alam. Sampai sana pukul 2 petang, dijemput oleh adik sepupu yang akan menemani saya ke Bandung. Plan awal nak park je kereta di LCCT, tapi ada seorang lagi adik sepupu yang murah hati nak tolong hantar kami berdua ke airport pada malamnya. Sempatlah kami pusing-pusing PKNS dulu cari beg galas, kemudian baru balik ke rumah. Jam 8 malam bertolak ke LCCT dari Shah Alam. Perjalanan memakan masa hampir 45 minit, jauh juga rupanya. Mujurlah ada orang hantar, saya bayar duit tol aje....Kami pun siap-siap check in baggage, malas nak bawa naik plane, naik bawa beg galas aje senang...Penerbangan pukul 10.50 malam dari Malaysia. Kami sempat juga beli maggi cup untuk bekal di sana, mana tahu susah nak cari tempat makan. Letak air panas dua minit...dah terus sedia untuk dimakan!! Semuanya nak segera, nak mudah kan....
Ramai juga yang hendak ke tempat yang sama rupanya..Dengar daripada mereka bercerita. Akan bermalam di hotel yang sama juga. Penerbangan mengambil masa dua jam. waktu sampai di sana ialah 11.55 malam, dan waktu di Malaysia ialah 12.00 tengah malam sebab beza masa 1 jam.
Inilah peneman saya sepanjang di sana, keluarga kami panggil dia dengan gelaran "Kakak". Kenapa? Sebab dia anak perempuan sulung dalam keluarganya..
Kami sampai dah tengah malam. Memang dah tak sabar nak sampai hotel dan tidur. Rupa-rupanya impian kami tidaklah begitu indah...Sampai di "Bandara Hussein Sastranegara Bandung", proses imigrasinya sangat lama. Hampir 1 jam setengah untuk lepas di bahagian imegresen. Penumpang ramai, kaunter dibuka hanya dua.Kemudian ada check tapak tanganlah, matalah...tu yang jadi lambat. Rasanya jam1.30 pagi baru kami dapat keluar daripada kaunter imegresen tu. Kalau bawa budak, kesianlah...maunya meragam anak-anak sebab dah penat, nak tidur lagi kan...Lepas ambil beg, kami terus menuju ke teksi yang memang ada di sana. Rp40,000 tambang teksi kami pagi itu yang dipandu oleh Pak Herman.
Sambil memandu, sempat juga kami bertanya berkenaan tempat-tempat yang menarik pada Pak Herman memandangkan seharian esok saya tiada agenda. Pembentangan saya ialah pada Selasa. Pak Herman menawarkan khidmatnya untuk 12 jam, 9.00 pagi hingga 9.00 malam dengan harga Rp500,000. Kalau kira duit kita, dalam RM150. Cakap sahaja nak ke mana, beliau akan bawa dan tunggu. Kami tak janji, kami hanya kata akan hubungi beliau kalau kami rasa nak pergi. Apa yang bermain dalam fikiran pada masa itu hanyalah katil.......Akhirnya selamatlah kami tiba di Golden Flower Hotel, Bandung. Sampai di hotel, terpaksa menunggu lagi setengah jam sebab ramai yang sedang berbaris. Dapat bilik di lantai dua. Sampai di depan pintu bilik, bell boy hotel mendekati kami dan meminta kami turun semula kerana bilik kami sudah ada penghuninya. Kami tersalah diberikan kunci. Turun pula....lepas tu, naik semula di lantai yang sama dan biliknya hanya bersebelahan!!!!Aduhai kenapalah tak terfikir suruh je bell boy tu yang tukarkan kunci kan? Ni gara-gara dah penatlah ni...
Saya diberikan bilik single, memang tidak share dengan other presenter. Masuk-masuk...wah ada dua katil!!! Dapatlah katil seorang satu. Ingatkan boleh terus tidur, tak juga.....mata pula tak mahu tidur, bersembang-sembang, tengok tv. Pukul 3 baru kami tidur.Sudahnya, pukul 6 kami baru terjaga......kelam kabut kami solat sebab dah Subuh Gajahlah tu..hari pun dah terang. Bayangkan, pukul 7 masa kita..maunya tak terang....Lepas tu kami tergelak sebab masih tak boleh nak adjust masa, walhal hanya sejam saja bezanya...
Inilah bilik penginapan kami....
Alhamdulillah, walaupun tak cukup tidur, kami dah mula merancang apa yang kami nak buat esok. TUNGGU................
No comments:
Post a Comment