Assalamualaikum, Salam Lebaran untuk semua pengunjung blog saya. Masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut aidilfitri setelah berjuang selama sebulan melawan lapar, dahaga dan nafsu pada Ramadhan yang berlalu pergi meninggalkan kita. Kali ini saya mahu bercerita tentang duit raya. Sebut saja duit raya, mesti teringat zaman kanak-kanak, berjalan keliling kampung dengan kawan-kawan. Dari satu rumah ke satu rumah kami memberi salam.Tujuannya nak kumpul duit raya. Kalau dapat 20 sen pun dah cukup besar, apatah lagi 50 sen. Seronoknya tak ingat!!...setelah hampir 20 tahun zaman itu berlalu, budayanya juga sudah berubah.
Kalau budak-budak datang beraya, duit 50 sen sudah tidak dipandang. Tuan rumah dikatanya kedekut. Paling sedikit pun duit kertas biru. Kalau dulu kita asyik dok 'collect' duit raya tapi sejak bekerja, kita pula kena meneruskan tradisi memberi duit raya. Inikan pula dah berkahwin. Memandangkan sudah ada anak-anak saudara, itulah yang paling mereka suka. Kena pula adik-adik sepupu semuanya masih kecil, kena jugalah bagi duit raya, hadiah di hari raya....
Tahun ini banyak jugalah bajet dikeluarkan untuk duit raya. Rezeki yang kita dapat perlu diingat, ada juga bahagian untuk orang lain. Yang penting niat kita untuk berbahagi rezeki. Ikhlas atau tidak bukan kita yang menentukan. Tahun ini juga saya cuba menggalakkan anak sulung untuk berpuasa penuh. Habuannya,kalau berpuasa penuh sehari, saya hadiahkan RM3. Bersungguh-sungguh anak bujang saya berpuasa kerana sudah ada 'target' dalam kepalanya item yang mahu diperoleh dengan habuan yang bakal diterima. Alhamdulillah, penuh sebulan berpuasa. Mahu tak mahu kenalah mamanya koyakkan poket sebab dah berjanji. Anak dara pula dapat dua hari saja penuhnya, yang lain sampai tengahari, pukul 3.....jenuh memujuk. Manjanya bukan kemain.......
Tahun ini juga tahun yang istimewa sebab kami suami isteri dapat duit raya!!!!!!!
Duit raya dari adik bongsu yang baru mendapat pekerjaan di sebuah syarikat kontraktor. Semua adik beradik, mak abah dan ipar duai merasalah duit rayanya. Walaupun tak banyak, kami sangat berterima kasih atas ingatan ini. Mula-mula encik suami pun tercengang dapat duit raya, tetapi selepas dijelaskan ianya adalah niat adik, kami menerima dengan besar hati. Masih tersimpan rapi di dalam sampul, sayang pula hendak digunakan. Terima kasih Maya!!!! Terima kasih daun keladi......Seronok dapat duit raya, terkenang zaman budak-budak. Rasa itu kembali......penuh bermakna aidilfitri kali ini............
No comments:
Post a Comment