Followers

Friday, January 6, 2012

Cerita hari pertama sekolah....

Tahun ini, dua orang anak dah masuk ke sekolah rendah. Si abang dah masuk darjah dua, si adik pulak baru nak masuk darjah satu. Kali ni dua-dua ditempatkan di SK Taman Nusa Damai, lebih kurang 1km je dari rumah...dekat sikit berbanding sekolah lama si abang yang lebih dekat dengan rumah pengasuh lamanya, Ibu Aisyah. Perbelanjaan pun meningkatlah, itu baru dua orang...tak terbayanglah kalau lebih ramai yang sekolah, luruh rambut rasanya...hihihi..

Mama mula membayangkan susah senangnak mengejutkan anak-anak pergi sekolah. Pukul 5 pagi mama dah bangun, standby lebih awal daripada anak-anak. Harapnya yang besar senang sikit. Yang puteri seorang tu yang tak tahan, rengeknya.....aduh.kadang-kadang nak dimandikan..manja ya amat!!!! Mujurlah hari pertma mudah nak dikejutkan. 

Cantiknya anak mama pakai baju sekolah...

Amira Sofiyah

 Siap-siap nak pakai kasut

Hari pertama naik motor ye dengan ayah....

Ini hari pertama penempatan..belum hari pertama sekolah betul-betul. Mereka kena ambil ujian untuk penempatan kelas. Akhirnya, si abang dapat masuk kelas 2 Damai 2 dan si adik masuk 1 Damai 1. Sekolah agama, mama dah tak risau sebab abang dah boleh jaga adik. Dah tahu mana kelas,siapa ustazah..dah boleh lepaskan aje. Boleh diharap nampaknya si abang untuk jaga adik...

Cerita hari pertama sekolah kebangsaan. Biasanya mak ayah akan tunggu untuk urusan kemasukan anak ke kelas dan sebagainya. Punyalah brutal encik suami, ditinggalnya anak-anak di sekolah, pandai-pandailah kau nak hendak ke mana......Mujurlah mama ada di rumah, risaukan anak-anak, mama menurut ke sekolah. Mama cari di kantin, tinggal mereka berdua sedang beli minuman. Pelajar lain dah menghala ke dewan....Alahai kesian anak mama...macam cerita kelakar pulak sebab kali ni macam tak excited aje walhal ada anak yang nak masuk darjah satu. Agaknya sebab ada abang dialah ni yang boleh diharapkan. Terkejut mereka lihat mama dia muncul tiba-tiba......

Saya pun pergi ke papan senarai kelas, tengok-tengok nama anak-anak di mana dan terus bawa ke dewan. Sampai di dewan, barulah saya lepaskan kepada guru yang menunggu. Saya hanya pesan bahawa kena pandai-pandai dan saya takkan tunggu. Alhamdulillah, si adik pun survive sendiri jadi tak risaulah tinggalkan dia dengan abangnya....Nampak kematangan mereka, dah tak macam budak dulu-dulu. Tak adanya nak menangis..kira hebatlah tu.....

Ayah..ayah...ada ke ditinggalkan anak dia macam tu aje. Puas jugaklah saya membebel tapi dengan ketawa sebab memikirkan kebrutalannya itu...ayah..ayah...

No comments:

Post a Comment