Followers

Monday, June 27, 2011

Taka Melor konon.......

Bila mak telefon minggu lepas beritahu durian dah mula gugur buang-buang busuk, hati ni macam biasalah, mengelitik aje nak balik kampung. Sayangnya belum ada yang gugur pun, setakat sebiji, dapatlah merasa seulas, alhamdulillah...Nampaknya kena tunggu seminggu dua lagi baru gagat gugurnya. Kebetulan pulak hujung minggu lepas memang dah plan nak berkumpul adik beradik dan adik beradik sebelah mak, nak buat tahlil sikit untuk insan-insan kesayangan yang telah pergi meninggalkan kami. Adalah buat makan-makan sikit, barbeque ayam, daging, ikan dan sotong. Masak pula nasi goreng Cina, Sup tulang dan sikit-sikit air tangan mak-mak saudara yang sama turut berewang dari petang. Sempat jugalah buat acara potong memotong dan melicinkan 2kilo kek secret resipi...pergh...hingga menjilat jari, licin!!!

Esoknya konon dah merancang nak ke Taka Melor, nak ambil gambar untuk pertandingan fotografi, sambil-sambil 'riki'riki' best ke tidaknya tempat tu. Katanya masih suci lagi..Maka pergilah berdua dengan adik bongsu. Fuhhh...jauh juga dari Pekan Labis tu. Masuk hingga melalui Felda dan Kampung Tenang, masuk lagi ke dalam. Memang jalan pun sempit gilerr..muat-muat untuk sebiji kereta saja. Mujurlah ada seorang pemotong rumput, orang kampung situlah yang baik hati tunjukkan kami jalan. Masuk punya masuk, terus punya terus, agak 'scary' jugalah sebab lalu jalan yang sempit, kebun-kebun orang. Sungguh tidak sessuai kalau setakat nak pergi berdua atau bertiga. Nak bawa anak-anak pun fikir banyak kali. Siap lalu jambatan kayu, anak sungai..view sepanjang perjalanan boleh tahan cantik tapi entah kenapa rasa tak sampai-sampai....

Tiba-tiba tatkala menuruni sat bukit, alamak!!!! jalan runtuh!!!!! Jalan tu memang terbelah dua. Ada sebiji kenderaan pacuan empat roda di tepi jalan. Memang tak boleh lepas, rasanya dah tak jauh daripada Taka Melor. Punyalah payah nak 'reverse' kereta sebab jalannya dahlah kecil, ada pulak sebiji kenderaan di situ. Tiba-tiba hati jadi takut, rasa tak berapa enak. Kami pun patah balik dan terjumpa salah seorang penduduk kampung dan bertanyakan arah lain nak ke Taka Melor. Rupa-rupa hanya itulah satu-satunya jalan ke Hutan Lipur Taka Melor. Hmmmm terbantut rancangan....Sempat singgah di simpang yang ada papan tanda Taka Melor, ambil gambar sebagai bukti dah sampai ke kawasan tu. Punyalah geram bila banyaklah encik-encik serangga memberi salam pengenalan. Aishhh.....

Baliklah semula ke rumah dengan sedikit rasa hampa sebab misi tak berjaya. Nasib baik tak digelakkan oleh encik suami sebab apa yang berlaku di luar daripada dugaan dan perancangan. Ha...nak sangat Taka Melor, akhirnya........Taka Melor sangat.........Saya pasti tempat tu mesti cantik sebab adik bongsu pernah sampai ke sana. Dah bukan rezeki namanya....Punya geram, sempat shopping kain di Tangkak bila singgah di rumah bapa mertua....hehehehehehe....

Thursday, June 23, 2011

Penangan J-Card

Hari ni hari gaji. Cepat pulak bulan ni gaji. Sah-sahlah sekejap je jumlah yang ada dalam akaun tu akan menyusut. Teringat kata-kata seorang ibu kepada usahawan yang berjaya, ibu kepada Syed Mokhtar Al-Bukhary yang mengingatkan sang anak bahawa separuh daripada gaji yang kita terima sebenarnya bukan hak kita. Kalau difikirkan, memang betullah tu. Kalaulah ada kalkulator di tangan, memang cepat aje jari mengetuk nombor-nombor yang ada untuk melihat baki yang tinggal selepas diagih-agihkan kepada yang berhak. Bagi yang dah berkeluarga, bayaran tetapnya memang ke pengasuh, bayaran van sekolah anak(kalau naik vanlah), bayar kereta, ansuran rumah, hutang bank, belanja dapur, dan petrol. Itu belum lagi belanja sekolah anak-anak, mainannya, jajannya...belanja untuk diri sendiri, kecemasan, simpanan?? mungkin jadi perkara terakhir yang difikirkan. Tapi sebenarnya itulah yang paling penting......

Hari ni memang hari yang cukup seronok untuk AEON sebab sedang molek saja mereka buat J-Card Day, gaji pun masuk. Sah ramai yang berpusu-pusu menunggu depan pintu masuk Jaya Jusco sebelum pintu dibuka. Konon harga barang lebih murah berbanding biasa.Betul ke???? Hmmm..seingat sayalah, dah 10 tahun saya bekerja, baru 2 kali saya pergi J-Card Day. Pertama sebab taknaklah bazirkan duit tak tentu pasal, biasalah perempuan....biasanya ikut hati, nampak murah je nak sambar. Taknaklah sampai nak makan pun nanti sampai kena ikat perut atau hujung bulan dah paras-paras hidung. Lagi pula memang tak sukalah dengan situasi ramai-ramai orang ni. Rimas.....

Apa yang peliknya, ramai kawan-kawan minat sungguh dengan J-Card Day sampai sanggup bercuti semata-mata nak pergi J-Card Day. Bukanlah iri hati tapi kadang-kadang pelik jugak dengan minat manusia yang pelbagai ni..Macam-macam kan.... Apa lebihnya J-Card Day ni? Adakah kerana harganya betul-betul murah? Saya selalu berfikir bahawa sebenarnya harganya sebenarnya taklah murah mana. Dia letak harga tinggi kaw-kaw , lepas tu jatuhkan 70%, lebih kurang je harganya dengan masa-masa biasa. Tu pada saya yang jarang ke Juscolah....mungkin lain orang lain pandangannya. Mungkin sebab jenama Jusco tu sendiri. Beli kat mana? Jusco......lainlah saya setakat beli kat pasar raya biasa-biasa je.hihihihi...Semua tu tak penting bagi saya. Dunia blako.....Mungkin jugak kalau beli di Jusco, ada kelass....kalau setakat beli kasut kat BATA.....hurmmmm.....

Kalaulah saya ke Jusco, rasanya 'selamat'lah belanja bulan ni. Mujur suami memang hebat dalam pengurusan kewangan. Kalau tak penting, abaikan. Utamakan keperluan daripada kemahuan. Kalau keperluan tak terpenuhi, sukar untuk hidup dijalani tapi kalau kemahuan tidak dipenuhi, tak ada masalah untuk tetap hidup seperti biasa. Kadang terdetik juga di hati nak beli itu ini, tapi bila fikir-fikir...tak apalah, ada lagi yang lebih penting, pendamkan saja keinginan di hati. Suami selalu kata, kita ni selalu berkira sebab kita bukan berduit. Cuba kalau kita memang mewah....memang tak hairan kalau kita pun akan jadi macam mereka. Nak apa beli, nak itu sambar, nak ini bayar....Mujur sangatlah saya dan suami memang sama-sama bukan kaki shopping, sama-sama tak selesa bersesak-sesak...jadi selamatlah sang suami yang tak perlu melayan kerenah isterinya.....Lagipun hidup bersederhana paling mudah, paling indah....

Rasanya AEON tetap tak rugi kalau setakat saya tak pergi sebab ramai lagi yang jadi pelanggan sejati. Mudah-mudahan kawan-kawan dapat apa yang dicari, gembira di hati dan saya pula?????? Jadi penunggu ofis sejati. Buatlah apa yang patut di pejabat ni. "Bekojolah kito sekueknyo......"hehehehehehehe....kepada kawan-kawan....selamat bershopping tapi jangan sampai miss soru.......hehehehehe.....

Tuesday, June 21, 2011

Ke Tanjung Balau....

Cerita ni dah ada dalam blog ceritahaziq tapi itu cerita Haziq...ini nak cerita pasal gembiranya Sofiyah dengan Rahimi dapat main pantai. Maklum le memang tak pernah bawak budak-budak ni main pantai pun...hihihihi....teruk kan mama diorang ni...kali terakhir diri sendiri pergi pantai pun kalau tak silap lepas kahwin..konon-konon honeymoon...ce kira...dah 8 tahun lamanya...Bila dah keluar 3 orang....ha tunggu besarlah baru niat bawak anak-anak pi main pantai. Kebetulan sangatlah highway E22 ke Desaru tu dah bukak, elok pulak abang janji dengan Sofiyah nak bawak ke sana, memang le dituntutnya.....

Pagi-pagi dah siap-siap, kul 7 keluar rumah. setengah jam je lebih kurang.Sampai sana pun kereta tak banyak lagi tapi dah nampak beberapa khemah. Sahlah diorang ni bercamping di sini. Nak aprking ternampak banyak jugak B.E.R.U.K seolah-olah menyambut  kedatangan kami. Nak ambil gambar macam tau-tau je, semua bertempiaran melompat-lompat melenting-lenting masuk dalam semak...

Sampai-sampai Haziq makan, abang dengan kakak dah bawak pelampung masing-masing. Tak perasan pulak ayah pakai baju SIPMA..abislah baju i kecut kena air laut...huhuhuhuhuhu.....

baru sampai...landing dulu...




















seronok tengok anak-anak seronok..

Sementara tol masih free..larung aje le...lepas ni rasanya dua minggu lain dah ada perancangan ke tempat lain, sebelum tu....hujung minggu ni wajib balik kampung nak kasi kekah durian atuk...mak kata durian kat kebun pun dah mula buang busuk...culah..elok je kami balik buah mesti tengah gagat gugur....seronok..beronok-ronok.......lepas tu esoknya Ahad nak pi Taka Melor pulak adik beradik...mudah-mudahan semua rancangan berjalan lancar....


Seminar Celik PIPI 2011

Sabtu lepas berlangsung Seminar Celik CP di Dewan Seminar University Monash Johor Bahru. Kali ini terasa rugi sebab tak dapat menyumbang tenaga sepanjang penganjuran seminar. Selepas keluar berkursus sebulan di Kedah, sambung pula dengan 2 minggu tugas luar di Melaka, di Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2011. Hari Jumaat, Tasya maklumkan seminar berjalan seperti dirancang dan saya diundang menjadi MC bersama-sama Asrin, anak Kak Siti Salmiah. Saya bersyukur sangat sebab akhirnya Asrin kata boleh jalan sendiri, lega..dapatlah kali ini saya hanya duduk mendengar dan jadi jurukamera.Seronok!!!!!

MC of the day....terima kasih Asrin ye....

Bukanlah nak mengelak daripada tanggungjawab, tapi sebenarnya secara perlahan-lahan nak melepaskan copong yang selama ini dipegang untuk orang-orang baru. Lagipun, ada agenda lain yang perlu difokuskan secara berdikit-dikit. Saya sangat gembira kerana seminar ini berjaya dijalankan. Seperti dirancang tahun sudah, kalau boleh team Celik CP.......eh sudah tukarlah..Rakan Celik PIPI (Perkembangan Fizikal, Intelektual, Psikologi dan Intervensi) bakal mengadakan 3 seminar sepanjang tahun ini yang dibuka untuk ibu bapa yang memiliki anak-anak kelainan upaya.

Kali ini gembira sebab ada slot untuk penyebaran maklumat kepentingan menjaga kesihatan tulang belakang a.ka.a sakit pinggang di kalangan ibu bapa anak-anak istimewa. Maklumlah, kerja-kerja nak mengangkat anak-anak istimewa ini bukannya mudah. Salah teknik boleh tergeliat tulang, urat, malah boleh jadi kronik. Penerangan daripada jurupulih anggota HSA, Mohd Fendi Abdul Halam menjadi slot yang paling meriah dengan gaya bersahajanya.

Dia datang.......

Baik bos......

Angkat lagi....imbang..imbang...

Senaman untuk bapa-bapa yang sakit pinggang...

Eh..buat sendirilah.....

Teknik yang betul mengangkat anak istimewa...

Teknik mengangkat dan meletakkan anak CP di atas kerusi

Bersungguh-sungguh...

Sedikit info mengenai slot ini telah saya muatkan di http://www.ketukpc.wordpress.com. Kalau sudi singgahlah baca ye....Slot kedua berkenaan saringan penilaian kelewatan perkembangan anak-anak menggunakan Denver II yang disampaikan oleh Cik Nurulhuda, Jurupulih Cara Kerja HSA, orang kuat team kami juga. 

Cik Nurul yang sentiasa tersenyum...

Laparlah pulak...

Baru semangat nak bagi talk....perut dah kenyang.....

Seminar kali ini juga memperlihatkan kerjasama antara pihak kumpulan Rakan Celik PIPI dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana Prof Dr Azizah dan seorang pelajarnya telah menyediakan prototaip dan mendemonstrasi aplikasi penggunaan laman web yang boleh membantu ibu bapa dalam memantau perkembangan anak istimewa. Menerusi laman web ini, ibu bapa boleh melihat sendiri tahap perkembangan anak-anak dan mengimplimentasi pelbagai teknik stimulasi yang dicadangkan sekiranya anak-anak dikesan mengalami kelewatan perkembangan tanpa perlu menunggu temujanji dengan pasukan perubatan. Segala perkembangan boleh direkodkan dan data disimpan sebagai rujukan kepada pakar. Inovasi ini sangat membantu dan memerlukan kerjasama pelbagai pihak agar aplikasi ini dapat disebarkan kepada ibu bapa seluruh negara yang mempunyai anak-anak istimewa.


Prof Dr Azizah

pelajar UTM...lupa pula namanya...maaf ye...

Aplikasi yang menarik...

Alhamdulillah kali ni ramai juga ibu bapa baru yang sama-sama mendapatkan info. Terharu apabila melihat sepasang datuk dan nenek yang sanggup datang demi cucunya....Paling mengharukan apabila di penghujung seminar, ada kejutan untuk ayah-ayah sempena Hari Bapa....

Sebahagian bapa-bapa yang hadir..yang lain malu nak turun...

Anak-anak dah sedia buat surprise....

Sorang-sorang keluar..paling happy Syikinlah....

Kek istimewa untuk ayah-ayah...

Potong sama-sama...

Kucupan kasih seorang ayah untuk anak yang datang berikan kad hari bapa...

kek dah selesai..nasib baik sempat ambik gambar nie....

Kali ini, seronok juga sebab dapat jemput seorang teman FB yang selama ini hanya berinteraksi di alam maya. Nur Khairiyah dan Puteri Nur Iman Qistina (Baby Q)....dapat bersua muka akhirnya. Memang gebu Baby Q. Harap-harap Nur dapatlah sedikit info dalam seminar ini ye..kalau ada lagi, pasti kami akan panggil lagi untuk sama-sama mendapat manfaat untuk anak-anak kita...

Baby Q tidur dengan nyenyaknya........

Harap seminar kedua yang dirancang pada September nanti akan membawakan pakar-pakar dari multidisiplin yang lain supaya dapat memberikan pendedahan yang lebih luas kepada ibu bapa berkenaan penjagaan dan pengurusan anak-anak, permata hati kita, insyaAllah....



Tuesday, June 14, 2011

gara-gara coklat.....

SIPMA Melaka 2011 memberi satu kenangan pahit. Biasanya orang familiar dengan lagu Awie..tragedi Oktober...tapi yang ni tragedi Jun punya cerita. Nak cerita pun ala-ala tak sanggup tapi tetap gak nak cerita. Semuanya berkenaan dark coklat yang mula menjadi kegemaran. Asal cakap je pasal dark coklat, perut mulalah ngada-ngada, terus rasa mual...mengalahkan mak buyung pulak.

Al-kisahnya macam mana mula-mula minat kat dark coklat ni. Ni saranan seorang sahabat ketika kami pi berkursus di Kedah bulan April lalu. Ada peluang pergi Bukit Kayu Hitam, nampaklah coklat murah..buy 1 free 1....member tu kata cubalah dark coklat, sedap......Cubalah, eh memang sedap......jadinya detik itu bermulalah minat kepada coklat hitam ni....Sampai ke Melaka di tesco Cheng, ternampak coklat hitam buy 1 free 1 jugak. Dengan harapan tempoh expired sebulan lagi, masih bolehlah coklat itu dimakan. Alang-alang murah, belilah...10 hengget kalau tak silap harganya...

Balik ke bilik taklah terus makan, sempat jugak peram dua hari. Kebetulan hari nak makan tu black out...jadi tak perasanlah keganjilan yang ada pada coklat tu. Ada jugaklah 3-4 orang yang dah makan hampir 4 bar...Elok je terang, kononnya nak offer kat seorang lagi member tapi bila tengok-tengok...eh apasal lain macam ni? siap ada sawang macam sawang labah-labah. Kuis-kuis sikit, terkuislah pulak ulat!!!!!!! Ulat dah mati...iesshhh meremang bulu roma i!!! Masa tu dah puas makan dah, ada sorang lagi member memang hantu coklat pun boleh tahan jugak dia makan....Sudah.....masa tu perut dah mula beri bayangan keloyaan....Alamak!!!!!!!! Psikologi...psikologi......

Dalam setengah jam kemudian........perut makin rasa tak selesa, mual-mual, loya-loya....akhirnya.............terkeluar semua isi perut sehingga yang paling akhir, sampai dah keluar darah, luka agaknya tekak. Hangin punya fasal, teruslah carik info syarikat, call dan complain. Hari ni akan settle di Pasir Gudang. Rupa-rupanya, ada seorang lagi sahabat yang lebih derita sebab 'beri-beri'...lagilah lembik badan sebab banyak keluar air...macam nak minak pampasan je....yelah, kita sehari lebih tak boleh nak kerja, member sampai dekat 2 hari lembik, apa cerita???


ini tak nampak magggot hitam tu..kalau nampak?????

Masa tu rasa dah flat sangat...pulak tu sebelah petang kena jadik announcer untuk bola sepak, badan dah lembik...gagahkan jugaklah. Dapat setin gatorade...lega!!!!! Malamnya perut masih lagi tak ok, terpaksa mintak bantuan medical team yang standby di hotel. "Yarkkk...eat maggots!!..siap tergelak-gelak lagi doktor dengan MA yang standby. Nak buat macam mana, redhalah, siap boleh gelak-gelak geli bersama-sama lagi......Dapatlah ubat tahan muntah, ubat sakit perut dan serbuk garam untuk tambah cecair garam dalam badan. Haru...haru....Nampaknya, blacklistlah TUDOR GOLD DARK CHOCOLATE ALMOND lepas ni.....................Kalau beli coklat lain sekalipun, akan ku pastikan bukak semua balutan coklat, pastikan 'clear' dulu baru masuk kasi tekak. Kalau tidak..............................

Ish3....kali pertama melalui pengalaman macam ni. Serik rasanya........tapi tetap jugak pikir macam mana nak hilangkan fobia ni...mak pening......pening...pening....



Monday, June 13, 2011

AJK 'buleh blako'....

12 hari di Melaka bukanlah tempoh yang maksima menjalankan tugas rasmi di luar. Sebelum ni, pernah sebulan meninggalkan suami dan anak-anak kerana berkursus sebulan di Kedah. Dalam SIPMA kali ini, diamanahkan sebagai sekretariat web, database yang fokus pada menghasilkan berita di laman web SIPMA : www.SIPMA2011.my. Setiap hari perlu ada berita yang di'update' sepanjang SIPMA berlangsung.

Hari-hari pertama sampai, kudrat diperlukan di bahagian 'gudang'. "Mengerjakan' entah berapa ribu  beg kertas bersama isinya untuk Majlis kick off, perasmian dan edaran untuk jabatan dan agensi, wartawan dan sebagainya. Masa tu hanya ada Wan Majda (PSA), Kak Maheran (PSA), saya dan Kak Suraya (PNM) serta Arni (poli Melaka) yang bertungkus lumus menjadi AJK gudang secara bidang terjun. Bekerjalah kami dengan memegang slogan 'saya yang menurut perintah'. Penat juga tetapi seronok sebab tak perlu nak sentiasa menghadap komputer, ada aktiviti lain yang boleh mengeluarkan peluh.

Terperasanlah jugak dalam satu white board dalam bilik sekretariat tu yang tulis "AJK boleh blako". Tergelak melihatnya. Ha..kamilah tu yang tergolong dalam pasukan buleh blako. Suruh buat itu, buat..suruh buat ini pun buat semata-mata untuk kelancaran kejohanan dan menolong kawan-kawan di gudang utama (Zam, poli Mukah, Tengku POLISAS, Nuar Merlimau, En Md Nor dan lain-lainnya). Yang penting semuanya berjalan lancar. Set piala pun buat, pergi jadi 'announcer' di venue-venue pun buat, nak buat berita lagi....memang terkejar-kejar tapi dek kerana buleh blako...gagahkan jugaklah....

Di 'gudang' t-shirt semasa pengagihan t-shirt kontinjen, sekretariat dan agensi

barang-barang yang dah siap di'pack' untuk diedarkan pada kontinjen 

di Stadium Hang Tuah Melaka
bersama-sama Arni (tudung merah) dan Kak Suraya dari Poli Nilai semasa bawak goodies bag untuk Kick- Off

hahahaha...siapakah di dalam kepala singa tu??????kikikikikikikiiki. Sorry Leo....

Kerja..kerja..kerja....sehingga 11hb malam waktu majlis penutupan. Balik agak lewat join bapak-bapak orang ni pergi supper..Perut memang dah lapar sangat sampai tak boleh nak masuk. Cemburu tengok Nuar (poli Merlimau) makan nasi putih, sayur brokoli dengan sup tulang, berselera sungguh!!! tak sempat nak ambil gambar dia makan dengan penuh bersemangat......balik bilik dah dekat pukul 2 pagi, mata dah terkebil-kebil...eh buleh blako...siap-siap terus mengemas, esok paginya senang terus angkat masuk kereta...balik!!!!!!!