Followers

Friday, January 13, 2012

Bila anak-anak tak sihat....

Minggu ni anak-anak menghadapi masalah kesihatan. Bermula dengan si abang yang ada masalah dengan hidungnya. Ada semacam luka dalam hidungnya. Nak kata selsema, tak pula berhingus meleleh-leleh, tapi gatal katanya. Asyik digaru saja hingga luka dan jadi seakan kudis. Bila disentuh sakit katanya. Kemudian luka tu macam melarat hingga ke bahagian luar hidung. Mama dia mestilah tak senang hati dibuatnya...Bawa ke klinik. Badannya pun hampir demam. Doktor kata, luka tu luka akibat digosok terlalu kuat. Hidung kan sensitif, akibat kegatalan dan ditenyeh-tenyeh, maka lukalah ia dan dijangkiti kumanlah ia akhirnya. Merasalah makan antibiotik dan ubat sapu. 

Masa di klinik, si adik pulak tunjukkan telapak tangannya yang terluka. Katanya terkena sinki. Bila mama lihat, dah mula bernanah. Bila ditanya kenapa tak maklumkan pada mama, responnya.."tak ada siapa nak tanya.."????????? pening betul bercakap dengan budak yang belum masuk 7 tahun ni...takkanlah kita nak kena tanya.."adik,ada luka tak? , ada jatuh tak?....patutnya kalau dah sakit kenalah beritahu kan? Aduh....anak-anak......Esok paginya, si adik mulalah cipta alasan tak mahu ke sekolah agama, dipujuk-pujuk pun tak mahu. Geram betul...dek kerana tangannya yang sakit sedikit itu, dah tak mahu ke sekolah. Punyalah geram, akhirnya mama cucuk tapak tangan yang bernanah tu, keluarkan nanahnya. Menangis jugalah tapi kurang sikit bengkaknya. Jadi, sehari tak ke sekolah agama. Mujur mahu pula ke sekolah kebangsaan sebelah petangnya.

Dalam pada si abang tu sakit hidung, rupa-rupanya mama tak perasan sebelah kiri pipi si abang membengkak, macam kena beguk. Bila dipegang dan dipicit, sakit juga. Ayah ada beritahu mama tapi mama tak perasan. Sekali lagi si abang dibawa ke klinik.Doktor kata kelenjar air liurnya membengkak. Mama risau juga sebab si abang ni bukannya sesihat si adik. Kalau kena hujan pun mama risau, inikan pula kalau sakit-sakit yang jarang sekali menimpanya. Si abang ni ada alahan, tak boleh makan coklat, tak kiralah coklat biasa ke, coklat putih ke. Pantang sebab boleh diserang asthma. Milo pun tak boleh makan. Nak suruh makan sayur sikitlah punya susah......Kalau si adik, agaknya merasa susu badan hingga setahun, antibodinya lebih kuat berbanding si abang dan jarang sekali diserang sakit. Dalam enam tahun, rasanya boleh dibilang dengan jari berapa kali si adik ni demam..alhamdulillah.

Cerita tentang si kecil pula, dah dua tiga hari badannya macam tak berapa nak sihat sebab kudis api di jari kirinya. Satu sahaja tapi itu membuatkannya rasa macam nak demam agaknya. Kadang-kadang ok, kadang-kadang merengek. Jadi,mama tak boleh fokus dengan kerja mama minggu ini. Tertangguh urusan mama dek memikirkan anak-anak. Bila ketiga-tiganya tak sihat dalam masa yang sama, siapa yang risau? Bukan mama je, ayah pun tumpang risau....cepatlah sihat anak-anak......

No comments:

Post a Comment