Followers

Sunday, June 30, 2013

Macam rusa masuk kampung!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni hari terakhir bagi pertengahan tahun 2013. Hmmm hari ini jugak saya bergerak ke ibu kota kerana akan menghadiri satu seminar bermula esok dan tamat keesokan harinya. Kali ini saya buat keputusan untuk menaiki kenderaan awam saja dengan harapan senang urusan sedangkan rasanya entah berapa tahun saya dah tak explore KL dengan kenderaan awam iaitu bas, komuter, LRT mahupun monorail. 

Perjalanan bermula seawal 8.30 pagi menaiki transnasional dari Larkin. Konon-konon nak naik bas gagap tapi sebab dah terbiasa dengan Transnasional, layankan aje. Kelam kabut sebelah pagi hantar anak-anak ke dua rumah pengasuh dan berkejar ke Larkin. Main parking je kereta sebab encik suami akan ambil bila sampai dari Bukit Jalil. Inilah kali pertama saya outstation tanpa sempat bersua ataupun mencium tangan encik suami...sedih hokey! tapi apakan daya, dah macam kartun pulak hari ni. Main pesan-pesan je kunci...lepas tu update apa yang patut pun pakai calling-calling ajerr....

Ok, sampai di TBS jam 12.30 tengahari. Oklah...4 jam, tak sedar masa berlalu sebab dok leka baca novel TEDUHAN KASIH. Kira rasmikan bukak plastik hari ni sebab kalau tidur je sepanjang perjalanan pun penat juga. Sedar-sedar, angkat kepala eh dah sampai TBS. Belum pun sempat habis baca 1 novel....lepas tutup novel, kaki laju je melangkah ke terminal komuter bersebelahan TBS. Rancang masa tu jugak, pilih nak naik komuter atau LRT. LRT tak familiar, so pilih komuter. Konon nak turun stesen KL, dekat dengan Pasar Seni tapi lepas tanya sorang mamat yang duduk sebelah masa dalam komuter tu, lagi senang turun di KLCC dan naik monorel ke Stesen Imbi, tempat tujuan saya tulah katanya. Okeh..tukar plan, turun di KLCC.

Sempat jugak tengok sorang mamat ni 'busking'. Mula-mula dia petik gitar je, ingat instrumental jelah. Sekali dia bukak mulut...........bergoyang kaki yang penat ni! Sedap suara dia!Serak-serak basah gitu....tapi mana boleh layan, destinasi tak sampai lagi. Tercangak-cangak sekejap macam rusa masuk kampung sebab tak tau kat mana stesen monorail. Maka dengan penuh gaya macam tau, konon pergi tengok laluan..tapi salah tengok! Laluan LRT ditengoknya, mana nak jumpa stesen dicari! Jadi mau tak mau...pergi le tanya kat sorang aweks Unifi ni...punyalah baik bahasa, siap tunjuk arah lagi....terima kasih ye dik! sambil-sambil tu biasalah, mesti dia sempat promote Unifi kan......

Maka berjalan kaki ke monorail...awek tu kata 1-2 minit jalan kaki. Jalan punya jalan dah lebih 5 minit pun tak jumpa. Sekali lagi dengan selamba pi tanya Uncle pemandu teksi berbangsa India di mana lokasi monorail. Sekali lagi Uncle ni pulak membantu dengan senyuman. Cayalah!!! Sampai di  kaunter monorail, sebelum beli tiket kenalah tanya arah mana nak naik, turun nanti di mana bla..bla..bla...Sekali dia bagi token warna biru sebesar duit lima puluh sen. Saya tanya, nak guna macam mana token ni? Abang tu pandang saya sambil senyum. Agaknya dalam hati dia..."tak pernah naik monorail ke apa?'....Jawabnya...sahlah TIDAK!!!1st time hokey!!!! Oleh kerana tak pernah naik dan selepas diberikan penerangan tentang penggunaan token tersebut...saya teruslah menunggu dan menunggu. Sambil-sambil tu mata melilau ke arah papan laluan tapi apa yang saya tengok, banyak sangat pulak laluannya. Risau pulak salah laluan, jenuh...dengan bawak beg tarik, beg laptop yang tersandang di bahu dan sling bag, dah rasa macam nak lari rumah pulak. 

Saya perasa ada sorang hamba Allah ni pandang dan senyum-senyum di balik kaca mata hitamnya. Agaknya tertanya-tanya dia bila tengok saya melilau ke kiri dan ke kanan. Saya pun pandang dia tapi kena mendongak sikit sebab tinggi orangnya. Saya pun tebalkan muka, nak bagi confirm laluan yang saya ambil ni betul ke tidak. Dah tak kira dah, sape yang dekat je saya tanya...Hamba Allah yang besar tinggi ni siap tengok satu-satu laluan dan kata "hmm..betullah ni, saya nak pergi Chow Kit, lalu dulu Stesen Imbi," sambil tangannya pun menunjuk ke arah laluan di board yang sedia ada. Dalam hati saya..."ahaks, macam tak berapa nak confident jugak je"...hihihi. Tawakkal lagi.Mudah-mudahan sampai dengan selamat.

Huh....tak sangguplah rasanya kalau nak duduk KL. Dalam monorail berhimpit-himpit sampai rasa macam tak boleh bernafas, kalau lambat kena tolak, kurang toleransi...oh tidak!!! Macam manalah depa boleh hidup dalam kota yang penuh sesak ni....Sampai di stesen Imbi, saya pun hajat di hati nak terus berjalan ke hotel tempat menginap, Hotel Sempurna. Bolehlah, bajet hotel. Sekadar untuk bermalam. Katanya tak jauh. Turun monorail saya dah nampak Berjaya Times Square!!wieehaa...1st time jugak hokey!!! Kalau suruh pergi lain kali, takmo...takmo.....susah! Siap kau, malam karang i coming untuk carik tempat berbuka ye! Badan dah letih, yang penting mau landing dulu!!!! 

Sempat tanya pemandu teksi berbangsa Cina pulak di mana hotel tu, dia kata tak jauh...tapi kalau nak dia hantarkan, RM10!!Huh...mahal tu...tapi yelah, sombong kan...konon nak cari sendiri, macam dah biasa tapi berpusing-pusing tak jumpa. Call hotel pun pening dengar arahannya.Akhir sekali, tanya abang-abang polis trafik kat tengah jalan, depa depa yang tunjuk. Siap soal siasat dari mana pulak tu. Soalan paling best.."Tengok bola ke semalam sampai hari ni tak balik?" Alamak...nampak ke kat dahi saya tengok bola malam tadi kat stadium astro?hihihihi......"Mana ada Encik...saya datang ada conference. Saya sayang polis Malaysia macam Harith Iskander kata. Depa baik-baik...saya pun ambil kesempatan tanya Berjaya Convention Center kat mana...depa tunjuk....Sokong pasukan keselamatan kita tau!!! jangan pandai kutuk ajerr....

Akhirnya, selepas menarik nafas menahan sabar dek kepanasan yang menyengat, saya sampai jugak di Hotel Sempurna.Alhamdulillah!!! Sempurna perjalananhari pertama!!! Tunggu je apa yang akan berlaku esok. Sambil tu siap-siap rehat, solat,mandi dan boleh ke Berjaya Times Square cari bekalan makanan sikit. Waktu berbuka pun tinggal sejam sahaja lagi. So until then....see you all guys!!! Terima kasihlah sudi baca coretan i hari ni....

2 comments:

  1. luasnya pandangan cik ella ari ni... hihik...

    ReplyDelete
  2. hahaha...orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan.....penatnya bila naik turun public transport, huhuhu...pada ketika itu hati berkata alangkah baiknya andai kupandu saja kereta....ngeh3...

    ReplyDelete