Pagi semalam kononnya badan nak dipecah dua. Separuh ke hospital untuk final meeting untuk seminar hujung minggu ni dan separuh lagi akan dihantar ke politeknik untuk satu urusan lain. Pagi lagi dah bangun,maklumlah..suami isteri kena bertugas hari ni. Masing-masing dengan peranan masing-masing. Puas memujuk anak-anak ke rumah pengasuh. Kebetulan semalam sekolah ganti, jadi anak-anak tak ada pilihan, kena juga pi rumah pengasuh. Dah bersiap-siap...elok je pukul 7.50 hujan mencurah-curah...nak keluar rumah pun tak boleh. Jejak pukul 8 hujan masih tak reda. Pukul 8.15, hujan masih lagi membasahi bumi Pasir Gudang. Sah jalan jem kalau hujan...Lebuhraya Pasir Gudang tidak boleh dijangka. Maka keputusan perlu diambil. Call ke hospital mengatakan tak dapat hadir. Tetapi nampaknya Isnin akan ke hospitallah dapatkan apa maklumat yang perlu. Maklumlah bila hujan lebat, pemandu memang ada masalah...Jadi badan kekal menjadi satu, tak jadi pecah dua.
Mungkin dah rezeki event di politekniklah kot. Sekurang-kurangnya boleh fokus sikit, taklah terkejar-kejar dari hospital,nak patah balik. Lagipun rehearsel semalam macam menakutkan je. Dahlah biasa jadi bidan terjun tapi kali ini gigil dia lain sikit. Ini pertama kali mengacara untuk majlis yang melibatkan menteri pengajian tingi. Selalu jadi orang belakang tabir aje..kali ni kena duduk di depan. Mau tak gigil....dua tiga kali jugaklah masuk toilet...hihihihi
Mujur juga tak pi hospital. Event yang dijadualkan jam 11.30 pagi , bermula jam 11 pagi sebab VVIP datang awal. Fuhhhhh...nasib baik buat keputusan yang tepat pagi ni. Dek kerana berdebar...ada jugak 'tergelincir' tapi jalan terus.......Lagi-lagi yang dok barisan depan tu semua orang kuat poli. Pengarah, KJ JKM, KJ JPH, JRKV,HHP...semuanya wajah-wajah yang dikenali. Kalau orang lain, taklah jantung ni berdegup kencang sangat, maklum le tak kenal...bak kata Salleh Yaacob..."Have I care?"..hihihihi
Tapi apa yang paling best......rasanya dah dekat setengah tahun tak pegang si copong, kali terakhir kalau tak silap bulan 12, masa pelancaran PolyBoutique....hihihihi.terubat sudah.....Kalau tak kerana sahabat lama yang minta tolong, mungkin juga akan ku pertimbangkan banyak kali sebab hari Sabtu adalah hari bersama keluarga, kebetulan ada hal lain...kenalah 'adjust'.....alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik..(agaknyalah)....macam tak nampak major mistake........
Habis acara makan-makan, terus ambil Haziq di rumah pengasuh. Singgah di rumah seorang teman, ambil 'reward' untuk diri sendiri. Kek lobak......umphhhhh....dah licin pun........puas hati sebab amanah yang diberikan dahpun terlaksana, kerinduan pada si copong pun terubat sudah, dapat lepak-lepak dengan Haziq setengah hari.....puas.........
No comments:
Post a Comment