Followers

Monday, October 1, 2012

11 pagi- 11 malam............(siri 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pertamanya...mintak maaf awal-awal sebab entri kali ni agak panjang ye...Cuba tengok tajuknya, 12 jam tu........saya tulis tiga siri...........Kalau rasa tak larat nak baca, boleh tutup aje. Tapi kalau rasa nak terus membaca.....syukran!!!!

Cerita mengenai sepanjang 29 September....

Minggu ini memenuhi jemputan seorang sahabat yang mengadakan majlis persandingan..........untuk puteri kesayangannya (baca sampai habis dulu lerr...).......nun di KL. Majlis diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak. Sahabat saya ni usianya memang jauh berbeza dengan saya. Saya mengenali beliau atas kapasiti saya merupakan pensyarah pendidikan khas di PJB (dululah), sekarang sudah bertukar nama menjadi Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Perkenalan ini diteruskan menjadi persahabatan yang sangat indah buat saya dan keluarga bersama sahabat saya dan pasangannya Puan Roseda. Mereka sangat 'humble' biarpun bolehlah dikatakan sebagai individu yang terkenal. Justeru saya rasakan seolah tiada 'gap' untuk bersahabat. Jadual saya memang dah saya kosongkan siap-siap untuk memenuhi undangan mereka..

Kebetulan, Jumaat malam kami ke Batu Pahat buat rawatan Haziq lagi, jadi dari Batu Pahat, kami menuju ke kampung di Tangkak untuk bermalam. Rezeki Haziq, walaupun kami sampai dah lewat di Batu Pahat, hampir pukul 10 malam dek kerana tunggu anak-anak balik sekolah hampir jam 7 malam, layan ragam depa lagi, tak sampai 10 minit menunggu, nama Haziq dipanggil awal kerana sesi Haziq mengambil masa sejam setengah. Hampir jam 11.45 malam baru kami berjaya meninggalkan pusat rawatan tersebut dan kami bergilir-gilir memandu kerana masing-masing dah mengantuk. Jam 2 pagi barulah kami sampai di Tangkak, tak tunggu lama terus lena.......

Usai subuh, kami rehat sebentar. Uruskan apa yang patut, jam 11 pagi bersiap untuk bertolak. Melayan kerenah anak-anak, 11.30 pagi baru berjaya keluar dari rumah. Baru kami sedar, satu barang penting tak bawak!!!Stroller Haziq!!!Ala.....nampaknya bina ototlah kami hari tu....Kami jangkakan perjalanan hanya dua jam tetapi tersasar juga. Jam 2.30 baru kami sampai di destinasi dituju. Tanggapan pertama, besar sungguhlah PULAPOL nih!!!...Masuk-masuk, jalan one way, ada polis jaga lagi tu!!! Dah namanya tempat polis kan.....ui.....parking dia besar giler!!!!!Parkinglah di mana-mana ikut suka hati. Dari jauh terdengar sayup-sayup bunyi suara orang tengah bagi ucapan. Tak jelas sangat, tapi boleh saya cam suara siapa tu. tu dia........Tuan Sepidi kita!!!!!

Majlis tersebut dibuat di dewan terbuka, Dewan Pengaman namanya. Tapi nampaknya tak aman bagi kami sebab confirm-confirm Haziq akan merengek kepanasan.....Hati ni dah berdoa bagai mudah-mudahan Haziq tak meragam....Pu kiri, pu kanan......pu depan pu belakang......Ramai sungguh tetamunya. Al-maklumlah majlis orang besar, tetamu pun besar-besar....Masuk ke dalam, penuh.....pusing-pusing, penuh. Akhirnya, keluar ke khemah luar. Alhamdulillah...ada satu meja yang hanya ada dua tetamu berbangsa Cina sedang makan. Kami pun duduk jelah...sambil-sambil mendengar ucapan si ayah pengantin yang belum sampai ke titik noktahnya. Habis ucapan, ada iringan lagu yang saya sendiri rasa sebak. My little Girl, Maher Zain.....sayu giler!!!!

Sedang makan (suami yang makan...), suami sempat beritahu Dato' Yusof Haslam dah nak balik kerana beliau terlihat kelibat Dato' segak berpakaian Melayu maroon. Besar tinggi orangnya. Tak sempat nak snap gambar sebab Haziq dah mula injak-injak kaki bagi isyarat. Yelah nak....mama lap peluh kamu yek.....Kena makan bergilir-gilir, sorang makan, sorang pegang Haziq. Padan muka kami!!!hehehehe..berketul-ketul hari ni muscle kami...Tengah-tengah makan terperasan ramai orang di laluan masuk. Bukan ada orang besar yang datang, rupanya orang besar nak balik...Bukan Dato' Yusof Haslam, beliau tersangkut lagi kat dalam sebab ramai peminat nak ambil gambar. Rupanya, Ketua Polis Negara yang balik. Sempat juga beliau melambai rakyat Malaysia yang berada di khemah luar (termasuklah kitorang,ngeee). Berpakaian Melayu ungu muda...memang segak, mana ada polis tak segak kan......

Haziq dah angkat-angkat badan. Mama belum makan lagi. Tunggu ayah makan. Ayah kata ayam goreng berempah dia sedap!!!!!! patutlah tengok berselera. Mama pulak tak makan ayam tu. Bukan apa, bila dah lenguh pegang Haziq, nak makan pun tak selera. apa pun, makanan no complaint......yang best dia sempat 'pau' ABC Sofiyah......syedap, lagi-lagi tengah panas, laju je tekak ni terima....Lepas makan kami masuk jap jumpa pengantin. Entah bila Dato' Yusof Haslam balik, mama pun tak perasan. Tau-tau dah tak ada. Ingat nak ajak Rahimi tengok Dato' in person, tak dapek den nak tolong eh........."Mama, yang berlakon cerita gerak khas, dia jadi ketua tu eh", tanya Rahimi. "Ha..yang tulah," tapi dia dah balik dah......takde rezeki, lain kalilah yek.....

Sempat jugalah bertemu pengantin perempuan dan sahabat saya yang dok melayan tetamu. Muka tetap tersenyum walaupun tahu gerenti penat. Bukan sedikit tetamu yang datang. Rezeki kami juga Allah mudahkan dan lapangkan hari kami untuk hadir. Dapat jugak jumpa bekas pelajar, Fawwaz yang merupakan adik pengantin. Ni ada sikit je gambar yang sempat disnap. Ikut hati memang nak snap banyak tapi dek kerana tangan dah lenguh..sikit je, bolehlah daripada takdo!!!!....

baru nak makan...

memang anak mak...

Haziq dah macam udang kena bakar...

snap sikit...

ye tunggu giliran ye nak snap...suami saya ni pemalu takpe ke??

uik..sorang ke kiri, sorang ke kanan....namanya pun candid....

Dapat tengok depan-depan, beria sungguh!!

Jurukamera sibuk....Fawwaz

Tak dapat snap gambar Dato' Yusof Haslam, snap dengan ayahbonda pengantinlah pulak.......

ahahahahaha....part ni kelakar, tak sempat amek kat dalam, kat luar pun jadik lerr....

konon nak ambil gambar gerbang PULAPOL, sekali kete besar halang...yang ini bukti kami sah sampai sini yek.......ngeee...........

Sempat jugaklah bertemu muka dengan ayahbonda pengantin, Tuan Shaharon Anuar, Ketua Polis Daerah Batu Gajah Perak, dan isteri Puan Roseda. Walaupun tak lama, lepaslah hajat kami mahu memenuhi undangan ini. Niat hati nak bergambar dengan pengantin tapi apakan daya, fikirkan Haziq yang sudah kepanasan, pakai pulak t-shirt tebal...dah merah semacam mukanya. Terpaksalah beredar awal juga. Lagipun ada destinasi lain selepas majlis. Mengidam nak ke Kinokuniya....apa? kunyah-kunyah? Bukan kunyah-kunyah....KI..No..KUNIYA......kedai buku kat KLCC tu.....Dah lama sangat mengidam nak ke sana tapi selama-lama turun naik KL ni, belum berkesempatan lagi. Jadi jom......................sat-sat...terima kasih kepada Tuan Shaharon dan Kak Roseda yang masih melayan kami walaupun dah penat. Mudah-mudahan perkenalan dan persahabatan ini berkekalan dan tak terhenti di sini. Selamat menerima ahli baru dan semoga kebahagiaan mengiringi kehidupan baru anakanda sang puteri......Ok...kita akan ke siri kedua selepas ini.............................................

No comments:

Post a Comment