Followers

iklan..iklan......

Friday, February 24, 2012

Tutti Fruiti...

Yummy....satu je perkataan yang boleh dikatakan bila makan tutti fruiti nie...Tak pernah pun makan. Kebetulan ke Masai bersama teman kerana ada urusan. Lepas pekena nasi beriani, sejukkan tekak dengan askrim yogurt pulak.Dah macam rusa masuk kampung, tercangak-cangak sebab tak tau nak buat apa. Tengok je apa member buat.Siap ada sorang mamat tu cakap, "belasah jerr"....nak gelak pun ada....

Cuba perasamanga dan strawberry,letak buah-buah lagi...lepas tu rupa-rupanya harga berdasarkan timbangan. humang ai......cup paling kecik, sekali timbang, RM12.90 da........tetiba ternampak pulak diskaun untuk pelajar, 10 persen....hehehe apa lagi....keluarkan kad pelajar, cashier tu siap pandang lagi. Kenapa? Tak percaya eh? Saya student tua.......

memang sedap....

Tapi kalau nak bawak anak-anak dan keluarga, siap sediakanlah kurang lebih RM100 ye...yelah...budak-budak mana tau makan sikit-sikit..lepas tu banyak pulak aksesorinya.....fuh....kalau nak reward anak-anak, sesuai sangat..kalau nak sesaje, kalau duit tu melambak-lambak, dah tak tau nak buat apa, boleh aje......Sesekali boehlah, bak kata orang putih.."once in a blue moon"....tapi tak boleh ajar anak-anak.....parah mama dan ayah depa.......

Apa-apa pun..thumbs up!! sedap!!!

Balik kampung...

Hujung minggu lepas dapat panggilan dari kampung menyatakan nenek tak sihat. Terus rancang nak balik walaupun tak ada plan nak balik kampung sebab seminggu sebelum tu baru je balik kampung. Dengar nenek tak sihat, rasa tak senang duduk dibuatnya sebab seminggu sebelum tu nenek tiba-tiba jatuh dan kepalanya terhentak pada kabinet. Terus tak sihat....Sampai-sampai terus ke rumah nenek. Ramai juga yang balik. Dapatlah jenguk nenek, nampak dah boleh duduk dan makan...alhamdulillah..

Keesokannya...pagi-pagi dah menghadap kolah ikan abah. Ini aktiviti kami anak beranak dan abah. Ayah jaga Haziq di dalam rumah.

Payah nak dapat abah menjala di kolah ikannya...

Tolong keluarkan ikan..

Peace no war...

Nak pegang ikan pun takut-takut...kata anak kampung....

Hasil tangkapan abah

Masak asam rebus..hasil tangan adik yang kidal....Meletop!!!!!

Konon-konon nak jadik anak kampung...

Hantu pokok pisang....

Selesai urusan di kolah, terus ke rumah nenek. Mengemas bahagian belakang rumah yang baru ditambah.Nenek nak sangat duduk di bilik barunya..kenalah anak cucunya mengemas....sambil-sambil tu buatlah apa-apa yang patut....

Sesi menumbangkan pokok kelapa di rumah nenek

'Mangsa' kami hari itu.....

Dah lama tak makan umbut kelapa.....bersama adik bongsu(kiri) dan adik sepupu (tengah)

Rahimi bersama Tok Cik dan Tok Usunya..

Makan kelapa muda....

Uh...beratnya.....misi mengemas bahagian dapur rumah nenek yang baru ditambah

Selesai mengemas-ngemas, kami pun siap-siap mengemas nak balik ke Pasir Gudang.Bawa bersama adik sepupu yang nak pulang ke UTM. Arahannya, duduk depan dan jangan tidur!!! Sebab saya nak tidur!!! hehehe....

Jom Festival Layang-layang Pasir Gudang 2012

Festival layang-layang yang biasanya diadakan setiap tahun di Pasir Gudang dah pun berakhir. Hampir seminggu berakhir. Baru nak masukkan entri berkenaan situasi bila bawa anak-anak konon-konon yang tengok layang-layang. Macam-macamragam, macam-macam kerenah. Mujur tak bawak Haziq...kalau bawak confirm tak sempat jalan dah patah balik. Pengunjungnya masyaAllah!!!! Macam semut!!! Berlaga-laga bahu dibuatnya. Lautan manusia...lepas ni serik rasanya bawak anak-anak, kalau nak pergi, pergi sendirilah jawabnya...

besar layang-layang ni...

tak tahu datang dari manalah Chinese ni, tup-tup ajak Rahimi main congkak...

Belajar buat layang-layang

Ini hasilnya...

Pantang nampak Hot wheel.....

Laparlah pulak....

Nasib baik makan kasi habis...

Sofiyah dan topinya..

"Hasil tangkapan"..ups..lupa..dapat topi Liverpool...

Dua beradik..

Jom balik!!!

Dah besar pun nakkan 'benda' tu.....

Mujur hujan time elok je kami nak balik. Kalau tidak, mesti lama lagi di situ. Mama dia nak cari barang tapi tak jumpa. Apa lagi, fridge magnetlah....tak sempat nak cari sebab dok melayan anak-anak....Kena balik awal juga sebab nak terus balik kampung sebab nenek tak sihat...lain kali tunggu anak-anak besarlah baru pergi lagi kalau ada rezeki.....tak sanggup bersesak-sesak....Kalau pergi dengan kawan-kawan ok lagi.....Takpelah, niatnya nak gembirakan anak. Walaupun kocek 'kopak', sekurang-kurangnya anak-anak happy.....


Monday, February 20, 2012

Sayang dan benci biar berpada-pada....

Biasa sangat kan mendengar pepatah yang menyatakan:

Kalau berikan sayang, jangan berikan 100 peratus, simpan sedikit untuk diri sendiri.Mengapa?
Kerana jika rasa sayang itu hilang, kita masih ada bakinya untuk diri, kita masih mampu bertahan dan mampu untuk berkongsi kasih sekali lagi.

Kalau membenci juga, jangan benci lama-lama, jangan membenci selama-lamanya. Mengapa?
Benci itu kan pemutus rasa kasih. Mana tahu suatu hari Allah balikkan hati kita, orang yang kita benci akan jadi orang yang paling kita sayang. Waktu tu, mesti kita rasa malu sebab kita pernah membencinya suatu ketika dahulu. 

Jadi, sayang kena berpada-pada, membenci juga berpada-pada. Biar bersederhana supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang yang melampaui batas.

Pernah berlaku satu cerita, bila seorang itu meletakkan rasa benci di tempat yang paling tinggi terhadap seseorang. Tiba-tiba dengan izinNya, pada satu ketika, hamba Allah yang dibenci itu adalah insan yang membantunya tatkala dia sedang buntu untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya. Alangkah malunya. Hendak minta maaf, malu....malu dan malu....Akhirnya bila teringat pepatah tadi, perlahan-lahan hamba Allah ini cuba memudarkan rasa bencinya kerana berhutang budi pula. Mungkin satu masa dulu insan itu pernah melakukan kesilapan terhadapnya tetapi perlu diingat:

"Kita hanya manusia biasa yang tak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan". Apalah salahnya kalau kita memaafkan orang lain? Kemaafan adalah dendam yang terindah. Ada juga yang berkata, sekiranya kita hendak memaafkan orang yang kita benci, belajarlah memaafkan dan belajarlah mencintainya. InsyaAllah kemaafan itu akan membantu membersihkan sedikit titik hitam di hati kita. 

Kalau kita menyayangi dan suka disayangi,
Siapa kita untuk membenci?






Friday, February 17, 2012

Member naikkan layang-layang...

Festival Layang-layang Antarabangsa kembali lagi (15-19 Febuari 2012) di Bukit Layang-layang Pasir Gudang, Johor. Sempat singgah dan kebetulan pasukan PIS sedang mencuba menaikkan layang-layang dengan penuh semangat tetapi lepas tu boleh hujan pulak......

khusyuknya member ni tengok layang-layang. Layang-layang sotong, motor, tembikai.....macam-macam ado!!!

Layang-layang Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual yang berjaya dinaikkan

Ajin tengah perah tenaga naikkan layang-layang.Chaiyok2!!!

Tu dia...

Tak jelas sebab hp cap ayam...huhuhuhu...inilah pasukan JRKV, Politeknik Ibrahim Sultan....

Kalau tak ada aral, esok bawa anak-anak pulak....Bukit Layang-layang the Return....oh ye, En Ajin, kalau terserempak nanti, air sirap satu!!!!!!!!hihihihi

Tuesday, February 7, 2012

Ke Taman rama-rama

Cuti panjang empat hari minggu lepas kami habiskan di kampung. Tiga hari je sebenarnya,sehari lagi lepak-lepak di rumah. Kali ini kaedah bercuti berubah. Selalunya, semalam di Segamat, dan semalam di Tangkak. Percutian 3 hari dua malam. Tidak lagi...Kali ni sepanjang cuti berada di Tangkak. Tapi sempat singgah di rumah Kak Long di Segamat sebab hantar anak saudara yang kebetulan balik bersama-sama dari Pasir Gudang. Cuti lain kali, Segamat pula lokasinya. Taklah penat mengemas beg...baru semalam dah sibuk nak ke kampung satu lagi...Sukalah anak-anak sebab dapat tengok astro puas-puas...almaklumlah, kat rumah sendiri tak ada astro, tv pun tv cembung zaman tok kaduk, remote pun tak ada...hihihihi

Cuti kali ini memang lama simpan hajat nak bawa anak-anak ke taman rama-rama di Ayer Keroh. Tangkak dengan Melaka, 20 minit saja tapi tak pernah pun sampai. Jadi, saja bawa anak-anak. Bagi Haziq merasa suasana luar.
Pintu masuk Taman rama-rama

Untuk maklumat, bayaran masuk dewasa RM8, kanak-kanak 3 hingga 12 tahun, RM3. OKU free. Kami pun masuk...Kat dalam tu, apa yang kami lihat mula-mula ialah cecak!!! Besau-besau!!! Ada burung, ada monyet...budak-budak ni teruja-teruja takut.....

 Ce tengok menatang hijau kat belakang tu...Sofiyah takut-takut nak pi dekat

Kami...

Sebelum masuk taman rama-rama sebenar..

Masuk dalam tu sebenarnya bukan ada taman rama-rama je, ada taman serangga, taman ular, gua koi, taman burung dan taman buaya. Sempatlah kami round-round dalam tu sampai anak-anak puas.

rama-rama ni dah nak mati..huhuhu

ikan koi di gua koi

kura-kura tepi kolam
gua koi...

burung oh burung...

oh mak kau!!!! Ulau melingkau!!!!

Diorang tak caye ni telur buaya!!!

Sofiyah dengan kura-kura Asia..

Di antara taman buaya dan gua koi...adoi...scorpion.....

Rama-rama singgah di mata, terpaksa tutup mata....

Sofiyah paling disukai rama-rama

Rama-rama ni menyapa encik suami....pemanis wajah ni....

tengok betul-betul...empat ekor rama-rama melekat di Sofiyah

Selamat tinggal rama-rama, lain kali saya datang yek...rama-rama ni takmo terbang, terpaksa diletakkan di batang besi tu secara perlahan-lahan

Keluar aje nampak telur dinasour!!!

Paling kesian pada si abang sebab tak banyak gambar di taman rama-rama sebab dia jadik jurukamera. Takpelah, lain kali boleh datang lagi. Mak dia pun teruja jugak....

suka sangat gambar ni..ni dalam muzium rama-rama on the way keluar tapi kitorang ikut jalan lain...

dalam kedai cenderamata...banyak rama-rama....Haziq dah penat...

Anak dara, kalau tak beli mainan tak sah, tu bakal berimaginasilah lepas ni....

Satu lagi, pantang nampak aiskrim...

Haziq pulak, first time mak dia suakan vitagen....Alhamdulillah, minum!!! Gara-gara terlupa bawak nasi yang dah masuk bekal, nasib baik ada bawak bekal vitagen penyelamat ni....

Singgah di tempat basuh kereta .Cuci luar je, kereta RM4, MPV RM 6 ye.....

wajah-wajah gembira apabila permintaan ditunaikan.....

Lain kali boleh datang lagi.....ups lupa...kalau bawa kamera mahal kena bayar jugak tau...jadi, bawak je kamera handphone....hehehehehehehe..tak pun sape ada galaxy pun boleh guna, janji tak kena bayar lebih...hihihi...