Followers

Wednesday, December 26, 2012

Homemade roti canai dengan kuah sardin...

Assalamualaikum dan salam sejahtera......

Bila melihat jam di tangan, rupa-rupanya sudah masuk ke hari baru. Entri yang mahu ditulis berkisar cerita semalam, 25hb. Kebetulan semalam cuti perayaan Krismas, jadi anak-anak memang tak mahu ke rumah pengasuh. Si kecil tu memang sah-sahlah tak hantar. Perancangannya mahu ke pusat terapi lagi di Batu Pahat sebab walaupun cuti, biasanya akan diumumkan pusat tersebut dibuka hanya pada sebelah siang. Biasalah, bila bangun pagi....si bujang tu dah mengadu lapar. Datang mengendeng kat mama dia sambil tersengih-sengih. Tu adalah permintaan yang bukan-bukan tu................."Mama...nak roti...". "Roti canai lagi?" saya bertanya. Apa hal lah budak ni tak jemu-jemu langsung dengan roti canai. Kalau tak roti telur, dimintanya roti canai kosong, dua keping! sama dah macam portion orang dewasa! Mujurlah dia ni aktif....kalau metabolisme rendah macam mama dia....sahlah tak lama lagi dumuks dan kolestrol pun mencanak naik.....

Mama dia baru nak mengadap kerja sekolah. Dalam kepala memang nak masak jemput-jemput je sebab memang itu pun kesukaan diorang. Lagi-lagi jemput-jemput special...memang favourite si bujang dan anak dara sorang tu. Boleh pulak pagi semalam nak menu lain. Alahai.....nak keluar ke kedai malasnya yang amat!!! "Nanti sekejap, mama surf internet, kot ada resepi roti canai, jom kita buat", eh lancar je lidah ni memberikan cadangan. Mau tak suka mamat tu? Sanggup dia duduk sama-sama di dapur tolong menguli. Mujur bahan-bahannya senang aje dan semuanya ada di rumah kecuali kuahnya....dok terfikir-fikir jugak nak cicah apa. "Ma....tu ada sardin," kata si anak bujang.

"Oklah, kita cuba buat roti canai kuah sardin. Tak payah buat kari sebab bahan memang tak ada pun. Lepas tu, kita terus buat, tak adanya nak simpan-simpan kasi kembanglah, apalah....buat terus ngap!!!! Maka duduklah kami berdua di dapur. Mujur tiba-tiba encik suami  datang menawarkan bantuan. Rupa-rupanya encik suami saya ni ada pengalaman buat roti canai, tapi tak pernah bagitau isteri kesayangan dia pun!!! Senanglah sikit kerja saya pagi tu.......jadi tak jadi belakang kira janji boleh dimakan. Kali pertama buat biasanya memang tak perfect tapi cukup memuaskan hati anak bujang saya. Walaupun katanya,'bolehlah...", empat keping juga disapunya!!! Sedaplah tu, tapi sengaja takmo puji mama dia....

"Siaplah mama dia, nanti kejap-kejap roti canai," encik suami bergurau. Ah masak.......tapi awal-awal dah diperingatkan, kalau nak makan esok paginya, ha malam tu kena bagitau, jadi mama sempat uli dan simpan. Jangan masa tu nak makan, masa tu jugaklah mintak...haruslah jadinya tak tentu arah......Paling seronok, kami suap menyuap pagi tu. Puas sangat dapat buat sendiri roti canai 'ikut suka hati saya'.....dan yang paling penting anak-anak kenyang dengan air tangan mama dia walaupun mama dia jarang masak.....hehehe

Inilah dia hasil saya yang tak seberapa tu......selamat menjamu mata jelah yek....da.......


No comments:

Post a Comment