Followers

Wednesday, December 26, 2012

Haziq dan Hazeeq

Assalamualaikum dan salam sejahtera............

Semalam juga walaupun cuti, kami memang ke pusat terapi di Batu Pahat. Seminggu dua kali, dah jadi rutin. Dua bulan pertama, kami buat secara intensif, seminggu 3 kali berulang alik ke Batu Pahat hingga sampai ke satu tahap, tubuh saya terlalu penant sehingga saya akhirnya terpaksa mengaku kalah bahawa saya memang tak larat. Hampir 2 minggu saya demam penangan tubuh yang penat. Masuk bulan ketiga, saya mula kurangkan kepasa hanya dua kali seminggu, mengikut keadaan tubuh badan. Kalau larat, 3 kali dan nampaknya bila budak-budak dah naik sekolah minggu depan, saya perlu bawa Haziq bersendirian. Suami akan ambil tanggungjawab menguruskan dua orang anak yang bersekolah, saya akan ambil tanggungjawab membawa Haziq ke rutin terapi. Mujurlah saya boleh memandu dan menempuh lebih 200km setiap kali pergi dan balik rasanya sudah tidak menjadi masalah.

Kebetulan kami sampai serentak dengan seorang lagi teman yang juga memiliki anak syurga. Nama anak kami lebih kurang sama. Anak saya Aiman Haziq dan anak mereka Danial Hazeeq. Memang kebetulan sangat, kami dua keluarga macam berpakat-pakat memakai pakaian warna merah kecuali Haziq berbaju oren. Tak rancang pun, tapi macam dah janji-janji. Kali ni sesi rawatan anak-anak kami memakan masa 3 jam. Keras punggung dibuatnya. Dapatlah jugak jenguk-jenguk sikit nota yang ada tapi kejap je pun sebab kaki lenguhlah, pinggang sakitlah. Mau tidak? Tiga jam menunggu tu............

Nah, tengok jelah telatah dua Hazeeq/Haziq ni masa terapi.....

hasil handphone cap ayam...

elok je dok sebelah menyebelah macam kembo.....

Hazeeq mesra kamera....

Asal ada flash aje, dia cuba nak tutup muka....

rasa orang lain pegang agaknya, terus mencemik.....

hahaha budak bijak ni.........

Boleh pulak tak terfikir nak ambil gambar dua famili pakai baju ton warna yang sama. Kebetulan datang saing-saing pulak tu....mana nak layan anak, mana nak layan kehendak...tak dan dibuatnya. Semoga kamu berdua terus bahagia dan membahagiakan insan-insan di sekeliling kamu ye nak....mmmmuuuuuuuaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh...............

Homemade roti canai dengan kuah sardin...

Assalamualaikum dan salam sejahtera......

Bila melihat jam di tangan, rupa-rupanya sudah masuk ke hari baru. Entri yang mahu ditulis berkisar cerita semalam, 25hb. Kebetulan semalam cuti perayaan Krismas, jadi anak-anak memang tak mahu ke rumah pengasuh. Si kecil tu memang sah-sahlah tak hantar. Perancangannya mahu ke pusat terapi lagi di Batu Pahat sebab walaupun cuti, biasanya akan diumumkan pusat tersebut dibuka hanya pada sebelah siang. Biasalah, bila bangun pagi....si bujang tu dah mengadu lapar. Datang mengendeng kat mama dia sambil tersengih-sengih. Tu adalah permintaan yang bukan-bukan tu................."Mama...nak roti...". "Roti canai lagi?" saya bertanya. Apa hal lah budak ni tak jemu-jemu langsung dengan roti canai. Kalau tak roti telur, dimintanya roti canai kosong, dua keping! sama dah macam portion orang dewasa! Mujurlah dia ni aktif....kalau metabolisme rendah macam mama dia....sahlah tak lama lagi dumuks dan kolestrol pun mencanak naik.....

Mama dia baru nak mengadap kerja sekolah. Dalam kepala memang nak masak jemput-jemput je sebab memang itu pun kesukaan diorang. Lagi-lagi jemput-jemput special...memang favourite si bujang dan anak dara sorang tu. Boleh pulak pagi semalam nak menu lain. Alahai.....nak keluar ke kedai malasnya yang amat!!! "Nanti sekejap, mama surf internet, kot ada resepi roti canai, jom kita buat", eh lancar je lidah ni memberikan cadangan. Mau tak suka mamat tu? Sanggup dia duduk sama-sama di dapur tolong menguli. Mujur bahan-bahannya senang aje dan semuanya ada di rumah kecuali kuahnya....dok terfikir-fikir jugak nak cicah apa. "Ma....tu ada sardin," kata si anak bujang.

"Oklah, kita cuba buat roti canai kuah sardin. Tak payah buat kari sebab bahan memang tak ada pun. Lepas tu, kita terus buat, tak adanya nak simpan-simpan kasi kembanglah, apalah....buat terus ngap!!!! Maka duduklah kami berdua di dapur. Mujur tiba-tiba encik suami  datang menawarkan bantuan. Rupa-rupanya encik suami saya ni ada pengalaman buat roti canai, tapi tak pernah bagitau isteri kesayangan dia pun!!! Senanglah sikit kerja saya pagi tu.......jadi tak jadi belakang kira janji boleh dimakan. Kali pertama buat biasanya memang tak perfect tapi cukup memuaskan hati anak bujang saya. Walaupun katanya,'bolehlah...", empat keping juga disapunya!!! Sedaplah tu, tapi sengaja takmo puji mama dia....

"Siaplah mama dia, nanti kejap-kejap roti canai," encik suami bergurau. Ah masak.......tapi awal-awal dah diperingatkan, kalau nak makan esok paginya, ha malam tu kena bagitau, jadi mama sempat uli dan simpan. Jangan masa tu nak makan, masa tu jugaklah mintak...haruslah jadinya tak tentu arah......Paling seronok, kami suap menyuap pagi tu. Puas sangat dapat buat sendiri roti canai 'ikut suka hati saya'.....dan yang paling penting anak-anak kenyang dengan air tangan mama dia walaupun mama dia jarang masak.....hehehe

Inilah dia hasil saya yang tak seberapa tu......selamat menjamu mata jelah yek....da.......


Wednesday, December 19, 2012

Safee Sali, Safiq Rahim, Azmi Muslim, Zaquan Adha, Aidil Zafuan dan Nur Shahrul Idlan Talha a.k.a Mat Yo ke Johor!!!!!

Assalamualaikum.............salam sejahtera kepada semua pengunjung setia tinta jemariku.............

Kali ini mahu bercerita tentang kehadiran enam pemain kebangsaan yang bakal menyarung jersi Pasukan Johor. Kenapalah pulak tiba-tiba aje saya dok bercerita pasal bola? Nak kata kaki bola....tak jugak....nak kata peminat bola...lagi tidak...nak kata tak minat bola....pun tidak....Jadi apa yang ya nya? Udah semuanya tidak........Yang ia.........ia ke saya buat keje giler semalam? Jawapannya confirm ya!!!!!

Suami ada juga berbunyi, ada bagi hint tentang sidang media sambutan pemain-pemain ni di Hotel Thistle JB tapi sayangnya dia tak dapat nak pergi sebab ada audit katanya. Tak pula dia suruh saya bawakan anak sulung yang mula menunjukkan minat dalam permainan dan perlawanan bola sepak. Entah mengapa dan bagaimana, terdetik di hati saya nak memenuhi kehendak anak sulung. Tak pernah-pernah...............bila saya katakan saya mahu penuhi impiannya bertemu pemain idolanya iaitu Mat Yo...tak perlu ceritalah bagaimana reaksinya, macam taknak jejak tanah je gayanya. Dua orang anak pengasuh saya bawa bersama dengan syarat, mereka perlu proaktif di sana. Jangan terlalu mengharapkan saya sebab saya yakin pasti ramai yang menunggu dan adegan selit-menyelit, asak berasak pasti akan berlaku. Tiba di sana.....hmmm boleh harap!!! Pemalu sangat!! Hanya Rahimi yang sekejap ke depan, sekejap ke belakang tak sabar menanti pemain kesayangannya memunculkan diri.

menunggu di depan hotel

Tiba-tiba terlihat ramai orang dah memegang poster. Bila tanya di mana mendapatkannya, semuanya kata entah...tadi mereka edar-edar..ramai juga yang tak dapat. Saya bergegas ke bahagian bawah bertanya di mana boleh mendapatkan poster tersebut. Memang rezeki anak saya, pemuda yang saya tanyakan tadi memberitahu salah seorang staf yang kebetulan keluar dari dewan dan memegang poster agar memberikan pada saya. Alhamdulillah!!! Dapatlah dua keping......satu untuk anak saya dan satu untuk anak-anak pengasuh. Jadilah...daripada tak ada............

yang depan macam nak senyum..yang belakang tak senyum sebab tak dapat poster.....

Lepas dapat poster, kami terus bergegas masuk ke dalam dewan di mana sidang media diadakan. Disebabkan semuanya pemalu, maka saya pun tolak anak saya ke depan, sikit demi sedikit, menyelit hingga akhirnya dapat berdiri di bahagian tepi, baris dua daripada reporter di hadapan kami. Agak dekat juga. Boleh pula masa sidang media tu, saya terbatuk-batuk. Tekup mulut tapi terbatuk jugak. Dahlah mengadap TMJ dan player-player...depa pandang dan senyum ajerr...Terpaksalah buat muka poyos waktu itu..........

kenapa muka saya tak ada? Saya kan jurukamera..........

Beberapa keping yang sempat saya snap....
semua player sebelum kehadiran player import

Azmi, Safiq, Coach Fandi dan TMJ

TMJ dan Safee Sali

Guiza sudah tiba..

Diorang ni pandang kamera i lah.....hihihi

Safee, Aidil dan Zaquan...keliru mak.....

kembar dan Mat Yo yang paling hampir dengan tempat kami berdiri...lenguh kaki...hukhukhuk...

Tiba masa sesi tandatangan autograph, saya tolak lagi anak saya ke depan. Mujur sangat fan-fan yang muda-muda ni baik hati, siap peluk Rahimi, so dapatlah Rahimi potong barisan. Tak ada langsung yang bengang sebab bukan saya yang potong barisan. Nampak penjaga-penjaga yang pakai baju hitam dalam gambar tu? Mereka tahan saya daripada hampir dekat dengan meja player tapi saya kata nak ambil gambar anak, rezeki saya, dibiarkan lepas bebas tanpa halangan.....kikikikiki....

masa ni dah betul-betul depan TMJ tapi sebab gabra punya pasal, tak dapat nak fokus ambil gambar....
TMJ sedang sembang dengan Zainal Abidin Rawop....

Sesi tandatangan.....
Dapat tandatangan Azmi Muslim

Beralih ke Safiq Rahim

Seterusnya...momen indah bersalaman dengan Safee Sali

Terlepas ambil gambar dua kembar, dapat salam Mat Yo....mama yang tak sempat snap, bila snap genggaman hampir terlerai...uhuhuhu

Inilah saat yang paling bahagia dan membahagiakan bila dapat peluk pemain favourite

Cerita pasa Mat Yo ni, anok hambe ni udoh hambe ghoyak yang Mat Yo nok turun Joho...die tok se cayo ke hambe...nok jugok beli jersi Klate nu....hambe kate, toksir lah..dio nok maghi Johor tok lame lagi. eh....dok caye, nok jugok jersi hok kaler meghoh....kenelah hambe membelinya....nok bagi dia bahagia......Pah tu, bila dapat tentang mata denge Mat Yo...hambe rase kaki dio tu toksir jejak bumi doh.....mugonya reporter-reporter kak sebelah tu provok..pegilah dekak sikit...peluk-peluk....tu yang tange dok sangkuk kat bahu Mat Yo tu......hehe guano ore luar kecek Klate? agah ke dok? Bulih ke dok? Kalu ore Klate kecek di luar, mugonya mereko gelar 'agah'...ini ore luar nok blajar kecek Klate....kalu salah mintok maaf deh........

Di mana-mana pasti Mat Yo didahulukan....

Rasa macam tak percaya je saya boleh bawa anak bujang saya dan layankan minatnya. Seakan mimpi tapi bila cubit pipi sakitlah pulak. Maksudnya saya masih di alam realiti, bukan fantasi. Terasa lain macam auranya. Tiba-tiba naik semangat nak jadi fan bola pulak. Dah hint suami suruh beli tiket semusim, confirm tak dapat!!!!! Saya hint suruh beli jersi, mahal katanya. Tak kira!!!!!!!!! Lepas ni biar satu famili jadi kaki bola, baru happening sampai pening!!!!! Cuma itulah, tak ada walau sekeping pun gambar saya sebab hajat utama nak memenuhi impian sang anak.Saya hanya menjadi mak supir dan jurukamera sepanjang beberapa jam itu, bukan mak lampir ye....jangan salah sebut.....

Sudah memastikan kepuasan menghuni seluruh jiwa raganya, kami beransur pulang. Pekena ABC special di depan Balai Bomba Larkin dulu.....lepas tu tersangkut pula dalam kesesakan jalan raya. Sepatutnya boleh sampai rumah dalam lingkungan 5.15 petang, pukul 6.10 baru kami sampai. Biarpun lewat, yang penting hasrat anak dapat direalisasikan. Sang anak gembira, sang ibu juga gembira kerana dapat menggembirakan..........Semoga semua player ini dapat memberikan yang terbaik untuk pasukan Johor. Mereka direhatkan seminggu dan bakal beraksi dengan penuh GAYA, MUTU dan KEUNGGULAN!!!! (Bukan iklan Dunhill tau......) Bangun...bangun....bangun harimau bangun......jangan tidur lagi...seteru sudah datang.........HIDUP PASUKAN JOHOR!!!! HIDUP HARIMAU SELATAN!!!!! 

Tuesday, December 18, 2012

SMSDA~~cerita sebuah pertemuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca yang singgah di laman saya....

Kali ini masih ingin bercerita tentang sebuah pertemuan...


15-16 Disember, tarikh yang mempertemukan ibu bapa yang memiliki anak syurga yang bernaung di bawah satu kumpulan di facebook yang diasaskan oleh Pn Khairun Darwani Khairuddin, Super Mum & Super Dad's Angel atau SMSDA secara ringkasnya. Dipendekkan cerita maka bertemulah kami lebih kurang 30 keluarga ini di Blok 4-Cendekia, Intekma Resort and Convention Center Shah Alam. Tema anak syurga, keluarga bahagia dipilih sebagai tema program. Ada signifikannya kerana sememangnya anak syurga mampu membantu membentuk keluarga bahagia, kalau setiap ahli dalam keluarga tersebut tahu memainkan peranan masing-masing.

Kami bergerak dari selatan jam 9.30 pagi dan sampai kira-kira jam 3 petang. Itupun selepas berpusing-pusing sebab tak biasa dengan jalan Shah Alam. Boleh pulak 'termasuk' ke Nilai, mujur boleh buat pusingan U. Kata saya, kalau balik kita 'termasuk' ke Nilai ok juga ni....suami kata, tak ada maknanya.....terus balik sebab hari Isnin abang kerja.....Ada sahabat 'termasuk" hingga ke KLIA..lagi haru.......Sampai di sana, van milo bersama abang yang menjaganya setia menanti kedatangan semua. Milo percuma!!!! Terima kasihlah pada Nestle yang sudi menaja minuman selamat datang. Badan yang penat terasa sedikit kuat. Mana tidaknya, "minum milo anda jadi...sihat dan kuat!!!" Macam lagu di telebisen tu......

habis milo secawan, nak mintak lagi malu...

Selesai urusan pendaftaran, banyak agenda sudah menunggu petang tersebut, dimulakan dengan sesi penerangan stimulaterapy treatment, penerangan dari wakil ALEPH yang memberikan sedikit sinar buat kami yang selalu buntu untuk mencari supplier yang boleh membekalkan alat-alat rehabilitasi dengan kadar harga yang berpatutan, ibarat bulan jatuh ke riba......


Sesi malam bermula dengan pimpinan solat maghrib, bacaan Yassin dan tahlil oleh Imam Muda Nasir, salah seorang peserta rancangan Imam Muda kelolaan Astro Awani. Hanya suami yang dapat bersama-sama kerana saya sibuk dengan Aiman Haziq, putera syurga yang sudah mula mengantuk. Kemudian, ada sesi makan malam dan luahan rasa. Paling mengesankan apabila hadir bersama seorang anak muda bernama Affendi yang berasal dari Sabah, pemuda CP yang ditinggalkan ibu ayah sejak kecil kerana kecacatannya, malah beliau tidak sekali mengenali siapa kedua orang tuanya. Ketika itu saya merasakan betapa hebatnya beliau yang berjaya mengharungi kehidupannya sehingga berjaya menjadi 'sound engineer' walaupun hanya mendapatkan pendidikan sewaktu usianya 18 tahun, kalau tidak silap pendengaran saya ketika itu. "Adakah kau tidak malu dengan keadaan kau ini?" antara pertanyaan yang pernah diajukan kepada beliau. Apa jawab beliau? " Bagaimana harus beliau berhadapan dengan orang lain sekiranya beliau malu dengan diri sendiri? Buktinya hari ini, beliau boleh berdikari dan membanggakan semua terutama kami yang mendengar cerita beliau. Tabik kepada anak muda yang cekal ini. Sungguh rugi ibu bapa yang memiliki anak syurga tetapi mengabaikannya kerana merekalah tiket untuk kita ke sana, seandainya kita terlempar di luar pintu JannahNya...... Allah...........hebatnya beliau. Terasa begitu sedikit ujian yang saya terima berbanding beliau. Insaf rasanya....

Keesokan hari, sekali lagi dihidangkan dengan slot perkongsian pengalaman dua super dad tentang perjalanan pemulihan anak-anak mereka. En Hassan dengan pengalaman bersama Atiq Wazif dan En Affandi dengan pengalaman pemulihan Annur. Menyuntik semangat yang sekejap naik, sekejap turun....

Perkongsian En Fendi dan En Hassan....

Aktiviti paling menyeronokkan adalah pertunjukan silap mata. Bukan anak-anak tipikal saja yang teruja, kami juga dapat meredakan sedikit gundah yang sering bersarang dalam dada. Terlihat senyuman dan gelak tawa semua di dalam dewan. Hilang seketika kesakitan, keperitan, kesengsaraan yang singgah di bahu...lenyap diterbangkan ahli silap mata....


Sesi terakhir ialah sesi Dohsa Hou, sejenis terapi yang seakan fisioterapi tetapi dengan memastikan keinginan anak dengan terapi itu selari. Perlu diwujudkan minat anak terlebih dahulu baru sesi terapi akan berjalan dengan lebih lancar. Sayangnya sesi inilah yang terlepas memandangkan Haziq menjerit bagai dipukul, hanya kerana lapar, boleh gitu? Tak dapatlah mama dia mahu fokuskan perhatian pada penerangan demo yang dilakukan.. Semoga Dohsa Hou dapat dibawa ke selatan.....Pertemuan yang singkat dengan pelbagai aktiviti membataskan masa untuk sesama kami lebih mengenali antara satu sama lain kerana terikat dengan tentatif program. Walaupun begitu, pastinya ianya adalah kenangan manis untuk dikenang.

Sedikit warna warni sebuah pertemuan....

Afiq....

Mummy Sofea and her little fighter....

Husna's angel..

Qaseh...

Isya...

Cik Bella

Hazeeq dan Haziq

sempat pose di luar

ala tak nampak pula si bambam...

sekali lagi...

Along...

Tuan Zuhayr....

Husna dan kesayangannya

Hidayah, super mum yang senyum sokmo....
Cik Bella si mata cantik...

anak syurga Kak Gee

Amirul Rahimi jadi assistant abang magician

Annur dan super dad, En Affandi

puteri syurga Kak Hariyani...

Amni syiok tidoq....

mengabadi kenangan sebelum pulang..........

Semoga pertemuan ini mengukuhkan silaturrahim kami teman sekasut. Biarpun dahulu hanya berteman di alam maya, realitinya akhirnya bertemu dan berdakap mesra. Semoga semua hati kita dipertautkan demi tujuan yang sama......demi anak-anak syurga..........

Monday, December 10, 2012

Harijadi puteri satu-satunya....

Assalamualaikum

Entri kali ini berkisar tentang aktiviti yang dilaksanakan pada setengah hari pertama hari ini. Selepas bersarapan bersama putera puteri kesayangan dan suami tercinta, hari ini saya mengambil alih tugas yang biasanya dilakukan encik suami sejak dua tahun lalu iaitu, beli buku sekolah anak-anak. Selalunya saya tahu semua buku dan alatan sekolah sudah lengkap, bahagian saya ialah tolong menolong menyampul buku teks sahaja. Hari ini saya perlu mengambil tanggungjawab itu kerana encik suami ada tugasan lain yang lebih penting. Barulah tahu, merengkek bawak buku sekolah anak-anak, berpeluh-peluh!!!!

Hari ini juga adalah hari yang istimewa kerana puteri satu-satunya menyambut ulang tahun kelahiran ke-7. Lazimnya kami hanya mengagihkan makanan kepada kanak-kanak di sekitar rumah pengasuhnya, tak adalah buat majlis gah pun, kongsi-kongsikan makanan tanda syukur sahaja. Anak dara request untuk beli kek angry bird...Jadi, aktiviti mama lepas beli buku sekolah ialah menuju ke TESCO untuk cari kek angry bird sebagaimana dihajatkan.

Memandangkan jam di tangan baru melepasi angka sepuluh, mama singgah dulu di Book Talk untuk cari hadiah sang puteri. Puteri ni memang suka buku...cari punya cari, jumpalah dua buku yang sangat sesuai dijadikan hadiah.

i. Buku 12 koleksi cerita haiwan dalam Al-Quran
ii. Buku khusyuknya solat: Insiklomini solat perempuan...

Dah dapat buku ni, barulah mama ke TESCO cari kek...mujur ada satu lagi je tinggal kek angry bird tu. Sayangnya bila dah sampai ke tangan 'birthday girl', lain pula yang dikatakannya. "Bukan yang ini ma...adik nak yang bentuk angry bird tu, yang ada muncung dia tu...", sambil memuncungkan mulut sebiji macam muncung angry bird......Nak buat macam mana, hanya itu yang ada, syukur....syukur..saya mengingatkan.

Sambut harijadi di rumah pengasuh, biasalah..itulah rumah yang memang selalu si puteri berada saban hari. Meraikan bersama keluarga ibunya dan adik beradik yang lain serta adik jagaan di bawah pengasuh yang sama. Walaupun tak banyak gambar, cukuplah sebagai bukti kasih sayang mama dan ayah...

salah ejaanlah pulak....sepatutnya Amira Sofiyah...

anak dara yang semakin membesar dan sihat, makin manja....

alamak, ada mamalah pulak....

senyumannya bisa melunturkan hati yang marah tapi manjanya....aduhai.......

Buat puteriku Amira Sofiyah binti Ruzaini,
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-7 sayang mama dan ayah.......
Semoga menjadi anak yang solehah,
Rajin solat,
Menghormati mama, ayah, ibu, dan abah.....
Rajin belajar,
Kurangkan jeritan yang boleh bikin gegendang telinga mahu pecah.....
Sihat selalu dan sentiasa membahagiakan insan-insan di sekelilingmu......
SAYANG KAMU!!!!!!!