Followers

Saturday, June 8, 2013

Seminar Celik P.I.P.I 2013 (Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bersiaran kembali ditemani simbahan hujan membasah bumi di luar sliding. Terasa nak menulis...peliknya, bukan menulis tugasan sekolah sebaliknya, paparan tulisan di blog yang menjadi pilihan. Masa'elah' juga ni. Entah bilalah cik mood untuk buat kerja sekolah ni akan datang semula....huhhuhu.....

Ok, bercerita tentang tajuk entri hari ini. Seawal pagi dah bangun sebab hari ni perlu menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Persatuan Rakan Celik P.I.P.I. Seperti biasa, Auditorium Monash University di JB menjadi lokasi pertemuan. 



Seminar setengah hari ni adalah seminar pertama bagi tahun ini. Bakal menyusul dua seminar lagi, insyaAllah.....Hmmmm....sampai dah agak lambat. Kali  ni, saya memang tak produktif, tak ada menyumbang apa pun...sekadar datang sebagai peserta semata-mata sebab targetnya nak belajar urutan asas untuk anak Cerebral Palsy. Jawatan yang selalu saya sandang pun saya serahkan kepada orang lain....bolehlah nampak kemunculan muka-muka baru yang boleh dilatih dalam bidang pengacaraan....macamlah hebat sangat.....ekekekeke.....

Sampai di sana, mujurlah seminar baru sahaja nak bermula. Kali ini hanya ada dua slot sahaja, iaitu slot urutan asas untuk anak-anak CP dan masalah pemakanan di kalangan anak-anak CP. Slot pertama dikendalikan oleh Pn. Khaiarol binti Mohamad Said atau biasa dipanggail Puan Manja yang memang dah biasa/expert dengan massage techniques untuk anak-anak istimewa. Maka kami mak-mak pun diajar teknik-teknik asas. Walaubagaimanapun, tak sempat nak belajar teknik urutan seluruh badan sebab masa tak mencukupi, sejam setengah untuk slot tersebut. Kena buat bengkel baru puas rasanya....Lagipula, biasalah bila dah ada dengan anak-anak istimewa...macam-macam ragam yang keluar. Ada yang menangis melalak..ada yang terberak masa tu (anak sayalah tu)....ada yang nak tidurlah....macam mana mau fokus? layan jerlah mana yang dapat.....

                                     
Pn Manja



Masa nilah dia berak.....huhuhu

tak mahu berikan kerjasama hari ni..hukhukhuk....syedey...

Bila bawak anak-anak tipikal...inilah yang jadi, depa buat keje dia....baguih jugak..pandai cari geng.....



Origami time!!!

Slot kedua adalah slot mengenai masalah pemakanan yang sering dihadapi oleh anak-anak Cerebral Palsy yang disampaikan oleh Dr Ngim Chin Fang dari Monash University dan juga antara penasihat persatuan. Sedikit maklumat yang saya perolehi akan saya kongsikan dalam http://www.ceritahaziq.wordpress.com nanti ye. Kalau dilihat, masalah-masalah tu memang sering dihadapi dan memang tepatlah sesi itu dirangka bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak kami ni. Dalam pada tu, sempat pula sambut Hari Bapa....tu ha antara bapa-bapa mithali yang hadir bersama-sama di dalam seminar hari ini. Kebanyakannya muka-muka yang tak pernah miss kalau ada seminar demi anak-anak syurga....TABIK KAT BAPAK-BAPAK!!!

semua malu-malu nak potong kek.....

akhirnya Tok Pengerusi yang potongkan...
Pengerusi Persatuan...Kol (B) Tn Hj Mohd Ashari bin Sidon yang datang jauh dari Batu Pahat

menyempat jugak.....hehe tak cukup ahli ni...

Seminar kali ini juga adalah seminar terakhir untuk setiausaha persatuan yang juga terapis carakerja di HSA, Cik Kennia Protus yang dapat berpindah ke negeri kelahiran beliau, Bumi Kenyalang dan dikhabarkan tak lama lagi akan berkahwin. Sedih jugalah tapi saya takmo sedih-sedih.....sebab saya pasti FB akan dapat menghubungkan kami walaupun kami jauh. Sekalung penghargaan untuk Cik Kennia walaupun Haziq tak mendapat rawatan di HSA namun persahabatan erat tetap terjalin antara saya dan Cik Kennia, begitu juga warga Unit Jurupulih Cara Kerja di HSA. Selamat maju jaya untuk Cik Kennia!!!!

Ucapan terakhir Cik Kennia Protus...

Jam 12 tengahari, semuanya selesai. Haziq pun dah mla menyanyi rock sebab lapar. Kami memang tak dapat nak tunggu lama kalau mamat tu dah mula menyanyi....lokasi seterusnya tidak lain dan tidak bukan ialah RUMAHKU SYURGAKU!!!!

Bila dah balik...saja menyakat Haziq....al-maklumlah dia sensitif dengan kesejukan yang melampau, so tengok jelah mama menikmati aiskrim pudina.....mmmmmm....mmmmm....

Seminar akan datang bakal membawa rawatan alternatif ke JB, insyaAllah...Cadangannya mahu membawa stimulatheraphy, perkongsian pengalaman ibu bapa yang menjalankan rawatan votjka dan rawatan accupressure.....Insyaallah...Doakan semuanya berjalan lancar untuk kami semua menambah ilmu demi anak-anak titipan dari syurga ini....

No comments:

Post a Comment