Followers

Thursday, June 23, 2011

Penangan J-Card

Hari ni hari gaji. Cepat pulak bulan ni gaji. Sah-sahlah sekejap je jumlah yang ada dalam akaun tu akan menyusut. Teringat kata-kata seorang ibu kepada usahawan yang berjaya, ibu kepada Syed Mokhtar Al-Bukhary yang mengingatkan sang anak bahawa separuh daripada gaji yang kita terima sebenarnya bukan hak kita. Kalau difikirkan, memang betullah tu. Kalaulah ada kalkulator di tangan, memang cepat aje jari mengetuk nombor-nombor yang ada untuk melihat baki yang tinggal selepas diagih-agihkan kepada yang berhak. Bagi yang dah berkeluarga, bayaran tetapnya memang ke pengasuh, bayaran van sekolah anak(kalau naik vanlah), bayar kereta, ansuran rumah, hutang bank, belanja dapur, dan petrol. Itu belum lagi belanja sekolah anak-anak, mainannya, jajannya...belanja untuk diri sendiri, kecemasan, simpanan?? mungkin jadi perkara terakhir yang difikirkan. Tapi sebenarnya itulah yang paling penting......

Hari ni memang hari yang cukup seronok untuk AEON sebab sedang molek saja mereka buat J-Card Day, gaji pun masuk. Sah ramai yang berpusu-pusu menunggu depan pintu masuk Jaya Jusco sebelum pintu dibuka. Konon harga barang lebih murah berbanding biasa.Betul ke???? Hmmm..seingat sayalah, dah 10 tahun saya bekerja, baru 2 kali saya pergi J-Card Day. Pertama sebab taknaklah bazirkan duit tak tentu pasal, biasalah perempuan....biasanya ikut hati, nampak murah je nak sambar. Taknaklah sampai nak makan pun nanti sampai kena ikat perut atau hujung bulan dah paras-paras hidung. Lagi pula memang tak sukalah dengan situasi ramai-ramai orang ni. Rimas.....

Apa yang peliknya, ramai kawan-kawan minat sungguh dengan J-Card Day sampai sanggup bercuti semata-mata nak pergi J-Card Day. Bukanlah iri hati tapi kadang-kadang pelik jugak dengan minat manusia yang pelbagai ni..Macam-macam kan.... Apa lebihnya J-Card Day ni? Adakah kerana harganya betul-betul murah? Saya selalu berfikir bahawa sebenarnya harganya sebenarnya taklah murah mana. Dia letak harga tinggi kaw-kaw , lepas tu jatuhkan 70%, lebih kurang je harganya dengan masa-masa biasa. Tu pada saya yang jarang ke Juscolah....mungkin lain orang lain pandangannya. Mungkin sebab jenama Jusco tu sendiri. Beli kat mana? Jusco......lainlah saya setakat beli kat pasar raya biasa-biasa je.hihihihi...Semua tu tak penting bagi saya. Dunia blako.....Mungkin jugak kalau beli di Jusco, ada kelass....kalau setakat beli kasut kat BATA.....hurmmmm.....

Kalaulah saya ke Jusco, rasanya 'selamat'lah belanja bulan ni. Mujur suami memang hebat dalam pengurusan kewangan. Kalau tak penting, abaikan. Utamakan keperluan daripada kemahuan. Kalau keperluan tak terpenuhi, sukar untuk hidup dijalani tapi kalau kemahuan tidak dipenuhi, tak ada masalah untuk tetap hidup seperti biasa. Kadang terdetik juga di hati nak beli itu ini, tapi bila fikir-fikir...tak apalah, ada lagi yang lebih penting, pendamkan saja keinginan di hati. Suami selalu kata, kita ni selalu berkira sebab kita bukan berduit. Cuba kalau kita memang mewah....memang tak hairan kalau kita pun akan jadi macam mereka. Nak apa beli, nak itu sambar, nak ini bayar....Mujur sangatlah saya dan suami memang sama-sama bukan kaki shopping, sama-sama tak selesa bersesak-sesak...jadi selamatlah sang suami yang tak perlu melayan kerenah isterinya.....Lagipun hidup bersederhana paling mudah, paling indah....

Rasanya AEON tetap tak rugi kalau setakat saya tak pergi sebab ramai lagi yang jadi pelanggan sejati. Mudah-mudahan kawan-kawan dapat apa yang dicari, gembira di hati dan saya pula?????? Jadi penunggu ofis sejati. Buatlah apa yang patut di pejabat ni. "Bekojolah kito sekueknyo......"hehehehehehehe....kepada kawan-kawan....selamat bershopping tapi jangan sampai miss soru.......hehehehehe.....

No comments:

Post a Comment