Followers

Tuesday, December 18, 2012

SMSDA~~cerita sebuah pertemuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca yang singgah di laman saya....

Kali ini masih ingin bercerita tentang sebuah pertemuan...


15-16 Disember, tarikh yang mempertemukan ibu bapa yang memiliki anak syurga yang bernaung di bawah satu kumpulan di facebook yang diasaskan oleh Pn Khairun Darwani Khairuddin, Super Mum & Super Dad's Angel atau SMSDA secara ringkasnya. Dipendekkan cerita maka bertemulah kami lebih kurang 30 keluarga ini di Blok 4-Cendekia, Intekma Resort and Convention Center Shah Alam. Tema anak syurga, keluarga bahagia dipilih sebagai tema program. Ada signifikannya kerana sememangnya anak syurga mampu membantu membentuk keluarga bahagia, kalau setiap ahli dalam keluarga tersebut tahu memainkan peranan masing-masing.

Kami bergerak dari selatan jam 9.30 pagi dan sampai kira-kira jam 3 petang. Itupun selepas berpusing-pusing sebab tak biasa dengan jalan Shah Alam. Boleh pulak 'termasuk' ke Nilai, mujur boleh buat pusingan U. Kata saya, kalau balik kita 'termasuk' ke Nilai ok juga ni....suami kata, tak ada maknanya.....terus balik sebab hari Isnin abang kerja.....Ada sahabat 'termasuk" hingga ke KLIA..lagi haru.......Sampai di sana, van milo bersama abang yang menjaganya setia menanti kedatangan semua. Milo percuma!!!! Terima kasihlah pada Nestle yang sudi menaja minuman selamat datang. Badan yang penat terasa sedikit kuat. Mana tidaknya, "minum milo anda jadi...sihat dan kuat!!!" Macam lagu di telebisen tu......

habis milo secawan, nak mintak lagi malu...

Selesai urusan pendaftaran, banyak agenda sudah menunggu petang tersebut, dimulakan dengan sesi penerangan stimulaterapy treatment, penerangan dari wakil ALEPH yang memberikan sedikit sinar buat kami yang selalu buntu untuk mencari supplier yang boleh membekalkan alat-alat rehabilitasi dengan kadar harga yang berpatutan, ibarat bulan jatuh ke riba......


Sesi malam bermula dengan pimpinan solat maghrib, bacaan Yassin dan tahlil oleh Imam Muda Nasir, salah seorang peserta rancangan Imam Muda kelolaan Astro Awani. Hanya suami yang dapat bersama-sama kerana saya sibuk dengan Aiman Haziq, putera syurga yang sudah mula mengantuk. Kemudian, ada sesi makan malam dan luahan rasa. Paling mengesankan apabila hadir bersama seorang anak muda bernama Affendi yang berasal dari Sabah, pemuda CP yang ditinggalkan ibu ayah sejak kecil kerana kecacatannya, malah beliau tidak sekali mengenali siapa kedua orang tuanya. Ketika itu saya merasakan betapa hebatnya beliau yang berjaya mengharungi kehidupannya sehingga berjaya menjadi 'sound engineer' walaupun hanya mendapatkan pendidikan sewaktu usianya 18 tahun, kalau tidak silap pendengaran saya ketika itu. "Adakah kau tidak malu dengan keadaan kau ini?" antara pertanyaan yang pernah diajukan kepada beliau. Apa jawab beliau? " Bagaimana harus beliau berhadapan dengan orang lain sekiranya beliau malu dengan diri sendiri? Buktinya hari ini, beliau boleh berdikari dan membanggakan semua terutama kami yang mendengar cerita beliau. Tabik kepada anak muda yang cekal ini. Sungguh rugi ibu bapa yang memiliki anak syurga tetapi mengabaikannya kerana merekalah tiket untuk kita ke sana, seandainya kita terlempar di luar pintu JannahNya...... Allah...........hebatnya beliau. Terasa begitu sedikit ujian yang saya terima berbanding beliau. Insaf rasanya....

Keesokan hari, sekali lagi dihidangkan dengan slot perkongsian pengalaman dua super dad tentang perjalanan pemulihan anak-anak mereka. En Hassan dengan pengalaman bersama Atiq Wazif dan En Affandi dengan pengalaman pemulihan Annur. Menyuntik semangat yang sekejap naik, sekejap turun....

Perkongsian En Fendi dan En Hassan....

Aktiviti paling menyeronokkan adalah pertunjukan silap mata. Bukan anak-anak tipikal saja yang teruja, kami juga dapat meredakan sedikit gundah yang sering bersarang dalam dada. Terlihat senyuman dan gelak tawa semua di dalam dewan. Hilang seketika kesakitan, keperitan, kesengsaraan yang singgah di bahu...lenyap diterbangkan ahli silap mata....


Sesi terakhir ialah sesi Dohsa Hou, sejenis terapi yang seakan fisioterapi tetapi dengan memastikan keinginan anak dengan terapi itu selari. Perlu diwujudkan minat anak terlebih dahulu baru sesi terapi akan berjalan dengan lebih lancar. Sayangnya sesi inilah yang terlepas memandangkan Haziq menjerit bagai dipukul, hanya kerana lapar, boleh gitu? Tak dapatlah mama dia mahu fokuskan perhatian pada penerangan demo yang dilakukan.. Semoga Dohsa Hou dapat dibawa ke selatan.....Pertemuan yang singkat dengan pelbagai aktiviti membataskan masa untuk sesama kami lebih mengenali antara satu sama lain kerana terikat dengan tentatif program. Walaupun begitu, pastinya ianya adalah kenangan manis untuk dikenang.

Sedikit warna warni sebuah pertemuan....

Afiq....

Mummy Sofea and her little fighter....

Husna's angel..

Qaseh...

Isya...

Cik Bella

Hazeeq dan Haziq

sempat pose di luar

ala tak nampak pula si bambam...

sekali lagi...

Along...

Tuan Zuhayr....

Husna dan kesayangannya

Hidayah, super mum yang senyum sokmo....
Cik Bella si mata cantik...

anak syurga Kak Gee

Amirul Rahimi jadi assistant abang magician

Annur dan super dad, En Affandi

puteri syurga Kak Hariyani...

Amni syiok tidoq....

mengabadi kenangan sebelum pulang..........

Semoga pertemuan ini mengukuhkan silaturrahim kami teman sekasut. Biarpun dahulu hanya berteman di alam maya, realitinya akhirnya bertemu dan berdakap mesra. Semoga semua hati kita dipertautkan demi tujuan yang sama......demi anak-anak syurga..........

No comments:

Post a Comment