Followers

Tuesday, July 23, 2013

Kerabu mangga via telepati

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ok...hari ni dah masuk hari ke 14 kita berpuasa. Alhamdulillah mesti semua dah kenyang kan berbuka. Petang tadi  sempatlah saya coretkan sesuatu di laman tintajemari saya ni dan baru sempat di muatnaik. Hmmm....kali ini pasal cerita kerabu mangga. Sebelum itu, kredit pada www.dapurbello.blogspot.com kerana saya pinjam gambar kerabu mangga ini berdasarkan carian melalui bantuan pakcik Google petang tadi. Saya rasa inilah gambar kerabu mangga yang paling menarik perhatian sepasang mata saya.



Kenapa kerabu mangga jadi pilihan sebagai topik entri saya kali ni ye? Nak tahu? Saya masih ingat kata-kata Dato' DMFK.. Kenal tak siapa beliau? Kenal ke tidak......Mesti kenal kan? Satu Malaysia kenal beliau. Kalau tak kenal......might be something goes wrong somewhere...alamak....tertelan keju petang-petang ni…. Ei....puasa hokey!!! Kata Dato' DR Mohd Fadzillah Kamsah a.k.a DMFK, kalau ikatan jiwa antara suami isteri tu kuat...kita dapat rasa apa yang dia rasa, kita dapat fikir apa yang dia fikir dan dia dapat rasa apa yang terdetik dalam hati kita. La....cerita pasal suami isteri pulaklah kan. Apa kaitannya dengan kerabu mangga?

Nak ceritalah ni......

Petang tadi sewaktu menonton drama Hujan, sempat juga saya belek-belek majalah Mingguan Wanita yang menjadi majalah langganan tetap saya setiap minggu. Belek punya belek, ternampak di ruangan masakan tu ada kerabu mangga. Terlioq jugak bak kata orang Kedah tapi taklah sampai menjejes air liur….hihihi. Siap terbayang-bayang keenakannya kalau dibuat sendiri. Al-maklum mangga di depan rumah pun dah besar-besar. Saya bayangkan mangga tu diracik-racik, potongkan tomato, lada cili, bawang besar, letak kacang tumbuk sikit, letak cuka sikit, garam, gula….pergh......mesti sedapkan. Lebih lagi bila air tangan sendiri. Sayangnya hari ni saya gantung kuali, tanak nasi je sebab menu dah dirancang, nak makan ayam golek aje. Jadi suami beli ayam golek, sayur tengoklah apa yang dibeli encik suami.

Untuk ke bazaar ramadhan….masih kuat lagi tekad saya untuk tidak jejakkan kaki ke sana. Suami je yang beli…yang penting saya tak ke sana. Matlamat baru Ramadhan tahun ini…alhamdulillah!! Jadi, dipendekkan cerita, encik suami sampai di rumah hampir pukul 6, lepas ambil anak-anak dari sekolah. Saya pun taklah banyak bertanya apa yang dibeli sebab saya dah tahu apa yang akan dibeli. Tiba-tiba… ‘Yang, abang beli kerabu mangga,” suami saya bersuara. Terus saya bangun dari sofa dan menghampiri encik suami sambil menyatakan betapa saya gembira sebab seolah-olah dia tahu apa yang terdetik dalam hati saya. Saya pun hadiahkan encik suami dengan hadiah yang biasa dia dapat sebelum pergi kerja tiap-tiap hari, sebuah ciuman di pipi tanda terima kasih dan penghargaan. Pada detik itu saya percaya bahawa memang ada ikatan yang kuat antara pasangan sehingga dapat menebak apa yang ada di fikiran pasangan walaupun hanya secara kebetulan. Mungkin benar bahawa wujud 'telepati' iaitu seseorang itu boleh merasakan sesuatu dari jarak jauh. Mungkin saya mengungkapkan keinginan melalui perasaan dan perasaan atau gelombang itu dapat diterima suami walaupun beliau tiada berdekatan dengan saya. Subhanallah!! Hebatnya percaturan Allah!!!


Mahu tak suka? Baru fikir, makanan dah ada depan mata…alhamdulillah! Kerabu mangga oh kerabu mangga…..
rezeki saya untuk juadah berbuka hari ini....

No comments:

Post a Comment