Followers

Wednesday, June 5, 2013

Istanbul Aku Datang!!!

Assalamualaikum...salam sejahtera.....

Petang-petang macam ni, lagilah kat luar tu hujan, seronok melayan perasaan kan? Duduk dalam rumah, tutup langsir, tutup lampu..cuma hidupkan skrin TV 40 inci...lepas tu pasang pulak CD. Rasa macam dalam panggung wayang pulak. Kalau ada LCD projektor pun hebat jugak, terus pancar ke dinding rumah, lagi besar skrinnya. Lepas tu nak landing macam-macam gaya pun tak apa...ikut suka. Kalau dalam panggung wayang tak boleh nak berjimba-jimba sangat, dah kat rumah sendiri...buatlah apa kau mahu buat nak....nak tengok felem hendustan ka.....mau tengok felem cinta ka....suka hati kaulah labu.........

Dua tiga hari lepas masa tengok-tengok dinding muka buku kawan-kawan, terpandang dinding seorang sahabat yang sedang berada di Istanbul....ziarah sebelum menunaikan umrah katanya. Apa yang menarik perhatian saya di Istanbul tu ialah Masjid Birunya.....memukau pandangan! Maaflah Kak Gee...pinjam gambar ni yek....

lautnya pun nampak biru dan menggamit rasa untuk bertandang...fuh....


Masjid Biru, Istanbul.....

Sebenarnya apa yang nak diceritakan tentang Istanbul ni ialah rasa nak membuai perasaan. Macam mana? Petang-petang sejuk camni, layan DVD Istanbul Aku Datang lerr!! Punyalah dah lama cite tu kan? Kan? Bukan tahun lepas ke? Ke tahun 2011? saya pun tak pasti sebab memang jarang sangat tengok DVD...ke pawagam apatah lagi. Nak ke pawagam tak menyempat, so saya pun 'mengarahkan' lerr hencik suami belikan DVD tu...rasanya mau ada dekat setengah tahun kot dah dibelikan tapi tak tertengok-tengok....Jadi oleh kerana petang ni hanya saya dan Haziq je ada di rumah, maka saya pun mengoperate ruang tamu jadi ala-ala pawagam sendiri....kosek kerusi ke dinding.....ada ruang tempat saya landing dan tara....berjaya juga saya menonton ISTANBUL AKU DATANG akhirnya!!!!!

Mungkin ramai yang dah tengok kan? So apa pendapat korang? Best benor ke cerita tu? Lisa Surihani, Tomok dan Beto Khusyairi as teraju utama. Jalan ceritanya? Lokasi penggambaran? Content cerita? Hmmmmm bagi saya, ia adalah satu filem ringan yang sesuai ditonton semua....cuma anak-anak below 13 should be guided by their parents sebab ada bahagian-bahagian yang kita kena jelaskan adakah ia boleh dilakukan atau sebaliknya. Budak-budak zaman sekarang ni pemerhati dan pendengar yang hebat tetapi belum mampu menganalisis dengan baik. Sebab masih budak-budak.....tapi jalan ceritanya menarik, lokasinya sudah pastilah menarik perhatian mata saya!

Cuma mungkin ada adegan-adegan yang tak perlu nak diadakan sebab penonton budak-budak ramai. Peluk-peluk, duduk serumah dan sebagainya...bukan apa, jenuh nak kena terangkan kat budak-budak yang ni tak boleh buat...ambil yang baik je jadi pengajaran... Nanti depa tanya pulak kenapa? Maka soalan akan bertali arus dan jawapan juga akan panjang berjela. Kalau filem-filem santai ni sekadar untuk santailah...tak perlu ada elemen yang berat sampai kita nak kena bagi penjelasan yang mendalam bagi penonton dalam kategori yang berbeza. Jenuh woooo.....

Paling best bila layan cerita ni sorang-sorang...boleh 'feel'....kadang-kadang rasa tiba-tiba je macam ada dalam situasi diorang, boleh rasa nak gelak, boleh rasa sebak, boleh rasa macam nak marah pun ada....malah, boleh rasa di mana rasa cinta tu datang serta boleh rasa debarannya....dup dap dup dap...kau pandang aku, aku pandang kau.......dalam hati punya laju jantung berdegup takyah cakap.....ahahaha terjiwang pulak. Teringat zaman masa mula-mula bercinta dengan encik suami, main pandang-pandang aje....mula-mula tak suka, lama-lama amek kau.....dah 3 anaknya!!!!hikhikhik....Korang tengok i ni happy go lucky je kan tapi confirm dalam hati ada taman astakona!!hihihihihihi....dah lama tak layan jiwang....nak tengok felem hindustan lama sangat, dekat 3 jam! kematu punggung dibuatnya....layan cerita duration sejam setengah ni masih le boleh tahan lagi......more than that....hamba rasa tidaklah hamba mampu fokus lagi derrr.....

Habis cerita Istanbul Aku Datang....hmmm nak tengok DVD apa pun tak tau sebab tak banyak cerita untuk golongan dewasa....kalau adapun, Star Wars, Barbie...Bola Kampung...oh tidak!!!!! So........kena borong DVD banyak-banyaklah gamaknya lepas ni tapi tontonnya entah bila....ISTANBUL AKU DATANG!!!!!

No comments:

Post a Comment