Followers

Monday, October 29, 2012

Cerita pertemuan lagi.....

Assalamualaikum, salam sejahtera....

Semalam adalah hari yang sangat bermakna dan memberi kesan dalam hidup saya. Seminggu sudah, saya bercerita tentang pertemuan bersama-sama rakan-rakan sewaktu menuntut di UKM, hampir 12 tahun yang lalu. Pertemuan semalam yang tak dijangka adalah pertemuan hampir 22 tahun!!

Cuti Aidil Adha kali ni seperti biasanya, pagi raya di rumah bapa mertua. Petangnya sudah sampai ke Segamat. Kebetulan anak saudar sepupu melangsungkan perkahwinan pada hari Ahad, sedang eloklah kami memang ada di kampung. Sabtu penuh dengan aktiviti, Ahad adalah hari kenduri.

Turun dari kereta di tempat kenduri, terserempak dengan bekas majikan sewaktu saya bekerja masa tahun 1997. Baru lepas SPM masa tu, tak tahu nak buat apa, jadilah kerani di sebuah syarikat bumiputera, ROKHAS ELEKTRIK di Paya Pulai, Segamat. Isterinya, Kak Rohana yang mula-mula terpandang saya. Suaminya, Abang Khalid pun tak perasan. Allahu akbar!!! Lama tak bertemu mereka,selepas 1997, rasanya hanya sekali saya pernah bertemu mereka. Maklumlah,lepas   berhenti kerja, sambung ke tingkatan 6, masuk ke universiti dan bekerja, memang langsung tak bertemu mereka. Anak-anak mereka yang dahulunya menjadi teman mainan dan gurauan semuanya sudah besar panjang, malah sudah ke universiti! Cepatnya masa berlalu.............Sempatlah bersembang-sembang sekejap sementara nak sampai ke rumah kenduri....

Sampai di tempat kenduri, sambil-sambil menceduk makanan, terpandang pula kelibat seorang lelaki dalam lingkungan 60an bersama ahli keluarganya, baru sahaja sampai. Sempat bertembung mata tetapi pandang begitu sahajalah sebab tak kenal. Entah bagaimana, sedang menuju meja makan, kami bertembung pandang sekali lagi dan beliau tersenyum!! Tanpa dipaksa, bibir saya juga mengukir senyum. Dalam hati.."siapalah yang dok senyum kat aku ni?, rasanya tak kenal....

Sambil-sambil bersembang dengan ibu saudara, terdengar ada yang menyebut-nyebut nama Cikgu Mahat. Ha?, Cikgu Mahat? Yang mana? Saya pulak yang over....yelah...mahunya tak biasa dengan nama tu. Guru Besar SKMR (Sekolah Kebangsaan Melayu Raya). Ibu saudara pun tunjuklah yang mana Cikgu Mahat. Allahu Akbar!!! Lelaki itu!!!!!! patutlah dia tersenyum....sungguh berbeza figuranya dahulu dan sekarang. Dulunya berbadan sasa, tegap, berkulit hitam manis. Yang berada di hadapan saya, kurus,putih, berjambang.....Haruslah saya tak cam siapa beliau. Saya tunggu beliau makan dan saya dekati beliau seraya memberi salam.

"Su..haila', sambil tersenyum yakin beliau menyebut nama saya!!! Masya Allah! Hebatnya ingatan Cikgu saya ini....rasa macam tak percaya seorang guru besar boleh ingat nama pelajarnya setelah berpuluh tahun anak muridnya meninggalkan alam sekolah rendah. Tahun 1990 saya tamat darjah enam. Bermakna sehingga hari ini, hampir 22 tahun lamanya, namun Guru Besar masih ingat nama saya!! sebak, sayu, bangga semuanya ada. Pastinya saya antara anak murid yang istimewa dalam ingatan beliau hinggakan beliau masih ingat nama saya dengan tepat meskipun selepas 22 tahun!!! pastinya beliau berbangga dengan anak didiknya hari ini...

sempat ambil gambar dengan Cikgu...

Memang biasa kita dengar guru lupa nama anak murid sebab terlalu ramai yang dididik. Namun mahu berjumpa dengan guru yang ingat nama anak didiknya setelah sekian lama memang jarang kita bertemu kan? Kalau anak murid ingat cikgu pun perkara biasa tetapi apa yang berlaku saya anggap luar biasa!!!!!Hebatnya seorang guru!!! Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk semua guru yang pernah mendidik saya dan terus memberikan ilm untuk anak-anak didik yang lain......



Aktiviti 27 Oktober 2012 di kampung......

Assalam dan salam sejahtera.

Kali ni tak boleh cerita banyak..tak larat..upload gambar je berkenaan tajuk. Ada cerita lain yang lagi best. Yang ni pun best jugak tapi banyak sangat. Secara mudahnya, gambar-gambar menerangkan apa yang ada di kampung dan apa aktiviti kami anak beranak ada hari itu.......

Gambar-gambar intro.........

abah kata ni burung kelingking, tiap pagi datang abah bagi makan nasi, kelapa sawit, betik.....

anak saudara memetik cili

mak orang di tengah pokok cili 

pucuk manis

keladi

kolah ikan talapia abah

belimbing

burung peliharaan abah

ayam oh ayam

pucuk ubi

betik depan rumah

nanas depan rumah, betul-betul tepi jalan

ha amek.....

pucuk manis tepi rumah

fiber ikan abah

ayam lagi....

Ha..pagi 27hb (Sabtu), kami anak beranak kena hantar 80kg ikan keli yang ditempah untuk majlis kahwin. Bukan setakat sauk dari fiber, malah siap siang dan basuh!!Kematu kaki tangan menyiang 80kg ikan.Mujur buat secara berjemaah.......

tukang basuh ikan

Tukang demo camano nak siang

Yang lain tu tukang tengok..

Ikan keli siap sauk

Timbang dulu

Bakal disiang..

banyak kan....

Tukang sauk...

Lepas Asar,kami pi pulak dusun durian. Adik kata kali ni buahnya lebat, adalah dalam 35 pokok yang berbuah...macam anggur katanya. Sampai dusun, dah ada dua dahan patah sebab terlalu berat. Musim gugurnya, insyaAllah 2-3 minggu lagi. Tak sabarnya...............


rapat-rapat

boleh posing lagi....

ini pokok D-ILA (pokok saya lah tu).....baru sedahan....

yang ni macam anggur...

anak saudara

bukti dah sampai dusun

abang ipar dok mengira berapa biji, bila nak gugur.....


Lepas melawat dusun, kami balik rumah. Ada lagi aktiviti menunggu....Aktiviti sebelah petang...membersihkan kolah ikan talapia abah sebab benih ikan baru nak datang......

abah dok ngutip sampah katanya...

baru namanya anak kampung bila masuk kolah tolong atuk

anak sulungku

semangat tolong atuk

adik sepupu dengan talapia yang menjadi santapan petang itu..

haruan sesat, abah kata siap kau jadi makanan orang bersalin tak lama lagi.....

Beria-ia menyauk ikan pakai benda biru tu...

cuci jangan tak cuci

nak jugak nyauk.....

sauk anak-anak ikan, pindah ke kolah sebelah

adik sepupu

budak-budak bermain air

sauk lagi

atuk dan cucu

anak daraku pun dok nyibuk nak masuk kolah

hasil saukan...goreng pun sodap!!!

Cukup..cukup sudah!!!Cukup sampai di sini saja.Nanti ada yang cemburu pula....meh masuk kampung saya...............

Tuesday, October 23, 2012

Dua pertemuan bermakna....

Assalamualaikum, salam sejahtera...

Ha, hari ni saya nak cerita tentang kegembiraan. Takmo cerita pasal benda-benda yang tak best, nanti boleh mempengaruhi emosi, tak comey........Pertamanya, terima kasih yang tidak terhingga buat suami kerana mengizinkan saya untuk memandu sendirian dari lokasi rumah di Pasir Gudang sehinggalah ke Putrajaya demi menuntut ilmu pada 19-21 yang lepas. Kena tinggal 3 hari menjaga dua orang anak tipikal dan seorang anak istimewa bukanlah tugas mudah, malah sangat mencabar. Macam tak percaya pulak boleh sampai Bangi/Putrajaya dengan memandu solo.......redah jelah.....Sebenarnya kursus je di Putrajaya, menginap di Bangi. Ghope-ghopenya, Bangi-Putrajaya tu sekangkang kera je...........

Apa cerita yang gembiranya pasal pertemuan ni? Hmmm.....sebenarnya, dah alang-alang sampai Bangi yang membawa pelbagai cerita suka duka zaman remaja ketika menuntut di UKM hampir 12 tahun dulu, hajat di hati mahu bertemu rakan-rakan lama yang yelah, dah dekat 12 tahunlah tak jumpa kan......adalah yang dok sekitar-sekitar sini tapi tak berkesempatan nak berjumpa. Yelah, masing dengan komitmen masing-masing.......sibuk memanjang.......ada yang belajar, ada yang mengajar, ada pegawai besar dengan kereta 'besau'.....kalaulah dapat duduk semeja, macam mana agaknya nak luahkan betapa gumbiranya...............

Hari pertama sampai, rancangan tak menjadi. Ada yang ada halangan. Hari kedua risau jugak tak jadi sebab takut ada yang pi tengok bola. Kelantan vs ATM...hurmmm.....memang ada kemungkinanlah ada yang tak dapat datang (hati cakaplah). Alhamdulillah, tiba pada masanya, sahabat-sahabat memberikan persetujuan untuk hadir, hanya tiga orang yang diharapkan tak dapat hadir kerana batasan tertentu.

Maka berjanjilah kami untuk bertemu di Ana Ikan Bakar Petai. Biasalah, saya confirm orang pertama sampai sebab:i) Tak suka menunggu ii) Tak suka ditunggu.....Sampai punya sampai, saya tunggu setengah jam.Janji 8.30,saya sampai pukul 8, takde hal lah sebab memang datang awal, sebab tak tahu tempat. Ramainya orang............nak cari tempat duduk pun payah...Terserempak dengan bekas pensyarah yang pernah mengajar waktu Fakulti Pendidikan UKM (1998-2001) yang sedang makan bersama keluarga, meraikan kejayaan beliau berjaya memakai bonet pada sebelah siangnya. Main sms je..hihihi tapi sempatlah berbual ketika beliau hendak pulang.....Alhamdulillah tak lama lepas tu para sahabat pun sampai. Tak tahulah macam mana saya nak ceritakan, gembiranya saya.....Melihat ada yang datang dengan anak-anak yang sebaya anak-anak saya....sungguh membahagiakan!Ada sorang kawan tu, punyalah beria nak jumpa sebab konon dah lama tak jumpa tapi akhirnya tak jadi muncul.......Cikgu Nizam a.k.a Abg Roy..... lain kali kita buat perjumpaan dengan kengkawan Kolej Y pulak yek.........

Macam-macamlah cerita yang keluar. Bila dah duduk semeja, sambil makan sambil sembang...yang taknak makan pun akhirnya mengalah.....hehehe....tu nak ambil hati member yang datang jauh-jauhlah tu....apa-apapun, terima kasihlah buat Wadi, Zul, Erdey dan Abe Din yang sudi merai dan merealisasikan hasrat kawan korang ni ye....Macam reunionlah kiranya..reunion batch UPSM (Urusetia Pembangunan Sumber Manusia) zaman tengah-tengah meningkat naik dulu....La ni masing-masing dah ada komitmen masing-masing.....zaman dulu-dulu tu jadi kenangan yang seronok diperbualkan dan dijadikan bahan menghibur hati ja........La ni jugak masing-masing pun meningkat naik, tang badan ngan perut.....ngeh3...almaklum le, dah kahwin, dah beranak pinak.....tak heranlah badan bertukar saiz....hihihihihi (merujuk pada diri sendiri jugak)....

Sembang punya sembang, hampir 3 jam jugaklah dekat kedai tu. Makanannya sedap. Daripada kedai tu penuh dengan orang sampailah dah lengang, kami masih dok bersembang. Kalau tak fikirkan esoknya ada kursus, ada yang nak berehat maklumlah hujung minggu, mau santak ke awal pagi rasanya. Macam taknak balik pun ada......sebab nak menikmati saat-saat bersama-sama mereka yang entah bila akan dapat peluang sebegini lagi. Duduk semeja, makan bersama-sama, mengimbau kenangan.....momen yang sangat bermakna...pastinya terakam dalam lipatan kenangan....Terima kasih semua........................................

Bersama Erdeywanna Farida....

Dr Zul dan Wadi....

Baru nak makan..tunggu ikan....

Sorang dah kenyang...sorang kena paksa perabih makanan....

licin....

orang kuat KBS....Abe Din..

Keesokannya pulak, kebetulan tahu ada seorang lagi sahabat yang rapat waktu di UKM, tinggal hanya tak sampai 5 minit dari tempat berkursus. Apa lagi, time lunch tu sempat merempit pi rumah dia sekejap. Dapatlah bersembang dalam masa yang terhad tu kan. Senang bila tau ada kawan dekat-dekat sini, dah tahu mana arah nak tuju kalau menghala ke Putrajaya. Tak sempat nak snap gambar tapi tak apalah, yang penting hajat nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa tercapai.......Alhamdulillah........