Semalam terasa mahu belajar sesuatu yang baru. Nak belajar buat tart buah. Kenapa tart buah yang jadi pilihan? Mana tidaknya, teringatkan keletah anak-anak kalau beli tart buah. Mula-mula beli satu, ingat anak-anak tak suka.Rupa-rupanya, satu tart kena kongsi 3 orang. Lepas tu setiap kali beli, kena belikan satu tiap seorang. Itupun masih bergaduh, banyak buahlah, nak buah itulah, buah inilah...kadang-kadang naik serabut dibuatnya. Jadinya saya pun merancanglah konon-konon nak buat tart. Biasalah, internetlah jadi sumber rujukan yang terkini dan sensasi. Myresepi.com saya selongkar, dapur tanpa sempadan saya intai untuk dapatkan resepi. Bila dah berkenan , kebetulan barang-barang memang dah ada di rumah, cuma nak buat saja...
Maka, misi pun bermula untuk menghasilkan tart buah....Nak resepinya? Saya sertakan sekali yek....
TART BUAH/FRUIT TART
Bahan-bahan
(9-12 orang)
Tepung
gandum 1 cawan (200g), guna cawan je
senang
Gula aising ¼ cawan ( 50 g)
Garam secukup rasa
½ biji telur
Mentega ½ cawan (100g)
Esen vanilla 1 sudu the @ 1
penutup
Krim kastard
Tepung
kastard 1 ½ sudu besar
Gula kastor 1 ½ sudu besar
Secawan susu segar
1 sudu besar butter
2 sudu kecil esen vanilla
Inti: buah-buahan mengikut
kesesuaian/minat contoh: anggur, peach, strawberry, nanas, laici dan
sebagainya.
Cara penyediaan (acuan tart)
1. Masukkan tepung, mentega, gula aising,
garam, telur dan esen vanilla ke dalam mangkuk. Tepung tak perlu diayak.
2. Gaulkan semua bahan sehingga rata dan
jadikan doh.
3. Gunakan acuan tart (keras) untuk
membentuk tart. Gunakan acuan sederhana,jangan terlalu kecil atau terlalu besar.
4. Bentukkan tart mengikut acuan, kira-kira
½ cm, jangan terlalu tebal supaya kulit tart akan rangup.
5. Setelah membentuk acuan, gunakan garpu
dan buatkan lubang-lubang kecil di atas acuan (bahagian bulat) supaya menjadi
laluan udara semasa dibakar. Gunakan pisau rata untuk mencantikkan muka dan
tepi acuan.
6. Bakar acuan dengan suhu 150’c selama
10-12 minit (oven kecil), suhu 190’c bagi oven besar (10 minit).
7. Selepas bakar, keluarkan, sejukkan dan
masukkan ke dalam acuan kertas. Tak masuk pun tak mengapa.
8. Sediakan krim kastard.
Penyediaan
krim kastard
1. Masukkan bahan-bahan krim kastard kecuali
butter dan esen vanilla ke dalam periuk kecil.
2.
Kacau
dengan api perlahan sehingga pekat.
3. Padamkan api, tuang esen vanilla dan
butter, kacau rata dan biarkan sejuk.
Setelah krim sejuk, boleh
tuangkan di atas acuan tart mengikut kesesuaian sebelum diletakkan hirisan
buah-buahan mengikut citarasa masing-masing. Sejukkan di dalam peti ais dan
sedia untuk dihidangkan....
Pertama kali buat, memang tak berapa nak menjadi. Resepi pertama saya ikut, kastardnya langsung tak menjadi, kalau baling ke dinding mesti tertepek je kat dinding tu. Resepi kastard kedua yang saya ikut baru menjadi. Acuan kastardnya pulak agak tebal, jadi taklah begitu rangup. Lepas tu, oven saya kecil,saya gunakan api besar sebab masih tak berapa nak pandai adjust panas, dah ada yang hangit.....sempat saya trim takmo kasi nampak hitam legam...hihihi
Hasilnya?
nampak sedap kan?
Beria-ia si abang makan tart buah hasil tangan pertama mama dia.......
Encik suami kata kastardnya sedap. Anak sulung kata..terbaik!!!Tu yang request buat lagi tu.....Harap-harap lepas ni mama dia makin rajin ke dapur. Dalam kepala dah tak sabar nak belajar buat lasagna pulak nih...hihihihihi.......
No comments:
Post a Comment