Semalam juga walaupun cuti, kami memang ke pusat terapi di Batu Pahat. Seminggu dua kali, dah jadi rutin. Dua bulan pertama, kami buat secara intensif, seminggu 3 kali berulang alik ke Batu Pahat hingga sampai ke satu tahap, tubuh saya terlalu penant sehingga saya akhirnya terpaksa mengaku kalah bahawa saya memang tak larat. Hampir 2 minggu saya demam penangan tubuh yang penat. Masuk bulan ketiga, saya mula kurangkan kepasa hanya dua kali seminggu, mengikut keadaan tubuh badan. Kalau larat, 3 kali dan nampaknya bila budak-budak dah naik sekolah minggu depan, saya perlu bawa Haziq bersendirian. Suami akan ambil tanggungjawab menguruskan dua orang anak yang bersekolah, saya akan ambil tanggungjawab membawa Haziq ke rutin terapi. Mujurlah saya boleh memandu dan menempuh lebih 200km setiap kali pergi dan balik rasanya sudah tidak menjadi masalah.
Kebetulan kami sampai serentak dengan seorang lagi teman yang juga memiliki anak syurga. Nama anak kami lebih kurang sama. Anak saya Aiman Haziq dan anak mereka Danial Hazeeq. Memang kebetulan sangat, kami dua keluarga macam berpakat-pakat memakai pakaian warna merah kecuali Haziq berbaju oren. Tak rancang pun, tapi macam dah janji-janji. Kali ni sesi rawatan anak-anak kami memakan masa 3 jam. Keras punggung dibuatnya. Dapatlah jugak jenguk-jenguk sikit nota yang ada tapi kejap je pun sebab kaki lenguhlah, pinggang sakitlah. Mau tidak? Tiga jam menunggu tu............
Nah, tengok jelah telatah dua Hazeeq/Haziq ni masa terapi.....
hasil handphone cap ayam...
elok je dok sebelah menyebelah macam kembo.....
Hazeeq mesra kamera....
Asal ada flash aje, dia cuba nak tutup muka....
rasa orang lain pegang agaknya, terus mencemik.....
hahaha budak bijak ni.........
Boleh pulak tak terfikir nak ambil gambar dua famili pakai baju ton warna yang sama. Kebetulan datang saing-saing pulak tu....mana nak layan anak, mana nak layan kehendak...tak dan dibuatnya. Semoga kamu berdua terus bahagia dan membahagiakan insan-insan di sekeliling kamu ye nak....mmmmuuuuuuuaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh...............
No comments:
Post a Comment