Followers

Sunday, June 23, 2013

Raja Zarith Sofiah Awards....satu sumbangan kecil....

Assalamualaikum....

Minggu sudah saya terlibat dengan Persidangan Teknologi Kreatif sempena Anugerah Raja Zarith Sofiah yang gah diperkatakan. Promosi sampai masuk tv. Mendapat jemputan dari institusi lama tempat saya bekerja untuk menjadi salah seorang moderator di dalam persidangan tersebut. Dek kerana nak menolong sahabat yang menjemput, saya menerima walaupun tak pernah berpengalaman menjadi moderator. Seperti biasa, saya perlu menyiapkan draf teks untuk moderator supaya tidaklah tergagap-gagap sewaktu mengendalikan seminar. Bagus juga sebab paling tidak saya dapat menimba pengalaman baru dan melihat orang lain bentangkan kertas kerja masing-masing. Kertas kerja sendiri?huhuhu baru nak bermula dan terkial-kial....

Dipendekkan cerita, seperti biasa rama-rama akan berlegar-legar dalam perut sewaktu nak memulakan acara. Masa itu juga rasa nak ke tandas datang. Gemuruh tak pernah hilang walaupun dah biasa memegang mikrofon. Takut, cuak dan berdebar-debar yang menguasai diri memang payah nak dikendalikan! Kena pula di auditorium bersama tiga orang panel yang bukan calang-calang, seorang profesor, seorang penolong pengarah pembangunan dan penyelidikan dan seorang doktor. Mahu tak gigil kepala lutut! Tapi semuanya berjalan dengan lancar,alhamdulillah!!!

Banyak sangat benda baru yang saya belajar. Pertama, belajar mengendalikan acara secara spontan tanpa terlalu bergantung kepada skrip. Kedua, belajar ilmu berkaitan penyelidikan. Ketiga, belajar bagaimana cara membina rapport yang baik dengan orang lain.Keempat, belajar bagaimana mahu meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang lain. Kelima...belajar cara menjadi pembentang yang baik dan banyak lagi yang saya belajar dua dalam tempoh dua hari tersebut. Rasanya kalau ada lagi pihak yang mahu menjemput saya menjadi moderator selepas ini, saya bersedia! Seronok sangat sebab memang kesukaan saya bermain dengan mikrofon tapi tidaklah kalau menyanyi..takut berdentum guruh di langit!!hehehe....

Satu prinsip saya, saya akan buat apa yang saya suka pada ketika saya suka apa yang saya buat. Usah memaksa bila mana saya tidak mahu buat walaupun perkara itu menjadi kesukaan saya. Segala ilmu yang diperolehi dan sumbangan kecil ini hanya sedikit daripada perjalanan hidup saya yang penuh warna warni. Inilah masa dan detik untuk saya meredakan setiap ketegangan yang melanda. Inilah masanya untuk saya menghiburkan diri dan inilah masanya saya mencari dan melakukan apa yang saya minati....

Ok, sedikit kenangan sepanjang seminar....

berada di sini

Bukti berada di sini...hehe bersama sidang panel dan  Pengarah Bhg Pembangunan dan Penyelidikan JPP dan rakan urusetia.

Semoga usaha kecil ini menjadi pembuka jalan kepada sesuatu yang lebih besar...insyaAllah...

2 comments:

  1. Asmida..percubaan pertama jadi moderator As....gugup jugak tapi bila dah lama sikit dah ok dah...rupanya seronok tau jadi moderator tu....baru tau macam mana seronoknya...lepas ni boleh buat lagi sebab pengalaman yang tak ternilai harganya. Asa ada ke hari tu? Tak perasan pulak....

    ReplyDelete