Assalamualaikum...ehem-ehem.....hari ni entri saya lain sikit kalau nak dibandingkan dengan entri-entri yang terdahulu. Hari ni entri berkenaan hasil tangan saya di dapur. Ahaks...orang baru nak belajar masak katakan. Kalau dalam adik beradik, sayalah yang paling malas memasak. Maklumlah, adik beradik perempuan sederet 4 orang, saya je yang 'terkehel'. Anak orang kampung tapi tak pandai masak. Dulu abah dah siap-siap bagi kerja. Kak Long dan Kak Ngah bertangan halus..memang bahagiannya kebanyakan masa di rumah,mengemas, basuh kain baju dan memasak. Saya pulak lasak macam 'jantan' kata orang kampung. Adik perempuan sorang lagi pun terer memasak. Sampai ke hari ni diorang tu macam tak yakin kalau saya masuk dapur, maklumlah tangan orang tak biasa masak......ada saya kisah? Yang penting suami kata ok....anak-anak kata sedap....Kadang-kadang tu kecik jugak hati bila hasil masakan diperlekehkan tapi redha jelah....bila orang dah 'cop' kita ni tak pandai masak.....hmmmm...........
Walaupun saya tak berapa nak pandai masak...masak kek tak pernah, biskut apatah lagi kan....tapi setakat makan anak-anak dan suami insyaAllah lepas......jangan ingat saya tak reti masak, saya ni tak pandai langsung. Ni nak cite pasal dulu-dulu.....zaman kanak-kanak dan remaja saya memang bermain dengan tanah, berkebun sayur, menoreh getah...angkat tong air, pikul tong racun....semuanya jadi mainan harian. Bila saya masuk universiti dan bekerja sahaja semua itu telah ditinggalkan....cukuplah tu, cerita kisah lama-lama banyak sangat nanti ada pulak yang ternganga tak percaya......
Back to the story...hari ni entah apa angin saya, teringin nak masak sesuatu yang baru. Dalam hati dah mula membuak-buak nak belajar memasak. Maklumlah anak-anak dah mula membesar, nak jugak rasa seronok di dapur dengan anak-anak, takkan asyik nak tunjuk guna not kertas je kan.......jadinya saya try and errorlah hari ni walaupun orang mungkin kata...."hek eleh...benda senang pun tak reti?.".Kalau asyik nak fikir apa orang kata, memang tak bergeraklah saya....
Tengahari tadi saya mulakan dengan masak lengkung. Benda yang paling senang nak buat, suami suka pulak tu tapi yelah, bila jenis keras tangan..semua rasa serba tak kena. Nak campur warna pun takut-takut....
cantik tak? hahaha....jangan terpedaya...ini hasil Kak Long saya...saya tak sampai lagi ke tahap ni.......
Saya mampu buat yang ini je.......mujurlah ikut sukatan Tok Guru saya (Kak Long saya), alhamdulillah jadi walaupun paling simple....
Setelah dipotong
Lepas masak lengkung, saya teringat nak cuba masak satay goreng serai pulak. Memang tak pernah saya buat. Cuba-cuba je guna ayam kisar, campur sikit bahan-bahan yang mana ada je di rumah. Tara..........................
Untuk makan malam nanti...mesti anak-anak teruja dan tak percaya jugak....hihihihihi.....saya namakan masakan saya "GIANT SATAY GORENG SERAI".......
Puas dapat memasak ni kan. Nampaknya banyak lagi yang saya kena belajar demi anak-anak....Saya nak tunggu encik suami belikan saya oven...ada benda lain yang saya nak belajar..teringin nak buat kek sendiri pulak.....mudah-mudahan tercapailah hasrat saya untuk menjadi seorang isteri dan ibu terbaik untuk suami dan anak-anak...Aaminn.......
tahniah...bagus2 teruskan usaha!nak resepi kek...bukaklah blog saya...minsarahmarissa.blogspot.com
ReplyDeletehehehe kak....pinjam oven sekalilah, bukan setakat resepi jer....hihihi. eh, itu blog baru eh.ok2
ReplyDeleteboleh2...buat biskut raya yang ringkas2..nak resepi akak ada banyak...cuma tak sempat nak buat...pembantu ramai la pulak
ReplyDeletetulah...ingat nak buat jugak sikit2...tapi takut angan-angan jek..hihihi....nak fokus benda lain dulu, dah setel baru fikir buat kuih. Nanti apa-apa saya hubungi akak yek..hehe
ReplyDelete