Followers

Monday, October 29, 2012

Cerita pertemuan lagi.....

Assalamualaikum, salam sejahtera....

Semalam adalah hari yang sangat bermakna dan memberi kesan dalam hidup saya. Seminggu sudah, saya bercerita tentang pertemuan bersama-sama rakan-rakan sewaktu menuntut di UKM, hampir 12 tahun yang lalu. Pertemuan semalam yang tak dijangka adalah pertemuan hampir 22 tahun!!

Cuti Aidil Adha kali ni seperti biasanya, pagi raya di rumah bapa mertua. Petangnya sudah sampai ke Segamat. Kebetulan anak saudar sepupu melangsungkan perkahwinan pada hari Ahad, sedang eloklah kami memang ada di kampung. Sabtu penuh dengan aktiviti, Ahad adalah hari kenduri.

Turun dari kereta di tempat kenduri, terserempak dengan bekas majikan sewaktu saya bekerja masa tahun 1997. Baru lepas SPM masa tu, tak tahu nak buat apa, jadilah kerani di sebuah syarikat bumiputera, ROKHAS ELEKTRIK di Paya Pulai, Segamat. Isterinya, Kak Rohana yang mula-mula terpandang saya. Suaminya, Abang Khalid pun tak perasan. Allahu akbar!!! Lama tak bertemu mereka,selepas 1997, rasanya hanya sekali saya pernah bertemu mereka. Maklumlah,lepas   berhenti kerja, sambung ke tingkatan 6, masuk ke universiti dan bekerja, memang langsung tak bertemu mereka. Anak-anak mereka yang dahulunya menjadi teman mainan dan gurauan semuanya sudah besar panjang, malah sudah ke universiti! Cepatnya masa berlalu.............Sempatlah bersembang-sembang sekejap sementara nak sampai ke rumah kenduri....

Sampai di tempat kenduri, sambil-sambil menceduk makanan, terpandang pula kelibat seorang lelaki dalam lingkungan 60an bersama ahli keluarganya, baru sahaja sampai. Sempat bertembung mata tetapi pandang begitu sahajalah sebab tak kenal. Entah bagaimana, sedang menuju meja makan, kami bertembung pandang sekali lagi dan beliau tersenyum!! Tanpa dipaksa, bibir saya juga mengukir senyum. Dalam hati.."siapalah yang dok senyum kat aku ni?, rasanya tak kenal....

Sambil-sambil bersembang dengan ibu saudara, terdengar ada yang menyebut-nyebut nama Cikgu Mahat. Ha?, Cikgu Mahat? Yang mana? Saya pulak yang over....yelah...mahunya tak biasa dengan nama tu. Guru Besar SKMR (Sekolah Kebangsaan Melayu Raya). Ibu saudara pun tunjuklah yang mana Cikgu Mahat. Allahu Akbar!!! Lelaki itu!!!!!! patutlah dia tersenyum....sungguh berbeza figuranya dahulu dan sekarang. Dulunya berbadan sasa, tegap, berkulit hitam manis. Yang berada di hadapan saya, kurus,putih, berjambang.....Haruslah saya tak cam siapa beliau. Saya tunggu beliau makan dan saya dekati beliau seraya memberi salam.

"Su..haila', sambil tersenyum yakin beliau menyebut nama saya!!! Masya Allah! Hebatnya ingatan Cikgu saya ini....rasa macam tak percaya seorang guru besar boleh ingat nama pelajarnya setelah berpuluh tahun anak muridnya meninggalkan alam sekolah rendah. Tahun 1990 saya tamat darjah enam. Bermakna sehingga hari ini, hampir 22 tahun lamanya, namun Guru Besar masih ingat nama saya!! sebak, sayu, bangga semuanya ada. Pastinya saya antara anak murid yang istimewa dalam ingatan beliau hinggakan beliau masih ingat nama saya dengan tepat meskipun selepas 22 tahun!!! pastinya beliau berbangga dengan anak didiknya hari ini...

sempat ambil gambar dengan Cikgu...

Memang biasa kita dengar guru lupa nama anak murid sebab terlalu ramai yang dididik. Namun mahu berjumpa dengan guru yang ingat nama anak didiknya setelah sekian lama memang jarang kita bertemu kan? Kalau anak murid ingat cikgu pun perkara biasa tetapi apa yang berlaku saya anggap luar biasa!!!!!Hebatnya seorang guru!!! Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk semua guru yang pernah mendidik saya dan terus memberikan ilm untuk anak-anak didik yang lain......



2 comments:

  1. Biasanya cikgu ingat anak murid yang extreme.... yang nakal tentu ingat, yang kerap naik stage ambil hadiah pun cikgu ingat jugak...... macam tu la.

    ReplyDelete
  2. Agaknya kot Tuan..dulu masa kecik-kecik cikgu-cikgu memang ingat saya, dok kat pondok telefon baca buku tak pakai baju..hehe...kalau cikgu yang mengajar ingat tu mungkinlah, ini Guru Besar!! sebak dan terharu sangat...agaknya kecik-kecik saya ni ekstrovert sangat.....

    ReplyDelete