Followers

Saturday, June 1, 2013

Cubaan berbekam Sunnah


Assalamualaikum, salam sejahtera....

Hari ni nak cerita pasal bekam. Pasti ramai yang tahu mengenai bekam dan manfaatnya kan? Bagi saya secara peribadi memang dah lama tahu mengenai manfaat bekam. Berbekam merupa Sunnah Rasul junjungan kita dengan tujuan meningkatkan keimanan dan kesihatan diri kerana diri kita juga mempunyai hak untuk mendapatkan yang terbaik agar dapat beribadah dan melaksanakan amanah dengan baik. Kalau ikutkan keinginan, dah lama teringin nak berbekam sunnah tetapi bila memikirkan darah-darah yang keluar, keinginan itu selalu sahaja terbantut.

Beberapa minggu lepas, saya melihat FB rakan sekasut saya yang telah mencuba amalan sunnah ini dan mempraktikkan kepada anak syurganya. Saya jadi teruja juga untuk mencuba, tetapi mahu dipraktiskan kepada diri sendiri dahulu. Mula-mula tu rasa kecut-kecut perut. Nak ke taknak....nak ke taknak......dalam hati berdoa agar sentiasa ditetapkan hasrat untuk berbekam.

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

"Barangsiapa berbekam pada 17,19 dan 21 bulan hijrah, maka hari-hari itu adalah hari-hari yang menyembuhkan penyakit".

Tarikh-tarikh ini dicadangkan kerana apda waktu ini, darah sedang bergejolak dan darah bertambah banyak ekoran daya graviti bulan terhadap bumi sewaktu bulan penuh. Apa yang penting, kesembuhan itu sebenarnya datang dari ALLAh kerana berbekam merupakan salah satu ikhtiar atau kaedah perubatan sedangkan Yang Maha Penyembuh Yang MUTLAK adalah DIA juga...

"Dan apabila aku sakit, maka DIALAH yang menyembuhkannya"(QS Ay Syura:80)

Setelah yakin dengan keputusan untuk berbekam, saya pun mencubanya atas cadangan seorang teman. Saya berbekam sebab selalu rasa bahu berat, lesu dan sakit kepala. Kalau tak silap, saya dibekam dengan 23 cup. Punyalah banyak kan....Sepanjang proses berbekam, apa yang boleh saya katakan:

1. Tak rasa sakit kerana bahagian yang akan dibekam akan dikebaskan terlebih dahulu sebelum 
    dicucuk dengan jarum.
2. Prosesnya tidaklah memakan masa yang terlalu lama melainkan banyak bahagian yang perlu 
    dibekam
3. Saya menghadapi masalah di bahagian kiri badan...hmmm....dah kena jaga-jaga.....
4. Bila darah keluar bergentel-gentel, maksudnya memang ada masalah. Kalau badan banyak angin,  
   cup yang digunakan biasanya akan berwap dan darah yang keluar akan berbuih-buih...

Jujurnya, takut juga tengok darah yang keluar. Bahagian rambut di kepala pun perlu dicukur. Hilang i punya filter tau!!!! Balik rumah, dalam tempoh 3 hari selepas berbekam, tiga kali saya terhantuk. Terhantuk di kepala katil dan pintu kereta, sampai kena gelak dek anak dara...'kesian mama....asyik terhantuk aje sejak botak ni"....adussssss kijam sungguh!!! Encik suami pula kata.."biasalah, dah tak ada filter..."hehehehe..Mujurlah saya ni bukan jenis orang yang senang nak kecik hati...kalau tidak, entah-entah hati yang dah memang kecik ni akan bertambah kecik jadinya....

Apa yang saya rasa lepas berbekam?
1. Badan terasa sangat ringan
2. Bahu yang selalu terasa berat terus hilang rasa beratnya
3. Badan tak adalah cepat nak lesu-lesu
4. Selepas hampir dua minggu, encik suami perasan saya tak ada mengadu pening/sakit kepala lagi...Alhamdulillah!!!

Badan memanglah lebam-lebam. Lebam di sana....lebam di sini tapi kalau nak sihat punya pasal.....redho jerlah.....Selepas ni hilanglah semua perspektif dan ketakutan saya tentang bekam. Saya akan fokus pada bekam dan urut saja selepas ni sebab rasanya dua kaedah inilah yang paling sesuai dengan tubuh.alhamdulillah!!!

Moral of the story: Jangan takut untuk berbekam!!!It's Our Prophet's Sunnah.....insyaAllah kita akan memperoleh tubuh yang sihat dengan izin-Nya....

No comments:

Post a Comment