Followers

Sunday, November 27, 2011

Hebat!!!!!! kerana pixie.......

Alhamdulillah, hari ini terasa begitu lapang, gembira kerana sempena kehadiran Tahun Baru, saya berjaya melaksanakan amanah untuk mengkhatankan anak sulung, Amirul Rahimi yang berusia tujuh tahun. Sebenarnya hajat sudah tersemat di hati sejak awal tahun. Kebetulan anak saya menghadapi masalah kencing berdarah bulan lepas, keputusan terus diambil dengan mendaftarkannya untuk proses berkhatan di Klinik Cendana. Sebenarnya anak yang hendak berkhatan, namun jujurnya...mama dan ayahnya yang rasa berdebar-debar....jantung berdegup kencang. Macam-macam yang bermain di fikiran. Tahan ke tidak, menangis ke tidak......encik suami lagilah, asyik ulang kata yang hatinya berdebar-debar....Maklumlah pertama kali berhadapan situasi macam ni. Anak sulung pulak tu....

Sebelum disunatkan, Amirul Rahimi telah diberitahu mengenai hasrat kami. Bukan setakat memenuhi tuntutan agama, malah untuk kesihatannya juga. Alhamdulillah, langsung tak membantah tapi mama dan ayahnya pula dikenakan syarat. Ayah pulak dengan senang hati anggukkan kepala tanda setuju. Aduhai...........mama pulak tambah satu lagi syarat, kalau menangis, Rahimi takkan dapat apa yang dimahukan sebagai ganjaran. Itu sebagai cabaran kepadanya supaya menjadi anak yang kuat dan tak 'cengeng'....

wajah sebelum pergi ke klinik

dalam kereta, kain pelekat dan 'standby'

Awal pagi saya dah kejutkan untuk solat subuh.dah siap mandi-mandi, pukul 915 pagi kami dah keluar rumah sebab temujanji pukul 9.30 pagi. Giliran kami giliran kedua. Amirul Rahimi memang nampak tenang...boleh gelak-gelak. Langsung tak ada riak cuak pada wajahnya. Peserta pertama masuk, tak sampai lima minit dah terdengar raungan. "Sakit bu!!!!!..sakit!!!!". Aduh.........Mama pulak yang makin berdebar-debar. Lebih kurang 20 minit..selesai. Budak lelaki tersebut keluar masih menangis. Anak manja kata ibunya. Tengok-tengok ayahnya tak keluar-keluar...rupa-rupanya pitam di dalam......Saya memandang suami dan tersenyum,"abang tak payah masuklah...."....hehehe

Tiba giliran kami, Rahimi masih lagi tenang. Cuma ada sedikit bunyi desir macam ular mendesah bila doktor suntik ubat bius..."Abang ni penyelamat keadaanlah", kata Dr Zamil. Kalau kena macam budak tadi...payah....sambil tersenyum kami bersembang.  Saya cuma beritahu Rahimi supaya bayangkan ganjaran yang bakal diterima kalau berjaya melalui proses itu dengan jayanya. Sambil-sambil doktor menjalankan tugas, sambil-sambil tu kami bersembang. Lebih kurang 15 minit, semuanya selesai.....Saya pun siap 'give me five!' dengan Rahimi dan menyatakan saya bangga dengannya yang cukup hebat prestasinya pagi tadi. Ingat nak keluar bilik urusan pakai kain pelekat, tapi bila melihat keadaan Rahimi yang memang macam tak ada apa-apa, doktor kata pakai seluar pun tak apa. Maka, pakailah seluar....cuma nampaklah sedikit kengkang jalannya...hihihihi

Belum sempat balik rumah, ganjaran dituntut. Ke Masailah kami mencari basikal pixie yang dijanjikan. "Koyak" poket mama hari ni. Tak apalah nak oi.....sunat punya pasal....Mula-mula cari macam warna tak cantik, pergi pula ke Kota Masai, tak ada jugak. Tempat terakhir, patah balik ke Masai dan akhirnya............

Inilah dia pilihan kalbu....

Belum sempat ayah nak masukkan dalam kereta.."Ayah, cepat sikit, Rahimi pening"...Mukanya dah pucat seakan nak pitam. Kami pun terus balik ke rumah. Dek kerana lapar, makan roti dua keping, siap makan aiskrim potong lagi!!!
 Lapar...

sedapnya roti ni..

Menikmati aiskrim depan tv..

Dapatlah Rahimi tidur sekejap. Tiba-tiba petang tadi...tau-tau dah menuju ke basikal pixienya..Mujur ayah perasan. Ada hati nak naik basikal!!!! Tak dapat main basikal, eh..dia keluar rumah juga...Pergi ke rumah kawannya. Budak-budak, dah biasa main, kalau tak main tu tak sah agaknya. Tak dapat main, dapat tengok kawan-kawan main pun jadilah. Itupun asyik kecek pada ayahnya nak bawak basikal hari Rabu. Clamp pun tak bukak lagi, berangan nak bawak basikal.....Hebatnya anakku yang seorang ni.....Macam tak sakit aje dibuatnya.........

Kadang-kadang kita ni mak bapak selalu kena mengalah dengan anak-anak. Kita memang selalu nak berikan yang terbaik untuk anak-anak. Ganjaran tu tak salah.  Bagi meningkatkan motivasi, asalkan tidak berlebih-lebihan. Allah sendiri mengganjarkan pahala kepada hambaNya yang menuruti segala perintahnya dan mengganjarkan dosa kepada yang melakukan laranganNya. Jadi, tak salah kiranya konsep ganjaran itu kita aplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan asalkan ia boleh mendatangkan kebaikan dan mengelakkan kemudaratan.

Buat anak mama AMIRUL RAHIMI BIN RUZAINI, mama sangat bangga dengan Amirul Rahimi!!!! Anak mama HEBAT!!! Anak mama SUPER!!! Semoga menjadi anak yang bahagia dan mampu membahagiakan di dunia dan di akhirat......

No comments:

Post a Comment