Followers

Tuesday, March 19, 2013

Kenapa saya memilih pendidikan khas?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Hari ini saya mahu kongsikan mengapa bidang ini menjadi pilihan saya sejak menuntut di UKM (1998-2001). Kenapa saya memilih pendidikan khas? Selama ni saya tak ada ceritakan dalam blog saya tapi kali ni tergerak untuk berkongsi bagaimana ianya bermula. Setiap orang mungkin punyai sebab yang berbeza apabila menceburi bidang pendidikan khas, bidang yang tak ramai mahu menceburinya, bidang yang mencabar mental, fizikal dan spiritual, bidang yang memang tak glamerlah kata orang..........kenapa saya pilih jugak?

Macam ni mulanya..............

Saya ni bukanlah pelajar yang tergolong dalam kumpulan cerdik, bijak mahupun hebat. Biasa-biasa ajerr...Harap SPM pun cukup-cukup makan aje, agregat 24...dah hujung-hujung gred 1 masa tu. Tulah, malas belajar, banyak main je masa tu....Nak menyesal tak guna. Udahnya dok nganga jelah tengok kawan-kawan masuk 'u'. Kita? Masuk hangin keluar asap je lah....Bila dapat offer masuk Form 6, saya pun ambiklah peluang tu. Orang kata STPM tu exam paling susah dalam dunia. Itu pun tak takut lagi.....Masih buat kepala degil. Belajar ikut suka. Masuk silat, masuk zapin, masuk sajak....kalau boleh semua aktiviti ko-ko nak masuk. Kalau balik rumah, tengok tv aje. Sampai abah pun sound...."Kalau boleh masuk dalam tv tu, abah sumbat ko masuk tv".....tu bebel abah tapi time tu anak remaja yang tak makan dek saman....bebelan abah tu ibarat cam dengar suara Siti Nurhaliza je. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Dalam diam, waktu belajar saya pukul 3-6 pagi. Jadi memanglah abah tak pernah tengok saya study. Rezeki saya, dapatlah 5P masa STPM.....Masa tu siapa dapat 5P dalam STPM memang dah kira hebat....Yelah, boleh dikira dalam kampung tu, cuma ada dua orang yang ambil STPM, dan dua-dua dapat 5P. Alhamdulillah....Abah terdiam tak percaya....Masa tu, 'tulah...tau nak bising aje, bukan dia tau pun kita belajar bila"...Eksen pulak.......Masa tu mulalah dalam kepala dah berlegar-legar bidang apa yang saya nak pilih. Bercelaru gak emosi time tu.

Masa kecik-kecik konon dah besar nak jadi doktor tapi tak masuk aliran sainslah pulak.....Nak jadik lawyer pilihannya kalau masuk 'u' tapi penasihat kata tak yahlah, banyak saingan. Nak masuk 'u' bukan senang. Pilih program yang tak fofular, kata penasihat saya. Sapa lagi kalau bukan Kak Long saya yang masa tu tengah study di UM. Dia amek geografi.....Dia suggest ambik pendidikan khas, confirm dapat masuk 'u' katanya. Yang penting masuk dulu, dah masuk nanti nak tukar fakulti, boleh diuruskan.......Maklumlah, kursus tu mesti tak ramai anak remaja macam saya akan pilih kan......Dek kerana terpengaruh, saya pun follow je walaupun bab jadik cikgu ni hanyalah pilihan ketiga. Masa isi borang, tiga-tiga pilihan saya letak pendidikan khas.....rezeki, dapatlah pulak.....maunya tidak, kalau pilihan pertama tak sesuai, depa tengok pilihan kedua dan seterusnya. Agaknya dia tengok budak ni betul-betul nak ambik pendidikan khas, maka dapatlah saya masuk pendidikan khas. Masa tu, batch saya ada 68 orang, cuma 8 orang freshie, anak muda remaja macam saya. Selebihnya semua cikgu sekolah. Ada yang dah pangkat ayah-ayah pun ada......Agaknya sebab tu orang kata saya ni matured, mana taknya, kawan-kawan semuanya dah 4 series time tu......cam kete BMW plak main series-series.........

Bila dah masuk bidang tu, mula-mula tak suka. Tapi bila dah lama-lama, terjatuh cintalah pulak....bila masuk 2nd year kena pilih major, saya pilih pendengaran. Kenapa? entahlah, syok belajar bahasa isyarat kot waktu tu.....bila kena posting, saya minta di postingkan ke negeri kelahiran saya, "LUASKAN KUASAMU" (hehehehe).... Saya diberitahu akan dihantar ke SM ERT Azizah JB, so saya pun senyum jelah...Tup-tup saya dipostingkan ke Politeknik Johor Bahru. Perasaan? Bercampur baur. Dalam kepala dah imagine akan ajar budak-budak kecil, tup-tup.....ha kena ajar budak besau!!!!Semester pertama, menjajau belajar balik bahasa isyarat.Kena pulak diletakkan di Unit Fesyen..lagilah haru dengan saya yang tak ada basic bidang ni. Sepuluh tahun saya belajar sedikit sebanyak ilmu fesyen secara informal hinggalah saya boleh mengajar dengan baik subjek-subjek tertentu seperti jahitan kreatif dan sulaman (manik, benang dan reben). Masih lagi dalam proses belajar.....bolehlah kalau setakat nak jahit baju suami dan anak-anak.....jahit baju orang....oh tidak!!!!!!!Never and ever and ever....huhuhu...

Mengendalikan pelajar dewasa memang mencabar. Kadang-kadang diorang mencabar kewibawaan kita. Kadang-kadang sampai menangis pun ada. Kadang-kadang perlu berhadapan dengan situasi luar jangka.Kena pula mengadap kerenah ibu bapa. Belum lagi dengan masalah disiplin yang macam-macam...Ui...hidup saya warna warni macam pelangi you........Makin lama berada dalam lingkungan mereka, kecintaan itu makin dalam. Saya rasa saya tak salah memilih bidang ini sebagai kerjaya. Semakin serasi dengan jiwa saya yang sensitif dan lembut. Chewah.........lembutlah sangatkan......Lagi satu, apa yang membuatkan saya nak menceburi pendidikan khas apabila adik sepupu saya dikategorikan sebagai OKU/mental disability kesan demam panas. Saya juga punya sahabat yang mempunyai adik yang mempunyai masalah pendengaran dan adiknya itu sangat comel....dah bujang dah dia........

Apa yang lagi membuatkan saya tak akan beralih arah ialah kerana saya juga punya anak istimewa. Kalau nak tahu pasal anak saya, janganlah malu-malu singgah di blog yang saya set up khas untuk anak istimewa saya iaitu http://www.ceritahaziq.wordpress.com. Ada juga yang ingat saya diberikan anugerah istimewa itu ekoran saya mengajar pelajar istimewa. Oh sungguh terkebelakang pemikiran sedemikian. Percayalah, Allah sedang mengaturkan yang terbaik buat saya. Saya gembira dengan anugerah ini yang seolah memberi isyarat kepada saya agar melakukan sesuatu. Mungkin ini adalah tanggungjawab yang Dia mahu berikan kepada saya. Saya tak tahu. Apa yang saya tahu, saya perlu lakukan sesuatu dan akhirnya saya dapat lihat hikmahnya....Mungkin apa yang sedang saya lakukan sekarang ini menuju ke arah pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan. Doakan saya berjaya dalam mencapai cita-cita pertama yang saya idamkan masa zaman budak-budak dulu walaupun bukan dalam bidang yang diangankan.....

Bidang pendidikan khas adalah bidang yang mengajar saya erti sabar, erti tenang, erti kepahitan, kemanisan, pengalaman dan proses mengenal manusia-manusia yang berada di sekeliling saya. Proses yang mengajar saya mengenali mana lawan dan mana kawan. Bidang yang mengajar saya bagaimana untuk mengoptimumkan potensi yang ada pada diri. Bidang yang mengajar saya cara bagaimana membina hubungan yang baik dengan ramai orang. Bidang yang mendidik saya agar sentiasa belajar untuk memandang ke bawah. Dunia yang mengajar saya untuk sentiasa bersedia apabila tiba ketikanya akan berada di bawah. Malah bidang ini menjadikan saya lebih kuat daripada aspek mental. Itu hikmah yang saya sedari sedikit demi sedikit....Maka....bidang inilah jiwa saya. Biarpun andaikata ditakdirkan suatu ketika saya mungkin tidak akan terlibat dalam pendidikan khas, perjuangan saya tidak akan berhenti kerana ITULAH DUNIAKU.........

5 comments:

  1. Hanya insan2 yg special akan di pilih oleh Allah utk mendidik mereka2 yg istimewa.. U are d chosen one.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam, btl ke lps masuk university nnt blh tukar kursus tawaran andai kita dpt tawaran dlm pendidikan khas?

    ReplyDelete
  4. Salam boleh bagi email kakak awak yg amik geografi tak sbb nak tanya berkaitan course tu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.boleh x akak cerita detail masa time akak belajar course pndidikan khas ni? Tq

    ReplyDelete