Followers

iklan..iklan......

Sunday, November 27, 2011

Hebat!!!!!! kerana pixie.......

Alhamdulillah, hari ini terasa begitu lapang, gembira kerana sempena kehadiran Tahun Baru, saya berjaya melaksanakan amanah untuk mengkhatankan anak sulung, Amirul Rahimi yang berusia tujuh tahun. Sebenarnya hajat sudah tersemat di hati sejak awal tahun. Kebetulan anak saya menghadapi masalah kencing berdarah bulan lepas, keputusan terus diambil dengan mendaftarkannya untuk proses berkhatan di Klinik Cendana. Sebenarnya anak yang hendak berkhatan, namun jujurnya...mama dan ayahnya yang rasa berdebar-debar....jantung berdegup kencang. Macam-macam yang bermain di fikiran. Tahan ke tidak, menangis ke tidak......encik suami lagilah, asyik ulang kata yang hatinya berdebar-debar....Maklumlah pertama kali berhadapan situasi macam ni. Anak sulung pulak tu....

Sebelum disunatkan, Amirul Rahimi telah diberitahu mengenai hasrat kami. Bukan setakat memenuhi tuntutan agama, malah untuk kesihatannya juga. Alhamdulillah, langsung tak membantah tapi mama dan ayahnya pula dikenakan syarat. Ayah pulak dengan senang hati anggukkan kepala tanda setuju. Aduhai...........mama pulak tambah satu lagi syarat, kalau menangis, Rahimi takkan dapat apa yang dimahukan sebagai ganjaran. Itu sebagai cabaran kepadanya supaya menjadi anak yang kuat dan tak 'cengeng'....

wajah sebelum pergi ke klinik

dalam kereta, kain pelekat dan 'standby'

Awal pagi saya dah kejutkan untuk solat subuh.dah siap mandi-mandi, pukul 915 pagi kami dah keluar rumah sebab temujanji pukul 9.30 pagi. Giliran kami giliran kedua. Amirul Rahimi memang nampak tenang...boleh gelak-gelak. Langsung tak ada riak cuak pada wajahnya. Peserta pertama masuk, tak sampai lima minit dah terdengar raungan. "Sakit bu!!!!!..sakit!!!!". Aduh.........Mama pulak yang makin berdebar-debar. Lebih kurang 20 minit..selesai. Budak lelaki tersebut keluar masih menangis. Anak manja kata ibunya. Tengok-tengok ayahnya tak keluar-keluar...rupa-rupanya pitam di dalam......Saya memandang suami dan tersenyum,"abang tak payah masuklah...."....hehehe

Tiba giliran kami, Rahimi masih lagi tenang. Cuma ada sedikit bunyi desir macam ular mendesah bila doktor suntik ubat bius..."Abang ni penyelamat keadaanlah", kata Dr Zamil. Kalau kena macam budak tadi...payah....sambil tersenyum kami bersembang.  Saya cuma beritahu Rahimi supaya bayangkan ganjaran yang bakal diterima kalau berjaya melalui proses itu dengan jayanya. Sambil-sambil doktor menjalankan tugas, sambil-sambil tu kami bersembang. Lebih kurang 15 minit, semuanya selesai.....Saya pun siap 'give me five!' dengan Rahimi dan menyatakan saya bangga dengannya yang cukup hebat prestasinya pagi tadi. Ingat nak keluar bilik urusan pakai kain pelekat, tapi bila melihat keadaan Rahimi yang memang macam tak ada apa-apa, doktor kata pakai seluar pun tak apa. Maka, pakailah seluar....cuma nampaklah sedikit kengkang jalannya...hihihihi

Belum sempat balik rumah, ganjaran dituntut. Ke Masailah kami mencari basikal pixie yang dijanjikan. "Koyak" poket mama hari ni. Tak apalah nak oi.....sunat punya pasal....Mula-mula cari macam warna tak cantik, pergi pula ke Kota Masai, tak ada jugak. Tempat terakhir, patah balik ke Masai dan akhirnya............

Inilah dia pilihan kalbu....

Belum sempat ayah nak masukkan dalam kereta.."Ayah, cepat sikit, Rahimi pening"...Mukanya dah pucat seakan nak pitam. Kami pun terus balik ke rumah. Dek kerana lapar, makan roti dua keping, siap makan aiskrim potong lagi!!!
 Lapar...

sedapnya roti ni..

Menikmati aiskrim depan tv..

Dapatlah Rahimi tidur sekejap. Tiba-tiba petang tadi...tau-tau dah menuju ke basikal pixienya..Mujur ayah perasan. Ada hati nak naik basikal!!!! Tak dapat main basikal, eh..dia keluar rumah juga...Pergi ke rumah kawannya. Budak-budak, dah biasa main, kalau tak main tu tak sah agaknya. Tak dapat main, dapat tengok kawan-kawan main pun jadilah. Itupun asyik kecek pada ayahnya nak bawak basikal hari Rabu. Clamp pun tak bukak lagi, berangan nak bawak basikal.....Hebatnya anakku yang seorang ni.....Macam tak sakit aje dibuatnya.........

Kadang-kadang kita ni mak bapak selalu kena mengalah dengan anak-anak. Kita memang selalu nak berikan yang terbaik untuk anak-anak. Ganjaran tu tak salah.  Bagi meningkatkan motivasi, asalkan tidak berlebih-lebihan. Allah sendiri mengganjarkan pahala kepada hambaNya yang menuruti segala perintahnya dan mengganjarkan dosa kepada yang melakukan laranganNya. Jadi, tak salah kiranya konsep ganjaran itu kita aplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan asalkan ia boleh mendatangkan kebaikan dan mengelakkan kemudaratan.

Buat anak mama AMIRUL RAHIMI BIN RUZAINI, mama sangat bangga dengan Amirul Rahimi!!!! Anak mama HEBAT!!! Anak mama SUPER!!! Semoga menjadi anak yang bahagia dan mampu membahagiakan di dunia dan di akhirat......

Friday, November 25, 2011

Port Dickson kami datang...

Bila nak cerita berkenaan Port Dickson, mestilah teringat percutian bersama keluarga sempena cuti Keputeraan Sultan Johor Selasa lepas. Sebenarnya memang tak pernah pun bercuti ke PD. Asyik dengar je cerita orang.Kebetulan adik ipar yang bekerja di mahkamah mencadangkan agar kami pergi bercuti sekeluarga. Urusan penginapan di bawah tanggungan adik ipar. Kami bercuti di rumah peranginan persekutuan, PD. Pagi Isnin dah bertolak ke Tangkak. Tunggu punya tunggu, hampir pukul 3 petang baru bergerak ke PD. Semuanya gara-gara adik ipar yang beria-ia menyiapkan bahan untuk barbeque pada sebelah malam. Rupa-rupanya,dia sendiri tak tahu jalan. Mujurlah kami bawa GPS. Kami sampai dulu.........

Kami menginap di apartment dua bilik. Dua apartment kami sewa untuk 3 keluarga. Harganya berpatutan. RM42 semalam.Tidaklah mengharapkan fasiliti sehebat hotel lima bintang, cukup sekadar ada penghawa dingin untuk Haziq, dapur yang sedang-sedang aje, peti ais, dan televisyen. Itu pun dah memadai. Lagipun bukannya hendak tinggal lama, sekadar satu malam. 

Ingatkan petang nak bawa anak-anak mandi di kolam mandi di Permaisuri Resort di kawasan peranginan yang sama. Elok sahaja kami sampai di kolam, hujan turun mencurah-curah. Anak-anak mulalah buat perangai....Balik semula ke rumah peranginan dan menyiapkan bahan-bahan untuk mula 'membakar'. Tak boleh lewat sebab pastinya malam tu semua nak saksikan kehebatan ngauman Harimau Muda yang bakal membaham Garuda.

tukang bakar...

tukang rasa....

Yeah!!!!! Garuda tersungkur di kaki harimau...AUMMM..........
semua berkumpul di Baiduri 3 menyaksikan Malaysia merangkul ibu segala pingat emas di Sukan SEA Indonesia....

Keesokan paginya bawa anak-anak berseronok di kolam mandi. Haziq pun apa lagi..saya memang dah sediakan neckfloat awal-awal supaya Haziq boleh rasakan luasnya kolam mandi di situ kalau nak dibandingkan dengan kolam mandi di rumah. Penuh perasaan Haziq mandi...

rileks aje member..

Sang puteri kena timbus oleh ayah...

terkelip-kelip mata dek panahan mentari pagi...

kami sekeluarga....

Dah puas main kolam, kami singgah di Teluk Kemang...inilah aktiviti anak-anak. Nampak saja kuda terus nak  naik kuda. Ingatkan anak-anak teruja dengan kereta kuda, rupa-rupanya tak mahu naik kereta, sebaliknya mahu naik kuda!!!...Suruh bergambar dengan ular sawa semua takut.....

Tukang bayar....

Rahimi si penunggang kuda...hihihihi...

Giliran Sofiyah..

Haziq nak jugak...

Kayuh basikal roda tiga. Basikal ke ni???

Mengantuklah.....

Eh.....nak naik kuda lagi??? Adu......

Sofiyah naik motor..Teringat iklan "Pakcik menang Moto.."....

Ambil kesempatan naik bot, menuju Pulau Rasa Sayang, kata pemandu bot..

Along dan isteri tunggu di atas....

Wajah-wajah gembira sekeluarga

Perancangan seterusnya nak ke Taman Rama-rama di Melaka dalam perjalanan balik. Tapi encik suami mencadangkan agar terus sahaja pulang kerana kelihatannya masing-masing sudah keletihan. Maka persetujuan dicapai....Oleh kerana perut dah mula menyanyi, semuanya sepakat untuk singgah di restoran jejantas Ayer Keroh. KFC menjadi tumpuan kami. Budak-budak sukalah......Balik masing-masing terus tumbang. Memang letih betullah tapi puas. Kalau nak ke pantai Teluk Kemang tu, kalau niat di hati nak shopping t-shirt atau cenderahati memang sesuai sangatlah. Kalau bawa anak-anak, ada jugalah sesuatu yang menyeronokkan. Sesuai untuk berkelah...Pantainya memang cantik.......Kalau setakat sejam dua nak pergi, baik tak payah lah ye. Kalau nak spend masa setengah hari, mandi laut dan pusing-pusing...sangat sesuai dan menyeronokkan. Penginapan tak perlu risau, banyak resort dan hotel sekitar PD..pilih saja nak yang mana satu. Cuma apa yang tak bestnya, tak sempat pun nak shopping, badan dah letih, dah tak sabar nak melabuhkan badan.....kalau sesiapa teringin nak pergi...silalah....seronok...Cuti-cuti Malaysia....

Sawi berbunga bunga raya...........

Sebenarnya, cerita ni dah lama nak masukkan dalam entri tapi masih belum berkesempatan. Oleh kerana baru berjaya menyelesaikan tugasan pertama yang diberikan oleh supervisor, maka ambil kesempatan untuk upload mana-mana cerita yang tertinggal. Ceritanya begini.....

Pada hujung minggu beberapa minggu yang lalu ( sedap sikitlah daripada 'pada satu hari...hihihi"), kami sekeluarga balik ke kampung. Ha....masa hari raya Aidiladha...kebetulan Kak Ngah pun balik tapi petang raya baru sampai. Kak Long pulak terpaksa menemani anak bongsunya yang dimasukkan ke hospital. Beraya di hospital pulaklah kakak yang seorang itu. Alahai sedihnya...................nampaknya sayalah jadi tukang masak...huhuhuhu..udahnya kalau bab masak memasak ni memang gagal!!!!...akhirnya mak jugak.........

Di Johor ni sambutan hari raya haji tidaklah semeriah di pantai Timur. Tapi tetap balik ke kampung sebab dah rindu....Pagi-pagi raya dah siapkan apa yang patut, makanan nak hantar ke rumah nenek dan kakak di hospital. Lepas siap semuanya,duduk di rumah sahajalah. Anak-anak dah bermain-main di depan rumah. Entah apalah yang dibuat mereka tu. Jeling juga di tingkap, rupa-rupanya main di bawah pokok bunga raya.........Tak apalah..di kampung taklah risau sangat macam di sini. Kenderaan lalu lalang pun tak banyak, cuma risau kalau ke belakang menghalanya....mana tidaknya di belakang rumah abah tu memang banyak 'gadjetnya". Ada kolah dan kolam ikan, ada ladang tebu mini, ada reban burung, reban ayam....Kalau tersesat ke salah satu lokasi, aduh pening......

Tak apalah, main depan rumah pun oklah tu. Tiba-tiba dengar mak menjerit. Ingatkan ada apa. Cepat-cepat saya menjenguk luar. "Kau tengok apa anak-anak kau buat Ila...",mak menggeleng-gelengkan kepala. "La...apa pulak yang budak-budak ni dah buat," hati dah mula risau. "Cuba tengok tu...............,"

cantik je tanaman sawi abah depan rumah...siap keluar bunga merah tu....... cuba 'close up'...

dah dekat sikit,dah nampak dah bunganya.....
tara!!!!!!...dah nampak jelas bunga sawi itu. Hebat kan, sawi berbunga bunga raya!!!!!

Ketawa saya dibuatnya. Sahlah ini kerja anak dara yang seorang tu, Amira Sofiyah. Dia memang kreatif, aktif, proaktif dan inovatif....Ini inovasi terbaru dialah ni....Menghasilkan sawi dengan bunga raya. Dah nama pun cita-citanya nak jadi ahli sains......Molek benarlah itu...hihihihihi....apa tandanya tu? Tak ke cerdik namana....Nak marah buat apa? Biarkan atuknya tengok sambil menggeleng kepala jugak..nanti atuknya kata.."Chopiyah...chopiyah....."..hehehe

Inilah dia pengalaman dan kenangan manis anak-anak di kampung. Lepas tu mama dia suruh pulak petik cili atuk dia depan rumah. Abah saya ni kalau ada ruang aje mesti nak menanam. Pantang dapat tanah. Biasa depan rumah ada garaj..takpun ada banyak pokok bunga. Ini depan rumah ada pokok jambu, ada pokok pisang,ada pokok cili, pokok sawi, nanas pun ada!!!!. Bab nanas yang tak tahan, kalau ada buahnya, masing-masing menunggu sebab buahnya manis. Kali ni rezek Kak Ngah. Buahnya sedang elok dah masak. Gembira sungguh dia.....

Ini gaya anak-anak petik cili ye...dah puas menghias sawi atuknya.....buat kerja lain pulak...cucu atuk.... (kereta putih tu kereta tumpang parking je...)

ha petik jangan tak petik...

itu hasilnya.....
Sedikit coretan kerenah anak-anak bila balik kampung. Itu belum lagi asyik ajak memancing di kolah...Kalau ada edisi memancing nanti saya kongsikan ye...sampai jumpa....


Thursday, November 10, 2011

Boleh gitu?????....

Hari ini ikut encik suami ke JPJ. Nak endorse geran selepas inspection di PUSPAKOM. Baru sahaja lepas buat inspection sebab tambah bahan bakar untuk UNSER yang digunakan sekarang ni. Lepas ni barulah boleh buat tinted..punyalah panas kalau tak ada tinted.......ini belum panas kat 'sana' lagi......masyaAllah.....

Sampai di sana kurang 20 minit sebelum pukul dua. Ingat nak ambil nombor siap-siap. Petugas kaunter kata nombor hanya akan dibuka tepat jam 2 petang. takpelah..ambillah borang dan isi dulu...Dah siap isi...dok tunggulah sampai pukul 2. Tepat pukul dua, pilah encik suami ambil nombor.Dapat nombor 1665. Baru je nak letak punggung, nombor dah dipanggil. Suami pun dengan penuh gaya menuju ke kaunter. Dalam hati yang menunggu ni, alhamdulillah....cepat panggil cepat le balik. Ghope-ghopenya......

"Encik, ni pegawai yang nak endorse ni belum masuk lagi. Encik kena ambil nombor barulah..lagipun saya nak tutup kaunter," punyalah sedap makcik kat kaunter tu cakap kat encik suami. Yang mendengar kat belakang ni dah mula panas. Elok-elok dah panggil nombor..tiba kat kaunter boleh pulak dia kata gitu!!!!!. encik suami ni pulak jenis malas nak bising-bising. Pi lah semula kaunter depan ambil nombor. Petugas kaunter tu pulak boleh kata kalau pemilik kenderaan sendiri yang datang untuk buat endorsement, tak perlu jumpa pegawai pun tak apa...urusan boleh siap di kaunter sahaja. Apa maknanya tu?????

Tetaplah encik suami ni ambil nombor. dapat pulak nombor 1685...dah beza 20 orang. Nak menunggu lagi. apa lagi...mulut ni mulalah memetir...Encik suami pun tak kuasa nak melayan sebab nilah, leceh katanya bawak saya....Eh..memang le bising..dahlah kena menunggu l5 minit, urusan selesai tak sampai pun 10 minit!!!!!!!!! Kalaulah petugas kaunter pertama tadi terus buat urusan tersebut, kan ke dah jimat masa...Takyahlah ambil nombor dan menunggu. Kalau saya memang dah kena sound dah tadi...Nasib baik encik suami......Kalau rasa nak tutup kaunter, jangan panggil orang untuk berurusan lepas tu kata tak boleh nak buat sedangkan memang boleh buat!!!!! Tak ke namanya menyusahkan orang tu....Kalaulah ikutkan hati...........

Dalam kereta saya masih terus membebel. Akhirnya encik suami mengeluarkan satu frasa yang membuatkan saya tergelak besar..Mana boleh cakap kat sini...tak sesssuaaiiii......ibaratkan orang Melayu yang kaya budi bahasa..marah pun mesti dengan penuh santun...Cuba ikut loghat orang Kedah....cakap macam ni...."Tengkorak hang!!!!!"......, kasar kan bunyinya...cuba tukar nada dengan lebih bergaya...bunyikan begini..."jumjumatun haaaanggg"...aa sedapkan bunyinya..maksud sama tapi tetap santun..hahahahaha.

Pengalaman hari ini...jangan menyusahkan orang kalau taknak satu hari kita disusahkan.....Banyakkan sabar...tahap kesabaran saya ni masih tipis....mudah-mudahan diberi kesabaran dari semasa ke semasa....