Followers

iklan..iklan......

Thursday, April 14, 2011

Tekan sini, klik sana..pening sini, pusing sana........

Hari ni sepanjang hari rasanya duduk mengadap komputer dan bermain dengan angka. Varianlah, ANOVA lah. chi-squarelah....nominal, ordinal, banyak lagi istilah-istilah yang dah lama sangat ditinggalkan. Belajar SPSS ibarat kembali ke zaman melanjutkan pengajian sewaktu sarjana dulu. Tambah tolak mengantuk, penat dan entah apa-apa...tak tahulah apa yang masuk dalam kepala hari ini.  Laju benar rasanya penceramah ni berlari sampaikan yang lambat-lambat ni , yang baru nak belajar merangkak ni tertinggal jauh. Nak mengejar rasa terkedek-kedek dibuatnya. Ikutkan hati rasa macam nak tarik diri sahaja tapi bila fikir-fikir semula, rasa tak berbaloi pulak nak berhenti. Kalau tak berhenti, penat...ish apalah sampai begini jadinya. Nak buat keputusan pun mash ragu-ragu.

Betul ke apa yang dibuat sekarang ni? Tak rasa menyesal ke? Hmmm..bila pikir anak-anak, rasa nak balik aje. Bila pikir impian, rasa taklah pulak nak mengemas beg. Cubalah bertahan, alang-alang dan masuk dua minggu di EDC ni, layankan ajerrrr.......................

Tuesday, April 12, 2011

Lamanya tak update blog

Lamanya tak update blog.....tajuk yang menjadi ayat permulaan entri kali ni.Kononnya sibuk dengan urusan kursus tapi memang sibuk pun. Rasa mahu pecah kepala. Belum lagi mendaftar menyambung pengajian, baru berkursus. Terasa macam tak muat ruang kepala hendak masukkan segala maklumat yang diterima. Masih lagi 'ejas' dan mencari ruang-ruang kosong untuk kotak simpanan maklumat.

"Ada yang nak berhenti?" ; "Ada yang nak menarik diri?"; ayat-ayat yang menjadi bahan gurauan kebanyakan peserta kursus. Teringat kata Kak Normala dari Kuching, kena fikir, kalau nak berhenti, terus berhenti. Kalau nak sambung, sediakan dua kotak siap-siap.Tak mahulah cerita apa isi kotak-kotak tersebut kerana di satu sisi ia amat mengujakan tetapi di satu sisi yang lain ia amat mengerikan!..hehehe

Kadang-kadang rasa macam jadi tuna kerna, kadang-kadang rasa jadi tuna verna. Pening kan..macam-macam perkara baru yang dipelajari tapi seronok. Ada masanya agak tertekan walaupun sebenarnya tak ada apa  pun yang menjadi isu yang membawa kepada rasa tertekan tersebut. Seronok memang seronok sebab banyak benda baru. kawan-kawan baru, penceramah baru pertama kali ditemui, urus setia 'baru'..baru sergah sikit dah goyang,hehehe.....tempat kursus baru pertama kali sampai, macam-macam lagilah....belum sempat ambil gambar banyak-banyak. Macam tak kuasa je rasanya....

Hari ini lega sikit sebab jadual fleksibel. Kelmarin dah buat pembentangan a.k.a 'diskuson' / discussion dengan Datuk. Jadi pagi ini kumpulan lain. Sempatlah jenguk blog ini sekejap dan tulis-tulis apa yang ada. Sekarang nak bersiap-siap untuk sesi kedua pagi ini sebelum Datuk kembali semula ke UMP. Petang hingga ke malam acara bebas. Ingat nak ajak teman ke Padang Besar mencuci mata......................