Followers

Friday, October 19, 2012

Berpeluh-peluh!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pagi-pagi dah berpeluh? Jogging ke? Apa dibuatnya pepagi sampai berpeluh-peluh? aha.....sebenarnya ini cerita semalam. Bila diceritakan semula pada incik suami, dia boleh gelak......huwa...............................

Ceritanya macam ni......jeng..jeng...jeng.........

Pagi semalam pergi ke UTM. Sasarannya nak bertemu salah seorang Prof untuk minta bantuan sahkan instrumen soal selidik. Sekali di tengah-tengah perjalanan baru teringatkan handphone yang sedang di'charge' kat rumah. Apa maknanya tu???? Maknanya......hari tanpa handphone lah kan? Fikir nak terus ke, nak patah balik. Kalau patah balik, dah ambil masa, nanti nak patah balik semula....Jadi tawakkal jelah, teruskan perjalanan walaupun hati memang risau jugak kalau ada urgent ke, suami call ke......

Sampai jugaklah di UTM. Terpaksalah tebalkan muka di pejabat Prof Hafiz untuk pinjam telefon dan maklumkan pada suami yang saya tak bawak telefon. Lepas tu suami kata telefon anak ada tertinggal dalam kereta. Cuma perlu tambah kredit sahaja. Fuhhh lega sekejap. Hmmmm mesti korang sume akan fikir "anak ada handphone eh...". Handphone tu bukanlah untuk tunjuk-tunjuk yang kami berkemampuan, top up pun jarang sekali. Cuma kalau di rumah pengasuh ke,...jalan-jalan ke..baru nampak fungsinya. Selain tu dok letak aje kat rumah....

Lepas jumpa Prof, konon nak cari top up.....pergilah ke student area yang ada tempat makan dan kiosk-kiosk...Minta nak top up. Sekali pekedai tu tanya, top up apa? Maxis ke , Hotlink ke..Celcom ke.....Aduh!!! Manalah tahu!!!!Lupa pula nak tanya encik suami.... Peluh renek dah mula datang dah....Public phone memang tak adalah. Zaman teknologi, apa barang  pakai telefon kena penat-penat berdiri kan?... Kebetulan nampak dua student perempuan, dengan muka tak malunya mintak tolong pinjam handphone diorang untuk call suami. Mujurlah student tu memang baik hati kasi pinjam phone dia.....Celcom rupanya.....Patah balik ke kedai, mintalah top up RM5 dan minta dia masukkan tapi mereka memang tak boleh nak tolong sebab perkhidmatan hanya jual, masukkan top up sendiri kena buat. Peluh lagi sebab rasanya dah 10 tahun tak pakai top up. Lepas tu handphone anak tu encik suami yang biasa isikan top up.......

Mujur jugaklah budak tu nak tolong tuliskan step nak isi top up. Duduk sekejap di kerusi, tangan menggigil sebab tak pandai pakai touch skrin pulak. Dalam menggigil dan peluh renek yang mula bertambah, berjaya jugaklah top up......Fuhh.....lega bila dah berjaya, cubalah call encik suami, dapat tapi tak berangkat. Bila encik suami call balik...mulalah panik dan berpeluh lagi sebab tak tahu nak angkat macam mana.............huhuhuhuhuhu............terpaksa biarkan mati sendiri dan saya call balik. Tak senonoh kan??????? Sekarang ni agak cuak dengan handphone touch skrin...rasanya belum bersedia pakai gadjet sebegitu, biarlah button pun, asal tak menyusahkan dan menenangkan hati.......Suami gelak jelah....Tak pernah pakai touch skrin memang macam tu, mula-mula aje...lama-lama pandailah....(kata encik suami). Tak apalah...lagipun saya bukanlah gila gadjet sangat. Tak pasal-pasal dah berpeluh......fuhh....fuh.....satu hari yang mencemaskan bagi manusia yang tak tahu pakai handphone touch skrin....muahahahahaha..............

Baru ingat nak try Galaxy Note.......KENSEL!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment