Semalam air mata saya mengalir lagi. Dua hari berturut-turut air mata kegembiraan mengalir daripada sepasang mata yang sepet ini. Bertambah sembam dan sepetlah mata saya akibat gagal membendung air mata yang keluar. Pertama, menangis bahagia kerana mendapat tatapan daripada mata sang anak syurga. Kedua....menangis bangga dan gembira dengan kejayaan anak-anak didik menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan.
Kalau nak cerita rentetan kebahagiaan itu, panjang sangat, saya pendekkan walaupun nantinya tetap akan kelihatan panjang jugak. Anak-anak didik saya adalah pelajar pekak. Mereka ini sering saja dipandang sebelah mata. Mungkin orang lain menafikan, tapi saya yang mengajar mereka sudah sepuluh tahun memang tahu ianya berlaku. Nak naikkan nama, pandai saja cari kelebihan pelajar khas tetapi bila nak suruh buat sesuatu untuk pelajar khas...hmmmmmm.......banyak sangat cakap belakangnya, banyak sangat birokrasinya......
Bila dilihat pada kurikulum pelajar-pelajar ini pada peringkat awal, rasa macam entah apa-apa saja kan. Lebih banyak teori daripada praktikal. Susah juga nak salahkan siapa yang gubal kurikulum ini pada peringkat awal sebab mereka adalah individu yang hebat dalam bidang fesyen tetapi mereka tidak tahu keperluan, batasan dan kemampuan pelajar khas. Kalau teori...memang 'lambat'lah sikit tetapi mereka wajar di'henyak'dengan subjek-subjek praktikal kerana di situlah kekuatan mereka. Bila dibuat perbandingan dengan kurikulum pelajar normal, ada sesuatu yang pelikdi situ. Mengapa pelajar normal belajar ini tetapi tidak pelajar khas? Maka bila peluang penjajaran semula kurikulum dilakukan, inilah masanya untuk kami bertindak! Beberapa subjek dijumudkan dan diganti dengan subjek baru. Mereka belajar membuat sampel jahitan, belajar jahitan kreatif, belajar sulaman dan mereka perlu menyiapkan PROJEK pada semester akhir! Sama seperti pelajar normal, tetapi dibataskan kepada hanya sehelai pakaian supaya pelajar dapat merasai sendiri bagaimana proses buat kajian, buat design. buat pola, menyiapkan toile dan seterusnya menyiapkan pakaian akhir langkah demi langkah. Mereka perlu belajar dan melalui pengalaman itu!!!
Selepas dua tahun, hasil pertama dapat saya lihat semalam. Walaupun banyak kata-kata sindiran, kata-kata sinis daripada pensyarah lain terhadap kemampuan pelajar khas, saya sangat BANGGA dengan Norazreen Ibrahim dan Syiema yang berusaha sehabis daya untuk memimpin anak-anak ini untuk menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan saya. Saya tak pernah mengharapkan mereka menghasilkan sesuatu yang SUPERB kerana faham dengan batasan dan kudrat mereka. Tetapi apabila mereka berjaya membuktikan bahawa mereka setara dengan pelajar normal, wajarlah air mata saya mengalir. Biarpun mungkin mereka 'biasa-'biasa' saja pada mata orang lain, tetapi pada mata saya, mereka amat HEBAT dan ISTIMEWA!!!!!
Mereka tidak tidur malam, bersengkang mata. Kadang-kadang pensyarah dah tertidur keletihan, mereka tetap berusaha menyiapkan pakaian. Walaupun hanya 9 daripada 12 pelajar yang dapat menyiapkan pakaian mereka secara keseluruhannya, baki 3 orang lagi pun saya percaya hingga ke hari inimasih berusaha menyiapkan baki-baki terakhir usaha mereka. Mereka tidak akan berhenti sehingga pakaian itu mampu disiapkan. Saya pasti ibu bapa mereka pasti akan berasa bangga sebagaimana saya berasa bangga dengan mereka. Tidak adil kalau nak dibandingkan dengan pelajar normal kerana anak-anak saya adalah pelajar sijil. Seandainya mereka diberikan setahun lagi, saya percaya tidak ada sesiapa yang boleh mempertikaikan keupayaan mereka. Kalau ada juga kata-kata sinis yang keluar.....saya pasti bahawa orang itu tiada 'RASA' dalam jiwanya...
Saya pamerkan bukti bahawa meskipun mereka pekak, mereka adalah insan-insan istimewa di hati saya......entah berapa kali mahu saya ucapkan:SAYA BANGGA DENGAN KAMU!!!!!!!!!
Sembilan daripada 12 rekaan yang berjaya dipamerkan
Cuma sedikit sedih, LO yang bertugas pada pameran semalam tidak langsung mengiring VVIP (Pengarah) Polieknik untuk menjenguk ke bilik pameran pelajar khas. Saya sendiri sangat terkejut dengan ruangan yang diberikan untuk pelajar ini mempamerkan pakaian mereka. Nampak agak tidak sesuai....ups....mulut tak ada insuran ni kan..........memang pun......bak kata Salleh Yaacob....."Have I care?"....Mentang-mentanglah mereka pelajar khas, ruang pameran pun ala-ala semberono je kan..........Ini tidak adil!!!!!!...Kepada pihak-pihak yang berkenaan.....sila timbang kembali, renung-renungkan dan selamat take action!!!!!!!!
Entah di mana datangnya idea saya..saya usulkan kepada Norazreen untuk gamit pengarah yang kebetulan baru saja usai menikmati hidangan tengah hari untuk ke ruang pameran. Norazreen pun tanpa berfikir panjang terus menjemput Pengarah dan Ketua Jabatan ke ruang pameran. Huhuhuhu sedih saya terlewat masuk, depa turun ikut tangga lain, saya tunggu di tangga lain. Sampai-sampai lawatan habis sudah........
Pelajar-pelajar bertanyakan kepada saya siapakah yang datang melawat. Saya katakan beliau ialah Pengarah Politeknik dan saya mahu pengarah tahu kewujudan pelajar-pelajar ini serta keupayaan mereka. Saya dapat lihat riak gembira dan bangga di hati mereka kerana pengarah sudi melawat pameran mereka. Mereka batch pertama untuk kursus projek, pastilah mereka akan bangga.......sayangnya gambar tak ada..huhuhuhu..Yang penting pengarah tahu ada komuniti kecil di sini yang perlu diberikan perhatian.....
Saya perlihatkan juga pelajar-pelajar kesayangan saya dengan hasil mereka..
Nur Liyana
Rohayati
Raja Rostam
Huey Chen
Muzaini
Akmal
Pooi Yen
Siti Aminah
Siti Hajaratullaili
Ada di antara mereka memenangi anugerah..
Adam Muzaini (kiri)- Anugerah Jahitan Teknikal Terbaik
Nur Liyana -Anugerah Rekaan Terbaik
Norhayatie- Anugerah Keseluruhan Terbaik
Raja Rostam-Anugerah Port Folio Terbaik
Ada juga yang menangis bila tak menang. Kenalah memujuk.....kalah memang itu adat pertandingan. Bagi saya, mereka buat yang terbaik sudah cukup membanggakan......Lagipun hadiah ada empat saja, mestilah ada yang tak dapat kan...........
Betapa bangganya saya dengan mereka. Sayangnya lepas ini saya dah tak berpeluang jumpa mereka. Hanya bertemu di laman muka bukulah nampaknya.....Namun kami sempat bergembira semalam. Bahagia....
Wajah-wajah ceria.........
SAYA BANGGA DENGAN KAMU!!!!~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment