Followers

Tuesday, January 31, 2012

Accident lagi...

Huhuhuhuhu..pagi ni sekali lagi saya nampak eksiden depan mata. Kali ni memang berlaku betul-betul depan mata, dan saya lambat sikit 2-3 saat. Kalau saya terlaju sikit,mungkin saya jadi mangsanya. Alhamdulillah Ya Allah, Kau selamatkan aku daripada kejadian yang aku takuti......

Saya nak keluar simpang di depan Kampung Kopok. Nak ke kanan, nak singgah di poli sekejap hantarkan kitab bahasa Arab untuk anak kawan-kawan yangminta tolong belikan. Tengok kiri kanan, banyak kenderaan. Tengok sekali lagi,nampak lori pisang turun bukit. Saya pun keluar simpang sebab kanan dah clear. Belah kiri pun ada dua lane, jadi saya tak risau sangat.Saya keluar, rupanya lori tu tekan minyak agaknya, dia ke tepi lagi, agaknya nak mengelakkan saya yang keluar sedangkan saya dah bajet memang tak ganggu laluan dia pun.

Dalam pada lori pisang tu ke tepi, ada sebiji lagi Grand Livina putih kalau tak silap keluar dari Simpang Kampung Kopok tu. Tak pastilah dia perasan ke tak lori pisang tu. Agaknya dia nak masuk ke kanan, lori pisang sampai dan sagat belah kanan kereta dia. Saya betul-betul belakang sikit aje. Anxiety attack saya dibuatnya pada detik dan ketika itu. Kereta tu terberhenti dan saya lihat dari cermin pemandunya keluar dan nampak seperti tak cedera.Yang cedera teruk keretalah. Lori tu pun buat pusingan u tak bertauliah, berpatah balik menuju ke kereta. Tak perasan pulak pemandu kereta tu ada berapa orang. Saya terus ke poli. Bila dalam keadaan tu, terkejt,memangtak fikir apa dah. Bawak kereta pun dah menonong aje. 

Bila saya keluar dari poli 40 minit kemudian, ada sebiji ambulan di situ. La..ada yang cedera ke? Tak nampak pulak ada pengusung dibawa keluar. Mungkin dipanggil untuk rawat terkejut agaknya. Mau tak terkejut? Kalau saya silap-silap dah bergelang air di kolam mata....aduhhhhhh.....berdebar-debar aje....


Monday, January 30, 2012

Cokelat...cokelat...

coklat bingkisan dari tanah Mahsuri

Cuba tengok coklat tu..banyak kan? Siapa suka makan coklat? Cuba angkat tangan!!! saya!!!saya!!!...Saya memang kaki coklat..kaki kacang.......dan anak perempuan saya pun suka. Kalau saya hadapkan coklat sebanyak ni di depan matanya, sah sehari boleh licin!!!! Oleh kerana tak mahu coklat ni cepat habis, maka saya sorokkan dalam almari tempat saya simpan gelas-gelas yang biasa saya guna masa raya..hehehehe..punya hebat dan kedekut punya mama kan..kan.....bukan tak bagi terus..bagi sikit-sikit........

Coklat ni sebenarnya dah tinggal sikit, yang tak ada dalam gambar, semuanya dah masuk dalam usus besar saya. Dah tak dapat diselamatkan lagi dah....Cuma akhir-akhir ni saya pun pelik, kenapalah saya tak seghairah dulu bila nampak coklat. Coklatbar yang 5-6 hengget tu saya boleh makan dua-tiga kali ngap aje tapi tidak sekarang. Saya makan berdikit-dikit dan membukitlah coklat-coklat tu dalam perut....sebenarnya tak sempat membukit dah cair...

Kenapa saya suka coklat? Pertamanya,coklat kan salah satu sumber tenaga. Saya ingat lagi 10 tahun dulu, tahun 2000 kalau tak silap saya, eh..dah 12 tahun berlalu...Waktu tu saya dan Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) UKM, persatuan di mana saya ahli aktifnya ketika itu melakukan ekspedisi mendaki Gunung Ledang. Kami dinasihatkan supaya membawa bekalan coklat sebagai penambah tenaga dan asam kecut sebagai penambah kuantiti garam yang hilang daripada tubuh. Alhamdulillah walaupun bertubuh 'sihat' dan chubby, saya berjaya menawan puncak Gunung Ledang. Walaupun cita-cita nak menawan puncak Kinabalu masih lagi menjadi anganan, sekurang-kurangnya tahun lepas saya berjaya menikmati keindahan alam ciptaan Allah di atas puncak Gunung Arong. Alhamdulillah...yang penting ada coklat....hihihihihi

Siapa kata makan coklat boleh gemuk? Tak delah, mitos je tu. Buktinya, badan saya maintain je sejak saya tingkatan dua....Baju yang 8 tahun lepas pun saya masih boleh pakai lagi. Maksudnya taklah menggemukkan, digemukkan dan gemuk kerana coklat kan??? Gemuk ke, kurus ke, yang penting yakin dengan diri sendiri.

 Coklat pun boleh membantu menghilangkan stress. Itu bukan saya yang kata, tapi banyak hasil kajian yang menyatakan begitu. Pengkaji yang kata ye..cuma apa-apa pun..jangan berlebih-lebihan. Yang lebih-lebih tu mengundang penyakit. Penyakit cari sendiri, tak bolehlah nak salahkan orang lain. Moral of the story, lebih baik bersederhana dalam segala hal yang kita lakukan sama ada daripada aspek perbuatan, pekerjaan, pemakanan, dan sebagainya. Sederhana itu indah dan menunjukkan akhlak yang baik. Ingat..apa-apa pun jangan OVER!!!!!...

Sape nak coklat tu? Ada lagi sikit dalam almari saya ni ha.....kalau nak hubungi saya di talian..019-9434 tekan-tekan tak dapat..hihihihihi...selamat menikmati keenakan coklat yek......

Saturday, January 28, 2012

Tea time....

Ahaks....sebut tea time...rasa nak tergelak pun ado. Mana tidaknya, moment-moment menikmati tea time ni biasanya bila ada meeting ke, kursus ke...dan semuanya di hotel. Kalau tak pun, bila balik kampung ,berkumpul adik beradik, gorengkan pisang ke.....mesti teringat-ingat. Nak harap ada tea time kat rumah ni memang payah sesangat nak jumpa sebab kami ni bukan mengamalkan minum petang. Anak-anak nak suruh makan pun payah. Kadang-kadang dah masak tak makan pun...huhuhu. Yang makannnya mak bapak diorang, jadi kamilah yang kekal membina badan. Anak-anak kecik aje....

Hari ini , saya anggap macam ada tea time lah kat rumah ni, tapi tertukar pulak namanya, bukan teh tapi....jeng jeng jeng................Minuman ini bukanlah kegemaran saya sangat pun tapi oleh kerana suami berada di luar, tetiba je rasa nak order beli minuman ni dan sesuatu yang dapat mengimbau kenangan zaman budak-budak. Masih ingat tak oren bodoh??? Alah...kalau orang kampung mesti tau air gas yang glamour time kita budak-budak dulu.....Penutup botolnya kita guna untuk main ceper....macam tak biasa....kalau orang bandar tak jumpa kot zaman-zaman oren bodoh ni....

Anak saya cukup suka bila tengok dua item yang cukup sesuai digandingkan bersama ni. Masa saya kecik-kecik dulu, abah selalu buat macam ni. Kami akan berlawan-lawan cawan siapa paling penuh. Lepas tu, tukang ciloknya abah jugak.....kami dapat balance-balance aje. Kali ini saya punya, anak saya dapat sikit aje. Budak-budak mana boleh minum air gas banyak-banyak...tak bagus...hihihi. Anak perempuan saya satu-satunya ni memang sebijik ikut perangai saya. Apa yang saya suka makan, semua dia suka, jadi kena selalu be'perang' dengan dia.

Tara..................

Inilah gandingan air sarsi dan kacang cap tangan...Korang pernah buat ke macam ni? Mesti rasa pelik kan? Kalau kebanyakan perempuan cukup allergik bila tengok kacang.Takut jerawat katanya....Tapi saya, inilah antara makanan kesukaan saya. Alhamdulillah, walaupun banyak saya makan kacang, saya tidak pula ditumbuhi jerawat melainkan pada waktu dan ketika tertentu. Lagi-lagi bila saya terbaca dalam salah satu majalah yang menyatakan, ada kajian daripada America Research Epidemology yang membuktikan bahawa kacang boleh membantu mengatasi masalah lupa.Lagilah seronok dan teruja saya bila nampak kacang......Lebih-lebih lagi bila dah dikupas kacang tu dan dimasukkan dalam cawan. Kalau airnya sikit, kacangnya banyak lagi best.Tak caya, ce try kat rumah...jangan risau, ini bukan aksi merbahaya tapi suami selalu kata....apa yang saya suka semuanya jenis 'potong kaki' punya.......sesekalilah darling...hihihihihihii. Inilah yang mengisi tea time saya petang ini yek...

Gelas yang tinggi saya punya, yang kecik tu anak saya punya...

Ini salah satu kenangan zaman anak-anak saya. Kacang dan air sarsi. Saya dah ada teman kalau nak laksanakan habit ni. Seronok juga. Cubalah....kalau sedap beritahu saya, kalau tak sedap..diam-diam je tau....jangan marah kat saya pulak. Nak lagi best, time minum tu, pejam mata dan hayati betapa enaknya kacang sarsi resepi abah saya...hehehe..selamat mencuba!!!!


Kampung Boy katanya...........

Cuti sempena Tahun Baru Cina minggu sudah kami habiskan di kampung. Ala-ala cuti hujung minggu aje. Sempatlah balik menjamah durian yang dah sampai musim penghujungnya. Rasanya dah tak sekemaruk dulu kalau nampak buah durian, al-maklum le, badan dah tua...hihihihi. Nenek, yang kami panggil atuk...cukup suka bila anak cucunya balik. Mau tidak, lapan ekor ayam kampung disembelihnya. Untunglah kami anak beranak dapat makan ayam kampung, manis rasanya..lebih-lebih lagi ayam muda. Kalau kat bandar, nak dapat ayam kampung, sediakan aje lah duitnya. Memang agak mahal berbanding ayam bandar yang dah kena cucuk sana, cucuk sini....Yang tak bestnya, dalam pada menyambut anak cucu balik, nenek terjatuh dan kepalanya terhantuk pada kabinet di ruang dapur rumahnya. Apa lagi, bergegas kami menengoknya. Bengkak jugak le kepalanya . Sempat pitam/pengsan katanya, tapi tak sempat kami tengok kejadian tu.Mujur ada Pokteh yang cempung badan atuk dan bawa ke bilik...alahai atuk..atuk... Atuk tu kuat orangnya sungguhpun badannya kecik aje. Lepas jatuh, baring aje..tapi boleh diajak bergurau-gurau. Kena lagi cucu-cucu semua dah beranak pinak, semuanya kepala sempoi....

Balik ke kampung sebelah suami pulak, selalulah saya utarakan hasrat.....konon-konon macam orang ngidam, tapi tidak...bila tengok pokok rambutan yang masak meranum sepanjang jalan dari Segamat ke Tangkak, teringin rasanya nak petik rambutan dari pokok. Nak mengimbas kenangan masa zaman kecil-kecil dulu....panjat pokok manggis, pokok rambai, pokok rambutan, pokok buah mata kucing, pokok jambu air, jambu gelas, pokok durian yang ada dahan rendah pun saya panjat. Punyalah hebat anak dara zaman dulu. La ni???? Takde maknanya nak jumpa pokok-pokok tu kat bandar. Nak buah, pergi je Kipmart, hulur duit, bertukar tanganlah dengan buah apa aje yang kita nak.....

Sampai di Tangkak, ayah mertua macam tau-tau je saya ni nak makan rambutan. Dah ada sebakul depan rumah. Apa lagi...........serbu!!!!!!!!!!!. Ayah kata, buah tu dari pokok belakang rumah. Esoknya saya jeling dari tingkap dapur, banyak jugak buahnya. Tapi nak ke sana takut sebab agak bersemak. Suruhlah encik suami tolong jolokkan tapi jawabnya..nantilah.....Saya pun ajak anak sulung ke belakang. Suka dia..nak panjat jugak. Konon nak tunjuk bukti yang dia kampung boy a.ka. budak kampung. Tergelak saya mendengarnya. Yelah tu....

Pokok tu bukanlah tinggi mana pun. Sekadar nak belajar-belajar panjat dan saya nak asah balik skill yang dah lama tak guna (hihihi) bolehlah.....Sesekali bagi can budak bandar ni merasa macam mana seronoknya kalau duduk di kampung..

cuba panjat.....berjaya sebagai budak bandar yang baru nak belajar jadik budak kampung

Bila suruh berdiri, ambil galah dan kait rambutan, TAKUT!!!!! kensel jadik budak kampung....

Ha...yang ini real punya anak kampung yang pulang ke gagang....takde galah, ranting rambutan di modify jadi galah.....

Naik atas tinggi sikit....

alo...tengah syok menikmati kemanisan buah rambutan di atas pokok.....

hasil penat lelah dan jerih payah menggilap kemahiran memanjat....hehehehe

Bila dah turun,pandai pulak encik suami kata.."Pandai pun..." .Hmmm...nak harap encik suami tolong, tak meraso den buah rambutan yang merah, manis, aduh......sedapnya....jangan pulak korang terliur sampai meleleh air liur....tak syesssuaaiii............Kalau nak jadik budak kampung, kenalah tak lupa asal usul...kalau datang dari kampung, jangan malu mengaku anak kampung walaupun nak masuk kampung tu punyalah cabarannya...jalan macam roller coaster.....tapi  tetap bahagia......

Balik kampung...oooo..balik kampung....kampung boy balik kampung...jom masuk kampung tanam jagung......balik kampung jangan tak balik wei...



Wednesday, January 25, 2012

Baucer buku


Dari semalam dengar berita sama ada di radio atau di televisyen berkenaan pelajar yang menjual baucer buku yang diberikan oleh kerajaan kepada semua yang bergelar mahasiswa. Kenapalah mereka ni tak tahu bersyukur. Tak kiralah awak tu di tahun akhir ke, dah tak perlukan baucer buku ke....apa-apa alasan pun lah tapi janganlah sampai nak jual baucer tu di internet....ramai lagi orang yang perlukan baucer tu kalau kamu tak mahu. Kamu dapat secara percuma, senang-senang saja nak kaut untung daripadanya. tak intelektual sungguh!!! Belilah buku untuk anak-anak saudara ke, sepupu ke....kan ramai lagi yang memerlukan, tak salah selagi ianya buku-buku akademik. Ini tidak, yang menyalahgunakan untuk beli majalah hiburanlah, komiklah..itu tak perlu ceritalah..sah-sah memang ada kan...kan....

Tak habis-habis cerita tentang mahasiswa, dari yang melaung-laungkan kebebasan akademik sehinggalah penjualan baucer buku. Bukan mudah nak dapat hadiah sebegini, dah dapat, tak tahu pula nak menggunakannya sebaik mungkin. Alangkah ruginya...saya ni, kalau nak ikutkan, dah masuk kumpulan pelajar tua dah ni. Dapat pula baucer RM200..Ya Allah,seribu rahmat dirasakan. Walaupun masih belum menggunakannya, saya dah tahu buku apa yang saya akan beli sebab status saya pun pelajar juga...Kalaulah ada ramai yang tak tahu menggunakannya, lebih baik hadiahkan pada saya, insyaAllah saya tahu buku-buku apa yang akan memenuhi rak buku saya....

Aduhai adik-adik...belajar-belajarlah menghargai pemberian daripada orang lain kerana itulah tanda kita bersyukur....itukan rezeki dari Allah melalui kerajaan....Belajarlah untuk menjadi insan yang berfikir dengan lebih panjang sebelum melakukan sesuatu. Janganlah sia-siakan pengorbanan orang lain. berapa banyak yang dah kerajaan peruntukkan untuk kemudahan kita sebagai pelajar, jadi...gunakanlah dengan sebaik mungkin....alahai adik-adik.....


Tuesday, January 17, 2012

Kena saman???

Hai sahabat-sahabat...kali ni cerita pasal saman pulak. Nak kata saya ni pemandu yang berhemah sangat idok le jugok...kadang-kadang tu ter'over' jugak lajunya. Tapi sepanjang 8 tahun memandu, rasanya belum pernah kena speed trap. Saman parking palsu ada. Ada ke patut kena saman kat tempat yang kita tak pergi....apa cerita? Sebenarnya cerita pasal saman parking ni, inilah kali kedua saya betul-betul kena saman parking. Kali pertama waktu tu di Larkin Perdana, dua tahun lepas. Saya memang tak familiar dengan tempat tu. Saya tak tahu tempat tu kena letak kupon parking sebab tak nampak pun papan kenyataan yang biasa bagitau pasal kena letak kupon. Ke sana pun sebab sertai sayembara deklamasi puisi kemerdekaan peringkat negeri Johor. Dahlah tak menang, kena samanlah pulak........

Kali ni saya memang nak kena saman jugak agaknya. Sejak mula belajar bulan 11 tahun lepas, saya memang belum daftar kenderaan sebagai kenderaan pelajar. Just masuk sebagai kenderaan awam. Sebab? Pertamanya, susah giler nak cari parking dalam UTM tu ha…Kalau ada parking pun, jauh daripada lokasi tujuan. Maunya sampai ke lokasi, badan dah hangit dek peluh yang berjurai-jurai. Kedua, bukan selalu pun ke UTM, seminggu sekali je. Boleh gitu alasannya? Ha..sebab tulah kena saman…kikikiki…Cumanya, setiap kali masuk ke UTM dan parking di mana yang nampak ada petak kosong, saya mesti berdoa agar tak akan disaman. Pernah satu ketika, saya bawa seorang kawan dari universiti lain yang nak cari bahan di perpustakaan. Bila kami sampai di kereta, pak trafik tengah saman kereta selang sebuah je daripada kereta saya. Dengan muka selamba, kami masuk kereta dan keluar. Alamak….encik trafik sudah tunggu dan kami kena tahan. Muka dia dah ketat dah. Dia tanya pelajar ke staf? Mujurlah kawan tadi jadi penyelamat.Orang luar encik, katanya sambil tunjuk kad matrik. Fuhhhhh….selamat, kami dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri..hahahahaha….sampai ke sudah kami tergelak dek insiden itu…..

Sebelum tu pernah jugak sekali kena saman dalam UTM sebab parking di parking staf. Padahal saya parking bawah pokok je, takde pun petak parking. Oleh kerana kawasan tu memang untuk staf fakulti itu, makanya saya kena saman tapi sepupu saya kata tak perlu bayar sebab saya tak daftar kenderaan. Kertas saman tu pun dah entah ke mana. Harap-harap tak ada masalah…

Saya kena saman tadi pun bukan di UTM, tapi di Taman Universiti!!!!!!..Ada jugak bunyi-bunyi ‘u’….huhuhuhu. Saya ke sana untuk print bahan. Saya tak perasan jugak kawasan tu kena letak kupon. Saya langsung tak perasan ada surat cinta untuk saya sampailah saya perasan sorang penunggang motor asyik pandang cermin depan kereta saya. Apa hal??? Ala…ada kertas rupanya…Saya terus parking tepi, tekan emergency lamp, ambil kertas dan barulah tahu itu kertas saman lorrrr….akhirnya….merasa jugak kena saman. Tak kat dalam UTM,akat luar jugak akhirnya……Terus call encik suami, kena gelak lagi……manyak sedih ooooo….Saman pun samanlah, janji rock!!!!!!! 

Accident depan mata, oh tidak!!!!!

Pagi ini hajatnya nak ke UTM, nak jumpa Pak Supervisor..bukan Pak Supir ya.....Selepas bersarapan pagi dengan soulmate tersayang seperti biasa (masa ni jelah nak dapat datingnya...hihihi), selepas mengucup tangan mohon restu, sempat masuk ke Poli sekejap ambil pendrive daripada seorang teman yang sama-sama sedang berjuang. Sekarang ni memang masa-masa tengah tak tentu arah, konon macam banyak sangat benda nak kena buat sampai tak tahu nak buat apa dulu, nak buat yang mana dulu. Kalau ditanya, rasanya jawapan yang paling senang ialah sengih aje lerrr….Lepas ambil pendrive, terus memandu menuju ke UTM. Alhamdulillah, highway Pasir Gudang pagi tadi cukup clear..lancar perjalanan…..

Bila sampai di flyover nak ke UTM tu, dari jauh dah perasan apa pasallah pulak kenderaan perlahan je ni? Bila semua kenderaan slow, kenalah slow jugak. Karang bawak laju-laju maunya menyondol kereta orang….tak sanggup mak….Tekan minyak kena perlahan…sambil-sambil tu mata dibesarkan untuk scan apa yang jadik kat depan tu. Alamak………………………………Kat sebelah kiri jalan dah banyak kereta dan motor yang berhenti. Lagi alamak…..bila tengok di seberang jalan ada sebiji lori dah kemek sikit. Eh?????? Ada lagi?????? Ada sebiji avanza agaknya.. dah ‘bercium’ , melekat dengan sebiji lori lain. Muka bertemu muka, arah jalan yang sama…camane tu? Masa tulah terasa apasallah tak terer pasal jenis-jenis kereta sampai kereta yang melekat tu pun saya tak tau apa jenisnya. Terus ke depan sikit. La………boleh ternampak pulak sekujur tubuh yang terlentang di atas jalan. Nampak separuh badan, lagi separuh macam tertutup dek pasir. Agaknya salah satu lori tu lori pasir kot….Saya menjangka bahawa jasad itu sudah tidak bernyawa. Innalillahiwainna ilaihirajiun….

Rupa-rupanya, ada sebiji kereta lagi yang dah kemek, macam dipenyekkan di tengah-tengah divider jalan yang penuh pokok. Tak tau jugak kereta apa….huhuhuhu. Rasanya kalau bukan myvi, viva kot..sebab kereta tu kecik ajerr…Dua-dua kereta tu warnanya sama. Orang ramai dah macam pesta. Memang tak ada harapan jalan itu boleh dilalui kenderaan. Yang berkerumun lain, yang ambil gambar lain….saya? teruskan memandu sebab tempat tujuan tak sampai lagi. Kenderaan di laluan tersebut tak perlu ceritalah, berjela-jela panjangnya tapi pemandu,penumpang semua tak ada dalam kereta. Semuanya keluar pi tengok mangsa kemalangan. Tengok ke, tolong ke tak pastilah sebab saya ni memang penakut kalau tengok-tengok kemalangan maut macam ni. Lagi-lagi bila ternampak ada tubuh yang dah tidak bernyawa. Lemah semangat agaknya, asyik teringat-ingat….

Seram sejuk jugaklah bila berdepan dengan kemalangan macam ni. Rasanya dah dua kali saya tengok kemalangan maut….aduh, pening….Tulah, ajal maut memang tak cepat atau lambat mahupun sesaat. Macam mana cara kita ‘pergi’ pun kita tak tahu. Mudah-mudahan kita pergi dalam husnul khotimah….Saya teruskan perjalanan. Lepas bertemu Pak Supervisor dan menunjukkan perkembangan penulisan dalam kajian yang nak dibuat, tiba-tiba rasa macam ada batu bata jatuh dari bahu. Hilang lelah rasanya bila dah dapat maklumkan apa yang patut supaya tak terus tertinggal. Oleh kerana matlamat dah tercapai, jadi agenda seterusnya dilaksanakan. Yeyeyeyeyee…..pergi ambil voucher buku RM200!!! Siapa nak bagi..banyak tu…….

Kemudian, bertemu seorang teman yang sama-sama berada dalam kasut yang sama. Kami ke library SPS, naik turun tangga cari library..rupa-rupanya tersorok. Peluh muka I tau….kurus kuku i….sama-sama cari bahan, sambil-sambil tu bersembang-sembang, barulah tak boring..barulah kerut tak keluar kat dahi. Penat tu nak gerakkan 64 otot muka bila berkerut kalau nak bandingkan cuma 18 otot kalau tersenyum. Jadi..senyum je lerr…..sedekah…Sembang punya sembang, la……rupanya tak habis lagi cerita accident tadi. Rupanya teman tu memang nampak depan mata waktu accident tu berlaku. Itu motor sudah masuk bawah lori juga….agaknya tubuh yang saya lihat tu adalah penunggang motor. Jadi, kemalangan itu melibatkan 2 biji lori, 2 buah kereta dan motorsikal yang saya tak tahu berapa jumlahnya. Mudah-mudahan tak ramai yang terlibat…Kemudian bila balik, saya ambil keputusan ikut pintu belakang UTM, keluar terus dekat Shell, jadi tak akan lalu jalan tadi.

Petang ni kaki rasa nak tanggal sebab hampir sejam setengah perjalanan dari UTM nak sampai ke Pasir Gudang. Turun je highway Pasir Gudang, jem lagi. Sedikit luar biasa, rupa-rupanya…ada accident jugak. Pergi balik ada accident..mujur tak nampak teruk sangat. Kenderaan dah dialihkan ke tepi jalan. Tapi kaki tetap sakit..huhuhuhu….alhamdulillah selamat sampai. Terus ambil Haziq di rumah pengasuh dan rancangnya nak tidur awal malam ni tapi nak selesaikan entri ni dulu. Ada satu lagi entri nak masuk lepas ni….selamat membaca…..

Saturday, January 14, 2012

Keluarga kami...


Inilah kami...Sebuah keluarga yang bahagia (InsyaAllah......aminnnn...). Ayah yang sangat memahami, tapi tak romantik hihihhihi....ringan tulang, suka buat 'magic' yang mana magiknya memang mama tak boleh nak lawan. Bab jaga anak memang mama puji melambung-lambung. Bab kesihatan anak, ayah memang terer. Kalau anak-anak demam, biasanya  ayah yang lebih berjaga tengah malam.....walaupun kami bergilir-gilir, tapi biasanya ayah yang lebih peruntukkan masa dengan anak-anak sebab mama ni jenis senang 'hanyut'....kejap je dah terlentok. Bab kemas rumah, kena thumbs up jugak kat ayah. Mama dah rasa macam mama ni puterilah pulak sebab tak reti nak mop rumah, vakum rumah atau pun basuh baju. Kalau mama buat pun, jarang sekali. Semuanya ayah yang uruskan. Kalau basuh baju, biasanya kerja mama lipat baju aje....Alhamdulillah....ringan sikit kerja mama....Cuma, satu je yang ayah tak buat, memasak. Sebab apa? ayah kata, kalau ayah pandai masak...nanti ayah 'pukul habis'...Makin manjalah mama nampaknya...kikikikiki.......

Mama....seorang yang sensitif..senang merajuk tapi tak pulak selalu kami ni bermasam muka. Memang kuat membebel. Kadang-kadang merasa jugak anak-anak dengan penangan mama dia...hihihi. Paling best, kadang-kadang ayah pun merasa. Biasanya kalau mama geram, ayahlah jadik mangsa jadi punching bag, tapi lepas tu kitorang gelak sama-sama. Alhamdulillah, kami bahagia sebagai suami isteri dan teman....Biasalah masam manis hidup sebagai suami isteri tu memang ada, kalau tak taklah ada pengalaman yang menarik kan...Tolak ansur dan saling berkomunikasi adalah kunci yang baik untuk sebuah perhubungan. Percaya juga bahawa pasangan kita adalah yang terbaik untuk kita. Terima kekuatan dan kekurangannya dan kita akan saling melengkapi yang mana kurang...

Hasil usaha sama saya dan encik suami maka hadirlah tiga orang cahaya mata yang comel dan menjadi bukti kasih sayang kami. Diam tak diam tahun ini perkahwinan kami menginjak ke usia 9 tahun..tahun depan dah sedekad, mudah-mudahan...Anak yang sulung, Amirul Rahimi, pemimpin yang pengasih. Bakal menginjak usia 8 tahun pada April akan datang. Paling senang dilahirkan, sekali teran saja, keluarnya begitu mudah, kata arwah mak mertua sewaktu ada hayatnya. Tapi lahir selepas proses induce sebab dah melepasi tarikh jangkaan. Seorang yang sensitif, penyedih juga orangnya. Sekarang ni dah makin lasak, al-maklumlah dah besar katanya....Dah sunat, dah boleh solat sebelah ayah. Dah tak boleh nak main-main...dah ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Bercakap dengannya secara dewasa, tak macam cakap dengan budak-budak. Bercakap perlu ada sebab bagi setiap persoalan yang ditanya. Kadang-kadang mama bising jugak, banyak sangat yang nak ditanyanya...Senang diserang sakit. Sebab? Mama selalu kata sebab Rahimi tak dapat bekalan susu mama yang cukup sebab selepas dua bulan Rahimi lahir, mama kena pergi kursus induksi di Kelantan selama tiga minggu dan susu mama kering...kesian anak mama. Bila dah besar sikit, susah disuruh makan sayur...ha sebab tulah....tapi tak apa, dah besar nanti nak jadi angkasawan katanya.....angkasawan makan sayur tak???? heheehehe...

Puteri satu-satunya, Amira Sofiyah, puteri yang bersih, ikhlas,jujur. Dua kali teran baru nak menjengah dunia. Tapi indahnya dengan kelahiran ini sebab mama dapat rasa proses bersalin secara normal. Kontraksi yang datang berperingkat, sehinggalah proses melahirkan. Sangat indah pengalaman itu. Sebiji ikut macam mama, kata atuknya. Aduhai....dia punya manja, mengada-ngada...tak kuasa mama nak layan. Kadang-kadang mama memang tak mengaku mama 'semengada' anak dara yang seorang ni. Tapi nak buat macam mana, anak mama....Manja, suka bersolek, kadang-kadang degilnya ya ampun....dirotan pun selamba aje....cerdik, cuma vitamin"M" nya besar sikit. Kuat menjerit, bingit telinga kalau dengar jeritannya. Silap-silap boleh jadi pekak bila suka-suka hati dia menjerit di sebelah telinga. Suka kasi hangin mama...Kalau dapat gajet di tangan, jangan harap orang lain nak guna. Kalau bukak tv, jangan harap orang lain nak merasa tengok channel lain......Hari-hari 'paw' mama atau ayah...dah besar pun selalu nak dimandikan..memang beza betul dengan perangai si abang.....Kuat minum susu, pakai botol pulak tu....yang ni memang sebiji perangai mama yang masih minum susu botol sampai darjah satu. Anak dara pulak yang mengikut jejak langkah mama dia.....hihihihihihihi...Sekarang ni dok terpengaruh dengan cerita hantu kawan-kawan sampai nak pi bilik air yang sekangkang kera tu pun takut...tak kuasa mama melayannya......tapi tetap dialah buah hati pengarang jantung mama.......dialah madu, dialah racun........dialah penawar......

Cerita tentang si kecil yang mama panggil Aiman Haziq yang hebat, seorang anak istimewa. Kelainan sewaktu mengandungkanya rupa-rupanya petanda bahawa mama akan dianugerahkan sang kupu-kupu syurga yang comel, handsome dan memberikan mama ketabahan, kekuatan dan kesabaran yang bukan sedikit. Haziq adalah penguat kasih sayang sayang kami sekeluarga. Adanya Haziq menguji kekuatan kasih sayang kami. Allah hadirkan dia sebagai amanah yang perlu kami jaga dan kami sayangi dengan sepenuh hati. Adanya Haziq membuka jalan yang luas buat mama. Mama bertemu ramai insan yang berada dalam kasut yang sama, berkongsi rasa dan ilmu Allah yang bukan sedikit juga. Mama membentuk rangkaian di seluruh negara demi Aiman Haziq. Mama dianugerahkan rezeki yang tidak terjangka, pelangi yang indah walaupun awalnya mama ditimpa hujan di tengah hari. Indahnya perancangan Dia Yang Maha Kuasa.

2nd chromosome 2q duplication syndrome adalah sindrom yang dideritai Aiman Haziq, putera mama yang kini telah berusia 3 setengah tahun. Tahun ini masuk 4 tahun namun, perkembangannya masih seperti bayi 4-5 bulan. Mama tak mahu ceritakan perkembangannya di sini kerana semuanya telah dikongsikan di http://www.ceritahaziq.wordpress.com. Cuma apa yang mama boleh katakan, Haziq adalah anugerah terindah dalam hidup mama dan hadiah yang tidak ternilai buat mama dan ayah....

Ketiga-tiga cahaya mata inilah yang menjadi warna warni dalam kehidupan kami. Bergaduh, berperang, jerit-menjerit..semuanya ada namun kami BAHAGIA...

Friday, January 13, 2012

Bila anak-anak tak sihat....

Minggu ni anak-anak menghadapi masalah kesihatan. Bermula dengan si abang yang ada masalah dengan hidungnya. Ada semacam luka dalam hidungnya. Nak kata selsema, tak pula berhingus meleleh-leleh, tapi gatal katanya. Asyik digaru saja hingga luka dan jadi seakan kudis. Bila disentuh sakit katanya. Kemudian luka tu macam melarat hingga ke bahagian luar hidung. Mama dia mestilah tak senang hati dibuatnya...Bawa ke klinik. Badannya pun hampir demam. Doktor kata, luka tu luka akibat digosok terlalu kuat. Hidung kan sensitif, akibat kegatalan dan ditenyeh-tenyeh, maka lukalah ia dan dijangkiti kumanlah ia akhirnya. Merasalah makan antibiotik dan ubat sapu. 

Masa di klinik, si adik pulak tunjukkan telapak tangannya yang terluka. Katanya terkena sinki. Bila mama lihat, dah mula bernanah. Bila ditanya kenapa tak maklumkan pada mama, responnya.."tak ada siapa nak tanya.."????????? pening betul bercakap dengan budak yang belum masuk 7 tahun ni...takkanlah kita nak kena tanya.."adik,ada luka tak? , ada jatuh tak?....patutnya kalau dah sakit kenalah beritahu kan? Aduh....anak-anak......Esok paginya, si adik mulalah cipta alasan tak mahu ke sekolah agama, dipujuk-pujuk pun tak mahu. Geram betul...dek kerana tangannya yang sakit sedikit itu, dah tak mahu ke sekolah. Punyalah geram, akhirnya mama cucuk tapak tangan yang bernanah tu, keluarkan nanahnya. Menangis jugalah tapi kurang sikit bengkaknya. Jadi, sehari tak ke sekolah agama. Mujur mahu pula ke sekolah kebangsaan sebelah petangnya.

Dalam pada si abang tu sakit hidung, rupa-rupanya mama tak perasan sebelah kiri pipi si abang membengkak, macam kena beguk. Bila dipegang dan dipicit, sakit juga. Ayah ada beritahu mama tapi mama tak perasan. Sekali lagi si abang dibawa ke klinik.Doktor kata kelenjar air liurnya membengkak. Mama risau juga sebab si abang ni bukannya sesihat si adik. Kalau kena hujan pun mama risau, inikan pula kalau sakit-sakit yang jarang sekali menimpanya. Si abang ni ada alahan, tak boleh makan coklat, tak kiralah coklat biasa ke, coklat putih ke. Pantang sebab boleh diserang asthma. Milo pun tak boleh makan. Nak suruh makan sayur sikitlah punya susah......Kalau si adik, agaknya merasa susu badan hingga setahun, antibodinya lebih kuat berbanding si abang dan jarang sekali diserang sakit. Dalam enam tahun, rasanya boleh dibilang dengan jari berapa kali si adik ni demam..alhamdulillah.

Cerita tentang si kecil pula, dah dua tiga hari badannya macam tak berapa nak sihat sebab kudis api di jari kirinya. Satu sahaja tapi itu membuatkannya rasa macam nak demam agaknya. Kadang-kadang ok, kadang-kadang merengek. Jadi,mama tak boleh fokus dengan kerja mama minggu ini. Tertangguh urusan mama dek memikirkan anak-anak. Bila ketiga-tiganya tak sihat dalam masa yang sama, siapa yang risau? Bukan mama je, ayah pun tumpang risau....cepatlah sihat anak-anak......

Saturday, January 7, 2012

Durian dah gugur ke?

Dua minggu lepas balik kampung sebab kebetulan saya ke Bangi sebab ada kursus. Adik bagitau, kat kebun abah ada durian. Pokok durian yang dinamakan dengan nama saya iaitu "D-Ila" paling banyak buahnya kali ini. Dah besar-besar juga....isinya putih, manis-manis pahit....tak sabar rasanya nak balik kampung dalam dua minggu lagi. Khabarnya waktu tu dah mula gugur.

Sebelum balik ke Pasir Gudang hari tu, sempatlah singgah di kebun abah, sempat pusing-pusing tengok pokok mana yang ada buah. Pokok D-Atuk Abah kali ni langsung tak ada buah. Yang banyak buah, D-Ila dan D-Midah. Buah D-Midah sah-sah kalau gugur ke tepi jalan perginya sebab betul-betul tepi jalan. Abah pernah kata, kalau buah gugur kat jalan, siapa-siapa lalu, ambillah..itu rezeki mereka. Belek punya belek, D-Zaki ada sikit, pokok paling sedap, D-Suha rasanya tak berbuah..Hahaha...sorry ye kakak (panggilan manja buat sepupu, anak saudara kesayangan abah )..kali ni makan Kak Ila punya buah jelah...hihihihi..

Boleh pulak petang tadi Kak Long telefon anaknya mengatakan durian dah gugur, banyak..rasa macam tak percaya, terus telefon adik, dan jawapannya...baru buang busuk!!!! InsyaAllah minggu depan dah gugur banyak.........Terus mengelitik nak balik...durian tu...kalau kat sini kena beli.Kalau balik kampung makan free sebab kebun sendiri. Eh salah...bukan kebun sendiri, kebun abah....hehehe


Lepas ni akan selalu tertanya-tanya, durian dah gugur banyak ke?????? sedapnya.....

Jom le balik kampung makan deghoyan.....

Petang-petang jom pi taman....

Bila hujung minggu je, otak ni ligat berpusing memikir nak ke mana selain duduk di rumah. Nak mengadap komputer je mana larat padahal bukan buat kerja pun....Hmm..pagi ni lepas masak nasi goreng campak-campak, lepas paksa encik suami dan anak-anak makan, as usual...lepak ngan Haziq. Ngadap komputer kejap, lepas tu sediakan makan tengahari. Yang bestnya sebenarnya tak masak heavy pun hari ni. Untuk anak-anak, cuma burger ngan roti je. Untuk mama dan ayah, burger speciallah sikit, letak timun, letak tomato, tapi rotinya roti gardenia biasa je..hihihi...

Bila dah makan, dah kenyang..ngantuklah pulak. Konon-konon nak tidur dengan Haziq. Baru lelap, dapat panggilan telefon dari jiran sebelah. Alhamdulillah...rezeki nak makan nasiminyak hari ni. Macam tau-tau je hari ni tak masak....Alhamdulillah, syukur...kenyang lagi.....

Sebelah petang, dah rancang nak bawa Haziq ke taman. Si kakak pun ikut sekali tapi siap bersyarat, balik kena belikan oreo......hmmm anak dara sorang ni....Ambil sekali anak saudara yang belajar di poli, kami pergilah ke Taman Tasik Perdana, Taman Bukit Dahlia. Sampai sana wah seronoknya bawa Haziq dua round pusing-pusing. Angin sepoi-sepoi bahasa. Sebelum ni pernah sekali bawa Haziq...suka dia..senyap aje sebab kena angin.

Kali ni ikut jalan lain. Lalu tepi padang bola. Ramai jugak lelaki dewasa main bola petang-petang ni. Masa kami sampai tu dah pukul enam pun. Seronok tengok ada satu famili tu, mak, ayah dan anak sama-sama berbasikal. Rasanya ada 4-5 round mereka pusing. Seronok betul tengok. Trek jalan kaki tu memang sesuai untuk berbasikal, berjalan-jalan dan berjogging. Tapi fokus kami cuma nak jalan-jalan cari angin.....

Yang lebih posingnya si kakaklah...kat batu, balik pokok, duduk, berdiri semua gaya ada....





Yang ini adalah tokang tolak stroller Haziq pada petang yang sungguh damai. Nurul Athirah, anak saudaraku...


Yang ni pulak sempat bergambar dengan bunga, macam lagu Rahimah Rahim, gadis dan bunga. Cepat aje bunga tu dipetik lepas posing..alahai anak mama....


Lepas ni bolehlah bawak Haziq selalu ke sini. Biar dia melihat dunia luar, keriuhan, kebisingan, kedamaian dan ketenangan apabila berada di luar rumah....jom lepak di taman....

Friday, January 6, 2012

Cerita hari pertama sekolah....

Tahun ini, dua orang anak dah masuk ke sekolah rendah. Si abang dah masuk darjah dua, si adik pulak baru nak masuk darjah satu. Kali ni dua-dua ditempatkan di SK Taman Nusa Damai, lebih kurang 1km je dari rumah...dekat sikit berbanding sekolah lama si abang yang lebih dekat dengan rumah pengasuh lamanya, Ibu Aisyah. Perbelanjaan pun meningkatlah, itu baru dua orang...tak terbayanglah kalau lebih ramai yang sekolah, luruh rambut rasanya...hihihi..

Mama mula membayangkan susah senangnak mengejutkan anak-anak pergi sekolah. Pukul 5 pagi mama dah bangun, standby lebih awal daripada anak-anak. Harapnya yang besar senang sikit. Yang puteri seorang tu yang tak tahan, rengeknya.....aduh.kadang-kadang nak dimandikan..manja ya amat!!!! Mujurlah hari pertma mudah nak dikejutkan. 

Cantiknya anak mama pakai baju sekolah...

Amira Sofiyah

 Siap-siap nak pakai kasut

Hari pertama naik motor ye dengan ayah....

Ini hari pertama penempatan..belum hari pertama sekolah betul-betul. Mereka kena ambil ujian untuk penempatan kelas. Akhirnya, si abang dapat masuk kelas 2 Damai 2 dan si adik masuk 1 Damai 1. Sekolah agama, mama dah tak risau sebab abang dah boleh jaga adik. Dah tahu mana kelas,siapa ustazah..dah boleh lepaskan aje. Boleh diharap nampaknya si abang untuk jaga adik...

Cerita hari pertama sekolah kebangsaan. Biasanya mak ayah akan tunggu untuk urusan kemasukan anak ke kelas dan sebagainya. Punyalah brutal encik suami, ditinggalnya anak-anak di sekolah, pandai-pandailah kau nak hendak ke mana......Mujurlah mama ada di rumah, risaukan anak-anak, mama menurut ke sekolah. Mama cari di kantin, tinggal mereka berdua sedang beli minuman. Pelajar lain dah menghala ke dewan....Alahai kesian anak mama...macam cerita kelakar pulak sebab kali ni macam tak excited aje walhal ada anak yang nak masuk darjah satu. Agaknya sebab ada abang dialah ni yang boleh diharapkan. Terkejut mereka lihat mama dia muncul tiba-tiba......

Saya pun pergi ke papan senarai kelas, tengok-tengok nama anak-anak di mana dan terus bawa ke dewan. Sampai di dewan, barulah saya lepaskan kepada guru yang menunggu. Saya hanya pesan bahawa kena pandai-pandai dan saya takkan tunggu. Alhamdulillah, si adik pun survive sendiri jadi tak risaulah tinggalkan dia dengan abangnya....Nampak kematangan mereka, dah tak macam budak dulu-dulu. Tak adanya nak menangis..kira hebatlah tu.....

Ayah..ayah...ada ke ditinggalkan anak dia macam tu aje. Puas jugaklah saya membebel tapi dengan ketawa sebab memikirkan kebrutalannya itu...ayah..ayah...